Tuesday, 3 October 2017

Accommodation in South Island, New Zealand

Kiwis Nest Backpackers And Budget Accommodation (Day 1)

Penginapan pertama saya memilih Kiwis Nest  untuk penginapan kami di Dunedin. Cuma untuk satu malam sahaja. Saya membuat tempahan melalui booking.com. Semasa saya membuat tempahan untuk Kiwis Nest ni, saya memilih 4 Bed Mixed Dormitory Room. Sebabnya bila sampai di Dunedin, orang tu bagi 6 Bed Mixed Dormitory Room...haiyaaa...saya kah yang tersilap...mati mati dok cakap ke dia, siap tunjuk lagi cofirnmation booking masa booked tu saya pilih 4 Bed Mixed Dormitory Room. Dia kata takde 4 Bed Mixed Dormitory Room. Well, knowing me, saya jenis malas nak banyak cerita. So saya tanya, ada bilik lain tak. Dia kata ada satu Family Room kosong, kalau nak, kami kena bayar extra for two beds. Kena bayar extra another NZD50.00. Saya tak kisah, janji tidak perlu bersama-sama lelaki tampan didalam satu bilik...hehehhe


Kiwis Nest senang jer nak cari sebab betul betul sebelah main road. Just set GPS coordinates. Nak parking kereta, di tepi tepi jalan je. Kena tanya owner, kat mana boleh park. Kami aritu, park di bahagian belakang.

Nampak dak...dlm confirmation booking

I have no any other complaint pasal accommodation ni. Cuma yang tu jer lah. Kiwis Nest ni macam sebuah rumah yang mempunyai banyak bilik. Kami dapat bilik bahagian belakang, dekat dengan kitchen. Kitchen dan bathroom ada di bahagian bawah dan juga di tingkat satu.  Kami prefer tingkat satu, sebab yang bahagian bawah tu agak tersorok. Sereeemmm memalam hari hahahaha. Bilik kami kami agak isolated. Nak masuk main building kena lalu satu pintu. Kalau nak ke bahagian atas, senang xyah masuk main building. Ikut tangga bahagian belakang je. Untuk bahagian atas, jam 9.00 malam dah tutup ya.

Dalam bilik yang kami dapat ada 3 bunk bed, sinki, heater, fridge dan tv. Towel juga disediakan di dalam bilik. 

Family Rooom. Exactly the same. Bedsheet je lain. Sebelah dalam ada lagi 2 bunkbed.


Exactly macam room yang kami dapat. Tp arrangement lain sikit. Kami dapat semua bunk bed with TV, Fridge and Sink. Yang ni ada queen bed plak.  Susunan heater dan tv, sama je. Dengan bunk bed, ruang luas sikit. Dalam gambar ni nampak sempit.


Satu lagi shared kitchen

Dari segi kebersihan, memang bersih. Toilet, bilik air, kitchen (yang bahagian atas lah ye). Bahagian bawah saya tak tengok sbb kami tak masuk. Masa kami menginap di sini, maybe tak ramai kut. Sebab kami cuma nampak kami jer yang guna semua facilities dalam ni...hahaha. Wifi superb. Lenjan selagi mahu...heater pun best, baju jadi garing ler letak kat heater. 

**Notakaki: Gambar ceduk semua dari Kiwis Website. Saya ada mmbil gambar, tapi jenuh cari tak ingat letak dlm memory card mana satu ntah...

Te Anau LakeView Holiday Park & Motels (Day 2)

Penginapan kedua, saya membuat tempahan melalui booking.com juga. Agak terkilan sedikit, sebab saya terlupa nak baca hotel policies. Tiga hari selepas saya membuat tempahan (kalau tak silap), pihak property telah menolak harga bilik dari credit card saya. Masa tu masih ada 9 months sebelum tarikh travel. And saya sebenarnya masih lagi berpikir pikir untuk menukar bilik kepada harga yang lebih murah. Well, macam biasa, saya redha sahaja. Actually boleh je saya kensel the room and cari  yang lain. Tapi kena bayar cancellation cost. Tu yang xnak tu. Saya memikirkan, kekonon nanti nak murah, sebaliknya kena penalti charges pula...baik xyah. Ralat sebab kami cuma sampai untuk tidur sahaja. Bilik cantik sudah. Tak sempat nak menghayati dengan lebih lama kerana sampai sudah malam dan kluar di awal pagi.

