Monday, 20 February 2017

Tokyo Banana Tree Cookies

Sedap sangat biskut ni. Yang pergi ke Japan selalu cerita pasal biskut kapal yang mana saya tak cari pun. But then jumpa biskut ni kat Narita Airport Terminal 2. Dan dekat tempat jualan tu, siap tulis dalam Bahasa Malaysia lagi. So apalagi...yakin dan terus beli. Selebihnya boleh baca kat SINI




Wednesday, 15 February 2017

Japan Here I Come - Expenses

Ini adalah perbelanjaan yang saya kluarkan sepanjang berada di Jepun, juga perbelanjaan sebelum ke Jepun.

AExpenses before ke Japan (all in RM)
Flight Ticket Kul - Tokyo - Kul     1,700.00
Pocket wifi          40.00
Flight ticket Tokyo - Sapporo - Tokyo        413.25
Food from Malaysia          50.00
Accommodation in Tokyo (8 days 7 nights)       689.00
Accommodation in Sapporo (2 days 1 night)       122.30    3,014.55
BMakan Makan In Japan          Yen        RM 
Expenses for makan makan di Jepun + lockers + drinks etc  10,000.00
Sekai Cafe (lunch)     1,025.00
Icecream greentea        500.00
Caffe benne @ airport       400.00
Onigiri        365.00
Coffee        300.00
Dinner at airport     1,240.00
  13,830.00       569.80
Transportation in Tokyo Japan & Entrance Fee
Ticket from airport to Oshiage Skytree    1,170.00
Ticket tersilap ambil train ke Ueno instead of Oshiage    1,230.00
Denda         70.00
3 days pass     1,500.00
Ticket Ueno to Oshiage Skytree Station       280.00
Ticket ke Lake Kawaguchiko(return ticket)     3,500.00
Sightseeing bus     1,200.00
Kawaguchiko Cruise (4 pax)    3,000.00
Himiko Waterbus    1,560.00
Ticket to Narita Airport T2     1,170.00
Ticket from Narita Airport to Kinschico + Oshiage     1,145.00
Ticket from Odaiba to Shimbashi Station        320.00
Ticket Shimbashi to Ropponggi        170.00
Ticket Roppongi to Oshiage       310.00
Ticket Oshiage to Meiji Jungamae        240.00
Ticket Meiji Jungamae to Oshiage       240.00
  17,105.00       704.73
Transportation at Sapporo
New Chitose Airport to Sapporo Station     1,070.00
Sapporo Station to New Chitose Airport    1,070.00
Sapporo Station to Hosui Susukino       200.00
Hosui Susukino to Sapporo Station       200.00
    2,540.00       104.65
Souveniers in Japan
Souveniers (tp plastic bag jatuh ilang entah kemana)    1,080.00
3 handbags Anello   13,325.00
Tali pinggang        490.00
Souvenier     1,340.00
2 Bagpacks anello     7,800.00
Backpack Hafiy     1,000.00
Fridge magnet + keychain    3,600.00
2 T Shirts     3,250.00
Hard rock t shirt     3,400.00
Tokyo banana    2,160.00
Tokyo banana tree biscuit    3,240.00
  40,685.00    1,676.22
Miscellaneous 
Locker at Tokyo Skytree Station     1,200.00
Airport transfer     5,000.00
Wrapping services     2,000.00
Miscellaneous (tatau perabis ke mana)    1,640.00
    9,840.00       405.41
Total in Yen (B)  84,000.00
Total in RM  (B)    3,460.80
Jumlah Keseluruhan in RM (A + B)    6,475.35


Saya bawak Y150,000 ke Jepun. Dihabiskan di Jepun adalah Y84,000. Baki yang tinggal adalah Y66,000. Hoissh laa...apa le yang di beli sangat pun tatau ler. Merepek repek je. Spend so much untuk makan makan walaupun dah bawak bekalan dari Malaysia. End up makanan yang di bawa berlebih lebihan and bagi pada org kita kat Japan, Sofiyan namanya  yang hantar kami ke epot. Geng RTJ juga ni. Since tak beli pass, public transport memang aci redah. Tiada penjimatan di situ. 




