Trip ke Hatyai dari 6 September - 9 September 2019 bersama officemate. Just a short vacay, but still....we enjoyed.
Saturday, 28 September 2019
Saturday, 21 September 2019
Trip to Bandung (13 September - 15 September 2019)
Ntah kenapa suka sangat buat trip last last minit kan....hahahha. Kali ni saya pergi bertiga sahaja. Suami dan si bongsu. Tujuan utama, sebab asben nak beli barang yang dia tak dapat nak beli semasa dia ke Bandung bulan Ogos sebelum ni. Boleh gitu......
Flight ke Bandung dah petang. Sampai airport dah malam. Driver kali ini bernama Pak Kris. Kenalan suami saya. Pak Dicky, yang memperkenalkan Pak Kris ni. Suami saya kenal Pak Dicky ni semasa dia pergi Bandung, trip bersama kawan kawan sepejabat. Sampai je di Bandung, terus pergi Zen Family Spa and Reflexology. Saya ingat nak urut kaki je. Tapi takde pulak tukang urut perempuan. Maka suami dan anak sajalah yang berurut. Penat juga menunggu kat luar haahahaha. Sampai tertido tido saya dibuatnyer. Selesai berurut, kami menuju ke hotel. Saya memilih hotel yang sama kami pergi dahulu iaitu Fave Hotel @ Braga. Tapi kali ini saya tidak berpuas hati. Bilik air tidak begitu bersih, tidak seperti masa mula mula kami datang dahulu. Shower tidak berfungsi dengan sempurna. Seolah hotel lama pula walaupun interior kelihatan moden.
Hari kedua, kami ke Lembang Farm House. Pertama kali saya ke sini. Susu Farm House ni sedap. Begitu juga dengan Bolu Susu. Selepas Farm House, terus ke Floating Market. Saya pernah sampai di Floating Market ni dahulu....tetapi keadaan tidak seperti dulu. Tidak ramai yang berniaga di atas sampan. Tetapi beberapa attraction lain pula di buka seperfi Flying Box, Archery dan juga beberapa aktiviti lain. Saya sekadar memenuhi kehendak si bongsu. Tambahan pula, suami nak cepat, sebab takut kedai yang dia nak pergi tu tutup pulak. Layan kan aje....hehehhhe...

Sebelum singgah di Floating Market, kami makan tengahari di restoran berhampiran. Sungguh saya pening keadaan Bandung. Macet tak hengat. Dari Floating Market kami menuju kembali ke bandar Bandung. Pak Kris bawa kami ke satu kawasan macam ala ala pasar karat. Segala benda ada. Suami saya nak cari lapik motor dia....haishh......ikut je...cari..cari...hahhahah.
Penat wehh layan kerenah orang lelaki. Bukan shopping macam kita. Kalau dia carik barang dia, jenuh membelek satu persatu. Kalau saya, berkenan je, terus grab. Tak pikir lama. Dia siap belek-belek, siap nego lagi....peninggg........
Sekali lagi kami pergi ke Zen Family Spa & Reflexology. Kali ni saya seorang sahaja berurutan untuk seluruh badan. Suami dan bam bam pergi jalan jalan kat Paris Van Java. Saya suka Spa ni. Memang rekemend pada sesiapa yang mahu bermassage secara relak relaks sahaja. Puas hati untuk satu jam massage. Selepas massage, rasa segar je.
Kemudian balik hotel. Nak dinner pun dah banyak kedai tutup. Terlalu lama sangat mencari barang. Si bam bam pun dah merungut rungut. Apa le ayah ni...nak beli tu, beli je le, katanya. So kami makan saja dimana ada kedai yang masih buka. Tu pun kedai tu dah nak hampir tutup dah. Kami 3 pelanggan terakhir...hehehhe.
Esok hari, sebab flight kami waktu malam, so pagi tu sempat lah menyopping kain baju. Sempat singgah di Pasar Baru. Sini pun sama...bila suami nak cari seluar jeans...hahaha..aiyakk..penat mak nak ikut. Jenuh mencari kedai yang dia nak. Saboooo...hahahha.
Cuba jadi macam saya. Pergi kedai kain ela, saya berkenan je...terus ukur, terus beli dan bayar. Abis citer. Agenda kali ni lebih banyak ke shopping saja sebenarnya. Seronok juga, sebab saya tak pernah ke Lembang Farm House tu. Dah terlalu lama sangat tak ke Bandung. Bandung pun dah agak berubah.
