26 Disember 2018 (Rabu)
Awal pagi kami dah bersiap. Makan apa yang patut semasa di guest house sebab kami nak teruskan sahaja perjalanan ke Dalat. Kekonon nak singgahlah dimana mana untuk breakfast...hahaha..haram singgah sebabnya Ismail pun tak tau nak singgah kat mana.
Elok je order nak sampai, Ismail wasap kata dah boleh gerak...haha. Udah serba salah kami ni. Ismail kata takper...tinggalkan ajer. Sebab sebelum depa serve kopi, depa bagi teh dulu. Dalam teko kecik, cawan kecik kecik. Maka kami minum tea tu je lah...tanpa bayar apa apa.
Udahlah kedai kopi ni menurun bukit. Nak pergi ke van, kena mendaki bukit....huuhhhuu. Saya dah berusia, bukit yang sekangkang kera tu pun termengah mengah saya nak daki. Risau juga...kut tiba tiba tak terdaya lah....termengah mengah....hahhaa. By the time sampai kat van, rupanya belum alih lagi. Depa tengah berusaha...slowly...akhirnya berjaya gak mengalihkan lori untuk meneruskan perjalanan. Memang berderet deret kenderaan di tepi jalan. Jalan cuma dua lorong jer pulak tu.
Sesampai di Dalat, Ismail membawa kami ke Valley of Love. Kawasan ni luas, ada taman taman bunga, pelbagai jenis bunga, ada tasik dan juga ada perkhidmatan sewa baju Vietnam. Jika teringin nak bergambar seperti orang Vietnam, boleh lah menyewa baju baju di sini. Kami pusing pusing sahaja dalam Valley of Love. Okaylah....for scenery...sama macam lake garden je.
Selesai di Valley of Love, kami ke Datanla Waterfall.
Oppsss....sorry...sebenarnya saya sudah lupa turutan perjalanan. Samada Datanla dulu, or lunch dulu or ke Train Station dulu or Crazy House...hahha. By the way, ini adalah antara tempat tempat yang kami pergi untuk hari ini. First memang saya ingat sangat, ke Valley of Love. Yang lain lain kami pergi ke Datanla Waterfall, Train Station, Lunch di Restoran Kampung Pandan dan ke Crazy House
Di Datanla Ismail membelikan tiket untuk kami. Untuk turun ke Datanla Waterfall ni, kena menaiki aspine coaster. Satu aspine coaster dinaiki dua orang. Tidak seperti di Vinepearl Land. Sorang satu boleh naik. Jadi, saya bersama Rose menaiki satu coaster manakala Za dengan Dee. Ismail tak tau ler dia naik dengan siapa...hahaha.
Menarik juga waterfall ni. Kemudian kami nampak satu cable car. Menurut kata Ismail, dibawah sana ada lagi waterfall. Nak turun ke bawah, maka naiklah kami cable car tersebut. Seram seriau naik cable car ni...hahah. Agak usang dan sudah lama. Pintu ditutup pun secara manual. Dengan bunyi berkeriuk menuruni bukit perlahan lahan......huhuhu..sabar je la. Sesampai di bawah ada yang menanti untuk membukakan pintu cable car kami.
Kluar dari cable car, kami nampak sesuatu seperti pondok. Kami tanya Ismail apa tu...Ismail kata..itu adalah elevator. Owwwhh...lift rupanya. Untuk melihat waterfall di bawah lagi, silalah menaiki lift ni. Kagum weh....lift dalam hutan. Sapa kata Vietnam tak canggih...hehehhe.
 |
| Elevator in the jungle |
Air terjun di bawah lagi menarik dan tak ramai orang. Bersuka ria lah kami. Dan kemudian kami nampak satu station aspine coaster. Ingat nak naik hat tu, kembali ke atas. Ismail kata tak boleh, sebab kami dah beli tiket return. Nak kembali ke asal, silalah melalui laluan yang sama...hahaha. Naiklah lift semula..kemudian naik cable car...kemudian naik aspine coaster.
Tamatlah perjalanan di Datanla Waterfall. Actually banyak activiti lain yang boleh dilakukan di sini. Terdapat juga water abseiling, hiking dan lain lain lagi.
