Sunday, 13 January 2019

Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 2

25 Disember 2018

Merry Christmas uols..

Hari kedua di bumi Nha Trang. Plan arini cuma pergi satu tempat je iaitu Vinpearl Amusemant Park. Masalah kami ni pula, Ismail ni orang suruhan Ibra Him. Dia mcam teragak agak dalam beberapa perkara terutamanya bab makan untuk kami. Sebab dalam pakej Ibrahim sudah termasuk B/L/D. Masalah di Nha Trang pula, nak cari makanan halal. Saya dah beritahu Ibra Him awal awal lagi di Vinpearl susah nak dapat makanan halal. So we thought that dia dah pikirkan apa yang patut kami bawak masuk ke dalam. Actually tak boleh bawak makanan masuk. But for certain circumstances (contoh kita ni Muslim) depa allow je bawak makan. Maka kami terpaksalah bawak makanan sendiri. Sebab Ibrahim di HCM, and Ismail macam blurrr tak tau nak bawak kami kemana. Conclusion - kami bawak bekal. Mujur kami memang bawak makanan dari Malaysia...hmmm...sabar je lah. 

Waktu operasi Vinpearl Amusement Park jam 0830 pagi. Kami pergi breakfast dulu...tu pun cuma minum sahaja. Saya siap catat apa kami minum, berapa kali kami dapat breakfast lunch dan dinner...hahhaa..dasat dak. Sebab nanti nak claim balik kat Ibrahim...hehhee.

Our breakfast
Untuk masuk ke Vinpearl Land ni, kita kena menaiki cable car merentasi lautan and kami kena bayar sendiri. Harga tak termasuk dalam pakej. Per person adalah VND800,000 (lebih kurang RM180.00). Hari ni kami memang akan seharian di Vinpearl Land. Orang tak ramai dan sebaik sahaja cable car di buka, kami dengan pantas sahaja dapat naik. Sebelum tu, memang kena tunjuk beg kat kaunter. Depa check ya. Tapi kami lepas je....siap tunjuk bawak roti lagi...hehhehehe. Satu cable car boleh memuatkan seramai 4 - 6 orang. Kami naik ber4 je....we come together...nampak nau takmau join cable car orang lain.





Semasa diatas cable car...view memang ohsem. Gayat juga sebab merentasi lautan. Pastu dengan bunyi cable car krikk krikk krikk tu...hahahha. Dok pikir..if jatuh..jatuh dalam laut.....hhaha..meraban memikir bukan bukan. Di Vinpearl Land ni juga terdapat beberapa resort sekiranya ada yang bercadang mahu menginap di sini. Ala..macam gi Sunway Lagoon tu kan. Kat atas tu banyak hotel hotel. If menginap disitu, dapatlah tix free kut. Tak menginap silalah bayar entrance fee...heheeh.




Memula kami sampai, kami naik kapal tu. Tak tau dipanggil apa. Barang barang memang kena letak dalam locker. So xyah ler berangan nak ambil gambar masa main game tu kan...hahhaa. Aduhai..saya memang gayar sungguh. Mujur sekejap je.






Kemudian kami menerai Aspine Coaster. Best Aspine Coaster ni....segala games kat dalam tu kami cubalah...hahaha. Tenang dan aman sahaja dalam Vinpearl Land ni. Satunya...orang tak ramai. Keduanya...bila tak ramai, tak perlu berebut rebut. We really enjoyed kat dalam ni. Macam kanak kanak riang.



Dah tengahari kami rasa lapar. Sila buka bekal. Za ngan Dee cuba cuba juga cari apa yang sesuai untuk kami makan. Kami jumpa satu kedai jual crepe. Yakin ajelah.....crepe fruit sahaja.


