Sudah masuk hari ke 3 berada dia bumi Jeju Island. Perancangan hari ni adalah ke Mount Hallasan - Myterious Road - Hallim Park - O Sulloc Tea Museum - Tangerine Farm - Yongmoeri Coast - Choengjeyeon Waterfalls - Jusangjeoli Cliff
Ini adalah berdasarkan tempat yang memang kami pergi. Memang dah lari dari itinerary asal. Awal pagi, selepas sarapan, kami menanti kedatangan driver kami. Punctual depa ni. So takde lah tertunggu tunggu. Destinasi pertama adalah Mount Halla. Kami cuma pergi di kaki gunung saja iaitu Mount Halla National Park. Untuk ke atas gunung tidak le buat masa ini...hehehe. Jalan jalan sekitar National Park, ambil gambar dan kami pun berlalu menuju ke Hallim Park. Sebelum sampai ke Hallim Park, kami singgah di Mysterious Road. Kali ke3 saya sampai ke sini. Tahun 2015, 2018 dan yang terkini 2019.
Kami mencuba juga untuk mengalirkan air diatas jalanraya. Seperti yang kita tahu, jalan ni di sebut mysterious road kerana air yang melalui jalan ini tidak akan turun kebawah walaupun berbukit dan kereta boleh bergerak sendiri tanpa menekan minyak. Dari Mysterious Road, kami singgah di Hyeopjae Beach. Air laut di Jeju Island ni memang cantik. Kami singgah sekejap sahaja dan terus menuju ke Hallim Park. Hyeoabjae Beach dengan Hallim Park tak jauh sangat pun.
Kami ke Hallim Park sebab nak tengok bunga tulips. Tahun 2015 saya datang di waktu autumn. Banyak juga bunga bunga, tapi tulips takde. Sampai kat sini, masya allah....teruja sungguh tengok bunga bunga tulips yang cantik ni. Takyah jauh jauh nak ke Amsterdam ataupun Melbourne ye...hahaha (tp opkos suasana tak sama). Dah puas kami bergambar dengan tulips kami ke O-Sulloc Tea Museum pula.
Dan saya terlupa sudah kemanakan gerangannya kami pergi selepas O-Sulloc Tea Museum. Kami singgah di Tangerine Farm sebelum ke Yongmoeri Coast. Setiba di Yongmoeri Coast, current wave strong, so laluan ke Yongmoeri tidak dibuka. Jadi kami cuma bergambar di bahagian luar sahaja. And surprisingly, bahagian ladang yang penuh canola flower di tahun 2018, tetapi tiada dia tahun 2019. Mostly botak ladang ladang di sini. Kami cuma mengambil gambar di bahagian kaki Sabangsan.
And kami ke Cheongjeyeon Waterfalls. 1st waterfall, 2nd waterfall but the 3rd one was closed. Last year pun sama....huhuhu. Kempunan lagi saya nak ke 3rd waterfall.
Lepas tu ke Jusangjeolli Cliff. Orang ramai sungguh masa ni. Bergambar ala kadar. Macam saya dah pernah sampai dulu. And sama juga, actually disini pada tahun 2018, ada sedikit bunga bunga canola berhampiran. Tapi kali ni tiada pula.
Dan akhirnya back to hotel. Dinner kat mana.....omg....mak is lupa. So rehatkan diri, sambung esok pula.
No comments:
Post a Comment