Thursday, 19 July 2018

Spring trip to South Korea (Jeju Island) - Day 3

1 April 2018 (Ahad)

Sudah masuk hari ke tiga di bumi Korea Selatan juga merupakan hari kedua di Pulau Jeju.  Plan kami ni sudah bertukar. Banyak yang ditukarkan hari sahaja...tapi tempat lawatan sama. Ini kerana kami bimbang hari hujan.

Hari ni kami sepakat memakai warna putih biru. Tak kisah apa yang putih. Baju or seluar or tudung...asalakan ada putih. Saya dan Anna sepakat memakai seluar putih, manakala Jah dan Erra memakai baju putih. 

Destinasi pertama kami adalah ladang bunga canola di Noksan Ro Canola Flower Road. Difahamkan disini, lebih kurang sepanajang beberapa kilometer, terdapat bunga canola dan juga cherry blossom. Berbekalkan gps di kereta, (saya tak tau camner Ikah set kan GPS tu), Ikah pun mula memandu ke Noksan Ro. Semasa sampai di sini, tatkala memasuki jalan ni, saya melihat hanya ada beberapa batang pohon cherry blossom. Canola juga tidak begitu menjadi. Hati mula lah dup dap dup dap. Dapatkan kami melihat pemandangan putih kuning sepanjang jalan. Semakin Ikah memandu jauh kedalam, semakin terserlah bunga bunga canola dan juga cherry blossom. Tak pasal pasal saya menjerit...kegembiraan. Walaupun pada mulanya hati sudah mula mahu remuk redam.  Masya Allah...tak terkata saya. Sangat cantik sepanjang panjang jalan. Ikah memandu perlahan untuk membolehkan dia mencari tempat meletakkan kereta. Tidak boleh meletak kereta sesuka hati. Agak merbahaya kerana terdapat ramai orang yang berada di pinggir jalan untuk bergambar. Dan akhirnya kami sampai ke satu kawasan lapang dimana banyak kereta diletakkan di sini. Dan ada satu signboard bertulis Gasiri Village. Sebaik mendapat tempat, kami pun apa lagi....bersuka ria mencari port masing masing untuk bergambar. Inilah lokasi rahsia yang disebut sebut oleh ramai orang yang mana bukan rahsia lagi. Kemain berahsia ye...ala....apa nak rahsia rahsia sangat. Kongsi je lah...hehhe. Saya pun pada mulanya tak tau tempat ni. Saya screen shot dari facebook, dan saya berikan Ikah. Masa tu Ikah pun pasti dengan tidak samada boleh mencari tempat ini. Tapi alhamdulillah berjaya juga Ikah membawa kami ke sini.

Sepanjang panjang jalan

Canola flowers dan cherry blossom


Habis kami redah pokok pokok canola di ditepi jalan. Bukan kami sahaja orang lain juga begitu....tetapi kami memilih bahagian yang sudah dibina seperti laluan. Sayang pula nak meredah pokok canola hingga patah. Tapi memang tiada pilihan. If nak bergambar di dalam celah celah pokok tu,memang kenalah buat laluan. Jadi untuk menyelamatkan keadaan dan juga pokok pokok, kami melalui bahagian yang sudah di lalui oleh orang lain. Setelah puas bergambar, Ikah memandu lagi terus ke hadapan. Sepanjang panjang jalan penuh deretan bunga canola dan juga pokok bunga yang sedang berkembang. Kami dapat melihat kincir kincir angin yang besar hinggalah kami sampai ke Noksan Ro Horse Park.. Masya Allah....sebesar besar ladang bunga canola. . Disini tak payah bayar apa apa pun. FOC sahaja. Memang ramai orang di sini. Tapi tidak perlu bimbang. Kawasan sangat luas. Boleh aje melarikan diri dari photo boom.Cuaca juga sangat baik hari ni.





Setelah berpuas hati bergambar disini, kami meneruskan perjalanan ke Seonsan Illchulbong. Kami melalui Korean Folk Village, tapi kami tidak berhenti. Sebab.....sebab saya dah pernah sampai...hahhaa. Kejam dak. So travel mate kena ikutlah tempat mana yang saya nak pergi. Dulu saya tak sempat ke Seongsan Illchulbong. Dah x larat nak daki masa tu, sebab kami dah daki Darangshi Oreum. Tempat pokok pokok seperti lalang. Macam Sangumburi Crater, tp kena daki.