Kemudian kami tengok Dolphin Show. Lepas Dolphin Show nak tengok Mermaid show. Berpusing pusing cari ikut map. Tengok macam dekat...tp salah tempat. Terlepas Mermaid Show kena tunggu next show. Sementara tunggu next show, kami naik car bumper....hahhaa. Seronok aje melanggar orang ye...kekkeke. Kat sini juga ada camera ambil gambar ye. Lepas tu, ikutlah samada nak ambik ke idak. Masa kat Aspine Coaster tu pun ada camera. So dalam perjalanan tu, tengok tengok lah kat mana ada camera...bersiap sedia untuk senyum.






Dari Mermaid Show kami naik Ferries Wheel. Gayat mak nakk..huhuhuhu...walaupun jalan perlahan jer...bila sampai on top of the wheels....fuhhh....tp pemandangan memang ohsem. Nampak seluruh Nha Trang. Walaupun gayat....






Dan akhirnya kami ke wet park pula. Saya tak mau mandi sebab kebetulan tengah datang bulan. Malas nak renyah renyah. Cuma Za dan Dee sahaja yang pergi mandi manda. Rose pun idak....tp tak ingat masa ni Rose gi kemana eh...hahaha. Sebab saya menunggu sorang sorang jer masa ni. Rose ke toilet rasanya. Dan dia ambil masa yang lama dalam toilet sbb period juga.

Kat Nha Trang ni cepat gelap. Pukul 5 je pun dah macam senja. Kul 6 macam nak Maghrib. X lama sangat menunggu depa mandi mandi sebab waterpark ni closed pukul 0800 malam. Bila Dee dan Za dah selesai,kami wasap Ibrahim kata nak balik dah. So minta Ismail tunggu ke seberang sana. Tapi bila dok jalan jalan..kami nampak lagi ada beberapa games yang kami tak sempat lagi nak naik. Kami gi naik dulu.....hahahah. Dua jenis roller coaster kami sempat lagi layan. Vinpearl ni waktu malam cantik. Penuh dengan lampu warna warni. If stay kat sini, memang berbaloi baloi. Takpalah...next time maybe...hehhee...next time yang ntah bila lah ye....

Nak queue untuk naik cable car memang x lama sebab orang tak ramai. Ismail dah wasap saya beberapa kali...kat mana kak...kat mana kak...hahha. Padahal kami masih lagi kat pulau ni. Tadik beria ia cakap dah nak balik....

Sesampai di seberang, Ismail dan Fong dah tunggu. Ismail bawa kami pergi dinner dulu. Dek kelaparan, memang bedal abis. Kami makan roti je malam ni. Jemu lak makan nasi...asik2 lauk seafood.  Selesai makan, Ismail hantar kami ke guest house.

Mandi manda, kemas kemas sebab besok nak check out. Review untuk guest house ni...pada saya okay lah untuk bermalam. 2 bintang. Tilam biasa biasa je. 2 single bed, 1 double bed. Saya berkongsi dengan Rose.Satu bilik ber4. Ada 4 katil,satu bilik air. Takde lah clean sangat kut...sebab boleh nampak sawang sawang merata. Cuma bilik air problem sikit, air lambat turun. Kalau dah ber4 orang mandi...next person kena tunggu air turun dulu.

Lagi gambar gambar dalam Vinepearl Land di waktu siang dan malam.








End of Day 2




Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 1

24 Disember 2018 (Isnin)

Untuk kesekian kalinya bersama GUJ mengembara ke negara Vietnam pula. Kali ini pilihan kami adalah Nha Trang, Dalat, Mui Ne dan berakhir di Ho Chi Minh.  Memandangkan masing masing pun agak blurr dengan tempat yang kami nak pergi ni, maka ground package sudah di tempah siap siap lebih kurang 6 bulan sebelum berlepas ke Vietnam. Banyak juga syarikat dan orang perseorangan yang kami tanya tentang pakej empat tempat ni. Akhirnya kami memilih package dengan Ibra Him. Harga yang diberi adalah RM1200 (4 pax) termasuk transport, makan (B/L/D), entrance fee kecuali entrance fee ke Vinpearl Amusement Park dan jeep di Mui Ne. Setelah pikir pikir banyak kali, kami setuju sahaja. Hotel tidak termasuk sebab kami dah pilih hotel sendiri. After all, tak jauh beza kalau ambil hotel dengan Ibra Him ni. 

