Saturday, 21 September 2019

Trip to Bandung (13 September - 15 September 2019)

Ntah kenapa suka sangat buat trip last last minit kan....hahahha. Kali ni saya pergi bertiga sahaja. Suami dan si bongsu. Tujuan utama, sebab asben nak beli barang yang dia tak dapat nak beli semasa dia ke Bandung bulan Ogos sebelum  ni. Boleh gitu......

Flight ke Bandung dah petang. Sampai airport dah malam. Driver kali ini bernama Pak Kris. Kenalan suami saya. Pak Dicky, yang memperkenalkan Pak Kris ni. Suami saya kenal Pak Dicky ni semasa dia pergi Bandung, trip bersama kawan kawan sepejabat. Sampai je di Bandung, terus pergi Zen Family Spa and Reflexology. Saya ingat nak urut kaki je. Tapi takde pulak tukang urut perempuan. Maka suami dan anak sajalah yang berurut. Penat juga menunggu kat luar haahahaha. Sampai tertido tido saya dibuatnyer.  Selesai berurut, kami menuju ke hotel. Saya memilih hotel yang sama kami pergi dahulu iaitu Fave Hotel @ Braga. Tapi kali ini saya tidak berpuas hati. Bilik air tidak begitu bersih, tidak seperti masa mula mula kami datang dahulu. Shower tidak berfungsi dengan sempurna. Seolah hotel lama pula walaupun interior kelihatan moden.

Hari kedua, kami ke Lembang Farm House. Pertama kali saya ke sini. Susu Farm House ni sedap. Begitu juga dengan Bolu Susu. Selepas Farm House, terus ke Floating Market. Saya pernah sampai di Floating Market ni dahulu....tetapi keadaan tidak seperti dulu. Tidak ramai yang berniaga di atas sampan. Tetapi beberapa attraction lain pula di buka seperfi Flying Box, Archery dan juga beberapa aktiviti lain. Saya sekadar memenuhi kehendak si bongsu. Tambahan pula, suami nak cepat, sebab takut kedai yang dia nak pergi tu tutup pulak. Layan kan aje....hehehhhe...






Sebelum singgah di Floating Market, kami makan tengahari di restoran berhampiran. Sungguh saya pening keadaan Bandung. Macet tak hengat. Dari Floating Market kami menuju kembali ke bandar Bandung. Pak Kris bawa kami ke satu kawasan macam ala ala pasar karat. Segala benda ada. Suami saya nak cari lapik motor dia....haishh......ikut je...cari..cari...hahhahah.

Penat wehh layan kerenah orang lelaki. Bukan shopping macam kita. Kalau dia carik barang dia, jenuh membelek satu persatu. Kalau saya, berkenan je, terus grab. Tak pikir lama. Dia siap belek-belek, siap nego lagi....peninggg........

Sekali lagi kami pergi ke Zen Family Spa & Reflexology. Kali ni saya seorang sahaja berurutan untuk seluruh badan. Suami dan bam bam pergi jalan jalan kat Paris Van Java. Saya suka Spa ni. Memang rekemend pada sesiapa yang mahu bermassage secara relak relaks sahaja. Puas hati untuk satu jam  massage. Selepas massage, rasa segar je.

Kemudian balik hotel. Nak dinner pun dah banyak kedai tutup. Terlalu lama sangat mencari barang. Si bam bam pun dah merungut rungut. Apa le ayah ni...nak beli tu, beli je le, katanya. So kami makan saja dimana ada kedai yang masih buka. Tu pun kedai tu dah nak hampir tutup dah. Kami 3 pelanggan terakhir...hehehhe.

Esok hari, sebab flight kami waktu malam, so pagi tu sempat lah menyopping kain baju. Sempat singgah di Pasar Baru. Sini pun sama...bila suami nak cari seluar jeans...hahaha..aiyakk..penat mak nak ikut. Jenuh mencari kedai yang dia nak. Saboooo...hahahha.

Cuba jadi macam saya. Pergi kedai kain ela, saya berkenan je...terus ukur, terus beli dan bayar. Abis citer. Agenda kali ni lebih banyak ke shopping saja sebenarnya. Seronok juga, sebab saya tak pernah ke Lembang Farm House tu. Dah terlalu lama sangat tak ke Bandung. Bandung pun dah agak berubah.

Sebelum bertolak ke airport, asben nak jumpa kawan dia sekejap, Pak Dicky. Maka Pak Kris bawa kami ke pejabat Pak Dicky. Pak Dicky ni memang travel agent. Semasa asben ke Bandung bersama kawan kawan dia aritu, mereka ambil pakej dengan Pak Dicky ni. Tu yang mula kenal tu. 15hb September, jam 0700 malam kami berlepas kembali ke Kuala Lumpur. Tamat sudah agenda shopping 3 hari 2 malam.  Tapi sebenarnya cuma  1 hari jer yang betul betul dapat berjalan. Another 2 days tu perjalanan diatas kapal terbang. Saya tanya si bongsu, lain kali nak ikut lagi tak. Terus kata xnak...hahha.

Sampai KLIA, anak dah tunggu. So balik le dengan kepenatannya. Esoknyer kerja..huhuhu. Gigih. 




No comments:

Post a Comment