Wednesday, 24 April 2019

To The Jeju We Go - Day 4

Day 4 - Ahad 7 April 2019

Perancangan hari ini ke Udo Island - Seongsan Illchulbong 

Awal pagi macam biasa tunggu driver datang. Dan kami terus ke port untuk ke Udo Island. Untuk ke Udo Island, kami menaiki feri dan kereta ditinggalkan di Pulau Jeju. Kata driver, if nak bawak kereta masuk, bayaran lain dikenakan dan agak mahal. Dia pun tak mau bawak kereta, so ikut je. Untuk ke Udo Island, jangan  lupa bawak passport ya. Masih memerlukan passport untuk beberapa detail di isi ke dalam card yang diberikan. Perjalanan tidak lama ke Udo Island. 

Sesampai di Udo Island, kami memilih untuk menaiki bas sahaja. Untuk menjelajah Pulau Udo, ada beberapa cara. Antaranya menaiki hop on hop off bus, local bus, menyewa skuter atau berbasikal. Kami memilih hop on hop off. Bas ini akan berhenti dibeberapa tempat untuk pelancong, dan kita boleh menaiki bas yang sama untuk ke destinasi seterusnya. 

Kami sempat singgah di beberapa tempat sahaja kerana mengejar masa. Kita menggunakan driver dari jam 0900 pagi hingga 0500 petang. Masa agak terhad. 

Antara tempat tempat yang sempat kami singgah ada seperti gambar gambar ini. Untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, jenuh juga berebut nak naik bas. Sabar je lah kan...

Hari hampir ke tengahari, kami beredar meninggalkan Pulau Udo. Kalau ikutkan, masih tak puas. Masih banyak lagi yang tidak sempat kami jelajah. Mungkin boleh consider di lain kali untuk bermalam di Pulau Udo...mana tahu kan. 

Sesampai sahaja di Pulau Jeju, kami mencari tempat untuk makan tengahari. Kerana port untuk ke Pulau Udo ini berdekatan dengan Seongsan Illchulbong, kami mencari kedai seafood sedap yang diperkatakan iaitu Uribong Sikdang. Disini berjumpa dengan dua orang Malay Singapore. Peramah orangnya. 

Selesai makan, kami ke Seongsan Illchulbong. Memandangkan semua agak kepenatan, masing masing tak mau naik ke puncak. Maka kami cuma pergi menonton persembahan women diver sahaja. Agak lama juga kami disini. Dan akhirnya kami beredar. Apabila sampai di tempat letak kereta, hujan mula turun. Cepat cepat kami masuk kereta. 

Waktu ni sudah hampir jam 0400 petang. Dari Seongsan ke Hotel juga mengambil masa lebih kurang satu jam. Maka kami buat keputusan untuk pulang sahaja ke hotel. 

Sesampai di hotel, kami berehat seketika, dan kemudian kami menyusuri Jungang Underground Shopping Mall semula. Lagipun shopping mall ni tutup jam 0900 malam. Maka haruslah cepat cepat mencari apa apa sahaja yang dikehendaki ya. 

Selesai di Jungang, kami pulang. Sebab dekat sahaja dengan hotel. Esok adalah hari terakhir di Pulau Jeju. 

End of Day 4. 




No comments:

Post a Comment