Monday, 13 February 2017

How To Go To Horyu Ramen Halal - Sapporo

Kami kesesatan mencari restoran halal ni. Tapi orang lain macam senang jer nak cari. So, meh saya kongsi bagaimana cara nak cari Restoran Horyu Ramen Halal ni. Blog INI  ada cerita pasal ramen halal ni. Juga boleh baca di blog Halal Media ni. Sebenarnya senang jika kita memahami reka bentuk bandar Sapporo itu sendiri. 

Cara paling dekat untuk ke restoran ini adalah dengan berhenti di Susukino Subway Station. Kluar dari stesen Susukino, sila pastikan bahawa restoran McDonald berada di sebelah kiri dan Lafiler Shopping Center di sebelah kanan. Berhadapan dengan McDonald adalah Hotel Toyoko Inn Susukino. Turn right and jalan kedepan sampai satu traffic light. And jalan lagi kehadapan. Just before another traffic light, ada police station. Sampai di sini, sila perhatikan betul betul. Ada one more traffic light kat depan. Restoran tu sebelum traffic light. Kalau dah berada dekat police station tu, seberang jalan je. Horyu Ramen Halal ni di seberang jalan. Betul betul tepi jalan. (Refer pada map di bawah) 

Maps ni saya dapat dari Hokke Club Hotel. Beria orang tu explain kat kami macamana nak pergi. About 25 - 30 minit juga kami berjalan. Since winter...tak terasa sangat lah. 







Kami order yang ni. Yang kuah merah tu sedap. Namanya Ramen Noodle in Peppery Bean Paste Broth. Yang kuah jernih ada telur tu kalau tak silap  Kire Uma Miso Ramen. The other two adalah Genghis Khan Miso Ramen. Yang ini berunsurkan daging. Beef very juicy...tp bau beef tu...x menahan..hahhahhaa. Kami ter order bowl besar hehehhe. Jenuh nak kasi perabis. Actually boleh pilih, nak big bowl or small. 




Thursday, 2 February 2017

Japan Here I Come - Day 5 - Sapporo, Hokkaido

14 December 2016 (Wednesday)

Lebih kurang jam 3.00 pagi kut, kedai kedai sekeliling tempat kami tido tu mula beroperasi. Ada satu convenient store ni memang beroperasi 24 jam. Yang lain nya mula dibuka seawal pagi. Terkejut juga, sbb bunyi krenng krenngg depa buka kedai. 

Flight kami ke Sapporo jam 0740 pagi. Alang alang dah terjaga, kami membersihkan diri. Toilet dekat je. Memang selesa sangat ler tido di Terminal 3 ni. Tidor pun nyenyak sangat. Kami mengopi dulu (itu jer yang mampu, sbb yang lain tak braper nak yakin). Sambil mengopi, sempat juga layan drama korea...hahhaha. Wifi free le katakan.

Kisok check in...sonang ajo..
Jam 0700 kami checked in dan trus masuk boarding area.  Tak banyak kerenah sangat. Cuma, Jetstar disini, sebelum masuk perut kapal terbang, depan entrance tu ada mesin penimbang ye...hahhah. Dan staff juga dok perati sesaper yang luggage agak agak heavy dan dia suruh timbang siap siap. Ada beberapa orang, luggage memang lebih dari yang sepatutnya. Masa ni hujan renyai renyai di Tokyo. Dalam hati berharap dapat tengok snow fall kat Sapporo. The reason nak ke Hokkaido, semata mata nak tengok snow...boleh gitu. Sanggup bayar accommodation untuk dua tempat iaitu di Tokyo dan Hokkaido....semata mata kerana salji....hehhehhe. Sbb kami booked apartment ngan airbnb utk 7 malam di Tokyo. Then last minit tukar plan nak ke Hokkaido...and biasalah akak ni aci malas nak tukar tukar semua ni. So redah ajelah.....so takde susah2 nak checked out and checked in balik. And travel partners pun tak kisah kan...

inazane@inazzane
Couch kat dlm boarding area. Leh lepak lepak lagi hehheheh 
Lambat juga dapat masuk perut kapal. Hampir kul 0800 kut baru dpt masuk. And kena tunggu lagi sekejap. Tak lama baru kapal terbang berlepas. Hampir 2 jam.....membuta sahaja. Bila dah nak hampir ke Sapporo, boleh nampak warna warna putih salji dari atas. Seronok tul Erra...tercapai hajat nak tengok salji...hehhehhe.

