Monday, 16 July 2018

Spring Trip to South Korea (Jeju Island) - Day 2

31 March 2018 (Sabtu)

Plan hari ni memang tak ikut itinerary yang #seoulwanderlust sediakan. Ikut suka hati kami je...hahaha. Itulah antara kebaikannya bila amik private trip. Kami sendiri ejas. Ikah pun tak kisah. Dia pun sajes mana patut pergi dulu or sebalik nya. 

Awal pagi Ikah pergi ambil kereta. Kami juga tunggu di hotel. Ikah kata, jam 0800 pagi, semua kena siap tunggu di bawah.  Hotel ni ada menyediakan breakfast seperti susu, jus oren, cereal dan juga pisang. Kami bawa turun juga bekalan kami seperti nutella dan juga serunding. Tepat jam 0800 pagi, Ikah pun sampai. Kami pun sudah selesai breakfast. Ikah menyewa kereta 6 seater. So agak selesa jugalah.

Breakfast dulu

Kami memulakan perjalanan ke Yongmoeri Coast dahulu. Sayangnyer sesampai di sini air pasang. Maka kami berlegar legar sekitar kawasan di bawah Gunung Sanbangsan sambil menikmati keindahan bunga bunga canola. Untuk masuk ke ladang canola ni, kami kena bayar KRW1000. Tak kisahlah. Tapi agak kuciwa, sebab bunga bunga ni renek. Jadi untuk membuatkan seolah olah kami berada dalam ladang, maka kami kena mengambil gambar secara bertinggung/mencangkung...haha.. Kelakar plak rasanya. Tapi sangatla cantik berlatar belakangkan gunung Sanbangsan. Kami menunggu juga bila lah agaknya air akan surut. Kami jalan jalan dalam Hamel Ship dahulu dengan harapan...cepatlah air surut. Tapi tidak nampak harapan. Kemudian Ikah cadangkan kami ke tempat lain dulu. Then nanti datang semula. Kami setuju aje.


Berlatarbelakang kan Gunung Sabang

Sementara menunggu air laut suru

Air pasang lagi..



Tak reti nak baca..berliku liku tulisan..hahahah



Dari Yongmoeri, Kami pun menuju ke Jusangjeolli Cliff dahulu. Cuaca sangat baik hari ini. Alhamdulillah. Masa saya pergi di tahun 2015 , hari hujan. Sedih juga masa tu huhuuhu. Orang sentiasa ramai di sini, maka gambar pun manjanglah asik di photoboom...hahahha.

Turun ke bawah

Kadang leh nampak women divers


Jusangjeolli Cliff
Photo boommmm....hahhaha
Gigih masuk kawasan bunga dekat ngan Jusangjeolli ni...hahhaha

Dah ambik gambar, moh ke Cheongjeyeon Waterfall dahulu. Jap....makan dulu kut...hahha. Ni lah bahana buat entry lambat lambat sangat. Dah lupa turutan. Klu di tanya kawan kawan saya..hmmm..lagi tak ingat apa...hahahha. Jangan tanya juga, kerana saya memang tidak mengambil kira di mana kami makan...hahaha. Satu perkara yang saya perasan di Korea ni, selepas makan, mereka ada menyediakan coffee machine untuk kita minum coffee sekiranya mahu. Kami pun sesuka hati mengopi dulu. Klu nak banyak, kenalah tekan banyak kali ye...hahaha.

Kita makan dulu

Sangat enak

Seterusnya ke Cheongjeyeon Waterfall. Kami menyusuri jalan jalan di dalam kawasan sekitar. Disini terdapat tiga waterfall. Untuk sampai ke waterfall ni, kena turun ke bawah. Waterfall pertama semua turun. Waterfall ke 2, saya dan Anna sahaja yang turun...hehhe. Jah ngan Erra memang serender sebab agak mencuram sedikit. Waterfall ketiga kami skip. Kemudian kami menuju ke jambatan Seonimgyo.

