Wednesday, 25 July 2018

Spring Trip to South Korea (Seoul) - Day 7

5th April 2018 (Khamis)

Ikut accuweather, hari ni cuaca mendung dan hujan renya renyai di Chuncheon Province. Dah tengok ramalan cuaca, tapi gigih gak nak ke Garden of Morning Calm. Masa kat Myeondong pun sebenarnya hujan dah. Maka berjalan lah kami dalam hujan menuju ke Myeondong Subway Station. Sampai kat bawah ni, Anna ngan Jah nak beli jacket. Maka singgah kat one of the kedai kat bawah tu. Pilih punya pilih, dapat jaket yang sama cuma kaler jer  berbeza. And jaket ni, a bit waterproof le pulak. Walau pun titis titis hujan singgah tetapi air tak serap. Macam curah air ke daun keladi. Terus je air berlalu ...

Dari Myeondong kami ke mengambil subway ke Cheonpyeong. Sampai di satu stesen, train berhenti and semua orang keluar. Saya pelik jap..kenapakah. Sebab setau saya, train kami amik tu memang direct trus ke Cheongpyeong......pastu tanya tanya around, diaorang kata kena tunggu train lain sampai. Saya tanya, perlu tukar platform tak. Sebab kami nak ke Cheongpyeong. Org tu kata tak perlu. Maka bertabah lah kami menanti di dalam kesejukan. Pastu nampak satu tren lalu...tren dua tingkat. Saya mcm blurr gak..eh..patut ker naik tren ni. Then saya tengok yg lain tak naik pun...maka saya decide, tunggu lagi. And akhirnya, sampai satu tren ala ala subway..perghh..lega. Ramai yang naik...kami pun naik...dan akhirnya sampai lah ke stesen Cheongpyeong.

Sejukkkk..

Masa ni hujan renyai renyai. Ada kala lebat sikit..ada kala gerimis. Pada mulanya saya bercadang nak naik bus biasa. Tanya lah orang yang lalu lalang kat situ. Ada budak muda sorang ni, explain la....sama macam direction yang kami print dalam internet.

Directions 
[Bus]
From Dong Seoul Bus Terminal take a bus bound for Cheongpyeong Bus Terminal, or take Bus No. 1330 at Cheongnyangni Transfer Center (in front of Lotte Department Store) and get off at the Cheongpyeong Bus Terminal (travel time: about 1hr 45min)
From Cheongpyeong Terminal, take Bus 31-7 to the Garden of Morning Calm. Alternatively, take the Gaypeong City Tour bus.

[Subway]
Cheongpyeong Station (Gyeonchun Line),  Exit 1. 
Go left until you reach the 3-way intersection and turn right. Continue straight toward the Cheongpyeong Catholic Church. Pass by Cheongpyeong Elementary School, turn left, and you will see the Cheonpyeong Bus Terminal. From Cheongpyeong Terminal, take Bus 31-7 to the Garden of Morning Calm. Alternatively, take the Gapyeong City Tour Bus

Then, rasa mcam ehh..jauh kut...baiklah tunggu Gapyeong Tour Bus. Kebetulan sebuah Gapyeong Tour Bus lalu...and driver tu nampak kami macam ala ala blurr...dia stop and tanya nak kemana. Kami bagitau nak pergi ke Garden of Morning Calm. And tanya if that bus pergi sana. Dia kata tak...bus yang ni nak ke Nami Island. So tunggu another bus. Akan ada nanti....dia ckp. Maka menantilah kami lagi dalam kesejukan. Masa tu kat situ, banyak teksi berderet. One of the driver taxi tu approach kitaorang. And explain dlm bahasa campur aduk. Apa yang kami paham....dia kata, klu naik Gapyeong Tour Bus kena bayar KRW6000 sorang. Naik taxi, tak sampai KRW6000 per pax. Kami dah sejuk wehh...maka kami kami agreed je lah...hehehe. Lega dapat masuk teksi, sebab ada heater.

Jauh juga nak ke Garden of Morning Calm ni. Sesampai di sini, tiada tanda tanda hujan akan berhenti. Saya dan Erra terus membeli payung. Manakala Jah dan Anna menggunakan jacket masing masing untuk menutup kepala. Maka gigihlah kami meredah gerimis hujan masuk ke dalam. Kebetulan masa ni ada sekumpulan pelancong ntah dari mana, pun baru juga sampai.

Entrance


Menjelajah Garden of Morning Calm dalam keadaan sejuk, basah dan lecak, amatlah tidak menyenangkan. Kami berhenti seketika di sebuah cafe dalam tu untuk mengopi. Orang tak ramai, maka kami pun buka bekalan roti yg sudah disapu dengan nutella, nasi impit, serunding, sambal ikan bilis dan  megi goreng. Makan sembunyi sembunyi jugak...hahaha..Risau wehh..sebab kami cuma beli coffee sahaja. Kang takut pulak ada yang tegur Outside Food Is Not Allowed. ..huhuh. Malu je nanti. Setelah memanaskan diri dan berehat, kami terus lagi berjalan di dalam taman ni. Mencari lokasi penggambaran drama Moonlight Lovers. Akhirnya jumpa juga....tapi untuk naik ke jambatan, ada besi penghalang. Maka bergambar di hadapan sahaja.