Flight kami ke Nha Trang jam 0300 petang. Saya duduk sederet dengan Rose dan Dee. Manakala Za tak pilih seat pun. Perjalanan selama 2 jam, tiada masalah. Sampai di Nha Trang dalam jam 0400 petang waktu Vietnam. Sesampai di airport, Ismail our tour guide sudah menunggu. Di saat akhir Ibra Him tak dapat nak jadi our tour guide, so ditukarkan kepada Ismail. Kami okay je...hahah...walaupun pada mulanya dah bagi tau....kami nak Ibra Him. Well....kita mampu merancang, selebihnya Allah SWT yang menentukan. 

Airport Nha Trang tidak sesibuk airport di Ho Chi Minh. Urusan kastam dan imigresen mudah sahaja. Malah tertarik saya dengan conveyor tempat mengambil luggage. Airport kecil dan sunyi. Tapi sangat menenangkan.  Selesai mengambil luggage, kami menuju ke luar airport dan Ismail sudah menunggu. Driver kami adalah Fong. Besar van yang kami dapat. Boleh membuatkan 14 orang sebenarnya. Maka bergumbiralah kami dengan van yang sebesar itu...hehhehe.


Sunyi je...


Our tour guide....tp saya takde in the picture. Sebab amik gambar...kan...
Kami juga membeli simcard dari Ismail dengan harga RM20.00 per simcard. Tapi line macam tak berapa best je....hahaha. Yang seronoknya, sebab van ada wifi. Maka kami gunakan wifi van je. Sangat kuat signalnya. Kalau kluar dari van pun still boleh dapat signal internet...

Meh cerita sedikit pasal Nha Trang. Nha Trang ni ala ala macam Pulau Pinang. Dikelilingi laut dan juga tempat orang luar datang melancung. Hotel bersepah. 5 bintang, 4 bintang, 3 bintang semua ada. Jadi tidak perlu risau tentang penginapan. Yang menjadi masalah adalah makanan halal. Difahamkan di sini ada satu kedai halal yang menyediakan Indian Food. Tapi menurut Ismail/Ibrahim, mereka juga agak ragu ragu juga di kedai ini kerana owner sudah bertukar orang. Maka kami hanya diberikan seafood sahaja sepanjang berada di Nha Trang. 

Nha Trang juga dikenali sebagai Riviera Laut China Selatan, menawarkan kawasan pantai yang indah dengan pantai berpasir sepanjang 6 kilometer, peraiaran yang jernih dengan banyaknya kehidupan marin dan terumbu karang yang berkembang pesat, julat gunung di setiap hujung serta 19 pulau kecil yang belum disentuh yang hanya menaiki boat pendek. Menawarkan pelbagai aktiviti bersiar siar dan rekreasi, bandar pesisir itu sendiri mempunya struktur pengambilan nafas yang bermuladari Kerajaan Campa, kuil kuil Budhha, dan gereja gereja Katholik gaya gothic, serta mata air semulajadi, padang garam, dan air terjun yang unik. Menyediakan ke tahap mana mana bajet dan keutamaan, restoran Nha Trang menyajikan makanan laut segar dan masakan Vietnam, sementara bar dan pub yang  meriah di sepanjang pantai merupakan tempat kegemaran untuk pelancong melihat matahari terbenam di Laut Timur. Artikel tentang  Nha Trang