Sebelum bertolak ke airport, asben nak jumpa kawan dia sekejap, Pak Dicky. Maka Pak Kris bawa kami ke pejabat Pak Dicky. Pak Dicky ni memang travel agent. Semasa asben ke Bandung bersama kawan kawan dia aritu, mereka ambil pakej dengan Pak Dicky ni. Tu yang mula kenal tu. 15hb September, jam 0700 malam kami berlepas kembali ke Kuala Lumpur. Tamat sudah agenda shopping 3 hari 2 malam. Tapi sebenarnya cuma 1 hari jer yang betul betul dapat berjalan. Another 2 days tu perjalanan diatas kapal terbang. Saya tanya si bongsu, lain kali nak ikut lagi tak. Terus kata xnak...hahha.
Sampai KLIA, anak dah tunggu. So balik le dengan kepenatannya. Esoknyer kerja..huhuhu. Gigih.

Friday, 13 September 2019
Hatyai Trip Again - Day 3 (Last Day)
8 September 2019 (Ahad)
Last day di kota Hatyai. Since our train petang, so kitaorang takde la rushing sangat. Cuma kena beringat ingat. Waktu Thailand dengan Malaysia beza 1 jam. Kalau Hatyai pukul 0100 tengahari, bermakna waktu Malaysia adalah 0200 petang. Kami kena pastikan kami sampai di border sebelum pukul 0400 petang waktu Malaysia.
Pagi hari, kami jalan jalan sahaja. Bersarapan di Restoran Saloma. Sedap juga restoran ni. Kemudian kami jalan jalan ke pasar Kim Yong mencari apa yang patut. Seterusnya kembali ke hotel, siap siap untuk check out. Memandang saya ada deposit lebih kurang THB400.00 dengan hotel, saya mula memikirkan bagaimakah cara nak menghabiskan duit yang ada.
Nothing much yang kitaorang buat hari. Tenghari van sampai, kami pun bergerak di sempadan. Tapi van berhenti di beberapa tempat untuk mengambil beberapa penumpang untuk memenuhkan van.
Van ni cuma hantar kami di sempadan sahaja. Maka selepas melepasi imigresen, kami terpaksa berjalan kaki menuju ke stesen keretapi di Malaysia. Jenuh juga naik turun tangga sama seperti mula mula kami sampai.
Train bertolak lebih kurang jam 0400 lebih. Sampai KL pun dah malam. Masing masing bawak diri. Saya dekat je kan. So, end of the trip. Tapi still tetap juga tak puas jalan jalan ke Hatyai, Thailand.
Thursday, 12 September 2019
Hatyai Trip Again - Day 2
7 September 2019 (Sabtu)
Hari kedua, kami sudah bersiap sedia menunggu kehadiran supir. Awal pagi dia dah datang. Kereta MPV, okayla boleh memuatkan kami ber5 termasuk driver jadi 6 kesemuanya. Sangat selesa. Mula mula kami minta dia bawakan ke Chabura Dimsum untuk breakfast.
Selesai breakfast, kami bergerak menunu menuju ke Songkla. Kami singgah di pekan Songkhla. Dan dia juga bawakan ke satu tempat yang biasa tourist pergi di Pekan Songkhla Old Town. Masa ni, ntah macamana masa nak reversed, kereta this lady terlanggar kereta lain. Cuak kitaorang. Mujur owner kereta yang lagi satu tu tak kisah. Tak paham apa diaorang ckp, tapi settled lah juga.
Menarik tempat ini. Disini ada di jual icecream manggis dan pelbagai jenis aiscream lagi. Gambar - tiada. Tak beli sebab kami rasa mahal. Icecream ni berbentuk manggis. Kemudian singgah ke tempat patung budha terbesar di Songkhla. Dari sini kemudian ke Samila Beach. Tempat yang agak popular di Songkhla ni.
Ada few places yang dia bawak juga. Juga kami singgah di masjid popular di Hatyai. Pagoda yang diperbuat daripada besi. Ke Ban Khao Kloi, Songkhla. Menarik tempat ni. Ada few spot yg menarik utk bergambar. Juga ke Tang Kuang Lift Station. Di kaki Tan Kuan Hill ni sebelum naik ke cable car, banyak monyet. Jadi berhati hati lah ya. Menarik di Tan Kuan Hill ni, adalah lift seperti eskalator. Dari sini kita boleh melihat sekitar bandar Songkhla dari atas. Kemudian ketempat menjual pelbagai kerepek. Bagus this lady. Memang sesuai jadi tourist guide. Singgah di Kaysom, kononnya untuk shopping souvenir. Tapi harga takdalah murah mana. Singgah di Greenway Market juga. Tapi tak menarik. Lastly sampai pekan Hatyai, singgah dinner di Chalee D'Hatyai.
