Friday, 25 November 2016

Autumn in My Heart Again 2016 - Day 3 (Seoul - Cheongye Stream - Itaewon - Banpo Bridge Hangang Park)

28 October 2016 (Jumaat)

Hari ke3 di Busan. Awal kami keluar dari Pusan Inn. And kami terus beli tiket KTX ke Seoul. Harga oneway KRW59,800. KTX train ticket ni boleh book online. Tapi kami beli direct kat kaunter. Untuk penjimatan, boleh beli group saver. Itupun kalau ada dua hala perjalanan. Macam kami, sbb akan balik ke KL from Seoul. Jadi boleh beli one way je lah. Tiada penjimatan...hehhehe..Nak tau info pasal Korail Pass, silalah masuk ke website LETS KORAIL.

Saya penah di tanya, apa beza pass, pass saver dengan ticket biasa. Yang saya paham, pass ni kalau kita menggunakan perkhidmatan keretapi laju ni untuk dua hala or untuk beberapa kali. Pass pula ada pelbagai jenis seperti 1 day pass, 2 days and etc. Kalau setakat satu hala sahaja, belilah ticket biasa berharga KRW59,800. Pass saver pula, kalau kita in a group. Biasanya kena more than 3 orang dan perjalanan juga tetap dua hala.

Rupa isi dalam train


Muka sendiri tetap ada....kekekekek

Kami menaiki train jam 8.00++ dan di jangka tiba di Seoul Station pada jam 11.00++. Masa ni Fida berwasap dengan kakak agent yang sepatutnyer uruskan penginapan kami di Seoul. Alkisahnya, Fida ni mulanya nak ikut ground pakej orang tu, tapi kemudiannya tak jadi. Dia dah bayar full amount kat orang tu. Since x jadi, org tu kata leh refund tapi kena ambil kat Seoul and untuk GH di Seoul xleh kansel sbb dia dah bayar katanya. Sebelum sampai Seoul, org tu kata dah booked kat Hi5 Hostel Insadong. Tp bila tiba hari kami nak ke Seoul, tiba2 orang tu kata bukan kat Hi5 Hostel.  


Saya dah cuak juga. Bukan saya jer  cuak, Fida pun dah cuak. And saya kata ke Fida....if kakak agent tu belum book GH tak apa. Kita boleh cari sendiri. Dun worry. Bagi saya tiada masalah nak carik GH di Seoul. After all saya dah pernah pergi Seoul, In Sha Allah, saya yakin boleh jer cari GH. Nanti kita pergi je lah ambil duit tu, saya bagitau Fida. Saya cuma mahu menghilangkan kerisauan Fida. Padahal yang benonyer saya pun risau...hahhaha. Bukan terer sangat jalan jalan kat Seoul ni. Hadoii..tawakalll je la. Tapi bila kami dah dekat dekat nak sampai Seoul Station barulah org tu ckp, dah booked kat Dongdaemun GH berdekatan subway station Sinseoldong. Harga satu malam KRW65,000 untuk bilik yang mempunyai bunkbed. Pergghhh legaaa...

Sampai di Seoul Station, kami terus amik subway ke Sinseoldong. Berdasarkan peta, kami terus ke Dongdaemun Guest House Exit 1 or 2. Sampai di GH, kami diberikan satu bilik mempunyai satu bunkbed, bilik air, peti ais dan tv. Beria Fida minta maaf ngan saya atas kesilapan teknikal ni.....hehhehe. Takde apa lah Fida..akak okay je.

Bilik kami dapat exactly the same macam ni

Pantry

Dapur memasak

Bilik air - kecik. 

Laluan di bahagian bawah

Entrance



Entrance di belakang ya. Jangan konpius. Bukan di depan ni.

Bilik memang a bit kecik sket. Nak solat memang kena ejas. Selesai checked in dan letak barang brang semua, kami ke Cheongye Stream dulu sementara menanti jam 5 petang. Dari Sinsieldong Line 1--> Stop at Jongno (sam)- ga --> Transfer to Line 5 --> Gwanghwamun --> Exit 2

Cuma jalan jalan sekitar sungai ni je sambil buang masa then kami  ambil subway ke Itaewon pulak utk berjumpa ngan orang tu. Janji jumpa di Seoul Mosque di Itaewon jam 5 petang. Since awal, kami lunch dulu, dan kemudian ke masjid untuk solat sambil menunggu. Nama restoran....hhhaaha....Bombay Restaurant kut...