Sesampai di Seongsan Illchulbong, hanya saya dan Anna sahaja yang bersetuju untuk mendaki sampai ke atas. Ikah memang tak lah ye...nanti dia nak drive. Sian penat. Jah dan Erra takmau, takut sakit kaki...kekkee. Maka mereka hanya menunggu di bawah, maka gigihlah saya dan Anna mendaki. Perghh...memang lah. Dah tua gini, banyak kali kena berhenti. Tercabar tengok bebudak kecik kecik lagi laju je mendaki....hahahaa. Namun akhirnya sampai jua. Menggigil gigil kaki sampai ke puncak. Pemandangan....masya allah. Jeju memang sangat cantik. Bagusnya Seongsan ni, laluan untuk naik dan turun adalah berbeza. Senang kita takdelah berasak asak dengan yang turun dan yang naik. Dan laluan binaan bertangga. Jadi tidak perlu risau.

Dah turun daaaa

Laluan yang disediakan

Menuju ke tempat women divers

Kat bawah sana lah tempat depa start menyelam

Laluan bertangga..menggigil kaki wehh

Sayup ke bawah huhuhuh..tengok je pun dah mengah...hahhaha

Ni kat puncak atas sekali

Dari puncak nak menurun.....gerun..

Kami turun, Jah Erra dan Ikah menanti di bawah. Pada mulanya nak tengok Women's Diver. Tapi perut kami dah lapar...huuhhuhu. Kali ini Ikah membawa kami makan seafood rameyon. Perggh....order untuk 3 orang, kami makan ber5. Besar portion nya. Dan kimchinya sangat sedap...huhuhu. Memang bersungguh kami makan terutama saya dan Anna. Kelaparan sangat...penat mendaki ke puncan Seongsan. Dah selesai makan, masih berbaki kuah rameyon di dalam periuk. Begitu juga kimchi. Baik hati tul Ahjuma ni. Dia beri kami semangkuk besar nasi.....sambil tangannya tunjuk2...makan nasi dengan kimchi berkuahkan seafood rameyon.  Berbaloi makan di sini. Tapi jangan tanya kedai apa...hahhaa. Kami hanya mengikut Ikah sahaja.




Dari Seongsan Illchulbong, kami ke Seopjikoji. Disini sempat mencuba aiskrim lembut katanya. Sini pun mendaki gakk...huaarggghhhh.....stress mak nak. Kali ni saya gigih hingga ke lighthouse. Tahun 2015, macam tak mampu jer nak meneruskan pendakian...kekkekkke. Macam biasa, Jah Erra dan Ikah memang serender awal awal...hahahaha. Cuma saya dan Anna sahaja. Takda apa pun sangat benarnya.

Berehat jap...sakit kaki..hahhaha
Cari apa ntah...hahaha

Aiskrim lembut


Rumah All In

Pemandangan di Seopjikoji

Light house nunnnn diatas sana

Gigil kaki nak daki lagi..hehhehe
Light house dari sebelah sini

Kemudian kami berpatah semula mencari Jah, Erra dan Ikah dan meneruskan perjalanan ke (disini saya punya ingatan memang teruk, samada pergi ke  Jeolmul Recreation Forest dahulu or Woljeongri Beach) Cerita tak ikut turutan. Jadi saya ceritakan perihal di Jeolmul dahulu. Saya rasa Jeolmul Forest dulu. Setiba di sini, hari juga sudah mula beransur gelap. Kami berjalan jalan sambil pusing pusing didalam ni untuk mengambil gambar. Jeolmul Forest ni menarik. Sekiranya punya masa, banyak lagi tempat yang boleh di jelajah. Dek kerana kami mengejar masa, kami cuma melawati sebahagian sahaja.

Entrance fee

Entrance ke Jeolmul Forest

Kami


Masa disini, saya perati Ikah selalu beli aiskrim. Saya tanya, aiskrim apa. Rupanya aistkrim tangerine tu. Saya pun try le beli...walaaawey...sedap. Sangat sedap. Pure tangerine. Memang perah jus kaw kaw terus buat aiskrim kut. Macam aiskrim Malaysia tu....kalau lah balik direct dari Jeju ke Malaysia, memang saya borong. Kalau kat Seoul, memang susah nak jumpa. Only in Jeju Island...

