Thursday, 18 January 2018

Perkara perkara yang saya ketahui ketika travel di South Island, New Zealand

Antara perkara perkara yang saya pelajari ketika bermusafir ke South Island New Zealand atau boleh saya katakan tips yang perlu anda ketahui untuk travel ke New Zealand

Dinasihatkan janganlah travel waktu pertukaran musim. Contoh Winter ke Spring kerana waktu ini cuasa tidak menentu. Mungkin seronok bila dapat tengok salji di waktu spring, tapi keberangkalian untuk hujan amat besar yang menyebabkan nanti banyak program boleh tergendala dan terpaksa di adjust semula. Dalam ertikata lain, sentiasa check cuaca sebelum merancang perjalanan untuk ke satu satu tempat. Biasanya accuweather agak tepat.

Untuk pemanduan harus diingatkan bahawa patuhilah had limit yang ditetapkan. Undang undang jalanraya New Zealand amat tegas. Biasanya kalau masuk ke kawasan bandar or pekan, had limit yang ditetapkan adalah 50kmj. Dan bila kluar sikit dari kawasan pekan, barulah dapat 80kmj - 100kmj paling laju. Elakanlah dari mendapat saman. Or senang citer, patuhi je lah apa yang ditetapkan oleh negara itu. Janganlah ikut gaya kita memandu di negara sendiri.

Di New Zealand terdapat jalan satu lorong. Biasanya sebelum sampai ke jalan satu lorong, ada signboard pemberitahuan. Maka berhati hati ya. Kawan saya nyaris nyaris bila tidak perasan kereta dari bahagian hadapan sedang melalui lorong tersebut. Mujur ada ruang sedikit di sebelah kiri. 

Jalanraya di New Zealand, samada lurus atau bengkang bengkuk dan berbukit bukit. Terutamanya jalan jalan melalui tepi tepi gunung, tasik dan lautan. Jalan hanya dua lorong, jadi berhati hati lah memandu terutama tatkala hujan. 

Parking di New Zealand berbeza beza. Kami pada mulanya keliru. Sebab ada signboard Parking berwarna biru dan ada tanda 30, 60, 120. Ada parking bertanda biru dengan nombor yang sama tetapi ada tanda $ pula. Senang jer nak paham. If jumpa parking with number and with $, dekat dekat situ mesti ada parking machine. Kalau 30 bermakna 30 minit, 60 ialah 60 minit dan begitulah seterusnya. Nak bayar parking, memang tiada change diberi. Bayar lah cukup cukup. Contoh parking signboard kat NZ (Gambar Google)





Sukar mencari tandas awam kecuali di pekan pekan or tempat tempat yang disediakan. Pemanduan di New Zealand dari satu tempat ke satu tempat adalah jauh. Jadi pastikan perut anda di selesaikan sebelum memulakan perjalanan, kecuali dalam keadaan terdesak..hehehhe. Dan sekiranya ada, contoh tandas awam yang kami temui semasa pejalanan ke balik dari Milford Sound ialah tandas yang tiada air juga sinki. Dan tandasnya adalah jenis terus ke bawah. Walaupun mempunyai toilet bowl but u can see apa kat bawah..heheheh. Begitu juga tandas yang kami gunakan di Nugget Point Light House. Ngeri sekejap bila terlihat ke bawah...kekekekke. 

Harga minyak di New Zealand adalah berbeza dari setiap tempat. Lagi jauh lagi mahal. Sama seperti di Australia. Kebanyakan harga petrol yang kami dapat semasa travel di New Zealand adalah 2.0 - 2.2 per liter. 

Mencuci kereta di New Zealand adalah self service. Mula mula kena beli coupon di petrol pam. Ada berbagai jenis pencucian. Maka anda boleh pilih. Dah beli, boleh ler berbaris di ditempat mencuci kereta, berada di dalam kereta. Sebelum masuk kebahagian untuk mencuci,  ada satu machine diletakan, jadi patuhi arahan kerana anda kena memasukan nombor coupon yang dibeli tadik. Dah masuk, tunggu hingga selesai. Dan cucian hanya di bahagian luar sahaja ya. Saya tak jumpa tempat untuk mencuci kereta di bahagian dalam. Maka pastikan bahagian dalam kereta anda tidak terlalu kotor ye. 

