Thursday, 25 April 2019

To The Jeju We Go - Day 5

Day 5 - Isnin 8 April 2019

Hari ini hari terakhir di Pulau Jeju. Flight ke Malaysia jam 0415 petang. Kami masih ada masa untuk berjalan jalan sekitar Pulau Jeju. Kali ini kami memilih tempat yang paling dekat iaitu Jeju Former Government Office. Betul betul berhadapan dengan Hotel Jeju Robero.

Menarik dalam Jeju Former Government Office ni. Ni cara orang dahulu kala menjalankan pentadbiran. Untuk masuk kesini murah je. Jadi sekiranya sampai ke Jeju jangan lupa untuk singgah di sini. 

Kemudian kami kembali semula ke hotel untuk mengemas barang apa yang patut. Kami juga sudah meminta hotel panggilkan taxi untuk ke airport. 

Tiada banyak perkara yang kami lakukan di hari terakhir ini. Kami check out sambil menanti ketibaan airport taxi. Saya berkongsi taxi dengan Nazirah. 

Sampai di airport, kami mencari tempat untuk wrapping bag. Airport Jeju ini tidak besar mana. Untuk kembali ke Malaysia, kaunter berada dihujung sebelah kiri. Tempat wrapping bag juga ada di situ. 

Selesai urusan, kami check in barang dan menanti waktu pelepasan. Flight jam 0300 petang. Perjalanan lebih kurang 5 jam.  Sampai di KLIA, masing masing membawa diri untuk pulang kerumah. 

Berakhir sudah perjalanan ke Jeju Island di waktu musim bunga. Ikutkan masih banyak tempat untuk dilawati. Mungkin di lain kali. 




Wednesday, 24 April 2019

To The Jeju We Go - Day 4

Day 4 - Ahad 7 April 2019

Perancangan hari ini ke Udo Island - Seongsan Illchulbong 

Awal pagi macam biasa tunggu driver datang. Dan kami terus ke port untuk ke Udo Island. Untuk ke Udo Island, kami menaiki feri dan kereta ditinggalkan di Pulau Jeju. Kata driver, if nak bawak kereta masuk, bayaran lain dikenakan dan agak mahal. Dia pun tak mau bawak kereta, so ikut je. Untuk ke Udo Island, jangan  lupa bawak passport ya. Masih memerlukan passport untuk beberapa detail di isi ke dalam card yang diberikan. Perjalanan tidak lama ke Udo Island. 

Sesampai di Udo Island, kami memilih untuk menaiki bas sahaja. Untuk menjelajah Pulau Udo, ada beberapa cara. Antaranya menaiki hop on hop off bus, local bus, menyewa skuter atau berbasikal. Kami memilih hop on hop off. Bas ini akan berhenti dibeberapa tempat untuk pelancong, dan kita boleh menaiki bas yang sama untuk ke destinasi seterusnya. 

Kami sempat singgah di beberapa tempat sahaja kerana mengejar masa. Kita menggunakan driver dari jam 0900 pagi hingga 0500 petang. Masa agak terhad. 

Antara tempat tempat yang sempat kami singgah ada seperti gambar gambar ini. Untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, jenuh juga berebut nak naik bas. Sabar je lah kan...

Hari hampir ke tengahari, kami beredar meninggalkan Pulau Udo. Kalau ikutkan, masih tak puas. Masih banyak lagi yang tidak sempat kami jelajah. Mungkin boleh consider di lain kali untuk bermalam di Pulau Udo...mana tahu kan. 

Sesampai sahaja di Pulau Jeju, kami mencari tempat untuk makan tengahari. Kerana port untuk ke Pulau Udo ini berdekatan dengan Seongsan Illchulbong, kami mencari kedai seafood sedap yang diperkatakan iaitu Uribong Sikdang. Disini berjumpa dengan dua orang Malay Singapore. Peramah orangnya. 

Selesai makan, kami ke Seongsan Illchulbong. Memandangkan semua agak kepenatan, masing masing tak mau naik ke puncak. Maka kami cuma pergi menonton persembahan women diver sahaja. Agak lama juga kami disini. Dan akhirnya kami beredar. Apabila sampai di tempat letak kereta, hujan mula turun. Cepat cepat kami masuk kereta. 

Waktu ni sudah hampir jam 0400 petang. Dari Seongsan ke Hotel juga mengambil masa lebih kurang satu jam. Maka kami buat keputusan untuk pulang sahaja ke hotel. 

Sesampai di hotel, kami berehat seketika, dan kemudian kami menyusuri Jungang Underground Shopping Mall semula. Lagipun shopping mall ni tutup jam 0900 malam. Maka haruslah cepat cepat mencari apa apa sahaja yang dikehendaki ya. 