Tempat pertama yang Ismail bawa kami kedai makan....hahhaha. Masing masing kelaparan. Kami di hidangkan dengan Fried Seafood. Portionnya besar...tapi saya tetap boleh habiskan...kekke. Selesai makan, kami ke Dataran di Nha Trang ni yang bernama AB Central Square. Dataran ni macam ala ala Dataran Merdeka juga. Tempat orang melepak, berkumpul kumpur. Di hadapan AB Central Square ni juga terdapat komplek2 kerajaan dan juga Night Market Nha Trang.  Selesai di AB Central Square kami menuju ke Po Nagar Cham Towers. Sebelum masuk ke dalam Ismail belikan ticket dulu untuk kami. Agak ramai orang masa ni. Nak bergambar di depan entarance pun payah. Po Nagar Cham Towers ni tak besar sangat, sempat nak jelajah hingga selesai. Masa ni hujan mula rintik rintik...huhuuhu. Agak tidak selesa dibuatnya.

Dataran AB Central


Makan kat sini. Tu pun berani mintak seafood je. 

Big portion, tapi abisss....lapar punya pasal
Untuk masuk ke dalam temple, kena pakai pakaian yang disediakan. Demi menghormati temple agaknya. Tapi kami tak masuk lah ke dalam. Actually Nha Trang ni menarik juga dari segi pemandangannya. View menarik.







Selesai di Po Nagar Cham Towers, Ismail bawa kami ke Chua Long Son Pagoda. Templa juga ni...ingat nak ambil gambar kat patung besar. Tp hujan dah mula renyai renyai.....huhuhu. Takut kebasahan, kami ajak Ismail check in hotel dulu.


Sila bertukar baju kalau nak masuk dalam temple




Our kenderaan

Pemandangan sekitar Nha Trang



Kami check in di Thap Ba Hana Apartment. Agak tricky mencari apartment ni, sbb kena melalui lorong tikus...hehhe. Lorong tikus ni lorong kecik le...Berpusing pusing Fong mencari tempat berdasarkan alamat yang ada dalam booking kami. (Booked melalui booking.com).Kami dapat sebilik untuk berempat. Okay je lah biliknya.





Selesai check in dan rehat rehat, malamnya kami kluar untuk dinner pula. Selepas dinner, kami jalan jalan di square sebentar dan jalan jalan ke Night Market di Nha Trang. Night market Nha Trang maybe tidak sehebat night market di Ho Chi Minh. Since kami bukan nak shopping sangat, so takde hal la. Malam hari di Nha Trang memang meriah. Meriah dengan kenderaan, meriah dengan lampu warna warni. Tak banyak aktiviti yang kami buat hari ni. Sekadar jalan jalan. Lagipun hari hujan renyai renyai...cuaca lembab dan agak tidak selesa. Abis jalan jalan kat Night Market, moh la kita balik apartment.

Our dinner







End of Day 1




Friday, 21 December 2018

Family Road Trip to Hatyai (Wrapped Up)

7 Disember 2018 - 9 Disember 2018

Untuk kesekian kalinya, saya ke Hatyai Thailand lagi. Kali ni bersama keluarga pula. Cerita selanjutnya boleh di baca di link seperti di bawah. 

















Thursday, 20 December 2018

Hatyai Trip With Family - Day 3

10hb Disember 2018 (Isnin)

Hari ke 3 di bumi Thailand. Last day ni kekonon nak gi Municipal Park. Kami cari kedai untuk breakfast dulu. Punya lah pusing pusing pusing....dah jumpa Restoran Salma tu. Tapi takde parking. Silap juga bawak kereta keluar awal awal. Check out pun awal. Kekonon tak mau patah balik ke hotel. Nak keluar dan terus balik  Malaysia. Padan muka. Maka pusing pusing lah kami, maka jumpa satu kedai halal ni. Western food. Tapi tak banyak pilihan. Dan staff tak pandai English lak. Haru tul. Nak pilih menu pun dalam bahasa Thai. Last last order Fried Rice dengan Cha Yen sahaja. Nak order yang lain, asik takde. Tunjuk itu takde, tunjuk ini takde...hehehhe. Gambar teh je lah yang ada...



