Thursday, 19 July 2018

Spring Trip to South Korea (Jeju Island) - Day 4

2nd April 2018 (Isnin)

Hari ke 4 di South Korea, iaitu hari ke 3 di Jeju Island (last day). Flight ke Gimpo jam 0700 malam (nanti check balik the exact time).  Hari ni plan ke Andeok Valley, Teddy Bear Museum, Banana Yellow Cafe , O Sulloc Tea Museum dan Hyeopjae Beach .

Since hari ni last day kat Jeju Island dan kena check out, kami siap siap angkat barang turun ke bawah. Breakfast dulu and started our day. Ikah bawa kami ke Andeok Valley dulu. Saya pun tak tau apa yang nak di tengok kat Andeok Valley hahhaa. So redah ajelah. Menurut kata Ikah, di Andeok Valley ni lah penggmbaran drama Slave Hunter. Memasuki ke dalam kawasan ni ada satu macam bau yang sukar di gambarkan. Bukan lah bau yang sedap di hidu...hehhe. Tapi kami hanya berdiam sahaja tanpa berkata apa apa. Agak sunyi kawasan ni, malah pada masa kami masuk ke sini, tiada sesiapapun. Hanyalah kami berlima. Suasana agak sedikit seram pada saya hehhehe. Juga saya tidak berkata apa apa. Tidak tahu tentang orang lain. Tapi yang pasti saya tidak sabar mahu keluar dari Andeok Valley ni...hehhe. Memang hutan simpanan yang menarik pada yang sukakan nature.

Entrance 

Seram jap. Klu hari hujan or air naik  masa ni....sbb memang kena melalui jalan ni



Gambar - Ehsan google. Dari website Visit Jeju. Kami kena melalui jalan ini untuk sampai ke tangga seperti gambar di bawah

Naik tangga tu pulak...hahhaa...kenalah berhati hati. Masa kami sampai, air agak kering - Ehsan Google. Gambar dari website Visit Jeju

Keluar dari Andeok Valley, kami meneruskan perjalanan ke Teddy Bear Museum. Saya mulanya taknak masuk Teddy Bear Museum ni, sebab dah pernah masuk dulu di tahun 2015. Tapi sampai sini, perut memulas lak. Memikirkan pasti ada toilet di dalam Teddy Bear Museum, maka gigih lah saya masuk juga ke dalam. Kompem bertapa dalam toilet. Lega dapat melepaskan bahan buangan hahahhaa.  Kali ini saya explore lebih sikit kat Teddy Bear Museum. Kawan saya Anna ni, memang suka baca info info pasal Korea. Dia kata, kat bahagian luar ada lagi kak. Jom laaa....dulu saya jalan bahagian dalam je. Ntah saya pun lupa...maybe di tahun 2015 takdelah lagi kawasan luar tu...or saya yang tidak tahu. Anyway, okay je....ambil gambar puas puas and jalan tempat lain. Berdekatan dengan TBM ni banyak lagi museum museum lagi seperti KPop Museum, Chocolate Museum. Alive Museum. Tapi kami tak pergi pun. Cuma ambil gambar di bahagian luar je.

Dalam museum


Bahagian bawah tempat jual souveniers...mahal doooh..

Entrance

Bahagian belakang

Seterusnya kami ke Yellow Cafe yang berada di seberang jalan berdekatan dengan Teddy Bear Museum ni. Masuk ke Yellow Cafe, interior memang cantik. Saya sekadar beli icecream perisa pisang je. Susu pisang takdak pulak. Tak ramai orang dalam ini. Jumpa juga beberapa Malaysian. Alhamdulillah Malaysian yang kami jumpa ni, ramah ramah belaka. Maulah bertegur sapa. Tak tegur pun, depa senyum je. Okay le. Tak expect pun depa datang bersembang ke apa ke...


Deco dalam Yellow Cafe



Selesai di Yellow Cafe sebelum meneruskan perjalanan kami ke O'Sulloc Tea Museum kami lunch dulu. Lunch kali ni agak kurang memberangsangkan sedikit. Sian Ikah....terpaksa je ikut kami. Dia pun letih gak nak mencari tempat makan yang sedap. Saya pula rasa serba salah, sebab untuk lunch kali ini, Ikah membayar harga yang agak mahal. Mula terpikir...berbaloi ke dengan pulangan yang dia dapat. Tapi semuanya berlalu begitu sahaja.


Antara seafood yang kami ambil. Agak mahal. Dan kami juga order Pajeon. Punyalah mentekedarah, order Pajeon sampai dua keping. Berulang kali ahjumma tu datang tanya betul ke nak dua..hahaa. Sekali sampai...punyalah besar Pajeon. Patutlah dia tanya...macam x caya je kan...makan untuk 4 orang...hahaha.

Selesai lunch, kami minum kopi dulu dan teruskan perjalanan ke O'Sulloc Tea Museum. Cuaca sangat baik hari ini. Panas tapi berangin. Sesampai di sini ramai juga orang. Kami jalan jalan sekitar tea museum. Jah dan Erra nak beli barang kat Innisfree. Saya dan Anna jamu mata je....hahahha. Kemudian kami singgah di cafe sekejap untuk mencuba icream green tea juga cake and coffee.  Tak ingat braper lama kat sini. Ikah jenis tak kisah...layan je. Kami yang risau...nnt sempat ke...sempat ke..hehehe. Dia kata sempat je...dun worry. Ye lah dia dah biasakan. So boleh bajet kul braper nak pulangkan kereta, kul braper nak ke airport.





