Hari Khamis jam 0200 semua bangun. Sebenarnya sebelum tu jam Eina berbunyi. Kami ingat dah pukul 2. Sekali check, belum lagi...hahahhaa. Haru tul. Pastu dah jenuh nak tidor balik. Bilik di Dieng Kledung ni unik sikit. Kita tak nampak bilik air. Dalam bilik ada 1 queen bed dan satu single. Ada satu lemari. Nak ke bilik air, bukalah lemari tu....hahahah dan terus menuju ke bilik air. Bilik air kami masalah sikit. Air lambat turun. Maka bertakung air dalam bilik air. Mujur pagi ni, air dah kering...klu idak...haru...
0245 pagi, pak supir dah siap menunggu. Sebaik masuk ke kereta, breakfast kami sudah menanti. Cantik je mereka pack makanan dalam kotak. Walaupun simple, atleast, dapat juga buat alas perut. Sebiji telur rebus, sebuku roti ban, air kotak dan juga biskut. Dari Dieng Kledung ke Bukit Sekunir perjalanan1 jam lebih.
Didalam kereta, pak supir bagitau, nanti guide akan ikut sekali. Maka seorang yang didepan kena pindah ke belakang. Okay je. Sesampai di Bukit Sekunir, pak supir memperkenalkan kami kepada tour guide bernama Taufik @ Opick. Opick bagi penjelasan kepada kami kemana harus kami pergi dan berapa lama masa yang perlu di ambil. Bayaran pakej tour guide Opick untuk ber6 adalah 1.5juta.
Dari sini, kami sekali lagi menaiki kereta menuju ke Bukit Sekunir Dieng Plateau. Jalan jalan di Jogja ni betul betul menguji ketahanan. Bergegar gegar rasa duduk dalam kereta....hahhahah. Sesampai disini, kami sudah mulai rasa akan kesejukan di tanah tinggi ini. Pak Supir kata, boleh solat dulu sebelum kita mendaki ke puncak Bukit Sekunir yang di gelar Negeri Diatas Awan. Menurut kata Opick, perjalanan keatas antara 30 - 45 minit. Sunrise pada jam 0520. So sempat katanya. walaupun maybe kami berjalan perlahan.
![]() |
| Nampak dak lemari tu. Masuklah ke dalam lemari untuk ke bilik air. |
0245 pagi, pak supir dah siap menunggu. Sebaik masuk ke kereta, breakfast kami sudah menanti. Cantik je mereka pack makanan dalam kotak. Walaupun simple, atleast, dapat juga buat alas perut. Sebiji telur rebus, sebuku roti ban, air kotak dan juga biskut. Dari Dieng Kledung ke Bukit Sekunir perjalanan1 jam lebih.
![]() |
| Breakfast roti, biskut, air dan telur rebus |
Didalam kereta, pak supir bagitau, nanti guide akan ikut sekali. Maka seorang yang didepan kena pindah ke belakang. Okay je. Sesampai di Bukit Sekunir, pak supir memperkenalkan kami kepada tour guide bernama Taufik @ Opick. Opick bagi penjelasan kepada kami kemana harus kami pergi dan berapa lama masa yang perlu di ambil. Bayaran pakej tour guide Opick untuk ber6 adalah 1.5juta.
![]() |
| Bersinar mata dalam kegelapan...hahahha |
![]() |
| Opick, tour guide bagi penerangan |
Dari sini, kami sekali lagi menaiki kereta menuju ke Bukit Sekunir Dieng Plateau. Jalan jalan di Jogja ni betul betul menguji ketahanan. Bergegar gegar rasa duduk dalam kereta....hahhahah. Sesampai disini, kami sudah mulai rasa akan kesejukan di tanah tinggi ini. Pak Supir kata, boleh solat dulu sebelum kita mendaki ke puncak Bukit Sekunir yang di gelar Negeri Diatas Awan. Menurut kata Opick, perjalanan keatas antara 30 - 45 minit. Sunrise pada jam 0520. So sempat katanya. walaupun maybe kami berjalan perlahan.
Dalam kesejukan dan juga kegelapan, berbekalkan torchlight dari orang sekeliling juga cahaya alam semula jadi, kami pun mula mendaki. Waduhh....sesungguhnya saya tidak cukup fit. Baru berapa anak tangga, sudah termengah mengah bernafas mengalahkan naga....hahhaha. Tapi Opick sangat bagus. Dia sabar menanti sorang sorang antara kami melepasi ke atas. Malah Opick berusaha membantu Rose yang agak kelelahan. Setelah entah berapa puluh kali kami berhenti di tengah jalan (sayalah....orang kedua last dalam group kami....didepan saya ayu, dibelakang saya Rose dan Opick. Antara Za, Eina dan Riny, tidak pasti siapa yang terkehadapan...hahha). Akhirnya sampai juga ke pitstop yang pertama. Sunrise mula menampakkan diri perlahan lahan. Ditambah dengan angin lagi. Diatas ni memang sejuk. Tetapi memadai memakai sweater je pun.
