Esok tepat jam 0700 pagi, saya dah terpacak di lobby menanti driver tuk tuk. Rupanya dia lagi awal dari saya. Sudah diberitahu sebelum ni, bahawa tuk tuk warna merah akan datang mengambil kami. Tapi anak anak saya pulak yang lambat, si sulung dan si nombor 2 tu la yang lambat. Sesampai di Dimsum Chabura, orang sudah ramai. Almaklum, hari ni hari Ahad. Weekend dan cuti sekolah lagi. Pekerja disitu suruh kami tunggu dulu. Mujur tak lama menunggu, kami dapat satu meja untuk 7 orang. Dapat tempat duduk, anak anak mula memilih dimsum dan juga meng order makanan kegemaran masing masing. Saya rasa kali ni servis agak perlahan. Maybe sebab orang ramai kut. Order sampai lambat, dan sampai beperingkat peringkat. Kesian masing masing menunggu. Mujur ada dimsum yang boleh di makan sambil sambil menanti makanan yang lain. Dah lain yang di order, lain pula yang sampai. Sabar je lah.
Masa membuat pembayaran, saya suruh orang tu bacakan betul betul. Sebab ada yang kami order tidak sampai. Untuk Dimsum Chabura ni, kami membayar THB1800.00 ++ (tak ingat plus tu braper) untuk 7 orang. Berbaloi juga rasaya. Sebab memang kenyang sangat.
Selesai di Dimsum Chabura, kami meminta driver tuk tuk membawa kami ke Samila Beach, Songkhla. Sempatlah anak saya menaiki kuda, jalan jalan di pantai Samila sebelum hujan turun dengan lebatnya..huhuhuu. Berlari lari kami mencari tempat teduh. Tak sempat lah nak bergambar dengan ikan duyung dan juga atuk siam
Masing masing dah rasa tak selesa kebasahan. Saya pulak sakit perut. Saya minta driver tuk tuk bawakan kami ke Masjid Songkhla (Taj Mahal Hatyai). Driver tuk tuk bawa kami naik feri dulu di Koh Yo. Perjalanan tak lama sangat atas feri ni. Just menyeberang tasik je mcm tu. Sampai kat daratan,sana macam jauh betul nak sampai ke masjid ni. Perut dah makin memulas mulas. Sesampai je di masjid, saya terus mencari tandas. Kebetulan dan masuk waktu zohor, asben dan anak anak pegi solat dulu. Lama juga memerut. Tak selesa sungguh bila sakit perut gini.
Selesai solat, kami menuju ke Greenway Market. Kami sampai awal, pasar baru nak buka, jadi tak banyak kedai. So kami just jalan jalan saja. Si kecik tu dah mengaruk penat. Pusing pusing Greenway Market, kami menuju ke area Lee Garden. Setiba di sini, hanya saya dan dua orang anak je turun. Asben saya tak turun, sebab si bamban tak mau. Kami jalan copot copot cari barang yang nak di beli. Actually saya nak beli call card holder. So memang tuju terus ke tempatnya. Kemudian sempat beli kebab, dan driver tuk tuk hantar kami semula ke hotel. Masa ni dah jam 0600 petang, hari dah gelap pun. Sampai hotel, anak anak pergi mandi kat swimming pool. Anak saya keluar malam tu…ntah kemana tak tau le. Saya layan diri sajalah dalam bilik.
End of Day 2.
***Notakaki
Kami ada singgah di Khlong Hae Floating Market. Tp tak turun pun ke bawah. Just jalan jalan sahaja kat bahagian atas. Lagipun hujan masih renyai renyai. Then, anak anak pun dah lapar. Driver tuk tuk tu sajes kami makan di satu kedai, berhampiran dengan Floating Market tu. Kalau ikut jalan yang dia bawah, kedai tu macam di belakang sahaja. Sedap juga makan di kedai ni.
![]() |
| Lunch di kedai ni |
![]() |
| Sebahagian food yg kami order |






No comments:
Post a Comment