Seterusnya Woljeongri Beach Disini terdapat kincir angin yang sangat besar. Air laut juga sangat cantik dan terdapat barisan kerusi multicolour untuk kita mengambil gambar. Kerusi ni pun ada yang dah patah pun....hahahha. Semasa disini, kami bertemu dengan sekumpulan orang Malaysia. Mereka ni drive sendiri je. Siap tanya kami naik apa...Ikah lari lari malu. Takmau kami kenalkan dia pd orang tu as tourist guide...hahahha...

Kat sini ada windmill besar

Kami meneruskan perjalanan semula ke Jeju City. Kami hantar kereta dulu ke hotel dan berjalan kaki sahaja mencari restoren untuk dinner. Seperti biasa, Ikah yang mencarikannya untuk kami..hahha. Cuma bukan kedai yang sama di hari pertama kami sampai di Jeju City. Mintak maaf ye...x dapek nak membantu bab ni. Nantilah di lain kali, if saya ke Jeju Island secara sendiri, maybe boleh share nama nama tempat kedai makanan yang saya pergi....hehhehe.

Jom cari kedai makanan
Mabeles...hari hari ikan bakar, sup kimci, dan pajeon

Selesai makan, kami pulang ke hotel semua. Pack barang barang semua bagai, sebab esok nak check out dan kembali ke Seoul. Lega dapat berada di hotel. Hotel kemas, mandi pun puas.


NOTAKAKI:  Semua gambar adalah milik saya. Cuma saya malas nak buat watermark. If gambar gambar itu dipinjam dari mana mana, saya akan nyatakan sumbernya. Sekiranya tak di nyatakan, itu adalah saya punya.




Wednesday, 18 July 2018

Majlis Perjumpaan Keluarga & Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2018

7 Julai 2018 (23 Syawal 2018) - Sabtu

Majlis Perjumpaan Keluarga dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Waris Haji Itam bin Lebai  Mat dan Hajjah Jaayah binti Alang. Kedua mereka adalah ibu dan bapa kepada ibu mertua saya, iaitu ibu kepada suami saya. Pangkat atuk  suami saya la. Kalau yang pernah baca cerita tentang keluarga sebelah suami saya, dimana arwah bapa mertua pernah mempunyai 3 isteri. Ibu kepada suami saya adalah isteri yang pertama. Dan saya juga tidak pernah sempat untuk bertemu dengannya, kerana di saat saya bergelar isteri kepada suami, arwah ibu mertua sudah pun tiada. 

Perancangan ini saya tidak tahu siapa yang mulakan. Saya difahamkan bahawa saudara mara sebelah ibu kepada suami mempunyai wasap group (saya dan suami didalam group tersebut...hehehhe..). Dan dari situlah perancangan bermula. Kami cuma mendapat maklumat dari adik ipar sahaja. 

Antara ibu dan bapa saudara suami sebelah ibu, saya hanya mengenali beberapa orang sahaja. Jarang sekali bertemu dengan mereka. Begitu juga dengan sepupu sepapat suami saya. Kecuali adik adik ipar, mereka lebih mengenali kerana mereka membesar bersama-sama. Tapi itu bukan penghalang untuk saya menghadiri majlis yang di anjurkan.Tidak ramai adik adik ipar yang dapat bersama di hari ni, kecuali abang ipar yang ke2 berserta keluarga, adik ipar yang bongsu sekeluarga (dari ibu yang sama) dan juga saya dan suami sekeluarga. Memandangkan ini adalah majlis sebelah ibu yang pertama, maka adik beradik dari ibu ibu yang lain tidak hadir.

Yang hadir


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar di Kelab Golf Danau, UKM.Lebih kurang 60 - 70 orang dapat menghadiri kan diri, termasuk keluarga dari Indonesia (maaf..saya tidak sempat berkenalan pun - saya juga di pahamkan bahawa arwah Haji Itam berasal dari Indonesia). 

Arwah ibu mertua saya mempunyai 9 adik beradik. 6 lelaki dan 3 perempuan. 3 darinya telah pun pergi di jemput Illahi termasuk arwah ibu mertua, maka hanya tinggal 6 sahaja. Tidak dapat kepastian arwah ibu mertua anak yang ke berapa (kena tanya asben semula...hahahhaha). 

