Sunday, 27 November 2016

Autumn in My Heart Again 2016 - Day 5 (Namsan Park - Namsangol Hanok Village - Myeongdong)

30hb October 2016 (Sunday)

Hari ke 5 di Seoul. Hari ni kami menuju ke Namsan Park. Fida kata nak ke Namsan Park, tpi takmo ke Namsan Tower. Saya pulak masa ni dlm paler dok compute Namsan Park dan Namsan Tower adalah sama...mengong....hahhaa. Sabar jer lah. Boleh blurrr plak gitu. Dah tak tau nak ikut direction mana sebenarnya. If ikut kata saya, saya mahu ikut jalan melalui Namsan GH. If mengikut kata Fida, turun kat stesen Heohyen, and jalan kaki dari situ. Maka akhirnya saya decide ikut nota Fida, kami stop di stesen Heohyen dan mula mengikut signboard ke Namsan Park. 

Lalu sebelah wall ni 

Jalan lagi naik atas

Nampak dah dari jauh


Stop dulu kat sini. Penat

Pusing pusing ambik gambar sekitar

Pemandangan kat bawah

Seoul Tower dari kejauhan

Gigih acik acik ni daki bukit

Banyak batu batu kat sini

Batu memory kut

Seoul Tower dari kejauhan

Punyalah jauh.....if saya tau jalan ni jauh, saya prefer ikut jalan ke Namsan GH tu. Kami macam orang kehilangan arah dah.....jalan jalan jalan dan jalan lagi. Saya jalan jauh di depan, Fida plak jauh di belakang. Memang we took our own sweet time sungguh lah. Jalan jalan ikut suka hati. Konon saya macam terer sangat kan...hahahha. Akhirnya kami jumpa Information Centre. Kami tanya if nak naik ke Namsan Tower tu braper lama. About 40 minutes katanya if jalan kaki. If nak naik cable car, kami kena patah balik ke belakang....hmmm....takpalah. Since org tu kata 40 minit, kami diskas balik....memang malas ler jawapnyer. So kami decide naik bas cari tempat lain. Bila tengok kat bus stop, kami boleh naik bus no 05 untuk ke Namsangol Hanok Village. Actually bus ni boleh juga ke Namsan Tower...tp ntah...mcm saya sbb dah penah pergi...so takde beria sangat nak pergi. Saya ajak Fida ke Namsangol Hanok Village. Kuasa veto tul kekkeke. 

Kami naik bus no 05, dan stop kat Namsangol Hanok Village. Dalam bus ada annoucement...so tak risau sangat. Bila turun je dari bas, kami dah nampak signboard ke Namsangol Hanok Village ni. So ikut saja signboard.

Signboard


Pertunjukan kebudayaan

Comel je budak budak ni

Terus bergendang

Dengan pakaian tradisional

Bersiap di tepi jalan

Information map

Di sini, kami cuma jalan jalan di bahagian hadapan sahaja. Saya ingat nak explore juga seluruh kawasan istana ni. Tapi daya ketahanan kaki macam tak berapa nak mampu. Maka berpuas hati ajelah kami jalan jalan di bahagian hadapan dekat ngan entrance sahaja.

Selesai di Namsangol Hanok Village, saya tak ingat kami pergi kemana....hahahhaha. Saya rasa kami pergi Itaewon untuk lunch. Kami lunch di Murre Restaurant. Saya memilih Rameyon sahaja manakala Fida ambil nasi beriani. Kemudian kami balik ke GH rasaya hahahaa.

Murree

Peberet all the time


Sampai GH, kami bersihkan diri, solat dan selesaikan apa yang patut. Saya malas nak duduk kat GH sbb rasa mcm awal je lagi. Since Fida tak mau keluar, saya bagitau dia saya keluar sorang sorang. Mati kutu gak ni, tak tau nak pergi mana. And saya decide nak pergi Namsan Tower sekali lagi, kekonon nak tengok sunset. Naik subway turun kat Myeondong. Gigih berjalan kaki sensorang melalui Pacific Hotel melepasi Namsan GH dan langsung menuju ke Namsan Cable Car Station. Lemah lutut akak dek non mendaki bukit. Termengah mengah sampai ke Station Cable Car and saya terus masuk barisan. Memang ramai orang. Bila dah nak sampai ke kaunter, tiba tiba saya rasa macam malas lak naik ke atas.. hahahahha. Saya keluar barisan dan mula menuruni jalan nak ke stesen Myeondong. Saya mula berpikir, nak guna jalan yang saya ambil masa datang, or guna jalan bersebelahan. Saya kata pada diri sendiri, why not try aje jalan sebelah. If sesat, saya boleh patah semula ke kebelakang dan ambil jalan yang mula mula. Maka berjalan lah saya sensorang...jalan dan jalan dan terus berjalan, saya terjumpa Seoul Animation Centre. Ooohh disini rupanya. Memang berada di belakang Namsan GH. Cuma jalannyer yang berbeza. Saya singgah sekejap tengok ada show untuk budak budak kat situ. Layan perasan sorang sorang, saya pun teruskan perjalanan ke Stesen Myeondong. Sebelum sampai, saya nampak signboard ke Namsan Tunnel. Tapi tak berani nak pergi sebab sorang sorang dan hari sudah hampir gelap. Jalan juga agak sunyi waktu ni.