Selesai di Jungang, kami pulang. Sebab dekat sahaja dengan hotel. Esok adalah hari terakhir di Pulau Jeju. 

End of Day 4. 




Tuesday, 23 April 2019

To The Jeju We go - Day 3

6hb April 2019 (Sabtu)

Sudah masuk hari ke 3 berada dia bumi Jeju Island. Perancangan hari ni adalah ke Mount Hallasan - Myterious Road - Hallim Park - O Sulloc Tea Museum - Tangerine Farm - Yongmoeri Coast - Choengjeyeon Waterfalls - Jusangjeoli  Cliff

Ini adalah berdasarkan tempat yang memang kami pergi. Memang dah lari dari itinerary asal. Awal pagi, selepas sarapan, kami menanti kedatangan driver kami. Punctual depa ni. So takde lah tertunggu tunggu. Destinasi pertama adalah Mount Halla. Kami cuma pergi di kaki gunung saja iaitu Mount Halla National Park. Untuk ke atas gunung tidak le buat masa ini...hehehe. Jalan jalan sekitar National Park, ambil gambar dan kami pun berlalu menuju ke Hallim Park. Sebelum sampai ke Hallim Park, kami singgah di Mysterious Road. Kali ke3 saya sampai ke sini. Tahun 2015, 2018 dan  yang terkini 2019.

Kami mencuba juga untuk mengalirkan air diatas jalanraya. Seperti yang kita tahu, jalan ni di sebut mysterious road kerana air yang melalui jalan ini tidak akan turun kebawah walaupun berbukit dan kereta boleh bergerak sendiri tanpa menekan minyak. Dari Mysterious Road, kami singgah di Hyeopjae Beach. Air laut di Jeju Island ni memang cantik. Kami singgah sekejap sahaja dan terus menuju ke Hallim Park. Hyeoabjae Beach dengan Hallim Park tak jauh sangat pun. 

Kami ke Hallim Park sebab nak tengok bunga tulips. Tahun 2015 saya datang di waktu autumn. Banyak juga bunga bunga, tapi tulips takde. Sampai kat sini, masya allah....teruja sungguh tengok bunga bunga tulips yang cantik ni. Takyah jauh jauh nak ke Amsterdam ataupun Melbourne ye...hahaha (tp opkos suasana tak sama). Dah puas kami bergambar dengan tulips kami ke O-Sulloc Tea Museum pula. 

Dan saya terlupa sudah kemanakan gerangannya kami pergi selepas O-Sulloc Tea Museum.  Kami singgah di Tangerine Farm sebelum ke Yongmoeri Coast. Setiba di Yongmoeri Coast, current wave strong, so laluan ke Yongmoeri tidak dibuka. Jadi kami cuma bergambar di bahagian luar sahaja. And surprisingly, bahagian ladang yang penuh canola flower di tahun 2018, tetapi tiada dia tahun 2019. Mostly botak ladang ladang di sini. Kami cuma mengambil gambar di bahagian kaki Sabangsan. 

And kami ke Cheongjeyeon Waterfalls. 1st waterfall, 2nd waterfall but the 3rd one was closed. Last year pun sama....huhuhu. Kempunan lagi saya nak ke 3rd waterfall. 

Lepas tu ke Jusangjeolli Cliff. Orang ramai sungguh masa ni. Bergambar ala kadar. Macam saya dah pernah sampai dulu. And sama juga, actually disini pada tahun 2018, ada sedikit bunga bunga canola berhampiran. Tapi kali ni tiada pula. 

Dan akhirnya back to hotel. Dinner kat mana.....omg....mak is lupa. So rehatkan diri, sambung esok pula. 




Monday, 22 April 2019

To The Jeju We Go - Day 2

5 April 2019 (Friday)

Hari ke dua di Jeju. Plan harini ke entrance Jeju International University -- Saryeoni Forest -- Yellow Store (kebetulan je terlalu di sini, tiada dalam itinerary pun) --Sangumburi Crater -- Noksan Road -- Seongeup Folk Village -- Woljeongri Beach.

Awal pagi, driver Nah Mun dah sampai. Arrangement for driver ni Mashie yang cari. I is follow sahaja. Tempat mula mula pi adalah entrance Jeju International University. Masya allah...memang sepanjang panjang jalan cherry blossom memang bloom abis lah. Memutih je....tp saya plak, pakai baju putih. Hadoi....tenggelam dalam bunga....tak tau ntah berapa ribu gambar snap kat sini. 



Kemudian kami ke Saryeoni Forest. Saryeoni Forest ni sama juga macam forest yang lain. Tahun lepas saya ke ke Jeolmul Forest Park. Forest park ni lebih kurang sama je. Cuma kalau yang pandai ambil gambar, bermacam macam angle dan gaya boleh diambil. Since kami ni tak pandai ambil gambar, belasah je lah...hahaha. 


