26 Oktober 2018 (Jumaat) - Day 1
Naik bas dari Hentian Duta jam 11.00 sepatutnya. Tapi punyalah lama menunggu bas datang dari TBS. Nad paling awal sampai. Kemudian saya, followed by Za, Dee, Riny, Watie, Eina (depa datang sekali bertempat di rumah Za) dan akhir sekali Rose.
Sementara menunggu bas, kami sempat buat cabutan seat didalam bas juga partner bilik hotel. Kali ni taklah buat lat talilat tamplong sebab Za dan siap print kertas undi. Wah...macam nak pilihanraya lak ye...marilah mengundi...hahhaa. Saya sebilik dengan Rose, Dee dan Eina, Riny dan Nad, Za dan Watie. So pandai pandailah ejas perangai ngan partner masing masing ye...kekekkeke...
 |
| Seat dalam bus |
27 Oktober 2018 (Sabtu) - Day 2
Hampir jam 1200 malam kut baru bas sampai. Seat bas sangat selesa dan besar. Maka masing masing pun dah mengantuk dan terlelap bersama deruan enjin bas. Saya terjaga jam 0400 pagi bila alarm hp berbunyi. Lena sungguh tidur. Yang lain saya tak pasti. Ternampak Eina membelek hp sebab dia sebelah saya. Sampai di Gurun, bas berhenti. So sapa yang membuang, nak solat, silalah ye.Toilet ada 3, yang berbarisnya...hhuhuhuh..mak aih. Jadi lama sebab ada yang mandi manda plak kat dalam toilet. Bertabah jer lah. Kemudian meneruskan perjalanan dan berhenti di Alor Setar pula. Terasa lama sungguh lah perjalanan. Dan saya tetap membutakan mata. Hari dah cerah, kami sampai di sempadan Bukit Kayu Hitam. Kat sini jalan agak sesak. Lama juga menunggu. Dah sampai, turun, cop passport, naik bas semula.
 |
| Kami kami dalam bas |
 |
| Kat border - imigresen Malaysia |
 |
| Dah lepas imigresen |
 |
| Layan..sementara tunggu yang lain naik bas |
Kemudian jalan lagi ke hadapan untuk masuk ke Wilayah Songkhla. Turun bas, cop passport. And masa ni kami kehilangan bas...hahaha. Tak tau bas berhenti di mana, maka tercari cari lah kami. Dan rasanya yang lain pun sama. Agak lama juga disini sementara menanti yang lain selesai. Yang mana saya pasti mereka ni pun sesat mencari bas...hahhaha. Dari sini nak ke Hatyai, lebih kurang 56km lagi...huhuh. And waktu ni sudah jam 1200 tengahari waktu Malaysia, iaitu 1100 pagi waktu Thailand. Matahari terpacak dah atas kepala...panassss...
 |
| Imigresen Thailand |
 |
| No tips please |
 |
| Tapi memang tak bayar apa apa tips pun |
 |
| Ni kat dalam. Meremut orang berbaris |
 |
| Dah lepas imigresen, jenuh cari bas. Rupanya kat depan nunnnnn dekat board |
Lepas tinggalkan barang barang dalam bilik, kami mengambil tuk tuk ke Khai Tod Decha untuk lunch. Masing masing sudah kelaparan aka kebuluran. Untuk ke Khai Tod Decha ni, dikenakan bayaran THB20 untuk sekepala. Ramai pula orang kat sini. Cari cari maka dapat satu meja terus kami order ayam goreng, sotong bakar, tomyam seafood, kerabu mangga, telur dadar, sayur campur dan satu lagi sayur Thailand. dan minuman semua nak order bubble tea kecuali Watie. Memola yang sampai adalah ayam goreng, maka bedal dulu ayam goreng tanpa nasi. Ayam goreng dah abis, baru yang lain sampai...hahaha....
