Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke utara pada jam 10.00 malam hari jumaat. Sepanjang perjalanan saya hanya tidur sahaja…hahhaaha. Alhamdulillah asben masih gigih memandu di usia sebegini. Kadang kadang out juga dia. Terpaksa bergilir gilir memandu.
8hb Disember 2018 (Sabtu)
8hb Disember 2018 (Sabtu)
Lebih kurang jam 0400 pagi, kami tiba di Changlun. Kelihatan banyak kereta berderetan di sepanjang jalan. Rupanya disini tempat membeli insurance kenderaan untuk memasuki negara Thailand. Ada beberapa syarikat yang menjual insurance kenderaan di sini. Kami memilih Changlun Enterprise. Memang ramai orang yang membeli insurance di Changlun Enterprise ni.
Setiba giliran kami, kami memberi geran kenderaan kepada orang yang bertugas di kaunter. Dan kami dikenakan bayaran sebanyak RM49.00. Cara cara masuk ke negara Thailand boleh baca disini.
Selesai semua urusan, kami singgah di masjid berdekatan untuk solat subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Kenapa tidak memilih Bukit Kayu Hitam. Ntah ler. Asben kata lalu kat Padang Besar tak ramai. Katanya la, walhall sama je.
Kami sampai di Padang Besar jam 0700 pagi lebih kurang. Pada masa ni sudah kelihatan banyak kenderaaan berbaris. Kami ni, sebab takde cash RM in hand, dan nak isi petrol juga. Maka singgah di petronas berdekatan dulu. Of course lah by the time kami masuk barisan, kenderaan makin bertambah berderet deretan. Asben plak bleh kata….keter ni semua berhenti kut. Jom ke depan. dah ke depan, kau mau potong queue. Mampuh kena maki. Bukannnya kereta berhenti. Memang kenderaan berbaris untuk masuk border. Dah kena pusing sekali lagi. By the time berpusing, dah lebih 5 biji kenderaan masuk. Queue la lagi. Lama juga queue. Dengan kenderaan Thailand yang besar besar dok potong queue. Kita punyalah berhemah, tapi depa main redah je. Sesampai di imigresen Malaysia, ada laluan berpalang. Maka silalah turun untuk scan passport ye. Driver di kaunter hadapan, passenger di kaunter belakang. Driver dah scan passport, baru imigresen bukak laluan berpalang.
Melepasi imigresen Malaysia, maka kami pun drive ke border imigresen Thailand pula. Masa disini saya confuse (saya owner kenderaan, maka sayalah yang kena register kenderaan). Saya masuk je lalu untuk kenderaan, tapi imigresen Thailand tak tahan pun. Lepas macam tu je. Dalam hati, aiiikk…dimanakan harus ku declare ini kenderaan.
Lepas je imigresen, saya park je kereta di ruang yang disediakan. Asben dan anak anak dah turun sebelum tu untuk chop passport. Terpinga pinga sekejap, lepastu nampak orang berbaris di kaunter 7, saya pun pergilah tanya. Alhamdulillah, saya berada di kaunter yang betul. Maka berbarislah saya. Dah sampai kat depan, tiba2 anak called. Ibu, orang imi ni nak form….form apa…ah sudah. Masa tu urusan saya belum selesai. Rupanya anak saya dah sampai untuk chop passport, tapi imi tu mintak form TM2 – inbound. Form tu kat saya tapi bila saya tanya orang belakang saya, masa nak chop passport, dia mintak apa apa form tak. Org kat belakang tu kata takdepun. Gasak lah…yang pasti, saya selesaikan dulu urusan saya.
Selesai register kenderaan, saya pergi semula ke kaunter untuk chop passport. Masa tu takde lak dia mintak form sbb masa tu asben saya hulur envelope. Terus je dia chop 7 passport kami. Tapi apa yang saya paham, memang dia nak tengok form TM2 – inbound tu.
Selesai chop passport, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hatyai. Punyalah nasib tidak baik…tengah sembang sembang sekali nampak ada road block. Asben dengan konpiden, takde pepe. Sekali sampai depan tu dia suruh ke tepi. Bukak je tingkap, you not wearing seatbelt. License…license. Naya. Memang banyak kereta plate number Malaysia kena tahan. Tapi plat Thai takde lak kena tahan. Memang serkap jarang sungguh. Agaknya dia memang tau orang Malaysia ni, driver ngan orang depan je yang pakai seatbelt. Yang belakang tak pakai, maka kenalah membayar THB1000.00 atau pun RM150.00. Melayang THB1000.00 hahaha.
Sampai di bandar Hatyai, saya google map untuk ke Kai Tod Decha. Panas ting ting sungguh masa ni. Avanza kami lak ekon tak baper bagus. Kepam je rasa. Rupanya Kai Tod Decha ni ada cawangan. Google maps bawak ke tempat lain. Kalau saya tak pernah pergi, memang saya ingat itulah kedai yang biasa orang pi, rupanya kedai lain. Google map sekali lagi, baru jumpa kedai yang saya mahu. Tapi takde parking lak. Dek kerana fobia baru kena saman, asben kata dia tunggu dalam kereta. Tak berani lak nak parking suka suki. So yang lain pi makan dulu. Kali ni saya order tomyam kecil, ayam goreng, sayur campur, ikan siakap sweet sour, air cha yen, nasi dua mangkuk (budak lelaki kuat makan)..apa lagi eh…saya pun tak ingat. Kena bayar THB1600.00. Sorang anak saya selesai makan, dia plak pi tunggu kereta. Asben saya lak datang makan.