Pekan pekan kecil di New Zealand ditutup cepat. Dalam jam 0800 sudah ditutup. Bandar agak mati, kecuali bandar bandar besar seperti Queenstown.

Penggunaan internet di New Zealand agak terhad. Sesetengah tempat penginapan memberikan unlimited internet tetapi ada juga yang terhad contohnya hanya 100MB per person sahaja. Apabila habis, anda boleh membeli dengan harga NZD5.00 (lupa plak untuk braper MB). Penggunaan pocket wifi juga tidak begitu membantu sangat. Ada ketika, line is not reachable terutama bila berada di kawasan yang jauh dari bandar bandar. 

Itu jer yang saya ingat buat masa ini. If ada, nanti saya tambah kemudian. 




Ke Bangkok Kita - Thailand (Wrapped Up)


Tanggal 25 Disember 2017 - 30 Disember 2017, maka kami #guj #gengukurjalan bersama sama bermusafir ke Bangkok , Thailand. Kami seramai 8 orang, berkumpul di KLIA. Ada yang flight terawal, ada yang flight terkemudian. Alhamdulillah, tamat sudah. Semoga #gengukurjalan dapat bersama sama kembali untuk trip trip yang seterusnya. Segala suka duka bersama, moga terus kekal di ingatan kita...


Full Story - Expenses

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Day 1

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Day 2

Full Story - K e Bangkok, Thailand Kita - Day 3

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Day 4

Full Story - Ke Bangkok Thailand Kita - Day 5

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Last Day

Everybody can fly
Khao Yai National Park
Hobbit House / Santorini, Khao Yai
Jim Thompson Farm
Jim Thompson Farm
Geng Ukur Jalan
Sunflower Farm, Khao Yai
Primo Piazza, Khao Yai
Primo Piazza, Khao Yai
Pai Deo Die Cliff, Khao Yai National Park
Train ride to the death valley, Kanchanaburi
The Bridge on the River Kwai
Erawan National Park
LittleSantorini, Khao Yai

Halal Food at Salasa Hill, Khao Yai







Wednesday, 17 January 2018

Bangkok, Thailand - Day 5

29 Disember 2017 (Jumaat)

Saya terjaga awal pagi dalam 0400 pagi gitu. Memang saya set alarm awal. Saya ni jenis terhegeh hegeh juga sebenarnya. So, sebelum orang lain menunggu, biarlah saya buat dahulu supaya orang lain tidak tertunggu tunggu. Bayangkan saya bangun 0400 pagi, Za bangun 0530 pagi...by 0600 Za dah siap semua bagai. Saya terhegeh2 lagi...hahahhaa. Maafkan lah...orang tua....hehehe. 

Agenda kami hari ni adalah ke Kanchanaburi. Van akan datang pickup pada jam 0730 pagi. So kami breakfast siap siap dengan bekalan yang ada. Saya mcm biasa, mineral coffee, oats dan biskut. 

Seawal pagi, Rose dan Mak Su dah sampai. Driver van pun sampai awal juga. 0700 dia dah sampai. Lux / Laks /Luks nama dia. Pronounciation adalah Lux. Ejaaan lain. Bedal je. Janji leh panggil nama...hahahahha. Saya as usual, akan duduk sebelah driver. Jadi co-pilot kononnyer...hahaha. Actually saya suka pemandangan yang luas. Jadi bila duduk di depan, saya leh nampak semua. 

Since semua dah ada, kami meneruskan perjalanan ke Erawan Waterfalls dulu. Untuk sampai ke Erawan, kami kena melalui Kanchanaburi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Okay...jom tido sebab tadik bangun awal...hahahha.


Lebih kurang jam 1100 pagi, kami sampai ke Erawan Waterfalls. Lama juga perjalanan, sebab kami bajet untuk sampai dalam 1030 pagi. Masuk ke kawasan Erawan National Park, kena drive another 30 minit untuk sampai ke tempat parking kereta untuk ke Erawan Waterfalls. Tu yang jadi 1100 pagi baru sampai. Entrance fee untuk masuk ke sini adalah THB300 per pax. And vehicle fee adalah THB30. Driver tak kena bayar...hmm..mujur...hahaaha. Sampai di car park, kami diskas nak jalan braper lama. Sebab kat sini, tak semua mampu jalan laju laju. So, sapa yang nak laju laju, sila jalan dulu. Kami yang slow and steady ni, akan jalan ikut yang kami mampu.