Yang masih ada. Pak Cik Yahya, Pak Uda, Pak Anjang, Pak Lang, Makcik Bita, Pak Cik Nuar
 Itu adalah nama nama panggilan kami kepada pakcik makcik yang tinggal. Nama sebenar...hmm.. (saya kena tanya suami saya juga...hahahah).

Pakcik pakcik bersama pasangan masing masing. Makcik tiada dalam gambar, datang lewat. 

Sebagai ingatan untuk diri saya di masa akan datang, maka saya paparkan gambar mereka di sini. Semoga ikatan silaturrahim terus berpanjangan hingga ke masa masa akan datang. Juga semoga kemesraan terus terjalin diantara kami. 








Monday, 16 July 2018

Spring Trip to South Korea (Jeju Island) - Day 2

31 March 2018 (Sabtu)

Plan hari ni memang tak ikut itinerary yang #seoulwanderlust sediakan. Ikut suka hati kami je...hahaha. Itulah antara kebaikannya bila amik private trip. Kami sendiri ejas. Ikah pun tak kisah. Dia pun sajes mana patut pergi dulu or sebalik nya. 

Awal pagi Ikah pergi ambil kereta. Kami juga tunggu di hotel. Ikah kata, jam 0800 pagi, semua kena siap tunggu di bawah.  Hotel ni ada menyediakan breakfast seperti susu, jus oren, cereal dan juga pisang. Kami bawa turun juga bekalan kami seperti nutella dan juga serunding. Tepat jam 0800 pagi, Ikah pun sampai. Kami pun sudah selesai breakfast. Ikah menyewa kereta 6 seater. So agak selesa jugalah.

Breakfast dulu

Kami memulakan perjalanan ke Yongmoeri Coast dahulu. Sayangnyer sesampai di sini air pasang. Maka kami berlegar legar sekitar kawasan di bawah Gunung Sanbangsan sambil menikmati keindahan bunga bunga canola. Untuk masuk ke ladang canola ni, kami kena bayar KRW1000. Tak kisahlah. Tapi agak kuciwa, sebab bunga bunga ni renek. Jadi untuk membuatkan seolah olah kami berada dalam ladang, maka kami kena mengambil gambar secara bertinggung/mencangkung...haha.. Kelakar plak rasanya. Tapi sangatla cantik berlatar belakangkan gunung Sanbangsan. Kami menunggu juga bila lah agaknya air akan surut. Kami jalan jalan dalam Hamel Ship dahulu dengan harapan...cepatlah air surut. Tapi tidak nampak harapan. Kemudian Ikah cadangkan kami ke tempat lain dulu. Then nanti datang semula. Kami setuju aje.


Berlatarbelakang kan Gunung Sabang

Sementara menunggu air laut suru

Air pasang lagi..



Tak reti nak baca..berliku liku tulisan..hahahah



Dari Yongmoeri, Kami pun menuju ke Jusangjeolli Cliff dahulu. Cuaca sangat baik hari ini. Alhamdulillah. Masa saya pergi di tahun 2015 , hari hujan. Sedih juga masa tu huhuuhu. Orang sentiasa ramai di sini, maka gambar pun manjanglah asik di photoboom...hahahha.

Turun ke bawah

Kadang leh nampak women divers


Jusangjeolli Cliff
Photo boommmm....hahhaha
Gigih masuk kawasan bunga dekat ngan Jusangjeolli ni...hahhaha

Dah ambik gambar, moh ke Cheongjeyeon Waterfall dahulu. Jap....makan dulu kut...hahha. Ni lah bahana buat entry lambat lambat sangat. Dah lupa turutan. Klu di tanya kawan kawan saya..hmmm..lagi tak ingat apa...hahahha. Jangan tanya juga, kerana saya memang tidak mengambil kira di mana kami makan...hahaha. Satu perkara yang saya perasan di Korea ni, selepas makan, mereka ada menyediakan coffee machine untuk kita minum coffee sekiranya mahu. Kami pun sesuka hati mengopi dulu. Klu nak banyak, kenalah tekan banyak kali ye...hahaha.

Kita makan dulu

Sangat enak

Seterusnya ke Cheongjeyeon Waterfall. Kami menyusuri jalan jalan di dalam kawasan sekitar. Disini terdapat tiga waterfall. Untuk sampai ke waterfall ni, kena turun ke bawah. Waterfall pertama semua turun. Waterfall ke 2, saya dan Anna sahaja yang turun...hehhe. Jah ngan Erra memang serender sebab agak mencuram sedikit. Waterfall ketiga kami skip. Kemudian kami menuju ke jambatan Seonimgyo.