Selesai breakfast, kami pusing lagi. Sekali terlepas lak entrance ke Municipal Park. Dah asben malas nak pusing, terus je kami ke boarder. Kali ni rasa macam jauh...rupanya google maps bawak ikut jalan lain. Rasa sunyi jalan tu and tak banyak kenderaan.  Akhirnya sampai ke ke border. Urusan mudah sahaja kali ini. Sebaik keluar dari Thailand, kami jalan jalan sekejap ke Arau. Sambil  cari cari tempat untuk makan. Tapi saya sudah lupa nama kedai tu. Berhampiran dengan laut. 






Alhamdulillah, sampai ke Kuala Lumpur dengan  selamat.  Banyak gambar tak dapat nak diletakkan. And gambar tu sama je macam sebelum sebelum ni. Maksud saya, contoh makan di Chabura Dimsum, Khlong Hae Seafood Restaurant, Kai Tod Decha. 




Wednesday, 19 December 2018

Hatyai Trip With Family - Day 2

9hb Disember 2018 (Ahad)

Esok tepat jam 0700 pagi, saya dah terpacak di lobby menanti driver tuk tuk. Rupanya dia lagi awal dari saya. Sudah diberitahu sebelum ni, bahawa tuk tuk warna merah akan datang mengambil kami. Tapi anak anak saya pulak yang lambat, si sulung dan si nombor 2 tu la yang lambat. Sesampai di Dimsum Chabura, orang sudah ramai. Almaklum, hari ni hari Ahad. Weekend dan cuti sekolah lagi. Pekerja disitu suruh kami tunggu dulu. Mujur tak lama menunggu, kami dapat satu meja untuk 7 orang. Dapat tempat duduk, anak anak mula memilih dimsum dan juga meng order makanan kegemaran masing masing. Saya rasa kali ni servis agak perlahan. Maybe sebab orang ramai kut. Order sampai lambat, dan sampai beperingkat peringkat. Kesian masing masing menunggu. Mujur ada dimsum yang boleh di makan sambil sambil menanti makanan yang lain. Dah lain yang di order, lain pula yang sampai. Sabar je lah. 

Masa membuat pembayaran, saya suruh orang tu bacakan betul betul. Sebab ada yang kami order tidak sampai. Untuk Dimsum Chabura ni, kami membayar THB1800.00 ++ (tak ingat plus tu braper) untuk 7 orang. Berbaloi juga rasaya. Sebab memang kenyang sangat.

Selesai di Dimsum Chabura, kami meminta driver tuk tuk membawa kami ke Samila Beach, Songkhla. Sempatlah anak saya menaiki kuda, jalan jalan di pantai Samila sebelum hujan turun dengan lebatnya..huhuhuu. Berlari lari kami mencari tempat teduh. Tak sempat lah nak bergambar dengan ikan duyung dan juga atuk siam

Samila Beach



Masing masing dah rasa tak selesa kebasahan. Saya pulak sakit perut. Saya minta driver tuk tuk bawakan kami ke Masjid Songkhla (Taj Mahal Hatyai). Driver tuk tuk bawa kami naik feri dulu di Koh Yo. Perjalanan tak lama sangat atas feri ni. Just menyeberang tasik je mcm tu. Sampai kat daratan,sana macam jauh betul nak sampai ke masjid ni. Perut dah makin memulas mulas. Sesampai je di masjid, saya terus mencari tandas. Kebetulan dan masuk waktu zohor, asben dan anak anak pegi solat dulu. Lama juga memerut. Tak selesa sungguh bila sakit perut gini.