Dlm flight
inazane@inazzane
Memutih jer...

inazane@inazzane
Pemandangan Sapporo dari dalam flight
Landed je kat New Chitose, kami trus gi ke JR Office. Kekonon nak beli Otaru Welcome Pass. Lama...pikir pikir...then org tu kata...x beli kat epot pun xpa. If bercadang nak pergi juga, boleh beli kat JR Office kat Sapporo Station. So kami pun beli tiket nak ke Sapporo Station je lah.

Byk sign mcm ni kat Airport New Chitose. Cuma gambar jer berbeza

Nak beli Otaru Welcome Pass...kekononnyer..
New Chitose Airport ni kecik je. Takde le besar mana. And takde le sesibuk kat Tokyo.  Sampai di Sapporo Station, kami simpan backpack dulu. Kekonon nak cari Horyu Ramen Halal. Direction google maps bagi dah betul...tp kami yang tak reti nak ikut kut..hahah. Melilau lilau ntah kemana. Jauh juga kami berjalan. Ntah kemana kemana and end up berpatah balik ke Sapporo Station. Pastu hujan plak masa ni. Lepas je hujan...adik ckp...kak inazz.kak inazz.....tengok tu. Ai ni pulak, ingatkan dia tunjuk ada orang cari cari ai. Sbb ada 4 orang opismate memang ada di Sapporo waktu ni. Apa dia..apa dia...rupanye dia nak tunjuk...ada salji turun. Dah macam jakun kitaorang hahahha. Walhal saya dah pernah rasa salji turun masa kat Mount Sorak di Korea. Tp still...tergedik gedik tengok salji turun.

Simpan bag. Satu locker besar Y700



Dan penat main main salji depan Sapporo Station ni, kami gi ambik backpack kat locker. Then amik subway ke Hosui Susukino (Subway Toho Line Warna Biru Muda). Jauh juga nak berjalan ke line Toho ni. Tp sbb jalan jalan dalam bangunan, bleh jamu jamu mata. Subway di Sapporo tidak berselirat seperti di Tokyo. Cuma ada 4 line ( Tozai, Namboku, Toho dan JR Line). Sebenarnyer kalau berjalan kaki dari Sapporo Station ke hotel yang kami booked tu pun boleh. Dalam 20 - 30 minit..but during winter, I tell you...tak terasa that 30 minit. 

**Notakaki:  Selalu baca orang kata, senang je jalan jalan kat Jepun. Dan kdg kita rasa nak marah bila orang kata...senang je..senang je. Yang benonyer memang senang. Once dah berada di sana, otometik you know what to do, where to go, which exit to take walaupun maybe ada sesat barat sket. But still....takde lah meraban sampai x jumpa jalan. Macam jalan jalan di Korea juga. Cuma bezanya di Korea, if salah exit, memang jenuh lah nak menapak. Tp di Jepun, silap exit pun, but still boleh jumpa juga tempat yang nak di tuju. Asalkan buat research dulu. Bila dah tau flow nye mcmana, for sure akan paham.Otometik paham...

Dari Sapporo Station, cuma melepasi satu station je. Sapporo Station --> Odori Station ---> Hosui Susukino. Bila turun je dari tren, kami terpinga jap....sbbb...sunyiiiii....hahahha. Orang dalam subway tak sampai 20 orang pun. Kalau kat Tokyo..mak aih, orang tak putus putus. Kebingungan juga sbb tak tau which exit nak kluar. Jumpa sorang mamat Jepun ni, kami pun tanya. And dia pun trus je bawak kami ke Sapporo Tobu Hotel. 5 minit gak berjalan dalam salji. Jalan licin. Berjalan pun dah ala ala penguin hehehe. Since sampai awal, kami mintak checked in early. Kena bayar extra charges, tp takle banyak mana. Kami dapat satu bilik untuk ber4. Ada dua katil single, satu sofa diubah suai jadi katil dan one extra bed. Boleh ler untuk satu malam. Tp jadi a bit sempit. Nak solat, memang kena ejas sket.

Sunyi dak....
Penat tu memang le penat. Tp saya masih ada hati gak nak explore Sapporo. Kekonon plan asal sesampai je Sapporo nak ke Mount Moiwa. X jadi....pastu plan nak cari kedai nak makan. X jadi jugak. Pastu kekonon nak pegi Nijo Market. Sudahnyer..apa pun tak buat. Lepak dok dalam bilik sambil makan maggi dan minum coffee. Salji memang turun on and off. Turun kejap..stop..and turun lagi. Lebat lak tu. 

