Thursday, 20 December 2018

Hatyai Trip With Family - Day 3

10hb Disember 2018 (Isnin)

Hari ke 3 di bumi Thailand. Last day ni kekonon nak gi Municipal Park. Kami cari kedai untuk breakfast dulu. Punya lah pusing pusing pusing....dah jumpa Restoran Salma tu. Tapi takde parking. Silap juga bawak kereta keluar awal awal. Check out pun awal. Kekonon tak mau patah balik ke hotel. Nak keluar dan terus balik  Malaysia. Padan muka. Maka pusing pusing lah kami, maka jumpa satu kedai halal ni. Western food. Tapi tak banyak pilihan. Dan staff tak pandai English lak. Haru tul. Nak pilih menu pun dalam bahasa Thai. Last last order Fried Rice dengan Cha Yen sahaja. Nak order yang lain, asik takde. Tunjuk itu takde, tunjuk ini takde...hehehhe. Gambar teh je lah yang ada...



Selesai breakfast, kami pusing lagi. Sekali terlepas lak entrance ke Municipal Park. Dah asben malas nak pusing, terus je kami ke boarder. Kali ni rasa macam jauh...rupanya google maps bawak ikut jalan lain. Rasa sunyi jalan tu and tak banyak kenderaan.  Akhirnya sampai ke ke border. Urusan mudah sahaja kali ini. Sebaik keluar dari Thailand, kami jalan jalan sekejap ke Arau. Sambil  cari cari tempat untuk makan. Tapi saya sudah lupa nama kedai tu. Berhampiran dengan laut. 






Alhamdulillah, sampai ke Kuala Lumpur dengan  selamat.  Banyak gambar tak dapat nak diletakkan. And gambar tu sama je macam sebelum sebelum ni. Maksud saya, contoh makan di Chabura Dimsum, Khlong Hae Seafood Restaurant, Kai Tod Decha. 




No comments:

Post a Comment