 |
| Khai Tod Decha |
 |
| Tomyam, kerabu mangga dan sayur thai (tak tau nama) |
 |
| Ayam goreng ni sangat sedap |
 |
| Bubble ice tea |
 |
| Sotong bakar...liat sket..jenuh nak kunya..hahah |
 |
| Sayur goreng yang hanya terdapat di Thailand kata orang tu...heheh |
Selesai makan, kami ambil tuk tuk ke Big Market pula. Disini saya sempat membeli seluar pendek tuk anak anak. Pusing pusing dalam market ni, kami ambil tuk tuk kembali ke hotel. Mandi manda, solat dulu, tukar baju GUJ pula dan kami sepakat kluar selepas maghrib ntuk ke Khlong Hae buffet. Mak aihh...tadik dah makan...ni makan lagi...huhhuh. Cari tuk tuk, mahal plak. Maka kami ambil grab sahaja. Terpisah terbahagi kepada 2 group sebab takde grab yang boleh isi 8 orang kan...hehhehee
Sampai kat Khlong Hae Restaurant tu, orang dah ramai. Tercari cari meja juga kitaorang. Disini ada dua jenis buffet. Satu bahagian ada pelbagai seafood, satu bahagian lagi cuma daging, ayam dan udang. Kami memilih yang murah iaitu THB179.00 per pax. So kami cuma mampu makan daging, ayam dan udang je lah ye...hehhee. Yang lagi satu tu, THB289.00 kut (sy tak ingat). So boleh makan di dua dua bahagian. Pilihlah apa saja. Food memang variety. Macam macam ada. Makan dulu, bayar kemudian. Yakin betul tuan punya restaurant ni. Bab makan ni tak baik tipu tipu kan.....
 |
| Khlong Hae Seafood Buffet |
 |
| Entrance |
 |
| Antara seafood yang ada |
 |
| Kami kami.. |
 |
| Aiskrim.. |
 |
| Antara yang kami ambil untuk di grill |
Waktu malam, suasana disini ada kelam kabut jer pada saya. Makanan banyak, tapi pinggan mangkuk takde. And bila pinggan pinggan diletakkan, berebut rebut semua nak ambil. Berpinggan pinggan pegang di tangan, and orang kemudian tak dapat juga. Pembaziran tetap berlaku. Sayang melihat makanan yang tak abis di makan.
Selesai makan, kami ambil grab juga ke Asean Market. Saya takda apa nak dibelikan sangat. Jalan jalan, ternampak shawl. Yang lain beli, hakak pun beli...hahaha. Yang lain beli selai, hakak beli ber lai lai...hahhaa...
Selesai di Asean Market, kami mengambil tuk tuk kembali ke area Lee Garden. Jalan jalan saja. Ada yang nak berurut. Ada yang dah tak larat. Saya juga tak larat. Saya decided untuk balik terus ke hotel. Ada yang mengopi dulu kalau tak silap.
 |
| Kami di depan Lee Garden |
Saya sempat membeli pulut mangga 2 bekas untuk di kongsi bersama. Badan dah penat, mata dan ngantuk, nak makan pulut pun macam tak lalu...hahhaa.
Selesai mandi (bilik air di bilik kitaorang buat hal pulak, paip bocor, maka saya menumpang mandi di bilik Riny & Nad), kendian sembang sembang sekejap. Diskas kul braper nak ke Dimsum Chabura. Ada yang cadangkan jam 0800. Saya rasa mcm lambat sangat. Bimbang nanti ramai kat kedai, susah nak dapat tempat. Lagipun esok hari Ahad. Maka saya buat keputusan kul 0630 pagi...hahaha..veto sungguh. Awal giler. Ala...haripun dah cerah masa ni kan. Kemudian masing masing bawak diri masuk ke bilik, Saya tak boleh lelapkan mata...huhuhu. Mendengar room mate dah berdengkur, jeles plak rasanya...hahah.. Akhirnya terlelap jua entah pukul berapa.

No comments:
Post a Comment