8 September 2019 (Ahad)
Last day di kota Hatyai. Since our train petang, so kitaorang takde la rushing sangat. Cuma kena beringat ingat. Waktu Thailand dengan Malaysia beza 1 jam. Kalau Hatyai pukul 0100 tengahari, bermakna waktu Malaysia adalah 0200 petang. Kami kena pastikan kami sampai di border sebelum pukul 0400 petang waktu Malaysia.
Pagi hari, kami jalan jalan sahaja. Bersarapan di Restoran Saloma. Sedap juga restoran ni. Kemudian kami jalan jalan ke pasar Kim Yong mencari apa yang patut. Seterusnya kembali ke hotel, siap siap untuk check out. Memandang saya ada deposit lebih kurang THB400.00 dengan hotel, saya mula memikirkan bagaimakah cara nak menghabiskan duit yang ada.
Nothing much yang kitaorang buat hari. Tenghari van sampai, kami pun bergerak di sempadan. Tapi van berhenti di beberapa tempat untuk mengambil beberapa penumpang untuk memenuhkan van.
Van ni cuma hantar kami di sempadan sahaja. Maka selepas melepasi imigresen, kami terpaksa berjalan kaki menuju ke stesen keretapi di Malaysia. Jenuh juga naik turun tangga sama seperti mula mula kami sampai.
Train bertolak lebih kurang jam 0400 lebih. Sampai KL pun dah malam. Masing masing bawak diri. Saya dekat je kan. So, end of the trip. Tapi still tetap juga tak puas jalan jalan ke Hatyai, Thailand.



No comments:
Post a Comment