Hari ini hari terakhir di Pulau Jeju. Flight ke Malaysia jam 0415 petang. Kami masih ada masa untuk berjalan jalan sekitar Pulau Jeju. Kali ini kami memilih tempat yang paling dekat iaitu Jeju Former Government Office. Betul betul berhadapan dengan Hotel Jeju Robero.
Menarik dalam Jeju Former Government Office ni. Ni cara orang dahulu kala menjalankan pentadbiran. Untuk masuk kesini murah je. Jadi sekiranya sampai ke Jeju jangan lupa untuk singgah di sini.
Kemudian kami kembali semula ke hotel untuk mengemas barang apa yang patut. Kami juga sudah meminta hotel panggilkan taxi untuk ke airport.
Tiada banyak perkara yang kami lakukan di hari terakhir ini. Kami check out sambil menanti ketibaan airport taxi. Saya berkongsi taxi dengan Nazirah.
Sampai di airport, kami mencari tempat untuk wrapping bag. Airport Jeju ini tidak besar mana. Untuk kembali ke Malaysia, kaunter berada dihujung sebelah kiri. Tempat wrapping bag juga ada di situ.
Selesai urusan, kami check in barang dan menanti waktu pelepasan. Flight jam 0300 petang. Perjalanan lebih kurang 5 jam. Sampai di KLIA, masing masing membawa diri untuk pulang kerumah.
Berakhir sudah perjalanan ke Jeju Island di waktu musim bunga. Ikutkan masih banyak tempat untuk dilawati. Mungkin di lain kali.
No comments:
Post a Comment