Kata Opick, ada another 200 meter keatas, pemandangan lebih cantik lagi. Masa ni rasa macam baru jer nak bernafas. Nak heret kaki lagi ke atas......tp gigih juga kami naik. Memang waallaaaa......alhamdulillah. Indahnya ciptaan Tuhan. Cuma keadaan berangin, maka kami tak dapat nak tengok kepulan awan. Awan berlalu di bawa angin. Lama juga kami diatas, mengambil gambar dengan pelbagai gaya dan rupa. Kemudian kami perlahan lahan turun ke bawah untuk melihat Telaga Cebung dari atas. Pemandangan dari atas memang cantik. Berbaloi baloi memanjat bukit. Walaupun penat.

Perlahan lahan kami turun lagi.......dan sampai di tempat mula mula kami sampai. Masa ni hari sudah cerah, dan masing masing juga sudah kelaparan. Tapi Opick kata kami perlu ke Batu Pandang Ratapan Angin. Ini semua dah masuk dalam pakej Opick. Disini pelbagai spot ada untuk ambil gambar. Kami cuma pergi ke certain spot sahaja. Kawan2 lain ambil gambar dengan burung hantu. Saya malas...hahaha. Kemudian kami naik Jambatan Merah Putih. Untuk ini kami membayar 90K untuk 6 orang. Ada satu spot lagi di panggil Dieng Batu Pandang. Tapi kami tak naik pun. Cuaca panas walaupun suhu sejuk, masih terasa juga keperitannya. Dah puas bergambar di Batu Pandang, Opick membawa kami ke Kawah Sikadang.
Cuaca sangat panas.....nak bukak mata pun huhuhu....silau...silau....hehehhe. Di Kawah Sikadang ni, boleh nampak sulfur hidup disana sini. Malah nak cuba rebus telur pun boleh. Disini tak menarik sangat pada saya. Macam pergi Tangkuban Perahu or Kawah Putih di Bandung. Cuma disini, sulfurnya mendidih. Dan bau pengit dan busuk....jenuh tahan hidung. Boleh nampak juga beberapa spot bergambar disini dan seperti terbiar sahaja. Kami tak lama, masing masing pening. Terutama saya...hahahha. Copot copot saya kembali ketempat meletak kereta. Selesai di Kawah Sikadang, Opick membawa kami ke Candi Arjuna.
Candi Arjuna adalah candi merupakan hindu temple tertua yang terdapat disalah satu bangunan candi di Kompleks Percandian Dieng. Terdapat juga banyak candi candi lain disini. Matahari makin memancarkan cahaya membuat saya sakit kepala..huhuhu..panas sungguh.
Walaupun di Jogja ni memang penuh dengan candi, tetapi pemandangan di Dieng memang sangat mendamaikan. Walaupun matahari terik, tetapi orang orang disini gigih bekerja mengerjakan kebun tanaman. Ada potato, kacang tanah dan juga sayur sayuran. Tanah memang kelihatan amat subur sekali. Sepatutnya dari Dataran Batu Pandang tadik, kami ke Telaga Warna. Opick kata, telaga warna surut. Air tak cantik. Maka kami skip Telaga Warna dan terus ke Candi Arjuna.

Dari Candi Arjuna, kami kembali ke pekan Dieng. Memang sangat kelaparan, maka kami makan dulu di kedai yang sama semasa mula mula berjumpa Opick. Selesai makan, Opick datang kepada kami dan mengucapkan terimakasih. Katanya hanya sampai di sini saja. Dia perlu membawa satu group yang lain pula naik keatas. Waaah.......berapa kali mau panjat. Patutlah mereka semua ni mantap.
Kami berehat lama juga di Dieng ni. Agak letih dan mengantuk juga sebenarnya...hahaha. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Jogja. Serasa begitu jauh menuju ke bandar Jogja. Saya tak pasti pukul berapa kami sampai. Yang pasti, hari sudah gelap. Maybe dalam jam 0600 or 0700. Macam dah pukul 10.00 malam...hehehe. Sesampai di sini, kami checked in Prima In Hotel dan akan bermalam disini selama 3 malam. Roomate di Prima In juga kami pilih secara lat talilat tamplong. Maka saya bersama dengan Eina akhirny. Rose dan Riny manakala Za dan Ayu.
![]() |
| Bilik berselerak..hahhaha |
Saya agak tidak sihat. Asik bersin tanpa henti. Hidung pun terasa sakit...gatal gatal lagi. Banyak faktor menyumbang kearah ke tidak sihatan saya ni...hehehhe. Habuk, debu, makanan, cuaca.... Saya decided untuk stay kat hotel je. Yang lain lain, lepas checked in, diaorang keluar cari dinner. Lepas dinner, diaorang mengopi lak. Saya cuma order makanan dari pihak hotel. Bagus hotel ni...restaurant dibuka 24 hours. So tak perlu risau kiranya kelaparan di tengah malam.
![]() |
| Room Service - Nasi goreng ajo. Mak x larat dah nak....hhehehhe |
![]() |
| Kawan kawan gi dinner kat House of Raminten |
Saya tak pasti bila rakan sebilik saya, Eina balik ke hotel. Saya ni sesungguhnya penakut...hahaha. Tidur tidur ayam sementara menunggu Ina pulang..hahaha. Bila Eina pulang ke hotel, sempat mereka membeli tshirt untuk kami kami ni, untuk di pakai esok. Esok sedondon dondon lah kita ya...Saya makan ubat, terus lena dibuai mimpi. Menanti hari esok pula. Saya kena pastikan saya sihat untuk besok hari. Risau juga...takmau lah menyusahkan orang.....
End of Day 3.