Gwanghwamun Line 5 --> Stopped at Gongdeok --> Transfer to Line 6 --> Itaewon --> Exit 3

Big portion. Jenuh nak perabis

Sementara menunggu di Masjid Itaewon, kemudian katanya tunggu dekat Restoran Sarah pula. Kami turun ke bawah. Lama juga kami menunggu....huhuhu...bertabah sungguh lah. Saya kesian travel buddy saya ni. Udahlah first time ke Korea dan terpaksa lak menghadapi situasi begini. Yang pasti, refund kena amik balik hhehehe. Kemudian barulah orang tu datang dan deal dengan Fida apa yang sepatutnya. Penginapan di kira bermula dari 26/10 - 02/11. Bukan dari 28hb. Dengan alasan, Fida sepatutnya checked in di Seoul pada 26hb tp tukar plan dan checked in 28hb. Dua malam duit dah bayar kat Hi5 and takde refund. And saya ckp....if macam tu....kalau dah booked kat Hi5 Hostel, kenapa tak teruskan aje di Hi5. Tentu2 hala mmg burn duit penginapan utk 2 malam tu. Hmmmm......no komen. Janji ada tempat tinggal dan duit dapat balik setelah ditolak duit penginapan. 


Dah setel semua, kami meneruskan perjalanan ke Banpo Bridge. Untuk ke Banpo Bridge Hangang Park. Berjalan agak jauh juga.....penat kaki melangkah dengan sejuk gedi didalam kegelapan malam.

Take Subway Line 3, Line 7, or Line 9 to Express Bus Terminal Station (Exit 8-1). After exiting, continue for 300 meters until you reach an intersection with an elevated road. Turn right and continue for about 15 minutes or 800 meters to reach the Banpo Hangang Park and the bridge.


Katanya 300 meters. Tapi saya rasa macam more than 3000 meters.....hahhaha. Actually ada signboard disini. Samada signboard diatas atau di bawah di atas jalan. Boleh nampak instruction berapa jauh lagi untuk sampai ke intersection. Sampai di intersection tu ada traffic light. Kalau tengok keadaan sekeliling, mesti tak sangka, sbb jalan tu amat sibuk seperti highway. Kita akan terpikir, dimana nak cross ni?? Dun worry....follow the signboard. Klu tulih another 10 meters, follow je. Bila dah cross jalan, turn right nanti nampak ada satu jalan menuju kebawah seperti terowong. Jalan lagi......terus ke hadapan. Nnt jumpalah Banpo Hangang Park and the bridge.

Malam ni memang sejuk sungguh. Menggigil gigil. Masa kat sini kami terserempak ngan sorang akak ni, bersama dua orang anaknyer. Mujur saya tak panggil auntie...hehehhe...sbb umur tak jauh beza. Anak2 nyer dah besar. Mereka travel ber3 je. So sembang2 ler kami sementara menanti rainbow fountain. Tp entah....a bit frustrated jer. Takde lah cantik macam dalam gambar. Expectation saya high sgt kut...hahahahha.


Setel rainbow fountain, akak tu nak balik sama sama since apartment nyer kat Dongdaemun. Kami naik bus jer. Ada dua bus stop kat Hangang Park. Kami redah jer naik salah satu bus yang lalu di situ. Dalam bus ada announcement. So bila ada annoucement mengatakan ada subway yang terdekat, kami turun dan terus mengambil subway ke arah Dongdaemun. Berhenti seketika di Dongdaemun Design Plaza dan kami pun berpisah.


Ni akak tu ngan her doters


Saya ngan fida trus balik ke Sinseoldong. Akak tu ngan anak anak pergi jalan jalan lagi kut...heheeh. Capek sungguh la weehh....punya jauh berjalan. Sian kat Fida, sakit sakit kaki.  Sampai di GH, mandi manda, solat and terus kebabom...kepenatan. Mujur dah kenyang makan di Itaewon...





Monday, 21 November 2016

Autumn in My Heart Again 2016 - Day 2 (Taejongdae Park - Oryukdo Skywalk - Gamcheon Cultural Village)

27 October 2016 (Khamis)

Hari kedua di Busan. Awal pagi kami sarapan dulu siap siap kat Pusan Inn. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Taejondae Park.  Untuk ke Taejondae ni, dari Busan Station kami mengambil bus ber No 88. Masa ni, from Busan Station, kami cross jalan dan pergi ke Bus Stop. Tapi boleh x jumpa which bus stop...hahhaha. Ke hulu ke hilir kat sini. Sepanjang jalan tu ada 3 bus stops. Tanya tanya sekeliling, tak juga mendapat jawapan. And then kami start observing bus No. Tiap kali kami nampak bus no 88 or 101, kami try tengok bus tu stop kat which bus top...hahha. Sabar jer lah kan. So, mintak maaf lah tak dapat memberikan direction yang betul disini, kerana sudah terlupa bus tu berhenti di exit mana. Kami managed to get the bus to Taejongdae. 