Selesai solat, kami menuju ke Greenway Market. Kami sampai awal, pasar baru nak buka, jadi tak banyak kedai. So kami just jalan jalan saja. Si kecik tu dah mengaruk penat. Pusing pusing Greenway Market, kami menuju ke area Lee Garden. Setiba di sini, hanya saya dan dua orang anak je turun. Asben saya tak turun, sebab si bamban tak mau. Kami jalan copot copot cari barang yang nak di beli. Actually saya nak beli call card holder. So memang tuju terus ke tempatnya. Kemudian sempat beli kebab, dan driver tuk tuk hantar kami semula ke hotel. Masa ni dah jam 0600 petang, hari dah gelap pun. Sampai hotel, anak anak pergi mandi kat swimming pool. Anak saya keluar malam tu…ntah kemana tak tau le. Saya layan diri sajalah dalam bilik. 

End of Day 2. 

***Notakaki

Kami ada singgah di Khlong Hae Floating Market. Tp tak turun pun ke bawah. Just jalan jalan sahaja kat bahagian atas. Lagipun hujan masih renyai renyai. Then, anak anak pun dah lapar. Driver tuk tuk tu sajes kami makan di satu kedai, berhampiran dengan Floating Market tu. Kalau ikut jalan yang dia  bawah, kedai tu macam di belakang sahaja. Sedap juga makan di kedai ni. 

Lunch di kedai ni


Sebahagian food yg kami order




Monday, 17 December 2018

Hatyai Trip With Family - Day 1

7hb Disember 2018 (Jumaat)

Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke utara pada jam 10.00 malam hari jumaat. Sepanjang perjalanan saya hanya tidur sahaja…hahhaaha. Alhamdulillah asben masih gigih memandu di usia sebegini. Kadang kadang out juga dia. Terpaksa bergilir gilir memandu. 

8hb Disember 2018 (Sabtu)

Lebih kurang jam 0400 pagi, kami tiba di Changlun. Kelihatan banyak kereta berderetan di sepanjang jalan. Rupanya disini tempat membeli insurance kenderaan untuk memasuki negara Thailand. Ada beberapa syarikat  yang menjual insurance kenderaan di sini. Kami memilih Changlun Enterprise. Memang ramai orang yang membeli insurance di Changlun Enterprise ni.


Setiba giliran kami, kami memberi geran kenderaan kepada orang yang bertugas di kaunter. Dan kami dikenakan bayaran sebanyak RM49.00. Cara cara masuk ke negara Thailand boleh baca disini.

Selesai semua urusan, kami singgah di masjid berdekatan untuk solat subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Kenapa tidak memilih Bukit Kayu Hitam. Ntah ler. Asben kata lalu kat Padang Besar tak ramai. Katanya la, walhall sama je. 

Kami sampai di Padang Besar jam 0700 pagi lebih kurang. Pada masa ni sudah kelihatan banyak kenderaaan berbaris. Kami ni, sebab takde cash RM in hand, dan nak isi petrol juga. Maka singgah di petronas berdekatan dulu. Of course lah by the time kami masuk barisan, kenderaan makin bertambah berderet deretan. Asben plak bleh kata….keter ni semua berhenti kut. Jom ke depan. dah ke depan, kau mau potong queue. Mampuh kena maki. Bukannnya kereta berhenti. Memang kenderaan berbaris untuk masuk border. Dah kena pusing sekali lagi. By the time berpusing, dah lebih  5 biji kenderaan masuk. Queue la lagi. Lama juga queue. Dengan kenderaan Thailand yang besar besar dok potong queue. Kita punyalah berhemah, tapi depa main redah je. Sesampai di imigresen Malaysia, ada laluan berpalang. Maka silalah turun untuk scan passport ye. Driver di kaunter hadapan, passenger di kaunter belakang. Driver dah scan passport, baru imigresen bukak laluan berpalang.

Melepasi imigresen Malaysia, maka kami pun drive ke border imigresen Thailand pula. Masa disini saya confuse (saya owner kenderaan, maka sayalah yang kena register kenderaan). Saya masuk je lalu untuk kenderaan, tapi imigresen Thailand tak tahan pun. Lepas macam tu je. Dalam hati, aiiikk…dimanakan harus ku declare ini kenderaan.

