7 September 2019 (Sabtu)
Hari kedua, kami sudah bersiap sedia menunggu kehadiran supir. Awal pagi dia dah datang. Kereta MPV, okayla boleh memuatkan kami ber5 termasuk driver jadi 6 kesemuanya. Sangat selesa. Mula mula kami minta dia bawakan ke Chabura Dimsum untuk breakfast.
Selesai breakfast, kami bergerak menunu menuju ke Songkla. Kami singgah di pekan Songkhla. Dan dia juga bawakan ke satu tempat yang biasa tourist pergi di Pekan Songkhla Old Town. Masa ni, ntah macamana masa nak reversed, kereta this lady terlanggar kereta lain. Cuak kitaorang. Mujur owner kereta yang lagi satu tu tak kisah. Tak paham apa diaorang ckp, tapi settled lah juga.
Menarik tempat ini. Disini ada di jual icecream manggis dan pelbagai jenis aiscream lagi. Gambar - tiada. Tak beli sebab kami rasa mahal. Icecream ni berbentuk manggis. Kemudian singgah ke tempat patung budha terbesar di Songkhla. Dari sini kemudian ke Samila Beach. Tempat yang agak popular di Songkhla ni.
Ada few places yang dia bawak juga. Juga kami singgah di masjid popular di Hatyai. Pagoda yang diperbuat daripada besi. Ke Ban Khao Kloi, Songkhla. Menarik tempat ni. Ada few spot yg menarik utk bergambar. Juga ke Tang Kuang Lift Station. Di kaki Tan Kuan Hill ni sebelum naik ke cable car, banyak monyet. Jadi berhati hati lah ya. Menarik di Tan Kuan Hill ni, adalah lift seperti eskalator. Dari sini kita boleh melihat sekitar bandar Songkhla dari atas. Kemudian ketempat menjual pelbagai kerepek. Bagus this lady. Memang sesuai jadi tourist guide. Singgah di Kaysom, kononnya untuk shopping souvenir. Tapi harga takdalah murah mana. Singgah di Greenway Market juga. Tapi tak menarik. Lastly sampai pekan Hatyai, singgah dinner di Chalee D'Hatyai.
![]() |
| Di kaki bukit Tang Kuan Hill |
![]() |
| Ban Khao Kloi, Songkhla |
![]() |
| Pagoda Besi |
Masa sampai di restoran ni, masing masing dah kepenatan, keletihan, kepanasan dan kelaparan. Dengan cuaca panas takleh bawak bincang. Setiap kali keluar dari kereta, kami sentiasa tak sabar nak masuk semula. Asalkan dapat ekon. Memang keletihan sungguh. Sebelum berakhir, kami ke Greenway Market sekejap. Tak menarik sangat pada saya. Walaupun ada yang cakap, Asean Market is too mainstream, tapi pada saya lebih suka Asean Market kalau mahu membeli souvernier atau pelbagai jenis pakaian. Greenway ni macam lebih kepada fashion ala ala Thailand.
Masa berada di Greenway Market, our driver pergi ambil anak dia. Agak lama juga kami menunggu dia datang. Sesampai je dia, terus balik ke hotel. Esok last day. Untuk balik ke Malaysia, juga dah tempah siap siap van untuk ke border. Pekerja hotel tu juga yang uruskan.
End of Day 2















No comments:
Post a Comment