Tu dia tangga...turun naik..gigih dakk

2nd waterfall

1st watefall


Jambatan Seonimgyo


Drinking water sekiranya kehausan

Dah berusia...nak pitam daki tangga..hahahha.


Kemudian kami berpatah semua ke Yongmoeri Coast. Alhamdulillah, air sudah mula surut. Kamipun mula menyusuri tepian coast. Sangat cantik disini. Batuan yang terbina oleh hakisan air laut. Separuh jalan sedang bergambar gambar kemudian saya perasan boot yang saya pakai merekah di tapak.Omaii..bagaimana harus meneruskan perjalanan..huuhu...sedangkan belum sampai ke hujung coast lagi. Saya katakan pada yang lain, saya mahu berpatah balik kebelakang untuk mencari kasut atau selipar. Pada yang nak meneruskan perjalanan, sila kan la. Tapi nampaknya, semua ikut patah semula..hmm...


Berniaga cengkerang


Sampai setakat ni sahaja, sebab boot saya sudah tercabut tapak

Sebaik sahaja sampai di parking area, saya mencari kedai untuk membeli kasut. Yang ada hanya lah selipar. Saya redah sahajalah, asalkan jangan berkaki ayam. Mana lah nak tau boot tu nak tercabut tapak di hari ini. Sebab masa di hotel, boot tu nampak elok je. Ye lah..lagipun boot dah lama. Beli di Korea tahun 2012 lagi. Skrang dah tahun 2018. Sudah 6 tahun. Dari Korea ia datang, ke Korea ia kembali..hahahha. Sedang mencari kasut, perut memulas...huhuhuh. Copot copot gi toilet...pergh legaa dapat melepaskan apa yang ada....

Dari Yongmoeri Coast, kami ke Hallasan National Park. Disini kami hanya mahu melihat view sahaja. Bukan trekking the trail..hehhee.  Cantik kawasan Hallasan National Park ni. Sepanjang perjalanan juga walaupun dihidangkan dengan pokok pokok kering yang hanya tinggal ranting, tiada berdaun dan berbunga, namun pemandangan tetap indah pada saya. Disini pun kami tak lama. Disini tiba tiba datang sekumpulan motor motor besar...wow...impress kami seketika. Kata mereka, mat mat motor ni adalah anak orang orang kaya yang tak sehensem mana...hahahhaha.

Pemandangan sepanjang jalan di Jeju
Bertukar kasut suda...




Kemudian kami ke Mysterious Road. Disini, kami sekadar melihat jalan misteri ni sahaja. Saya tak kluar pun. Bila pikir pikir balik..hmmm...kesian pada  yang tak pernah sampai. Masa ni Ikah sakit perut. And Anna nak solat dalam kereta je. Semua tak berani nak alihkan kereta. Maka saya gagahkan diri mengalihkan kereta mengadap ke arah kiblat kebetulan Ikah tinggalkan kunci dalam kereta....hahah. Tp siyus kekok drive sebelah kiri ni. Tu baru pusing sikit je. Klu kena drive...huhuhuhu. Mujur parking area tu tak banyak kereta. Dah selesai kat sini, kami menuju ke Yongduam Rock. Hari pun sudah beransur malam. Jadi batu berkepala naga, tidak begitu jelas kelihatan. Dapatlah ambil gambar dengan panorama malam. Kami singgah dinner di restoran berdekatan dengan Yongduam Rock ni. Macam biasa Ikah menjadi jurucakap untuk bertanya dulu kepada tuanpunya restoren. Ntah apa di tanya...kami pun tak pasti. Bila Ikah kata...okay...boleh makan sini. Kami ikut sahaja.

Golap

Perggh sotong pedas

Jumpa one of jambatan. Nak ambik gambar gegar gegar

Cherry blossom kat Mysterious Road

Selesai makan, kami pun pulang ke hotel. Dalam perjalanan pulang, ternampak satu jambatan. Maka kami singgah seketika.....dan kemudian terus pulang ke hotel.  Balik hotel, lega kerana bilik sudah dikemaskan. Bersihkan diri..and kebabom....tidooo...

Next.................................




No comments:

Post a Comment