![]() |
| Di kaki bukit Tang Kuan Hill |
![]() |
| Ban Khao Kloi, Songkhla |
![]() |
| Pagoda Besi |
Masa sampai di restoran ni, masing masing dah kepenatan, keletihan, kepanasan dan kelaparan. Dengan cuaca panas takleh bawak bincang. Setiap kali keluar dari kereta, kami sentiasa tak sabar nak masuk semula. Asalkan dapat ekon. Memang keletihan sungguh. Sebelum berakhir, kami ke Greenway Market sekejap. Tak menarik sangat pada saya. Walaupun ada yang cakap, Asean Market is too mainstream, tapi pada saya lebih suka Asean Market kalau mahu membeli souvernier atau pelbagai jenis pakaian. Greenway ni macam lebih kepada fashion ala ala Thailand.
Masa berada di Greenway Market, our driver pergi ambil anak dia. Agak lama juga kami menunggu dia datang. Sesampai je dia, terus balik ke hotel. Esok last day. Untuk balik ke Malaysia, juga dah tempah siap siap van untuk ke border. Pekerja hotel tu juga yang uruskan.
End of Day 2
Hatyai Trip Again - Day 1
5 September 2019 (Khamis malam Jumaat)
5hb September, saya dan opismate amik ETS ke Padang Besar jam 10.50 malam. Sampai di Padang Besar jam 0500 pagi. Kali ni kami tak book van untuk ke Hatyai. Kami gamble je, nak share van ngan sapa sapa yang akan ke sana. Tapi sebelum tu, dah tanya juga ngan dengan driver yang biasa saya ambil bila ke Hatyai. Wan namanya. Dia kata boleh je.
6 September 2019 (Jumaat)
Wan kata, nanti ada orang dia tunggu, tapi kena tunggu van penuh baru depa jalan. So, dari jam 0500 pagi sambil menunggu van penuh, berjinggut juga rasanya. Udahlah surau kat stesen Padang Besar tu panas takleh bawak bincang. Pastu dengan golongan orang orang yang takde disiplin ni..ish...saya pening sket. Surau tu kecik, tempat orang nak solat. Agak agak ler klu nak melepak pun...kan..
Well abaikan kisah tu. Kami tunggu next train, kalau ada orang yang nak berkongsi van. Alhamdulillah, ada satu family ni, seorang wanita bersama 3 anak. Since kami ber5, so cukuplah 8 orang untuk satu van. Satu kepala RM20.00.
Urusan di imigresen smooth sahaja. Kebetulan kami sampai, tak ramai orang. Betul lah kata adik yang incharge pasal van tu. Akak tunggu dulu, kalau pergi sekarang, ramai orang kat imi tu. Tunggu dalam kul 0700 pagi gitu. Kami menurut je...
Lebih kurang 1 jam perjalanan kami pun sampai ke Hatyai. Memola driver van antar akak ber4 beranak tu dulu. Kemudian baru dia hantar kami ke Green Hotel Hatyai. Kami booked 2 bilik. Since ber5, maka saya berkongsi bilik dengan Tikah dan Zana manakala Kak Zu dah Lina sebilik. Kami booked bilik ni melalui booking.com.
Selesai urusan hotel, kami mencari tempat makan. Tempat pertama yang kami pergi adalah Khai Tod Deca untuk makan tengahari. Kalau ke Hatyai, ini adalah tempat biasa untuk makan makan. Selesai makan di Khai Tod Decca, kami mengambil tuk tuk ke Lee Garden.
Setelah puas berpusing pusing di Lee Garden, kami pun pulang ke hotel. Dari Lee Garden, kami ke Khlong Hae Seafood Restoren.
Dan seterusnya ke Asean Market. Untuk perancangan esok, kami memilih untuk menyewa kereta sahaja. Atas cadangan salah seorang pekerja hotel itu, kami berjaya mendapatkan driver perempuan. Esok pagi dia akan datang terus ke hotel. Semua urusan di uruskan oleh pekerja hotel tersebut (yg mana saya sudah lupa namanaya...hhahah)
Saturday, 27 July 2019
And so he graduated
27 July 2021
Kembali dari Kuching, Sarawak, kami ke Kemaman, Terengganu pula. Sepatutnya waktu ini, saya berada di Pulau Belitong, Indonesia. Tapi kerana tarikh graduasi anak dan juga tarikh perjalanan ke Belitong jatuh pada hari yang sama, maka terpaksa lah saya mengorbankan satu daripadanya. Alhamdulillah, selesai sudah anak yang kedua ini. Tahniah Angah.
Thursday, 2 May 2019
Subscribe to:
Comments (Atom)