Bus ni akan berhenti terus di Taejongdae Park (the last bus station). Macam kami aritu, bila sampai ke last station, driver tu bagitau. If not sure, tengok sebelah kiri, ada bus station. If nampak bus banyak banyak disebelah kiri jalan, bermakna sudah sampai ke bus stop terakhir. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 40 minit. Dan if nampak mercu tanda kat bawah tu....dah sampai le kat last bus stop.
Signboard beso leh tau dah sampai


Tengok mercu tanda ni.

Jenuh mendaki naik ke atas

Sampai di disini, kami mencari danubi train. Masuk kat entrance tu, nampak train banyak kat sebelah kiri entrance and we thought itulah danubi train. Rupanya bukan..itu Danubi Train tuk bebudak. Kena naik lagi keatas, then you will see danubi train yang sepatutnyer. Kena beli ticket berhampiran dengan kedai2 di situ di sebelah kanan. Kelakar kat sini, sbb dalam kami tercari cari danubi train, ada lah ahjuma ni dok tanya tanya dalam bahasa dia. Kami pun dok tunjuk2 train yang kami nampak tu. Dia dok sebut ande...ande...sambil silang pangkah tangannya. And kendian dia tunjuk tunjuk ke atas. Ajaib dak...kami macam paham je walaupun masa tu kami bantai cakap melayu...hahhaha...

Bukan hat ni ye...kekkkke

Ini yang sebenar...

Taejongdae Park ni luas....dan banyak mendaki bukit. Saya ngan fida memang tak mampu lah nak jalan kaki. So prefer amik train je. Kena bayar KRW1500.00 kalau x silap. Sampai sini kelaparan, saya beli churros di convenient store berdekatan.  Danubi train sampai, kami stop kat Taejongdae Light House je. Fuhh....memang memerlukan daya ketahanan kaki dan stamina yang tinggi. Nak turun tu okay...nak naik balik...fitam mak nak. Menggigil gigil kaki ahkak....Masa kat sini kami terserempak dengan Su





hahhahha mineral coffee di mana mana

Saya rasa trip ni more to touch n go je. Janji sampai, tapi tak explore abis..hahhaa. Setel ambik gambar bagai, kami ke Oryukdo Skywalk. Su nak ikut sekali. So kami patah balik ke Busan Station Exit 10 untuk ambil bus no. 27.  Ikut research yang Fida buat untuk sampai ke sini kena lalu 27 bus stops. Rajin nau nak kira ekk. Tak perlu ler nak kira sbb bus ni akan berhenti di last bus stop berhampiran dengan Oryukdo SkyWalk.

Tp kami aritu tak tau. Kami stop dulu kat Igidae Park. Siap pesan kat bus driver that we wanted to stop kat Igidae Park. Dah sampai sini, kami turun start cari arah ke Igidae Park juga Oryukdo Skywalk. Jalan and jalan and jalan lagi...tp still tak jumpa. Then kami tanya orang lalu lalang, ada sorang mamat korea ni bagitau, klu nak ke Oryukdo Skywalk  you have to walk about 4km from here. Hah...4km...takpalah. Kirim salam. Kami patah balik ke bus stop tadik, and naik balik bus no. 27 untuk terus ke Oryukdo Sky walk. Rupanya Igidae Park ni memang boleh access dari dua tempat. Satu bila dah sampai ke Oryukdo. Satu lagi sebelum sampai Oryukdo. So, moralnyer..takyah ler kata nak stop kat Igidae Park dulu. Trus jer pergi Oryukdo, and dari Oryukdo Skywalk tu boleh le ke Igidae Park disebelah kiri. Bersebelahan je. Kami tak pi pun. Tengok blog orang lain, besar rupaya Igidae Park ni. Siap ada hiking trail lagi.

Driver bus tu turunkan kami memola kat sini. Rupanya jauh nak jalan ke Oryukdo.

Lama juga kami menunggu bas no 27 dalam kesejukan. Dapat naik bas, lega. Sebelum sampai ke Oryukdo Skywalk akan nampak pintu gerbang Sk View Apartment. Dan bus tu akan buat uturn kat ujung. So, tunggu sampai nampak Oryukdo Skywalk tu, baru turun kat last bus stop.  Takyah lah nak turun awal awal, Nanti jadi cam kami. Jenuh menapak...hehehe.

Sebelah kiri tu Sk View Apartment. Oryukdo Skywalk nunnn jauh lagi di hadapan. Jenuh menapak.