Menjelang malam, takleh tido sbb dah berehat lama. Saya ajak adik nieta turun bawah main salji depan hotel. Masa tu salji turun lebat. Bayangkan tengah tengah malam....terkinja kinja depan hotel membenam salji. Orang Jepun pun pelik hahhahha. Agak agak sejuk, kami masuk hotel bagi panas. Pastu kluar balik pi main salji hahahha. Mengong punya kerja. Masa ni Erra ngan Jah sedap tido....kami plak sedap main salji kat luar.







Tgh malam pun jadik...







Dan puas main main...hari pun dah makin larut malam, kami naik semula ke bilik hotel. Bersih2kan diri dan kebabom. Satu hari itu je lah activiti kami hahhaha. 


**Baca balik nota ke Jepun. Mengong tak mengong. Dalam nota dah tulis camner nak ke Tobu Sapporo Hotel ni...tiba sana leh x jumpa exit. Main redah...hahha...Yang tertulis di nota: Take subway Toho Line and get off at Hosui Susukino Station Exit 3. Tobu Hotel 3 mins walk from exit 3....




Tuesday, 31 January 2017

Japan Here I Come - Day 4 - Lake Kawaguchiko

13 December 2016 (Tuesday)

Hari ini plan ke Lake Kawaguchiko.  Setelah di teliti betul betul and since kami tidak membeli lain lain jenis pass, maka kami ambil keputusan untuk ke Lake Kawaguchiko dengan menaiki bas sahaja. Dari Oshiage kami perlu pergi ke stesen Shinjuku kerana stesen bas ni berada berhadapan dengan Stesen Shinjuku. Kami tawakkal je. Takde nak book ticket online. Dah check kat web, bas paling awal ke Lake Kawaguchiko adalah jam 0745 pagi. Kami bercadang nak ambil bas jam 0815 pagi. So dari Oshiage kami ambil Asakusa Line (A20) towards Nishi-magome and stop di Higashi-nihombashi (A15) untuk transfer ke  Shinjuku Line (S09) towards Shinjuku. Masa stop kat Higashi-nihombashi tu kena jalan kaki sket dalam 4-5 minit gitu untuk transfer ke Shinjuku Line. 

Sampai Shinjuku, kami memang tak tau exit mana kami kluar. Bukan tak buat homework ya. Cuma malas nak bukak buku nota. Pastu akak malas nak memikir hahahhahaha. Janji tau mana nak pergi. Sbb memang tau stesen bas ni berhadapan dengan train station. Tak jumpa kita tanya orang. Kluar jer dari stesen, nampak dah Shinjuku Bus Stesen betul betul berhadapan dengan Shinjuku Train Station. Cross the road and naik ke tingkat 4. Sampai tingkat 4, akan nampak signboard untuk ke kaunter. Kami sampai dalam 0810 macam tu dan terus cari kaunter jual ticket ke Lake Kawaguchiko. Memang tak sempat nak kejar bas 0815 pagi. Kami beli tiket return trus Y3500. Orang kat kaunter ni pandai speak omputih ye...hehhehe. So takdelah masalah bahasa.

Pandangan dari subway station. 4th Floor Express Bus

Pandanganan dari Shinjuku Bus Station

Dalam Shinjuku Bus Station

Kena tunggu kat sini

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam kut. Saya memang membuta sepanjang perjalanan. Cuma tersedar bila bas berhenti di Fuji Highland. Nak ambil gambar bergoyang goyang...jadi lupakan aje. Cukup ler mengenang dalam ingatan hehheehe

Dalam bas

Bus ni akan membawa terus ke stesen terakhir di Kawaguchiko. So jangan risau. Sampai je di Kawaguchiko, silalah cari Tourist Information Center. Ambil map dan juga diskaun ticket (if ada). Lepas ambil brochure dan map tu semua....kami berbaris utk naik Sightseeing bus. Bus dari Station Kawaguchiko ni ada dua line. Red and Green. Harga untuk 2 days pass ( for sightseeing bus all lines iaitu green dan red). Tp kami beli ticket dengan harga Y1200. Details harga tambang bas boleh tengok kat SINI.


