Monday, 22 April 2019

To The Jeju We Go - Day 2

5 April 2019 (Friday)

Hari ke dua di Jeju. Plan harini ke entrance Jeju International University -- Saryeoni Forest -- Yellow Store (kebetulan je terlalu di sini, tiada dalam itinerary pun) --Sangumburi Crater -- Noksan Road -- Seongeup Folk Village -- Woljeongri Beach.

Awal pagi, driver Nah Mun dah sampai. Arrangement for driver ni Mashie yang cari. I is follow sahaja. Tempat mula mula pi adalah entrance Jeju International University. Masya allah...memang sepanjang panjang jalan cherry blossom memang bloom abis lah. Memutih je....tp saya plak, pakai baju putih. Hadoi....tenggelam dalam bunga....tak tau ntah berapa ribu gambar snap kat sini. 



Kemudian kami ke Saryeoni Forest. Saryeoni Forest ni sama juga macam forest yang lain. Tahun lepas saya ke ke Jeolmul Forest Park. Forest park ni lebih kurang sama je. Cuma kalau yang pandai ambil gambar, bermacam macam angle dan gaya boleh diambil. Since kami ni tak pandai ambil gambar, belasah je lah...hahaha. 


Dari Saryeoni Forest, kami menuju ke Sangumburi Crater. Mengikut pembacaan saya, biasanya Sangumburi Crater ni paling indah dilawati ketika musim Autumn. Jarang sekali orang pergi di waktu lain lain musim. Tapi tak kisahlah...redah aje. Janji dah sampai. Walaupun diwaktu musim bunga, kelihatan juga lalang lalang  yang cantik tumbuh di sini. Untuk mendapatkan gambar menarik, terpaksa cari angle juga kerana matahari memancar terik (tapi sejuk) dan kalau silap angle, gambar jadi gelap. Kami menyusuri sepanjang jalan disini sampai penat le. Dah penat, kami kembali ke tempat entrance untuk mencari Nah Mun.

Dan kami meneruskan perjalanan ke Noksan Road pula. Saya dah sampai kesini pada tahun musim bunga 2018. Tarikh yang hampir sama. Cuma setahun sahaja bezanya. Tapi keadaan disini sudah agak sedikit berbeza. Sampai satu tempat, jalanraya di tutup lebih kurang 2km jauhnya. Maka kereta harus diletakkan di tempat letak kereta yang disediakan. Tidak seperti tahun lepas, kami park kereta tepi jalan je...and kami juga terpaksa berhati hati dengan kereta yang lalu lalang. Tapi kali ni gumbira je kami berjalan jalan di atas jalanraya. .


Waktu ni, kami meneroka lebih jauh kedalam Sama juga seperti di Sangumburi Crater, kena cari angle yang sesuai. If not, gambar jadik gelap. Walaupun datang di tempat yang sama, saya suka je, sebab kali ni saya melihat lebih luas dan menjelajah lebih kawasan lebih jauh. Canola flower dan cherry blossom disini sangat cantik. Puas hati rasanya.

Setelah selesai, kami ke Seongeup Folk Village. Saya pernah sampai ke sini di tahun 2015. Walaupun kali ini kami masuk perkampungan yang sama, tapi kali ini disebelah kawasan yang  berbeza. Seorang sukarela datang memberi penerangan tentang folk village ni. Orang nya sangat peramah, berasal dari Vietnam. Half way sahaja, kemudian di ganti orang lain pula berasal dari Philipines. Mereka ni semua pekerja sukarela yang telah lama bermastautin di Jeju Island.

Dari Seongeup Folk Village, kami meminta Nah Mun membawa kami ke Woljeongri Beach. Ini adalah kali ke 3 saya sampai ke pantai ini. Pantai ini terkenal dengan turbin angin yang besar. Air laut disini sangat jernih. Angin sepoi sepoi bahasa, sejuk walaupun matahari memancar.

Hari sudah hampir menginjak ke petang. Perkhidmatan Nah Mun berakhir jam 0500 petang. Maka kami pun mula beransur pulang ke hotel. Sampai di hotel, mandi manda bagai. Kemudian kami mencari kedai makan pula.

Kami dinner di Bada Janchi, kedai ni berdekatan saja dengan hotel kami menginap. Dari hotel kami menggunakan taxi sahaja. Selesai makan, owner kedai ni sangat baik hati, dia willing nak hantar kami balik hotel. Kami kata nak singgah Dongmun Market. Maka dia hantar kami terus ke Dongmun Market. Kami jalan sekejap je di Dongmun Market, kemudian kami turun ke Jungang Underground Shopping Mall. So apa lagi..menyoping le. Since shopping mall ni tutup cepat, kami pun kena cepat cepat juga dan akhirnya kembali ke hotel. Dah sampai hotel, tiba tiba...ehhh..ada plak yang nak sambung jalan jalan lagi. Masa ni Nazirah dan tak larat nak jalan. Dia nak balik ke bilik je. Maka bertiga kami patah semula ke area Dongmun Market, tapi kami stop di Chilseongro Street. Sebenarnya takde apa dah yang nak dicari. Banyak kedai kedai sudah pun ditutup. Terjumpa satu kedai kopi, maka kami pun masuk le mengopi di sini. Hari baru hampir 10 malam, tapi dah macam 12 malam. Keadaan dah mula agak sunyi. Kami dah sakit kaki berpusing pusing maka kami tahan teksi sahaja untuk pulang ke hotel. Driver teksi tu boleh ketawakan kitaorang tau....hahaha. Sebab hotel dekat je, boleh jalan kaki. Tapi sebab dah x larat nak heret. Akhirnya driver teksi bersetuju hantar ke hotel.

Mujur Nazirah belum tidur. Sebab kunci bilik hotel cuma ada satu. Kalu tak...haruu...hahhaa. Memang penat sungguh ukur jalan hari ini. Saya sampai terlelap tak sedar tak mandi. Jam 4 pagi terjaga, terus mandi bersihkan diri.

End of Day 2 




No comments:

Post a Comment