Jumpa ni on d way turun ke bawah


Pacific Hotel dari ke jauhan. Dah dekat ngan Namsan GH

Sampai kat Myeondong, saya layan suasana disitu dengan melihat remutan manusia. Abis satu Myeondong saya jelajah. Saya perasan kat Myeondong Night Market skrang sudah banyak stall yang menjual makanan halal. Contohnyer kebab dan taiyaki. Saya jalan jalan tengok tengok sahaja. Since Fida memesan Taiyaki, saya beli beberapa untuk di bawa balik ke GH.

Taiyaki ni ada tanda halal

Dah puas pusing pusing Myeondong Night Market, saya ambil subway ke Sinsieldong balik ke GH.. Penat sungguh rasanya. Satu pengalaman  yang tak reti nak cakap bila berjalan sorang  sorang......





Friday, 25 November 2016

Autumn in My Heart Again 2016 - Day 4 (Namdaemun - Ehwa Univercity - Dongdaemun Grilled Fish)

29 October 2016 (Saturday)

Hmmm...kemana ye arini. Owwh...rasaya ke Namdaemun. Kami shopping dulu di Namdaemun. Pusing pusing cari brooch, carik accessories, cari stokin....dan suhu makin drop. Saya makin kesejukan. On the way ke Namdaemun, saya sempat rembat sehelai baju kat underground shopping centre.  Dan kami teruskan ke bangunan e-lengdang. Macam biasa, kat Bangunan E-Lengdang ni, memang ramai ler jumpa orang Malaysia. Dan 4 kali saya ke South Korea.....kali ke2, 3 dan ke 4....toksahler berangan nak senyum senyum or tegur sapa ngan orang orang kita ni. Susah nak jumpa orang mcam akak semalam tu.  Akak semalam tu (orng Pahang) sgt baik dan peramah. Sampaikan dia bagi kitaorang share pocket wifi dia masa kitaorang tgh tercari cari wifi. Bagi kat auntie ni password wifi; katanya kepada anak2 nyer. 

Masa kat Namdaemun, sempat menerai pancake kat situ. Saya suka yang dibake mcm gambar dibawah ni compare tu yang di goreng guna minyak sedikit (takde gambar..hehheheh)






One of the favourite


Setel shopping kat Namdaemun,, kami ke Ehwa Women University pula. Jalan jalan amik gambar je. Ntah apa yang menarik kat sini eh...hahhaha....Sekadar ambil gambar. Lama juga jalan jalan dalam ni and kendian kami balik. Masa balik tu hari dah mula beransur gelap sikit.

Jenuh menapak, eskalator utk naik rosak










Depan pintu masuk ke Ehwa University

Saya tak pandai ambil gambar, Jadi kebanyakan gambar gambar nampak kurang menarik. Actually, dekat Ehwa ni, sangat cantik dengan daun berwarna warni.

Masa nak balik, tiba tiba saya teringin nak makan kat Teokbboki Town, Sindang. Saja ajak Fida pergi sekali. Tapi sampai kat sini saya blurr..hahahhaa. Pastu Fida pun dah tak larat nak jalan. Kami diskas dulu, and then Fida kata dia nak balik dulu naik bas. Dia tak kisah balik sorang sorang. Saya plak....gagah juga cari kedai. Tp tu la...bila dah sensorang, otak pun jadi jem. Berdua pun kadang kadang jem. Cari cari x jumpa, saya nekad patah balik ke Dongdaemun. Turun di Dongdaemun, pikir nak makan apa. Saya jalan pusing pusing area Dongdaemun, then trus tuju ke Kedai Ikan Bakar. Actually, agak weird gak saya rasa bila berjalan sorang sorang, makan sorang sorang. Rasa macam orang asik pandang jer. Walhal takde apa pun. Saya salute sungguh pada solo traveller.  Saya ni sbb Fida tak larat nak jalan dah je. And saya plak takmo balik GH lagi sbb saya rasa masih awal. If saya pun x larat, kompem saya ikut Fida balik. Tapi it was an experience.