Lepas je imigresen, saya park je kereta di ruang yang disediakan. Asben dan anak anak dah turun sebelum tu untuk chop passport. Terpinga pinga sekejap, lepastu nampak orang berbaris di kaunter 7, saya pun pergilah tanya. Alhamdulillah, saya berada di kaunter yang betul.  Maka berbarislah saya. Dah sampai kat depan, tiba2 anak called. Ibu, orang imi ni nak form….form apa…ah sudah. Masa tu urusan saya belum selesai. Rupanya anak saya dah sampai untuk chop passport, tapi imi tu mintak form TM2 – inbound. Form tu kat saya tapi bila saya tanya orang belakang saya, masa nak chop passport, dia mintak apa apa form tak. Org kat belakang tu kata takdepun. Gasak lah…yang pasti, saya selesaikan dulu urusan saya.



Selesai register kenderaan, saya pergi semula ke kaunter untuk chop passport. Masa tu takde lak dia mintak form sbb masa tu asben saya hulur envelope. Terus je dia chop 7 passport kami. Tapi apa yang saya paham, memang dia nak tengok form TM2 – inbound tu.

Selesai chop passport, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hatyai. Punyalah nasib tidak baik…tengah sembang sembang sekali nampak ada road block. Asben dengan konpiden, takde pepe. Sekali sampai depan tu dia suruh ke tepi. Bukak je tingkap, you not wearing seatbelt. License…license. Naya. Memang banyak kereta plate number Malaysia kena tahan. Tapi plat Thai takde lak kena tahan. Memang serkap jarang sungguh. Agaknya dia memang tau orang Malaysia ni, driver ngan orang depan je yang pakai seatbelt. Yang belakang tak pakai, maka kenalah membayar THB1000.00 atau pun RM150.00. Melayang THB1000.00 hahaha.

Sampai di  bandar Hatyai, saya google map untuk ke Kai Tod Decha. Panas ting ting sungguh masa ni. Avanza kami lak ekon tak baper bagus. Kepam je rasa. Rupanya Kai Tod Decha ni ada cawangan. Google maps bawak ke tempat lain. Kalau saya tak pernah pergi, memang saya ingat itulah kedai yang biasa orang pi, rupanya kedai lain. Google map sekali lagi, baru jumpa kedai yang saya mahu. Tapi takde parking lak. Dek kerana fobia baru kena saman, asben kata dia tunggu dalam kereta. Tak berani lak nak parking suka suki. So yang lain pi makan dulu. Kali ni saya order tomyam kecil, ayam goreng, sayur campur, ikan siakap sweet sour, air cha yen, nasi dua mangkuk (budak lelaki kuat makan)..apa lagi eh…saya pun tak ingat. Kena bayar THB1600.00. Sorang anak saya selesai makan, dia plak pi tunggu kereta. Asben saya lak datang makan.

Selesai makan, kami pun menuju ke Hatyai Paradise Hotel & Resort. Lebih kurang 3km dari city centre. Agak jauh juga saya rasa. And payah juga nak cari tuk tuk di sini. Kena jalan ke main road kalau nak ambik tuk tuk. Kami mula pikir backup plan. Sbbnya kami takmo drive dalam bandar. Plan nak amik tuk tuk je. Apa apa pun, check in hotel dulu . Saya booked 3 bilik standard room. Tapi bilik ni besar. If letak extra bed pun masih lagi ada ruang. Aci nyesal lak booked sampai 3. Patut booking 2 bilik je and masukkan extra bed. Untuk 3 bilik selama 2 malam kena bayar THB6084.00. Hotel ni ada restoren halal ya. Jadi usah risau. Standard hotel, okaylah pada saya. Don’t expect 5 bintang punya. Hotel ni kelihatan agak lama. And if ada orang buat bising kat luar,memang bleh dengar dalam bilik. Yang pasti, ada swimming pool. Seronok lah bambam saya boleh terjun tiruk dalam kolam. Saya berkongsi ber3 dengan sibambam. Yang lain lain masing2 sebilik berdua. Dah besar, takleh nak campur sebilik ngan ibu ayah sangat.


