Wednesday, 25 July 2018

Spring Trip to South Korea (Seoul) - Day 8 (Last Day)

6 April 2018 (Jumaat)

Hari terakhir di bumi Seoul. Rasanya masing masing bangun lambat hari ni...hahah. Masing masing keletihan. Bayangkan sudah beberapa hari berjalan tanpa henti. And masing masing pun sudah pack barang masing. Kami akan check out trus dan menuju ke Namdaemun dahulu. So, kalau ada apa apa nak beli, boleh lah beli lagi. Yang benonyer, saya je tu yang nak beli lagi...hahahhha. 

Semasa dalam Namdaemun, Ikah wasap, mengatakan dia pree hari ni. Memang kami plan nak belanja dia makan sebelum kami balik Malaysia. Berjanji dengan Ikah, berjumpa di Myeondong Station. Selesai di Namdaemun, kami pun berpatah semula ke Myeondong Station. Lama juga kami menunggu Ikah di Myeondong Station. Masa ni Anna ada barangan yang dia nak hantar ke GH. Maka kami bertiga menunggu di dalam Stesen Myeondong. 

Tak lama lepas tu, Anna wasap bagitau Ikah ada di atas exit 4...heheh. Semasa menunggu, saya sempat tido lagi hhahaha. Kami bertiga pun kluar di Exit 4. Ikah dan Anna menanti. Ikah bawak kami naik bas untuk pergi lunch kat Gosame Ikan Bakar Sinchon.



Senang juga naik bas ni benarnya. Kalau kita tahu, memang mudah. Tapi kalau naik subway, ini direction yang saya dapat....hehehe...letak sini untuk ingatan di masa akan datang...Valid in year 2018. Tahun tahun akan datang, wallahualam..

How to go to Gosame Ikan Bakar Sinchon --> Sinchon Station Exit 2. Jalan straight sampai jumpa pipe merah besar. Dekat situ nanti ada nampak kedai kebab/juicy/kedai roti, Jalan depan sikit, pastu masuk simpang ke kanan. Jalan straight sampai jumpa kedai kari 카레 color putih, masuk sebelah kiri, kedai kari 카레 tulis dalam bahasa Korea. Pastu straight lagi sampai jumpa gs25 sebelah kiri. Lintas jalan sikit jalan depan ada gosami sebelah kanan. Ikut map ni. Map ni saya jumpa dari blog travel-travelworld

Map pinjam dari travel-travelworld

By bus, saya tak pasti sebab kami hanya membontoti Ikah je....tak pandang kiri kanan, so tatau jalan...hahahaha. Sesampai je Gosame, orang tak ramai sangat. Kami pun order spicy squid, ikan bakar dan juga sundubujigae. 





Total makan untuk 5 orang, seperti yang kami order diatas adalah KRW40,000. Berbaloi betul saya rasa kalau bandingkan makan kat Busan Jib. Selesai makan, kami diskas semula nak kemana. Kalau ikutkan saya, mau pergi ke Yeouido Park. Baru tahu pula yang I SEOUL U dan pindah ke City Hall. If not, takdelah buang masa kat Namdaemun. Maybe patut ke Yeouido Park dulu. Diskas diskas, kami decide ke City Hall sahaja. Sebelum tu jalan jalan sekitar Sinchon.



Sepnajang jalan di Sinchon area

Penuh bunga bunga 

Lampu dan bunga pun dah macam nak sama...



Kemudian Ikah antar kami ke subway station terdekat untuk pergi ke City Hall. Ikah ada hal masa ni, so dia tak dapat nak temankan kami. If not, saya hajak juga ke Yeouido Park...hahaha.

Sesampai di City Hall, angin kuat betul masa ni. Rasa nak melayang dibuatnya. Dengan sejuk nya lagi..hhuhuhu.. Kami amik gambar macam lipas kudung...hahaha...x lalu nak kluarkan jari.