Level 1

Level 2

Erawan Waterfalls ni ada 7 level. Makin naik ke atas, makin lawa kata orang. Since diskas tadik kata nak spend dalam 1 hour kat dalam ni, so adalah mustahil untuk kami sampai ke level 7. Masa ni group split kepada 3. Ecah dan Za jalan dulu. Saya, ateng dan dee bersama sama. Manakala rose dengan maksu. Kami jalan santai santai je. Maka mampu lah kami hingga ke level 2 je...hahhahaha. Sebab kami nak mengejar train ke Bridge on the River Kwai. Kami decided nak naik tren dari Station Nam Tok pada jam 1255

Masa dalam van, kami tanya Lux. Dari Erawan Waterfall ke Nam Tok station braper lama. Lux kata dekat je. Dalam area tu je. So, kami pun relaks je lah. By the time kul 1230 kami nak ke Nam Tok, sekali dia kata, about 1 hour...huaawaaaa...miscommunication betul la. Camner dia leh kata dekat je tadik. Dia ingat Nam Tok mana ntah......hmm....ada yg bengang ke. Sebab ai yang jadik tukang tanya tadik kan...kekkekkeke. 

Since tak cukup masa, kami suruh dia ke stesen Wang Pho. If saya, saya memilih stesen Thamkrasae. Tp ini semua atas persetujuan bersama. Ada yang kata ke stesen Wang Pho and yang lain agreed, I follow je. Dari Erawan National Park ke Wang Pho pun jauh juga dalam sejam gitu. If nak kejar tren, kami kena berada di sana sebelum 0130 petang. Tapi Lux bawak van macam slow je. Akak yang rasa macam nak tekan pedal...hahahahhaha...cepat lah bang oiii....We missed the train kat Wang Pho Station. By the time kami sampai, tren baru sahaja berlalu. Pilihan yang ada sekarang adalah  tunggu next train, or naik di Nam Tok Station untuk tren jam 0330 petang or naik di Thamkrasae untuk tren jam 0410 petang. Bila pikir balik..kenapa nak kesana kemari. Sebab tren tu satu je. Naik dari mana pun, tetap naik tren yang sama. Memang takleh nak awal dah. Kena ikut jer jadual tu semua. Tp ye lah.....well...itulah bila dah ramai ramai...hehhehehe. Mereka decided untuk ke Nam Tok Station. Sampai di Nam Tok station dalam jam 0200 petang gitu. Kena tunggu another satu jam setengah. Ticket plak boleh dibeli setengah jam sebelum jadual train. Maka meraban ler kami kat stesen Nam Tok ni.

Stesen Nam Tok

Dalam train

Stesen Nam Tok

Kedai kedai di Nam Tok. Tak berani ler nak makan apa apa pun kat sini


Sebab itu saya kata, if saya, saya prefer ke Thamkrasae Station. There are a lot of things can be done kat Thamkrasae. Boleh gi Thamkrasae Cave, or gi Cabin River. Amik gambar tepi sungai or atas bridge. Kedai2 pun banyak. Takpalah..dah lepas pun. Kami sampai lambat juga ke Bridge on The River Kwai. Sebab sampai kat satu stesen, train delay lama. Tunggu another train pass dulu, baru boleh jalan. Macam buang masa sket la.




Photo from one of my travelmate hp camera - tak ingat sapa. To get this view, kena duduk sebelah kanan ya

Dah gelap baru sampai Bridge on The River Kwai. Memang meriah sungguh kat sini. Orang pun ramai. Ada pasar malam. Pastu macam ada festival apa ntah. Ada nyanyi nyanyi, ada stage. Masa kami lalu atas Bridge tu, ada satu boat lalu. Sewa khas kut untuk wedding. Bersorak sorak kami ramai ramai kat atas train...hahaha. Yang depa depa dalam boat tu pun kemain sporting jerit jerit sama...hahaha. Jalan jalan sekejap, since kami takmau bayar lebih untuk overtime sewa van. Sempat beli jagung dan pisang bakar. Bakar atas arang. Then saya call Luks bagitau kami dah sampai ke River Kwai Station. And dia suruh kami tunggu kat stesen.  Masa ni masing masing lapar, so kami gugel tempat makanan halal. Dapat satu, tp dah tutup..hahaha. So kami decided untuk balik terus ke Bangkok City.  Kena bayar extra dua jam untuk van iaitu THB600. Mujur dah bajet awal-awal.