Moonlight Lovers - tp bunga teratai takdak. Gambar kat jambatan....tak lawa langsung. Blurry...hahhaha

Pokok tertua katanya

Banyak pokok pokok bunga tulip di tanam di dalam taman ini. Cantik...pelbagai warna. Namun kami ni tak berdaya menahan sejuk....dah rasa macam musim winter lak...hahahah. Jaket bawak sehelai je pun. Maka kami copot copot sahaja melintasi mana yang sempat. Tahun 2013, saya langsung tak sempat jelajah kedalam. Kali ni sempat, tapi hujan le pulak. Ada harapan datang lagi kut ni...hahahhaha.







Kemudian kami pun keluar dari taman, menuju ke tempat perhentian bas. Masa disini kami diskas, nak naik taxi, tunggu Gapyeong Tour Bus or naik public bus.  Kami tengok jadual bas disitu, bas akan sampai tak lama lagi. So kami decide naik public bas je....aduhaii...naik public bus ni, tambang punyalah murah...huhuhuhu...rugi...rugiiiii.....

Sampai di Stesen Cheongpyeong, kemi menekan loceng dan turun terus menuju ke platform untuk kembali ke Seoul. Hari ini memang hari hujan sepanjang hari. Teingat pula trip ke Jeju di tahun 2015. Ada satu hari tu...hujan yang tiada penghujung...hehhe. Agak lama juga menunggu train di Cheongypeong ni. Berdasarkan applikasi Seoul Subway, dari Cheonpyeong, kami singgah di Kwangjang Market. Hmm..juga sangat tidak menyelesakan. Hujan agak lebat. Jalan jalan sekejap di Kwangjang Market, ada yang mahu mencari kimbab dan juga air beras tu. Ntah apa namanya...rice wine ke..ntah..hahah...saya memang taklah. Sapa yang yakin...ikut lah. Kendian kami diskas nak pergi ke mana. Ada yang mengajak ke Lotte Mart berdekatan dengan Seoul Station. Ada yang ajak balik ke GH dulu. If balik GH, tak tau ler akan keluar semula ke idak. Ada juga yg dah lapar masa ni. Maka saya decide, kita cari tempat untuk makan. Tak kisah, if ada kerusi or tempat yang sesuai. Maka kami turun ke subway, ternampak ada kerusi di platform. Maka melepak di situ, makan lagi bekalan yang kami bawa tadik. Pelik agaknya orang orang yang lalu lalang di subway tu...hahahhah. Dah selesai makan, kami mengambil subway menuju ke Seoul Station.

Kwangjang Market



Masa ni, silap exit juga hahhaa. Suasana sejuk otak pun beku. Agak jauh juga kami berjalan dari subway menuju ke Lotte Mart di dalam hujan...huhuh...demi nak mencari susu pisang yang konon nya ada offer kat Lotte Mart. Ramai juga orang dalam Lotte Mart ni. Saya membeli kimchi and meminta orang tu pack elok elok. Memang pack sangat baik. Siap wrap lagi. Kami borong juga susu pisang. Kat Lotte Mart ni, tiada plastic bag diberikan ya. Maka kami kena masukkan hasil tangkapan dalam kotak yang disediakan dan ikat sendiri. Semua bahan2 memang disediakan. Just pilih kotak, isi, ejas, susun seal dan ikat dengan tali supaya mudah untuk di bawa. Actually semasa shopping di Lotte Mart ni, boleh claim tax refund. Kalau tak silap, barangan yang dibeli mesti melebih KRW30,000 (maaf, saya memang tak begitu ingat, sbb saya takleh claim...hahhaha). Cuma berikan passport, nanti depa scan siap siap and tolak harga siap siap. Selesai kami pack barang kami

Dari Seoul station kami mengambil subway ke Myeondong Station. Tiada xtvt lain yang di buat. Sebab dah penat...jalan jauh..hujan lagi..sejuk...hahha. Sesampai di GH, kami berasa lega, sebab lantai sudah panas. Heater sudah dipasang agaknya. Sedangkan sebelum ni, kami mengomel lantai sejuk.

Malam ni, ada yang nak ke Myeondong Night Market. Minta maaf lah...sapa nak pergi. sila lah pergi sendiri. Saya tak daya dah. Tak daya menahan sejuk yg benonyer...hahha. Macam lah tak pernah pergi masa winter kan. Malam ni juga nak pack barang juga, esok hari terakhir kami di bumi Seoul ini. Mengenangkan barang hasil tangkapan sudah melebih kilogram yang dibeli, jenuh nak pikir camner nak ejas ni...hahaha...Biasa saya beli luggage 30kg. Entah kenapa kali ni saya cuma beli 20kg je...hemmmm....

Tidor lah dulu, esok baru pikir..hahahha. Cuma masa ni, kami diskas nak pergi ke mana esok. Kalau ikutkan plan, ripit Namdaemun, and kemudia nak ke Yeuoido Park nak tengok Cherry Blossom Festival dan Norjangin Market untuk makan seafood lagi. Ada yang cadangkan, keluar lambat sikit esok. So...kita tengok esok plan macamner...hehhee.

Next....................

Notakaki: Kat Lotte Mart tiada gambar...hahahaha




No comments:

Post a Comment