Dalam tourist information center
Naik bas ni memola

Memola kami stop kat Kachi Kachi Ropeway. Walaupun org tu dah kabo tak bukak...hahha. Tp kami saja nak try naik cruise. Kut kut lah boleh nampak Mount Fuji. Pada hari ni, cuasa memang mandom sungguh......matahari malu malu nak memunculkan diri. Dalam hati berharap....moga Mount Fuji juga tak malu malu..huhuhuhu. Untuk naik cruise ni, kena bayar lagi Y700. I tot free je. Redah. Maka naik ler kami ke atas ferry dan pusing pusing tasik. One of the staff kat situ, tunjuk mana satu Mount Fuji. Tp sayang, ianya berselindung di sebalik awan. Maka pandang kabus sajalah.

Excited pokcik ni bila kami bagitau kami from Malaysia


Selesai naik ferry, kami masuk kedai chocolate betul betul depan tempat tunggu bas sightseeing. Kat sini pun jumpa satu kapel melayu ni....yg pompuan nya haram nak senyum. Yg lelaki tu je menegur. Akak okay je. Erra bengang tul...hahhaha. Lek le Erra.....biasaler tu. Jangan hirau if org takmau tegur sapa sekali pun. Kami tengok tengok jer chocolate dalam ni sementara menanti bus sightseeing sampai.

Masuk kedai chocolate

Masa ni kami decided, nak stop kat stesen 22 jer. Yang lain lain skip...hahhaha. Sepanjang perjalanan byk jer tempat boleh stop. Kami menghabiskan banyak masa kat Station 22 ni dengan harapan dapat tengok Mount Fuji. Memang kuciwa sungguh lah. Apa lah punya nasib. Plan asik tak menjadi. Semalam pun tak jadi..hari pun tak jadi...hahhahaha.



Kuciwanye laaa

Kami lepak sambil makan green tea icecream. Memang cuaca mendung je. Kami plan nak balik Tokyo dalam jam 5.00 petang gitu. Sambil sambil tunggu sightseeing bus.  Sampai je sightseeing bus, trus kami ke stesen Kawaguchiko semula. Sesampai kat sini, bus was about to jalan dah. Copot copot kami berlari ke tempat tunggu bus hehehee. Well...tak tau nak kata...it was fun...but a bit frustrated juga. Saya ni biasa lah...if plan tak menjadi mcm mengikut kehendak saya or x dpt apa yg saya mau, mood pun mula swing. Nak nak plak tengah period. (Takde masalah ngan orang lain. Saya jer yang bermasalah...hahhahahha).

Berlatarkan Mount Fuji yang berselindung di sebalik awan

Balik ke station kawaguchiko naik bas ni plak

Sepanjang perjalanan, hari dah gelap. Ntah tak ingat kul braper sampai Shinjuku. Dari Shinjuku kami terus balik ke Oshiage. Malam ni kami nak ke epot sbb nak ke Hokkaido esok pagi. Since flight diawal pagi, takmau amik risiko. So kami plan tido di airport sahaja.

Sampai apartment, makan mandi manda, kemas kemas apa yang patut sbb nak tinggalkan apartment untuk dua hari. Make sure everything settled, then kami amik train Keisei Liner ke Narita International Airport. Kami ni naik tren biasa tu...ala ala subway. Terasa lama nau nak sampai ke airpot hahhaha. Kami tiba di Narita Airport dalam jam 11.00 malam gitu. Dari Terminal 2, kami berjalan kaki menuju ke Terminal 3. Ada je shuttle bus...tp saja suka suka jalan..hehehe.

Cari arah ke Terminal 3

Jauh gak nak jalan from terminal 2 to terminal 3. Kita rehat dulu...

Sampai kat Terminal 3, dah nampak beberapa orang dah mula lepak lepak dan ambil couch memasing untuk landing. Banyak sofa untuk dijadikan tempat tido. Kami memasing ambik satu sorang. Orang sebelah kuat berdengkur...hadoii. Pastu ada sorang ni...luggage siap ikat kat tangan. Police memang sentiasa ada memantau keadaan sekeliling. Tidor lah dengan aman. Takde sapa kacau. Tempat charge hp pun ada. Tawakal je letak. Alhamdulillah tak ilang.

Dapat tido couch macam ni...best kann..



Okay.....jom tido dulu laaa...sementara menanti esok hari....walaupun org berdengkur, saya tetap tido lena. Puas tido.