Dari O'Sulloc kami singgah di Hyeopjae Beach. Singgah sini pun sekadar ambil gambar je. Tapi banyak gambar saya tak semenggah je...hahaha.....saya kena tingkatkan skill mengambil gambar supaya berpuas hati.  Setel jalan jalan, kami menuju ke Dongmun Market pula. Takada apa yang kami cari pun. Sekadar jalan jalan didalam market ni. Diaorang ni suka sangat makan odeng dan hotteok. Saya....hmmmm.....hehehhe





Kemudian Ikah hantar kami ke Jeju Airport. Selepas turunkan kami, dia pun pergi pulangkan kereta. Tak lama pun. Flight ke Gimpo pada jam 1955 malam. Memang kat Jeju Airport ni tak perlu nak queue lama lama. Masa ni dah kul 1900 baru kami check in. Sebab tunggu Ikah sampai. Bagus Ikah ni...kalau ikutkan, pakej kami ambil sampai kami naik flight je di Jeju. So untuk dinner memang tak termasuk dalam pakej. Tapi Ikah still belikan kami burger lotteria. Untuk makan dalam flight. Saya masa ni agak kepenatan juga. Walaupun bukan saya yang drive. Ikah tu apatah lagi. Sure dia penat kan. Penat melayan kerenah kitaorang.....hehhehe. So, saya memang takda rasa nak makan pun. Saya cuma minta Ikah belikan coffee saja. Malam ni ramai orang di Jeju Airport. Kagum saya, sebab penerbangan dari Jeju ke Gimpo, saling berturutan tak sampai 1 jam, ada je flight berlepas. Bermakna memang ramai orang yang sering ulang alik Jeju - Seoul - Jeju.


Naik je atas kapalterbang, kesemua kami membuta...hahaha. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Setiba di Gimpo, pada mulanya kami meminta Ikah menghantar kami ke Namsan Guest House. Ikah agreed je, tp ofkos menggunakan public transport. Kiranya dia hantar tu, atas budi bicara jugalah. Kalu ikutkan perkhidmatan dah tamat. Bila pikir pikir balik, dengan nak carry trolley bag lagi, back pack lagi, kami decided untuk naik airport transfer je. Ikah pun tolong carikan kan airport transfer untuk kami. Dan dia balik ke GH dia naik public transport.

Driver airport transfer ni pulak, saya dah bagi tau Namsan Guest House 2. Landmark Pacific Hotel. Dia guna waze...trussss bawak kami ke Namsan GH yang atas bukit tu. GH 1 kut...hahaha. Hadoii lah....tengah terpinga pinga kami ni, sbb dah silap tempat, pastu tatau nak explain ke dia camner...saya kata bawak le ke Pacific Hotel. Tengah berckp ckp...tiba2 depa ni menjerit...hoisssh.. terkejut hakak tauu....Rupanya ada taxi lalu, dalam tu ada Elise &  Mashie (kawan KMC yang datang Korea sama hari dengan kami, tapi depa tak pergi Jeju. Kami memang plan nak berjumpa, sebab kami stay kat GH yang sama). Laju je saya bagitau driver, follow that taxi, follow that taxi. Rupanya depa tu pun taxi driver silap bawak.....hahhahaa. Memang scary tul jalan kat sini. Udah ler berbukit, sempit plak tu...haiyaaa....takut berlaga. Tapi opkos depa ni tau nak ejas kenderaan masing masing kan. Akhirnya sampai lah kami ke Namsan Guesthouse 2.

Sesampai disini, kena tunggu plak, sebab takde orang kat reception. Walhal dah kabo kami sampai kul braper. Tunggu punya tunggu, sampai gak budak tu. Beria minta maaf. Okay le..no hal. Kami booked bilik untuk ber4. Kena naik tangga....masuk je...hmmm...bilik memang le sempit. Dah agak dah. Tapi tak expect le mcm tu. Dalam hati..menyesal tak book Namsan yang sebelah tu. Dulu di panggil Namsan GH 4. Tapi sekarang di sebut Namsan GH 2 Annexe.

Dah letak barang, masing masing mengomel...sempit..sempit...letih mak nak. Saya ngan Anna turun ke bawah, tanya kut kut ada bilik lain. If sebilik ber2 pun takpa (masa ni la). Reception tu cakap, ada tapi alternate day. Nanti kena pindah randah. Dia soh datang esok untuk check. Tp esoknya kami tak check pun. Sampai ke sudah duduk lah bilik ber4 tu. Sebab balik tido je pun......hahhahaa.

Lepas ambik tempat masing masing, kami pun letak barang masing masing. Kemudian kami turun makan bersama Elise dan Mashie di bawah. Seronok rasanya bila kawan bertambah. Tapi kami cuma ada 2 hari je bersama sebab mereka balik 2 hari lebih awal dari kami.

Malam tidor nyenyak diringi bunyi dengkuran masing masing...hahahha. Kesian lah sapa yang tidur lambat. Takleh nak lena sebab saling berdengkur bersahut sahutan.....

End of Day 4




No comments:

Post a Comment