Tu dia tangga...turun naik..gigih dakk

2nd waterfall

1st watefall


Jambatan Seonimgyo


Drinking water sekiranya kehausan

Dah berusia...nak pitam daki tangga..hahahha.


Kemudian kami berpatah semua ke Yongmoeri Coast. Alhamdulillah, air sudah mula surut. Kamipun mula menyusuri tepian coast. Sangat cantik disini. Batuan yang terbina oleh hakisan air laut. Separuh jalan sedang bergambar gambar kemudian saya perasan boot yang saya pakai merekah di tapak.Omaii..bagaimana harus meneruskan perjalanan..huuhu...sedangkan belum sampai ke hujung coast lagi. Saya katakan pada yang lain, saya mahu berpatah balik kebelakang untuk mencari kasut atau selipar. Pada yang nak meneruskan perjalanan, sila kan la. Tapi nampaknya, semua ikut patah semula..hmm...


Berniaga cengkerang


Sampai setakat ni sahaja, sebab boot saya sudah tercabut tapak

Sebaik sahaja sampai di parking area, saya mencari kedai untuk membeli kasut. Yang ada hanya lah selipar. Saya redah sahajalah, asalkan jangan berkaki ayam. Mana lah nak tau boot tu nak tercabut tapak di hari ini. Sebab masa di hotel, boot tu nampak elok je. Ye lah..lagipun boot dah lama. Beli di Korea tahun 2012 lagi. Skrang dah tahun 2018. Sudah 6 tahun. Dari Korea ia datang, ke Korea ia kembali..hahahha. Sedang mencari kasut, perut memulas...huhuhuh. Copot copot gi toilet...pergh legaa dapat melepaskan apa yang ada....

Dari Yongmoeri Coast, kami ke Hallasan National Park. Disini kami hanya mahu melihat view sahaja. Bukan trekking the trail..hehhee.  Cantik kawasan Hallasan National Park ni. Sepanjang perjalanan juga walaupun dihidangkan dengan pokok pokok kering yang hanya tinggal ranting, tiada berdaun dan berbunga, namun pemandangan tetap indah pada saya. Disini pun kami tak lama. Disini tiba tiba datang sekumpulan motor motor besar...wow...impress kami seketika. Kata mereka, mat mat motor ni adalah anak orang orang kaya yang tak sehensem mana...hahahhaha.

Pemandangan sepanjang jalan di Jeju
Bertukar kasut suda...




Kemudian kami ke Mysterious Road. Disini, kami sekadar melihat jalan misteri ni sahaja. Saya tak kluar pun. Bila pikir pikir balik..hmmm...kesian pada  yang tak pernah sampai. Masa ni Ikah sakit perut. And Anna nak solat dalam kereta je. Semua tak berani nak alihkan kereta. Maka saya gagahkan diri mengalihkan kereta mengadap ke arah kiblat kebetulan Ikah tinggalkan kunci dalam kereta....hahah. Tp siyus kekok drive sebelah kiri ni. Tu baru pusing sikit je. Klu kena drive...huhuhuhu. Mujur parking area tu tak banyak kereta. Dah selesai kat sini, kami menuju ke Yongduam Rock. Hari pun sudah beransur malam. Jadi batu berkepala naga, tidak begitu jelas kelihatan. Dapatlah ambil gambar dengan panorama malam. Kami singgah dinner di restoran berdekatan dengan Yongduam Rock ni. Macam biasa Ikah menjadi jurucakap untuk bertanya dulu kepada tuanpunya restoren. Ntah apa di tanya...kami pun tak pasti. Bila Ikah kata...okay...boleh makan sini. Kami ikut sahaja.

Golap

Perggh sotong pedas

Jumpa one of jambatan. Nak ambik gambar gegar gegar

Cherry blossom kat Mysterious Road

Selesai makan, kami pun pulang ke hotel. Dalam perjalanan pulang, ternampak satu jambatan. Maka kami singgah seketika.....dan kemudian terus pulang ke hotel.  Balik hotel, lega kerana bilik sudah dikemaskan. Bersihkan diri..and kebabom....tidooo...

Next.................................