So makan ler saya sensorang di kedai ikan bakar tu..hehehhhe. Selesai makan, saya jalan jalan kat Dongdaemun Design Plaza.  Ada acara apa ntah kat sini. Macam pemilihan ratu cantik je...jalan jalan pusing pusing sambil lepak lepak sendirian, saya pun balik semua ke Sinseoldong Station. Memang dah tak ketahuan nak kemana.

Sampai GH, mandi manda dan tido. Esok nak ke Namsan Park...pendek tul cerita hari ni kan....sbbnyer kami lepak lama sangat kat Ehwa University tu. Sambil tengok ntah apa apa aje show yang ada. Agaknyer program mencari bakat kut. Nak shopping kat situ...memang idak ler. Shoppping takde dalam bajet list saya. Tapi try makanan Korea, memang ada hehehhhe.





Autumn in My Heart Again 2016 - Day 3 (Seoul - Cheongye Stream - Itaewon - Banpo Bridge Hangang Park)

28 October 2016 (Jumaat)

Hari ke3 di Busan. Awal kami keluar dari Pusan Inn. And kami terus beli tiket KTX ke Seoul. Harga oneway KRW59,800. KTX train ticket ni boleh book online. Tapi kami beli direct kat kaunter. Untuk penjimatan, boleh beli group saver. Itupun kalau ada dua hala perjalanan. Macam kami, sbb akan balik ke KL from Seoul. Jadi boleh beli one way je lah. Tiada penjimatan...hehhehe..Nak tau info pasal Korail Pass, silalah masuk ke website LETS KORAIL.

Saya penah di tanya, apa beza pass, pass saver dengan ticket biasa. Yang saya paham, pass ni kalau kita menggunakan perkhidmatan keretapi laju ni untuk dua hala or untuk beberapa kali. Pass pula ada pelbagai jenis seperti 1 day pass, 2 days and etc. Kalau setakat satu hala sahaja, belilah ticket biasa berharga KRW59,800. Pass saver pula, kalau kita in a group. Biasanya kena more than 3 orang dan perjalanan juga tetap dua hala.

Rupa isi dalam train


Muka sendiri tetap ada....kekekekek

Kami menaiki train jam 8.00++ dan di jangka tiba di Seoul Station pada jam 11.00++. Masa ni Fida berwasap dengan kakak agent yang sepatutnyer uruskan penginapan kami di Seoul. Alkisahnya, Fida ni mulanya nak ikut ground pakej orang tu, tapi kemudiannya tak jadi. Dia dah bayar full amount kat orang tu. Since x jadi, org tu kata leh refund tapi kena ambil kat Seoul and untuk GH di Seoul xleh kansel sbb dia dah bayar katanya. Sebelum sampai Seoul, org tu kata dah booked kat Hi5 Hostel Insadong. Tp bila tiba hari kami nak ke Seoul, tiba2 orang tu kata bukan kat Hi5 Hostel.  


Saya dah cuak juga. Bukan saya jer  cuak, Fida pun dah cuak. And saya kata ke Fida....if kakak agent tu belum book GH tak apa. Kita boleh cari sendiri. Dun worry. Bagi saya tiada masalah nak carik GH di Seoul. After all saya dah pernah pergi Seoul, In Sha Allah, saya yakin boleh jer cari GH. Nanti kita pergi je lah ambil duit tu, saya bagitau Fida. Saya cuma mahu menghilangkan kerisauan Fida. Padahal yang benonyer saya pun risau...hahhaha. Bukan terer sangat jalan jalan kat Seoul ni. Hadoii..tawakalll je la. Tapi bila kami dah dekat dekat nak sampai Seoul Station barulah org tu ckp, dah booked kat Dongdaemun GH berdekatan subway station Sinseoldong. Harga satu malam KRW65,000 untuk bilik yang mempunyai bunkbed. Pergghhh legaaa...

Sampai di Seoul Station, kami terus amik subway ke Sinseoldong. Berdasarkan peta, kami terus ke Dongdaemun Guest House Exit 1 or 2. Sampai di GH, kami diberikan satu bilik mempunyai satu bunkbed, bilik air, peti ais dan tv. Beria Fida minta maaf ngan saya atas kesilapan teknikal ni.....hehhehe. Takde apa lah Fida..akak okay je.

Bilik kami dapat exactly the same macam ni

Pantry

Dapur memasak

Bilik air - kecik. 

Laluan di bahagian bawah

Entrance



Entrance di belakang ya. Jangan konpius. Bukan di depan ni.