Wedding boat

Ramai orang atas bridge ni...


Dalam perjalanan, kami minta Luks singgah kat mana mana 7e. Masa kat 7e, kami jumpa roti halal dan juga spageti halal brand cp. Sampai kat Mana Hostel, dah mandi mandai bagai then panaskan spageti. Roti simpan untuk esok. Since esok last day, whatever we have, kami perabiskan siap siap. Alhamdulillah oats saya abis. Ngam untuk esok je. Biskut dan maggi jua..hehehe. Malam tido lena. Barang pack siap siap, tinggalkan apa yang nak di pakai esok je. Saya kluarkan tshirt sahaja untuk esok.

End of day 5.




Bangkok, Thailand - Day 4

28 Disember 2017 (Khamis)

Hari ni janji ngan Lem / Lamb awal sikit. Semalam agak lambat. Sebab hari ni ada beberapa tempat nak pergi. Kul 0700 dah ada rasanya driver ni. Macam biasa, breakfast siap siap, masak telur separuh masak, roti jem coffee....semua bedal. Dan saya tetap dengan bekalan saya, oats dimasukkan siap siap dalam termos. 

Driver sampai, kami angkut semua barang barang. Check out tinggalkan kunci and jalan. Macam hari hari sebelumnya, cuaca mendung. Sedikit renyai renyai. Kami teruskan perjalanan ke Sunflower Farm. Tapi bukan di Saraburi ni. Yang sebenarnya kat Khao Yai ni banyak sunflower farm. So, driver just bawak ke one of the sunflower farm yang ada. Dia singgah sekejap beli breakfast kat satu simpang. Kami tengok dia beli roti bakar...hmmmm...sedappppnya...hahahhaa. Kemudian perjalanan diteruskan ke ladang bunga matahari. Agak jauh juga dari penginapan kami. Maybe dalam 1 jam lebih, saya pun ingat ingat lupa. Sepanjang jalan, nampak juga bunga bunga matahari dikawasan rumah orang yang menunduk ke bumi. Dalam hati...huuhuhu..berkembanglah hai bunga. Janganlah hanya memandang tanah sahaja...hahaha.




Dah akhirnya, sampai juga. Lupa sungguh nama farm ni. Tapi bukan farm yang begitu femes seperti Saraburi or Lodpuri. Tak kisah, janji ladang bunga matahari.  Bayaran masuk ke sini adalah THB80 seorang.  Semasa sampai disini, kami diberikan dua keping bag plastick. Aci heran gak...then dia kata, untuk sarung kasut...kami pun sarung je lah. Pastu baru perasan...ohh patutlah. If tak sarung dengan plastik, mau penuh tanah lumpur melekat kat kasut. Tanah lembab...and tanah subur yang sesuai sangat untuk pertumbuhan bunga matahari.....sreeekk sreeekkk kami berjalan beralaskan kasut beg plastik...hahhaha.






Kasut di sunflower farm...hahaha

Masa nak balik. dah banyak van dan taxi

Cantik sangat ladang ni. Walaupun matahari tak kluar, tp bunga matahari tetap bersinar. Kecoh kami dok kat sini. Since kami sampai awal,  masa ni tak ramai orang. And kami ambil gambar tanpa gangguan. Takdelah photoboom by other people. By the time nak balik...perghhh...berderet deret van. Orang pun dah semakin ramai. Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Palio Khao Yai. Agak jauh juga. Timing...udah lupa...hahahhaa.












Palio Khao Yai ni tempat membeli belah. Shopping paradise in Thailand katanya. Tapi kami tak membeli belah pun. Sebab....kat sunflower field pun dah lama bebeno. Sampai sini dah tengahari...hahaha. not really tengahari la. Dalam kul 1100 lebih gitu kut. Kami jalan jalan ambil gambar jer dalam ni. Menarik tempatnya, tapi tak sempat nak explore abis.  Selesai kat Palio Khao Yai, kami gi makan dulu kat tempat yang sama semalam. And order food yang sama, sebab tomyam nya sangat sedap. Begitu juga dengan milk thai tea...yummmy.


