Wednesday, 14 November 2018

Hatyai Trip With GUJ - Day 3

28hb Oktober 2018 (Ahad) - Day 3

Bangun pagi, mandi di bilik sendiri. Susahnya sebab paip rosak. Air pancuran jadi tak kuat. Tapi since mandi pagi, okay lah. Kalau macam semalam, saya memerlukan air yang banyak dan pancuran yang kuat, baru puas mandi...hahahha. 

Dalam tuk tuk ke Dimsum Chabura
Jam 0630 semua dah ready. Kami ambil tuk tuk ke Dimsum Chabura. Alhamdulillah, sampai di sini orang belum ramai. Tu pun jenuh juga nak cari meja yang boleh muatkan 8 orang. Akhirnya dapat juga. Dan kemudian kami pun mula memilih makanan kegemaran masing masing...










Tu dia....bertingket tingket

Tengoklah....betapa banyak makanan disediakan. Ada dimsum, ada yang bukan real dimsum, udang, miangkhem, lop chuk segala bagai. Memang meriah sungguh. And sangat puas hati.  Sebelum beredar, kami tapau nasi goreng pelbagai jenis untuk di makan di dalam tren ets nanti. Ye lah...sebab tak tau kat mana nak singgah untuk lunch. And dlam tren nanti mahal juga...huhuu...

Selesai di Dimsum Chabura, kami kembali ke area Lee Garden. Semalam siapa yang tak dapat pergi berurut, dapat juga pergi hari ni. Ada yang nak membeli passport cover printed with your name. THB10.00 je. Saya beli card holder. Senang isi banyak banyak. Cantik hasil kerja tangan mereka ni. 


Sapa yang nak balik hotel dulu kemas kemas, silakan. Ada yang pi makan roti canai dulu kat area Lee Garden ni. Saya sudah kepanasan mau pulang ke hotel menyejukkan badan. Tepat jam 0100, kami menanti kehadiran van yang dah di booked oleh Nad untuk ke Padang Besar. Miscommunication kat sini. Ada sorang driver tu tanya, SD ke...kami blurrr....sebab kami tau Nad yang booked. Rupanya Nad booked dengan SD...hahahha....hadoii...sabar je la.

Lobby hotel

Laluan ke Hotel





Dalam Van

Akhirnya jumpa juga dengan driver. Maka kami meneruskan perjalanan ke Hatyai. Sampai disini, driver tanya...nak cepat ke nak lambat. Kami nak cepat. Dia kata, kena bagi RM2.00 untuk percepatkan proses cop passport. Kami rela je, sebab malas berbaris. Dia bawa kami ke satu kaunter lain. Kemudian dia kata, nak drop disitu sahaja atau mahu dia hantar terus ke imigresen Malaysia. Opkos kami kata antar terus. And dia kata kena bayar another RM5.00 upah antar. Kami rela juga...hahhaa. And dia hantar trus ke stesen keretapi Padang Besar. Sampai di sini, barulah kami buka hasil tapauan dari Dimsum Chabura tadik. Masing masing kelaparan juga. Kami beli cuma 4 bungkusan. So share lah dengan partner masing masing masing ya.


Makan di tangga stesen keretapi

Tepat jam 0517, ETS sampai. Maka naiklah ETS selamat 5 jam. Terasa sangat lah lamanya. Hampir jam 1100 malam juga sampai di KL  Sentral. Selesai ucap ucap selamat peluk cium bagai, kami membawa diri masing masing ke rumah.  

Tamat sudah bermusafir di bumi Thailand dengan tujuan Jalan Jalan Cari Makan. Memang carik makan betul betul ni...hahhaha. Moga ada trip yang lain pula selepas ini. Alhamdulillah, trip Hatyai juga seperti trip Jogja. Tiada drama...hahaha. 




No comments:

Post a Comment