Bilik memang a bit kecik sket. Nak solat memang kena ejas. Selesai checked in dan letak barang brang semua, kami ke Cheongye Stream dulu sementara menanti jam 5 petang. Dari Sinsieldong Line 1--> Stop at Jongno (sam)- ga --> Transfer to Line 5 --> Gwanghwamun --> Exit 2

Cuma jalan jalan sekitar sungai ni je sambil buang masa then kami  ambil subway ke Itaewon pulak utk berjumpa ngan orang tu. Janji jumpa di Seoul Mosque di Itaewon jam 5 petang. Since awal, kami lunch dulu, dan kemudian ke masjid untuk solat sambil menunggu. Nama restoran....hhhaaha....Bombay Restaurant kut...


Gwanghwamun Line 5 --> Stopped at Gongdeok --> Transfer to Line 6 --> Itaewon --> Exit 3

Big portion. Jenuh nak perabis

Sementara menunggu di Masjid Itaewon, kemudian katanya tunggu dekat Restoran Sarah pula. Kami turun ke bawah. Lama juga kami menunggu....huhuhu...bertabah sungguh lah. Saya kesian travel buddy saya ni. Udahlah first time ke Korea dan terpaksa lak menghadapi situasi begini. Yang pasti, refund kena amik balik hhehehe. Kemudian barulah orang tu datang dan deal dengan Fida apa yang sepatutnya. Penginapan di kira bermula dari 26/10 - 02/11. Bukan dari 28hb. Dengan alasan, Fida sepatutnya checked in di Seoul pada 26hb tp tukar plan dan checked in 28hb. Dua malam duit dah bayar kat Hi5 and takde refund. And saya ckp....if macam tu....kalau dah booked kat Hi5 Hostel, kenapa tak teruskan aje di Hi5. Tentu2 hala mmg burn duit penginapan utk 2 malam tu. Hmmmm......no komen. Janji ada tempat tinggal dan duit dapat balik setelah ditolak duit penginapan. 


Dah setel semua, kami meneruskan perjalanan ke Banpo Bridge. Untuk ke Banpo Bridge Hangang Park. Berjalan agak jauh juga.....penat kaki melangkah dengan sejuk gedi didalam kegelapan malam.

Take Subway Line 3, Line 7, or Line 9 to Express Bus Terminal Station (Exit 8-1). After exiting, continue for 300 meters until you reach an intersection with an elevated road. Turn right and continue for about 15 minutes or 800 meters to reach the Banpo Hangang Park and the bridge.


Katanya 300 meters. Tapi saya rasa macam more than 3000 meters.....hahhaha. Actually ada signboard disini. Samada signboard diatas atau di bawah di atas jalan. Boleh nampak instruction berapa jauh lagi untuk sampai ke intersection. Sampai di intersection tu ada traffic light. Kalau tengok keadaan sekeliling, mesti tak sangka, sbb jalan tu amat sibuk seperti highway. Kita akan terpikir, dimana nak cross ni?? Dun worry....follow the signboard. Klu tulih another 10 meters, follow je. Bila dah cross jalan, turn right nanti nampak ada satu jalan menuju kebawah seperti terowong. Jalan lagi......terus ke hadapan. Nnt jumpalah Banpo Hangang Park and the bridge.

Malam ni memang sejuk sungguh. Menggigil gigil. Masa kat sini kami terserempak ngan sorang akak ni, bersama dua orang anaknyer. Mujur saya tak panggil auntie...hehehhe...sbb umur tak jauh beza. Anak2 nyer dah besar. Mereka travel ber3 je. So sembang2 ler kami sementara menanti rainbow fountain. Tp entah....a bit frustrated jer. Takde lah cantik macam dalam gambar. Expectation saya high sgt kut...hahahahha.


Setel rainbow fountain, akak tu nak balik sama sama since apartment nyer kat Dongdaemun. Kami naik bus jer. Ada dua bus stop kat Hangang Park. Kami redah jer naik salah satu bus yang lalu di situ. Dalam bus ada announcement. So bila ada annoucement mengatakan ada subway yang terdekat, kami turun dan terus mengambil subway ke arah Dongdaemun. Berhenti seketika di Dongdaemun Design Plaza dan kami pun berpisah.


Ni akak tu ngan her doters


Saya ngan fida trus balik ke Sinseoldong. Akak tu ngan anak anak pergi jalan jalan lagi kut...heheeh. Capek sungguh la weehh....punya jauh berjalan. Sian kat Fida, sakit sakit kaki.  Sampai di GH, mandi manda, solat and terus kebabom...kepenatan. Mujur dah kenyang makan di Itaewon...