Dari Saryeoni Forest, kami menuju ke Sangumburi Crater. Mengikut pembacaan saya, biasanya Sangumburi Crater ni paling indah dilawati ketika musim Autumn. Jarang sekali orang pergi di waktu lain lain musim. Tapi tak kisahlah...redah aje. Janji dah sampai. Walaupun diwaktu musim bunga, kelihatan juga lalang lalang  yang cantik tumbuh di sini. Untuk mendapatkan gambar menarik, terpaksa cari angle juga kerana matahari memancar terik (tapi sejuk) dan kalau silap angle, gambar jadi gelap. Kami menyusuri sepanjang jalan disini sampai penat le. Dah penat, kami kembali ke tempat entrance untuk mencari Nah Mun.

Dan kami meneruskan perjalanan ke Noksan Road pula. Saya dah sampai kesini pada tahun musim bunga 2018. Tarikh yang hampir sama. Cuma setahun sahaja bezanya. Tapi keadaan disini sudah agak sedikit berbeza. Sampai satu tempat, jalanraya di tutup lebih kurang 2km jauhnya. Maka kereta harus diletakkan di tempat letak kereta yang disediakan. Tidak seperti tahun lepas, kami park kereta tepi jalan je...and kami juga terpaksa berhati hati dengan kereta yang lalu lalang. Tapi kali ni gumbira je kami berjalan jalan di atas jalanraya. .


Waktu ni, kami meneroka lebih jauh kedalam Sama juga seperti di Sangumburi Crater, kena cari angle yang sesuai. If not, gambar jadik gelap. Walaupun datang di tempat yang sama, saya suka je, sebab kali ni saya melihat lebih luas dan menjelajah lebih kawasan lebih jauh. Canola flower dan cherry blossom disini sangat cantik. Puas hati rasanya.

Setelah selesai, kami ke Seongeup Folk Village. Saya pernah sampai ke sini di tahun 2015. Walaupun kali ini kami masuk perkampungan yang sama, tapi kali ini disebelah kawasan yang  berbeza. Seorang sukarela datang memberi penerangan tentang folk village ni. Orang nya sangat peramah, berasal dari Vietnam. Half way sahaja, kemudian di ganti orang lain pula berasal dari Philipines. Mereka ni semua pekerja sukarela yang telah lama bermastautin di Jeju Island.

Dari Seongeup Folk Village, kami meminta Nah Mun membawa kami ke Woljeongri Beach. Ini adalah kali ke 3 saya sampai ke pantai ini. Pantai ini terkenal dengan turbin angin yang besar. Air laut disini sangat jernih. Angin sepoi sepoi bahasa, sejuk walaupun matahari memancar.

Hari sudah hampir menginjak ke petang. Perkhidmatan Nah Mun berakhir jam 0500 petang. Maka kami pun mula beransur pulang ke hotel. Sampai di hotel, mandi manda bagai. Kemudian kami mencari kedai makan pula.

Kami dinner di Bada Janchi, kedai ni berdekatan saja dengan hotel kami menginap. Dari hotel kami menggunakan taxi sahaja. Selesai makan, owner kedai ni sangat baik hati, dia willing nak hantar kami balik hotel. Kami kata nak singgah Dongmun Market. Maka dia hantar kami terus ke Dongmun Market. Kami jalan sekejap je di Dongmun Market, kemudian kami turun ke Jungang Underground Shopping Mall. So apa lagi..menyoping le. Since shopping mall ni tutup cepat, kami pun kena cepat cepat juga dan akhirnya kembali ke hotel. Dah sampai hotel, tiba tiba...ehhh..ada plak yang nak sambung jalan jalan lagi. Masa ni Nazirah dan tak larat nak jalan. Dia nak balik ke bilik je. Maka bertiga kami patah semula ke area Dongmun Market, tapi kami stop di Chilseongro Street. Sebenarnya takde apa dah yang nak dicari. Banyak kedai kedai sudah pun ditutup. Terjumpa satu kedai kopi, maka kami pun masuk le mengopi di sini. Hari baru hampir 10 malam, tapi dah macam 12 malam. Keadaan dah mula agak sunyi. Kami dah sakit kaki berpusing pusing maka kami tahan teksi sahaja untuk pulang ke hotel. Driver teksi tu boleh ketawakan kitaorang tau....hahaha. Sebab hotel dekat je, boleh jalan kaki. Tapi sebab dah x larat nak heret. Akhirnya driver teksi bersetuju hantar ke hotel.