Dari City Hall, kami berjalan kaki menuju ke Gwanghwamum Square. Singgah di Cheongyeon Stream dahulu. Masa ni dah pukul 0300 petang kut. Kami kena balik ke GH sebelum kul 0500 petang. Airport transfer janji kul 0700 malam.




Masa sampai kat Gwanghwamun Square, ada majlis peringatan kepada mangsa mangsa MV Sewol Ferry yang tenggalam pada tahun 2014 dalam perjalanan dari Busan ke Jeju. Ada beberapa police menjaga disini. Beberapa lagu yang sedih mendayu dayu dimainkan. Memang terharu sungguh bila berada di sini. Pada yang mahu memberi peringatan, boleh lah mengambil sekuntum bunga kekwa yang diletakkan disediakan disitu, dan letakkan di hadapan gambar gambar mangsa. Rupanya masih ada lagi mangsa yang belum ditemui. Sesungguhnya, saya menitis airmata juga bila terpandang gambar pelajar pelajar ni semua. 
Tempat peringatan mangsa mangsa tragedi feri Sewol yang tenggelam

Kemudian kami pun mengambil subway untuk kembali ke Myeondong. Sampai di GH, kami ambil barang masing masing dan start repacking. Saya masa ni dah timbang elok elok, and yakin sangat saya punya lebihan hanyalah 2kg sahaja. Saya kata, xpalah nanti di epot saya bayar sahaja luggage yang terlebih ni. Jam 0700 malam, airport transfer datang. Punctual betul. Maka kami pun angkat la barang barang semua masuk ke van. Sampai di airport, kami terus sahaja berbaris untuk check in luggage. 

Sampai turn kami, dia nampak payung...cannot handcarry. Need to put in the box. Hmm..tak kuasa ler pulak nak patah balik ngisi dalam kotak. Maka, selamat lah payung tinggal kat epot. And start timbang luggage semua...timbang punya timbang, sekali orang tu kata, hanya ada 2kg sahaja lagi untuk check in luggage. Saya letak barang saya...and ada extra 7kg...huwaaaaa...apasal terlebih banyak sangat ni. Masa ni, serabut kepala saya. Orang kat kaunter tu suruh saya ambil yang extra 7kg tu untuk handcarry. Walhal saya dah ada lagi satu barang untuk handcarry. So, exchange yang tu masukkan check in luggage (cuma 2kg je) yang 7kg tu saya carry. Punyalah saya lupa....dalam beg 7kg saya tu, ada kimchi, susu pisang 12 botol, nutella yang tak abis, pencuci muka, body scrub dan toner Mary Kay yang melebihi 100ml yang baru sahaja digunakan....separuh pun tak sampai..memang beli baru untuk digunakan di Korea. Bila masuk kat boarding, wassalam la barang barang saya kena buang...huhuhu. Mampu berhuhuhu saja. Sempat selamatkan susu pisang sahaja. Tu pun saya perait kat epot. Bagi kat orang orang Malaysia yang ada kat situ. 

Dah nak ujung ujung ni, saya serabut kepala tengok peel travelmates...hahahha. Mujur dah nak balik. Tu yang otak takleh nak berfungsi ngan betul. Setiap kali travel, ada je kann...hahahha. Tapi saya tak pernah serik berjalan dengan orang baru...orang je yang serik travel ngan saya...hahahha

Flight take out jam 1100 malam gitu. And sampai kat KLIA awal pagi. Sampai sini, masing masing cari jalan masing masing. 

Tamat sudah perjalanan selama 8 hari solid ke Busan - Jeju - Seoul. Saya kata solid, sebab kami sampai awal pagi, dan kami balik ke Malaysia waktu malam. So total 8 hari tu memang fully utilised. Saya enjoyed dan puas hati kerana tempat tempat yang saya nak pergi, saya dapat penuhi. Ada lah sikit sikit incident yang annoying dan kadang-kadang menyampah juga....hahahha. Biasa lah...it is not easy to please everybody. Kita pun bukannya sesempurna mana. 




No comments:

Post a Comment