Di hadapan hotel

Dah check in, kami rehat rehat dulu. Asben pun penat drive semalaman. Janji ngan anak anak, kul 0400 nanti kita kluar cari dinner lak. Saya plan nak bawak diaorang gi makan kat Khlong Hae Seafood Buffet Restaurant. Memang penat sungguh semuanya. Sementara yang lain berehat, saya sempat ber wasap dengan driver tuk tuk. Buat arrangement untuk besok. Since kami takmau drive, kami plan sewa tuk tuk je. Harga diberi THB1500. 00 untuk satu hari. Bermula jam 0700 pagi – 0900 malam. Saya setuju sahaja sebab masa 1st time datang dulu, kami sewa sebuah tuk tuk THB1400.00 tapi tak sampai 1 hari pun.



Jam 0400 petang kami kluar semula. Saya terus google map ke Khlong Hae Seafood Buffet Restaurant. Alhamdulillah sesampai di sini orang belum ramai lagi. Maka bolehlah kami makan dengan tenang. Tidak seperti saya datang sebelum ni. Jenuh menunggu meja, juga banyak makanan yang sudah tiada. Hari ini memang meriah sungguh kat restaurant ni. Macam macam ada.



Hampir 2 jam juga kami berada di restaurant ni. Orang semakin ramai. Yang berbaris menunggu meja juga  sudah ramai. Actually buffet ni, sapa yang makan banyak, memang berbaloi baloi. Asben saya sudah tidak mampu makan banyak2. Anak anak saja lah. Itupun yang sikecik tu asik togok air jer. Almaklum bermacam macam jenis air ada. Untuk buffet ni, kami mengambil set THB289.00 per pax. Bermakna kami boleh ambil semua yang kami mahu. Daging, seafood, sayur sayuran, dan pelbagai makanan yang ada. Sebelum ni, saya dan kawan-kawan mengambil set THB179.00 per pax. Yang ni cuma boleh ambil daging dan sayuran sahaja. Juga makanan di sebelah dalam. Seafood tidak dibenarkan sama sekali. Begitu juga makanan yang di bahagian luar.Untuk ber7, kami membayar THB2000.00 sahaja. Ada diskaun katanya, sebab anak saya masuk category kanak kanak walaupun badan macam remaja.

Selesai makan, kami menuju ke Asian Market pula. Sempatlah merembat passport holder, jacket, jam tangan souvenier dan beberapa tshirt. Masa sedang menunggu passport holder siap, tiba tiba baru perasan anak no 4 takde. Kami berpatah ke kereta, dia takde juga. Fuhhh…dah cuak saya. Tp asben relak je. Dia kata, dah besar, pandailer…hadoi…memang relaks sungguhlah dia. Kita ni risau. Yelah, walaupun dah besar…ishh..nauzubillahbizzalik…ini kat tempat orang kut. Kat negara sendiri pun kita risau. Pi la pusing carik kat dalam Asian Market tu. Orang meremut kut. Mana nak terjah.  Masa tu, masing masing ada hp, tapi tak beli simcard pun. Pusing pusing juga cari, sambil sekejap ke kereta, sekejap ke market. Lastly, nampak dia datang menuju kereta. Alhamdulillah, lega. Terus balik semula ke hotel. Hari pun dah beransur gelap. Si kecik dah sibuk nak mandi kolam. Maka ditemani abang abangnya, pergilah dia terjun tiruk dalam kolam. Saya berehat rehat sahaja di dalam bilik. Sebelum tidur, sempat berpesan kepada anak anak, esok jam 0700 pagi, tuk tuk akan datang ambil di hotel. Jangan lewat. Sebab saya plan nak breakfast di Dimsum Chabura.

End of Day 1