Mujur Nazirah belum tidur. Sebab kunci bilik hotel cuma ada satu. Kalu tak...haruu...hahhaa. Memang penat sungguh ukur jalan hari ini. Saya sampai terlelap tak sedar tak mandi. Jam 4 pagi terjaga, terus mandi bersihkan diri.

End of Day 2 




Saturday, 20 April 2019

To The Jeju We Go - Day 1

4 April 2019

Ini kali ke 3 saya ke Jeju Island and kali kedua di waktu Spring. Kali ini bersama Mashie, Elise (geng Kelab Isteri) dan juga Nazirah (opismate Elise). 

Untuk trip ni kira last minit trip. Plan asalnya mereka dengan geng geng lain. Entah camner, saya terjebak. Elise dan Mashie booked tix dan hotel thru AirAsiaGo sebulan sebelum berlepas. Nazirah beli tix sahaja. Manakala saya pula, dua minggu sebelum berlepas. Memang redah giler. Tp perancangan dan itinerary Elise dan siapkan awal awal. Sebab depa memang nak pergi. Since last year lagi depa berdua dah plan nak ke Jeju masa Spring. Last year cuma cover Seoul sahaja. 

Flight pukul 0800 dari KLIA. Saya sampai jam 0530 pagi. Wrapping bag, self drop luggage, kemudian Nazirah, Mashie dan Elise pun sampai. Ada plak drama kat depan kaunter kaunter AA. Couple bergaduh sambil guling guling atas lantai. Tapi boyfriend dia sangat sabar. Layan jer kerenah gepren dia. Semua dah setel drop luggage, kami masuk boarding area. Breakfast kat Toast Box. Solat kat surau sebelah Toast Box. Then gerak ke gate P12. Nasi impit ngan kuih tart nenas lepas. Cuak juga mulanya. Sampai gate P12, gate belum bukak. Tunggu kejap. Takde lama sangat. Cepat je proses masuk ke perut kapalterbang. 

Saya dapat seat 37K Window. Mashie, Elise dan  Nazirah 37ABC. Sederet je. Sebelah saya anak dan ibu kut. Saya ni jenis berat mulut. Idak ler bertanya. Saat take off je saya dah membuta. Bukak mata bila crew nak serve makanan, Tengok jam ada lagi 4 hours  nak sampai Jeju Island. Kematu wehh....kebanyakan crew dalam flight ni Korean rasanya. Saya saja suka perati je...takde le lawa mana sangat kut. Tapi kulit memang putih melepak. Bibir cumil je...

Bila memasuki ruang udara Korea, saya rasa macam dah nak sampai ke Jeju. Dah nampak gunung ganang dan lautan....tapi ntah kenapa rasa macam lamanya berlegar legar di angkasa. Sungguh terasa lama. Tiada  sebarang announcement. Saya nak tidor pun dah tak larat. 

Kami akhirnya landed safetly lebih kurang jam 0300 petang waktu Korea. Dua kali ke Jeju dari Seoul dan Busan. Jadi kali ini saya agak blurr sebab kali ni direct dari Malaysia. Keluar je dari airport dah terasa sejuk. Spring awal April, angin winter masih terasa. Kami terus ke tempat taxi. Ingat nak naik taxi ber4 sekali. Rupanya takleh. Sebab trolley bag je dah 4. Backpack lagi. Taxi tu ada tong gas kat bonet. Mana nak muat isi trolley bag. Akhirnya kami ambil dua taxi. Terus je tunjuk address Jeju Staz Roberro Hotel. Tak jauh sangat dari dari airport, lebih kurang 10 minit saja.

Sampai hotel, check in. Saya sebilik ngan Nazirah. Malam hari kami plan nak ke Dongmun Market. Dongmun Market dekat saja dengan hotel. Begitu juga Jungang Underground Market. Gate 12 paling dekat dengan hotel. Wah, memang gumbira masing masing walaupun memula mula agak blurr. Bila dah paham....senang saja rupanya nak ke Dongmun Market tu, masuk je ikut Jungang Underground. Ikut laluan bawah tanah, takdelah terasa sejuk sangat. 

Angin malam ni memang sejuk sungguh. Saya ni macam terer, pakai baju nipis je. Menggigil kau. Masa mencari Dongmun Market, terjumpa orang Brunei. Depa pun nak ke Dongmun Market. Maka sama samalah mencari. 

Kami pusing pusing sahaja sekitar di dalam Dongmun Market ni. Ada juga membeli sedikit buah tangan. Beli je siap siap....nanti pepehal senang. If takde, nanti boleh cari lagi. Masa balik dari Dongmun Market, kami melalui Jungang Underground Mall. Jungang Underground ni cepat tutup. Pukul 0900 malam je banyak kedai yang dah tutup. So, esok malam la pulak ye...hehhee. 

Balik hotel, rehatkan badan, tido, Esok akan memulakan hari baru.