Mabelesss

Dah settle makan, kami terus ke Primo Piazza.  Bayaran masuk ke Primo Piazza ni adalah THB200 for adult. Untuk kekanak TBH150 rasanya. Menarik juga tempat ni. Ala ala mini Italy. Boleh bagi makan Illama. Primo Piazza ni pun lebih kurang macam Palio Khao Yai juga. Ada kedai coffee dalamnya. Leh lepak lepak......tapi untuk shopping tak nampak plak ye..heeh. Kat Palio, boleh shopping sesuka hati. Cuma kami je yang takde masa  nak menyopping.









Dari Primo Piazza, kami ke The Bloom by TVPool. Entrance fee masuk kesini adalah THB120 termasuk tram mengelilingi The Bloom. Kami pun amik je lah. Malas nak pikir nak berjalan jalan kat dalam ni. So kami naik tram, cuma kami ber8 je. Jauh gak dia bawak pusing pusing...hahahha. Sepanjang jalan tu nampak le juga beberapa tempat penginapan yang dibina secara berselerakan. Macam ala ala kampung rumah scattered gitu. And kami pun diturunkan di satu stop. From there, kami just jalan jalan je. The Bloom ni adalah sebuah ladang bunga kedua terbesar di Thailand, katanya. Tapi kami tengok, banyak bunga yang semakin hampir layu. Samada bunga belum mengembang atau baru ditanam, or memang tiada penjagaaan yang sempurna. Pusing pusing ambik gambar, then kami keluar. Walaupun begitu, lama juga didalam ni. Ada juga cafe dan sebagainya. Tapi tak singgah pun. Pastu ada plak yang berkata kata...patut xyah datang lah The Bloom ni...hahahha. Saya pun pernah terbaca, The Bloom ni tak best sangat. Tapi ntah...macam tak terkluar dari mulut untuk bagitau...hahahha.






Dah penat berjalan dalam The Bloom, kami pun meneruskan perjalanan ke Bangkok City. Di Bangkok City, kami menempah Mana Hostel sebagai penginapan kami. Mixed dorm, shared facilities. Tak pasti braper jam perjalanan. Tapi yang pasti hari dah malam dan gelap. Lem terus hantarkan ke Mana Hostel. Kami bertolak awal dari Khao Yai sebab Pika akan fly back ke KL malam ini juga. Flight dia jam 11 malam. Sesampai di Mana, kami tanya Lem wether dia leh antarkan Pika ke airport. Dia kata xleh. Okay, tak kisah le. Then Pika amik grab je. Mentara nak tunggu Grab, dia lepak dulu kat Mana Hostel.

Lobby Mana Hostel

Dorm saya ngan Za dapat

Notakaki:  Gambar gambar Mana Hostel, dari hasil gogel

Manakala kami lak, berbincang ngan tuan punya hostel tentang penginapan kami kerana telah berlaku kesilapan yang tak sepatutnya berlaku...hahhahha.  Saya, Dee, Echah, Mak Su dan Rose booked melalui Airasiago untuk hotel dan flight ticket. Za juga booked melalui AirAsiaGo tapi booking berasingan. Saya Ecah Dee satu booking no. Mak Su dan Rose juga satu booking no. Masa booked, memang le letak 3 pax. Tapi masa kat accommodation, pi letak 2 bunkbed je. Rose pulak letak 1 bunkbed. Rupanya if 3, kena letak 3. If 2, kena letak 2. So booking kami sorang takde tempat tido, dan booking Rose juga sorang takde tempat tido. Kami yang tak paham procedure ke apa ke...wallahualam. So, semasa sampai, booking kami cuma dpt 3 katil. Orangnya ada 5. Lagi 2 orang takda tempat tido iaitu saya dan juga maksu Rose. So guest house owner takleh nak buat apa. Sebab dia kata, tiada kekosongan. Za ngan ateng takde masalah. Tapi hostel owner kata, dia allow kami kongsi katil. Tapi kami kena bayar facilities yang digunakan. If kongsi katil....huhuhuhu..mampukah berkongsi katil dengan size badan masing masing. Kami tak puas hati, siap kol AirAsiaGo lagi. Tapi jawapan tetap sama. Kami yang salah letak braper katil yang diperlukan. Diskas punya diskas, Rose dan Mak Su bersedia untuk cari hotel lain yang berdekatan. So, satu katil kosong, bolehlah diberikan kepada saya. So saya  kena bayar pada Rose sahaja. And tak perlu bayar harga facilities. Memang hostel ni fully booked. If ada kosong, hostel owner willing je nak bagi ke kami. Tapi katil tak cukup.

