Last Day - Day 6
Flight awal pagi. Seawal jam 0600 dah keluar check out. Teksi sampai, kami pun terus ke airport. Sesampai di airport kami terus cari kaunter Vietjet Airlines.
Vietjet Airlines ni bajet airlines. Ala ala Air Asia juga. Kami berbaris untuk check in luggage. Masa beli luggage, kami beli 15kg je. Bajet kekonon cukup. Tapi masa membeli kat HCM, tak hengat....hahahaa. Rose banyak memborong telekung, maka memanglah terlebih kilos. Semasa di kaunter, terlebih lebih kurang 5 - 7 kilos. Rose kata, dia nak bayar je. So agak lama juga saya dengan Rose di kaunter. Kami share same booking no. Jadi kena tunggu Rose buat bayaran, baru saya boleh check in luggage saya. Dee dan Za dan lepas masa ni. Kemudian Rose datang, dia kata kena bayar luggage lebih kurang USD150.00. Yang pasti memang kena bayar lebih dari RM500. Pastu macam tak berbaloi je wehh...
Jenuh gak kami dok memikir. RM500 tu banyak. Pastu baru teringat, Za takde carry hand luggage. So that 5-7 kilos tu, boleh carry naik atas. Memula staff kat kaunter tu tak bagi. Dia ingat saya dan Rose nak bawak naik, sebab masa tu masing masing dah ada hand carry. Mujur Rose teringat Za takde bawak apa apa. Kol Za...and explain kat staff kat kaunter tu, yang our friend akan hand carry. Mujur dia tak banyak kerenah, so okay je. Selamat lah beberapa ratus ringgit tu.
Alhamdulillah, tak banyak cerita sangat kat airport HCM. Masa luggage nak masuk, staff tu cakap, tunggu tengok luggage lepas ke tidak. Dah lepas baru boleh masuk boarding. Okay ler....since Dee ngan Za dah tengokkan...depa kata semua lepas. Kami pun masuk le boarding gate.
Masa balik ni, saya bawak beg kecil je as hand bag. Dengan hp nya ada 2, so bag tu macam ala ala tak muat. Asiklah terbukak. Ntah macamana, saya boleh tak perasan angpau paket saya berisi duit terjatuh. Masa tu memang tak perasan langsung, sampailah ada sorang mamat Vietnam ni, dia pergi ke Za, tanya kalau kalau ada terjatuh barang. Za kata takde. Masa tu baru saya realise...eh...duit aku. Check dalam beg memang takde...fuhhh...masa tu pucat weh. Rasa macam xde darah, sebb semua duit letak dlm angpau paket tu.
Pastu saya pergilah kat orang yang jumpa tu (memang tak terpk langsung nak ambik contact no ke, or amik gambar ke). Dia tanya macam macam juga. Angpau macamana, duit ada berapa, duit apa yang ada. Duit agak banyak juga. RM, USD dan juga VND. If add up semua dalam 1K juga.
Bila saya explain macamana rupa paras angpau paket tu dan duit duit yang ada dalam tu, barulah dia bagi. Alhamdulillah....jumpa orang yang baik ni. Kalau orang lain....ntah selamat kut duit saya...huhuhu. And dia plak terpk nak tanya kat orang yang bertudung ni, sebab kat luar angpau paket tu ada tulis Selamat Hari Raya.So dia saspek mesti kepunyaan muslim.
Legaaaa sangat sangat. Dan saya nak marah dengan kecuaian sendiri. Kekonon nak beg kecik sangat. Padahal saya ni jenis pakai bag doraemon. Segala mende sumbat dalam beg.
Saya tak tau nak berterima kasih camner kat orang tu. Sbb nama pun tak ingat. Rupa pun tak ingat. Yang ingat dia tu orang Vietnam. Pada masa tu memang tak ingat langsung nak ambil contact number ke, apa ke....just sekadar ucap terima kasih sahaja. Dah kemudian baru terpikir...haishh...
Jam 0930 kami berlepas dari Airport HCM menuju ke KLIA. Dlm flight kami request halal food. Maka dapatlah nasi lemak. Hm....sedap lagi nasik lemak Pak Naseer.....hehehe. Ye lah...mana nak sama kan.
![]() |
| Nasi lemak Vietjet |
![]() |
| Suasana dalam Vietjet |






















