Selesai makan, kami pun menuju ke Hatyai Paradise Hotel & Resort. Lebih kurang 3km dari city centre. Agak jauh juga saya rasa. And payah juga nak cari tuk tuk di sini. Kena jalan ke main road kalau nak ambik tuk tuk. Kami mula pikir backup plan. Sbbnya kami takmo drive dalam bandar. Plan nak amik tuk tuk je. Apa apa pun, check in hotel dulu . Saya booked 3 bilik standard room. Tapi bilik ni besar. If letak extra bed pun masih lagi ada ruang. Aci nyesal lak booked sampai 3. Patut booking 2 bilik je and masukkan extra bed. Untuk 3 bilik selama 2 malam kena bayar THB6084.00. Hotel ni ada restoren halal ya. Jadi usah risau. Standard hotel, okaylah pada saya. Don’t expect 5 bintang punya. Hotel ni kelihatan agak lama. And if ada orang buat bising kat luar,memang bleh dengar dalam bilik. Yang pasti, ada swimming pool. Seronok lah bambam saya boleh terjun tiruk dalam kolam. Saya berkongsi ber3 dengan sibambam. Yang lain lain masing2 sebilik berdua. Dah besar, takleh nak campur sebilik ngan ibu ayah sangat.
![]() |
| Di hadapan hotel |
Dah check in, kami rehat rehat dulu. Asben pun penat drive semalaman. Janji ngan anak anak, kul 0400 nanti kita kluar cari dinner lak. Saya plan nak bawak diaorang gi makan kat Khlong Hae Seafood Buffet Restaurant. Memang penat sungguh semuanya. Sementara yang lain berehat, saya sempat ber wasap dengan driver tuk tuk. Buat arrangement untuk besok. Since kami takmau drive, kami plan sewa tuk tuk je. Harga diberi THB1500. 00 untuk satu hari. Bermula jam 0700 pagi – 0900 malam. Saya setuju sahaja sebab masa 1st time datang dulu, kami sewa sebuah tuk tuk THB1400.00 tapi tak sampai 1 hari pun.
Jam 0400 petang kami kluar semula. Saya terus google map ke Khlong Hae Seafood Buffet Restaurant. Alhamdulillah sesampai di sini orang belum ramai lagi. Maka bolehlah kami makan dengan tenang. Tidak seperti saya datang sebelum ni. Jenuh menunggu meja, juga banyak makanan yang sudah tiada. Hari ini memang meriah sungguh kat restaurant ni. Macam macam ada.
Hampir 2 jam juga kami berada di restaurant ni. Orang semakin ramai. Yang berbaris menunggu meja juga sudah ramai. Actually buffet ni, sapa yang makan banyak, memang berbaloi baloi. Asben saya sudah tidak mampu makan banyak2. Anak anak saja lah. Itupun yang sikecik tu asik togok air jer. Almaklum bermacam macam jenis air ada. Untuk buffet ni, kami mengambil set THB289.00 per pax. Bermakna kami boleh ambil semua yang kami mahu. Daging, seafood, sayur sayuran, dan pelbagai makanan yang ada. Sebelum ni, saya dan kawan-kawan mengambil set THB179.00 per pax. Yang ni cuma boleh ambil daging dan sayuran sahaja. Juga makanan di sebelah dalam. Seafood tidak dibenarkan sama sekali. Begitu juga makanan yang di bahagian luar.Untuk ber7, kami membayar THB2000.00 sahaja. Ada diskaun katanya, sebab anak saya masuk category kanak kanak walaupun badan macam remaja.
Selesai makan, kami menuju ke Asian Market pula. Sempatlah merembat passport holder, jacket, jam tangan souvenier dan beberapa tshirt. Masa sedang menunggu passport holder siap, tiba tiba baru perasan anak no 4 takde. Kami berpatah ke kereta, dia takde juga. Fuhhh…dah cuak saya. Tp asben relak je. Dia kata, dah besar, pandailer…hadoi…memang relaks sungguhlah dia. Kita ni risau. Yelah, walaupun dah besar…ishh..nauzubillahbizzalik…ini kat tempat orang kut. Kat negara sendiri pun kita risau. Pi la pusing carik kat dalam Asian Market tu. Orang meremut kut. Mana nak terjah. Masa tu, masing masing ada hp, tapi tak beli simcard pun. Pusing pusing juga cari, sambil sekejap ke kereta, sekejap ke market. Lastly, nampak dia datang menuju kereta. Alhamdulillah, lega. Terus balik semula ke hotel. Hari pun dah beransur gelap. Si kecik dah sibuk nak mandi kolam. Maka ditemani abang abangnya, pergilah dia terjun tiruk dalam kolam. Saya berehat rehat sahaja di dalam bilik. Sebelum tidur, sempat berpesan kepada anak anak, esok jam 0700 pagi, tuk tuk akan datang ambil di hotel. Jangan lewat. Sebab saya plan nak breakfast di Dimsum Chabura.
End of Day 1





No comments:
Post a Comment