Maka kami minta hostel owner carikan hostel baru. Dia kata ada hostel berdekatan. Dia pun called and bagi direction ke kami camner nak ke sana. So kami pun dpt katil masing masing. Saya se dorm dengan Za di tingkat 1. Manakala ateng, dee dan echah di tingkat dua. Saya kata ke Za, saya nak katil bawah. Almaklum org tua...malas nak memanjat. Mujur Za okay je. Ateng, Dee dan Echah masing masing dapat katil atas....hehehhe. Dah setel bab katil kami, kami pun hantar Rose dan Mak Su untuk cari hostel lain.

On the way nak ke hostel tu, kami nampak je few hotels, kami akan stopped tanya if ada kekosongan. Then sampai satu hotel ni, dia kata ada satu kosong utk malam ni sahaja dengan harga THB2000 plus THB1000 deposit. Untuk malam esok kena check in lain.  Rose ngan Mak Su redho je. Masa ni saya sungguh tak kisah...if depa bayar too much, saya willing je tuk share. Kira burn lah duit kat Mana Hostel. Tapi Rose ngan Mak Su kata takpe...So, okay lah.

Dah setel perihal hotel Rose dan Mak Su, kami kekonon nak cari kedai untuk dinner. Almaklum, kami lunch awal sangat. Perut pun dah lapar. Cari punya cari, tapi tak jumpa yang halal. So kami decided makan je lah apa yang ada. Masing2 ada bekalan pun. Saya memang ada beli instant noodles  masa kat Salasa Hill tu. Ingat nak makan sama sama. Since dah terasing macam ni, tak dapat lah. So sapa yang tinggal kat Mana Hostel tu boleh ler.

Kami bergerak balik ke Mana Hostel, Rose dan Maksu balik ke hotel yang mereka booked tadik. (tak ingat dah nama hotel). Saya sebenarnya tak penah stay kat mixed dorm, shared bathroom. Jadi malam pertama agak janggal sedikit pada saya. Segala perkara kena buat senyap senyap. Sebab takut kang ada yang kata bising. Dah tu pulak, ada yang dah tido lena. Nak bukak zip beg pun hati hati, takut bunyi zip ditarik kuat sangat. Saya sewa juga locker kat sini utk simpan barang barang berharga. Yang lain lain tu, saya tgk mereka letak je backpack masing masing kat tepi katil. Dalam bilik ni ada 3 bunk bed dan satu queen bed. Queen bed, couple mat salih. Saya ngan za sekatil. Za atas, saya kat bawah. Katil berhadapan saya, couple gak. Boipren nyer tido atas, gf kat bawah. Di hujung kaki saya mat saleh lelaki. Dihujung kaki Za minah saleh.

Selesai mandi manda, kami turun ke bawah untuk makan. Masak meggi, makan roti. Ada juga disediakan instant coffee, tp hat tu kena bayar ye. So kami gunakan apa yang kami ada. Kendian naik atas. Satu masalah dok hostel, mixed dorm, bila nak solat. Saya senyap2 solat duduk je atas katil waktu lampu dah tutup semua. Tapi cahaya dari luar ada, so xdelah gelap sangat. Yang saya risau, kut2 dormmate terjaga, tengok ada orang berkelubung atas katil....hahahhaha. Masa nak solat ni, saya memang tawakkal abis. Mohon janganlah mereka terjaga or ada yang balik tiba tiba.

Saya tidor lena walaupun dimalam pertama yang janggal. Semua barang pack elok elok..risau mengganggu laluan orang lain.

End of Day 4