Jauh dak..hahhaa.

Menuju ke Oryukdo Skywalk

Kena pakai ni masa nak jalan atas jambatan cermin 











Angin sangatlah kuatnya. Rasa nak melayang ditiup angin. Abuk asik masuk mata. Oryukdo Skywalk ni pendek jer. Tp gayat juga.  Nak jalan atas tu, kena pakai sarung. No selfie stick is allowed.

Amik bas kat sini masa nak balik ke city




Okay...jom balik.  Dah abis jalan jalan kat Oryukdo, kami amik bus yang sama patah balik ke Busan Station and amik train ke Jagalchi Market plak. Makan seafood disini. Hari ni baru rasa berbaloi baloi. KRW30,000 share 3 orang, tp memang kenyang.

Kami makan ni ber3
Depan kedai yang kami pergi utk lunch




Bye bye Su...see u again

Disini kami berpisah dengan Su. Su nak jalan jalan sekitar Jagalchi Market, kami pula meneruskan perjalanan ke Gamcheon Cultural Village. Untuk sampai ke Gamcheon Cultural Village ni, saya follow Fida je...hahhaha.

Dari exit tu, ada je signboard macam ni

Nak ke Gamcheon Cultural Village amik Busan Subway Line No. 1. Stop di Toseong Station Exit 6. Jalan terus pusing kanan. Jalan lagi sampai jumpa bus stop kecik betul depan Cancer Centre. Nanti amik bus no. 2-2 warna hijau. Bus tu kecik je. Tambang KRW900.00. Nak ke Gamcheon ni, senak dada mak nak....hahhaa..berliku liku punya jalan menaiki bukit dengan jalan yang sempit nya. Taim corner....paut kuat kuat ya...hehhehe. Bila sampai kat Gamcheon Cultural Village ni, nnt driver bus tu bagi tau. Kut risau terlepas, kabo siap siap ke driver bus. Kebetulan masa dlm bas jumpa 2 ladies yang nak ke arah yang sama. Depa ni ada orang bawakkan. So bila depa turun, kami pun turun...hehhe. Sesampai sini angin sangatlah kuat sama macam kat Oryukdo tadi dan Gamcheon Cultural Village ni sangat lah besar. Kami tak explore abis pun kat sini. Touch N Go. Janji sampai...hahhaa. Kami beli map Gamcheon berharga KRW2,000 kekonon nak cop stamp utk dptkan poskad. Tp map terbang melayang...hahahha. Sabar je lah..

Entrance ke Gamcheon Cultural Village




Cerita pasal Gamcheon Cultural Village ni...hmmm..pening saya tengok. Rumah punyalah rapat rapat and terpk camner dengan toxic waste punya laluan or longkang. Semua covered eh.....hasil buangan ni lalu kut mana....sbb rumah terlalu rapat rapat. Kat atas maybe rumah kita, dah bawah bumbung rumah orang. Nak masuk rumah kita, kena lalu celah rumah orang...lebih kurang gituler. Tak reti nak explain. Yang pasti memang berselirat macam wayar.....





Hahaha...muka sendiri harus ada....

Selesai di Gamcheon Cultural Village, kami ke Gwangli Beach pula. Pada saya, berjalan di Busan paling senang berbanding di Seoul. Busan subway taklah se complicated Seoul Subway. Masa ke Gwangli Beach ni, hari memang dah beransur gelap. Dalam kesejukan dan kedinginan, kami redah juga. Tak buat apa, sekadar tengok tengok Gwangan Bridge. Lepas tu balik GH. Sebab tu saya kata, touch n go...hahhaha. Nak tengok apa pun...dah golap....Nak kesini pun, saya ikut je Fida. Dah agreed before, kat Busan dia kena study carikan jalan. Saya focus dekat Seoul nanti.


Ni jer yang mampu


Sejuk sejuk layan aiskrim

Sampai GH, kami pack semula barang barang sebab esok nak ke Seoul. Klu ikut perancangan awal, kami nak naik bas. Tp saya rasa mcm leceh jer naik bas sampai 4 jam. Buang masa. Ada juga cadangan nak naik Mugunghwa Train. But pada saya if nak naik Mugunghwa, might as well naik malam ni juga and sampai Seoul esok pagi. Kenapa nak bazir masa 5 jam naik mugunghwa siang siang hari...kan. So end up kami setuju naik KTX esok pagi nya. Sian Fida terpaksa agreed ngan saya naik KTX hehehehe. 

**time is priceless. If kita banyak masa, banyak tempat boleh explore (pada saya laa).