Untuk bilik ni, saya menempah Two-Bedroom Bungalow with Private Bathroom. Satu bilik with Queen Size Bed. Manakala yang satu lagi 2 single bed. Masuk je trus nampak katil. Di tengah tengah adalah bilik air. Consider kecil jugalah bilik ini. Untuk facilities yang lain, masih kena berkongsi seperti kitchen dan juga laundary.

Gambar dari google

Kami mendapat bilik mengadap tasik. Sesungguhnya tidak dapat menghayati kerana hari sudah gelap di sulami hujan renyai renyai. Free parking. Betul betul park depan cabin. Internet tidak mengecewakan. Dari segi kebersihan, sangat bersih. Kemas dan selesa.  





Absoloot Value Accommodation (Day 3 - 5)

Penginapan yang ketiga adalah di Queenstown. Untuk penginapan di Queenstown, saya memilih Absoloot Value Accommodation. Banyak kali juga saya booked, cancelled, booked, cancelled...hahaha. Budget travellers. Nak murah tapi dan selesa...haru sungguh.

Di Absoloot Value Accommodation, saya memilih Single Bed in 4-Bed Dormitory untuk dua malam. Bilik kami di tingkat 3. Tawakal juga masa memilih tempat ini. Walau bagaimanapun, berbaloi memilih Absoloot Accommodation ni. Lokasinya betul betul dalam pekan Queenstown. Dan bersebelahan dengan Tasik Wakatipu. Dari bilik juga kami dapat melihat Tasik Wakatipu. Dari kitchen, view memang awesome. Sambil breakfast or lunch, sambil menghayati keindahan tasik dan The Remarkables. Untuk ke Skyline Queenstown, kami hanya berjalan kaki.

Bilik yang kami dapat - gambar dari booking.com

Dapur yang harus di kongsi berada di tingkat 2. Agak kecil jika terdapat 15 orang didalamnya. Biasa kami turun awal pagi, so memang tiada sesiapa. Aman saja menggunakan segala facilities yang ada. Dapurnya kemas. Setiap barangan makanan, harus diletakan didalam bekas yang disediakan. Kami mengelakan dari menggunakan dapur pada waktu malam. Penuh sesak. Laundry pula di tingkat bawah sekali. Kena bayar NZD2.00 untuk mencuci, dan NZD4.00 untuk dryer. Lift boleh memuatkan seramai 4 orang with luggage. If lebih dah jadi sempit. Jadilah...dari takde lift. Jenuh plak nak mengangkut naik ke tingkat 3...hahahha. Wifi superb. Lenjan selagi mahu. And best juga, sebab plug charging betul betul dekat katil. Setiap orang ada plug sendiri. Tak perlu berkongsi kongsi.

Kitchen

Breakfast sambil layan view Lake Wakatipu

Omarama Top 10 Holiday Park (Day 6)

Disini pada mulanya kami menempah Deluxe Standard Cabin with shared facilities. Segala galanya kenalah berkongsi. Kekonon nak jimat kan. Tetapi sesampai di sini, bila ditawarkan bilik motel with 1 bedroom complete with kitchenette dan private bathroom, maka kami tidak menolak lagi..hahha. Tiba tiba malas plak nak sharing sharing ni kan..hahhaa. Sungguh melegakan dan menggembirakan. Bilik sangat cantik. Katil sangat empuk dan keadaan motel sangat bersih. Heater juga sangat bagus. Terasa berada di hotel 4 bintang. Haruslah membayar harga lebih sedikit ya. Since masih dalam budget, kami terima.

Katil kat ruang depan

Katil dlm bilik. Sebelah ada bunk bed

Sebenarnya bilik motel ini boleh memuatkan serama 6 orang kerana terdapat 2 queen size bed dan 1 bunk bed. Kiranya datang ber6, bolehlah memilih bilik ini. Complete dengan dapur, peralatan memasak, pinggan mangkuk dan utensil. Hair dryer dan iron pun ada.

Lake Tekapo Motels and Holiday Park (Day 7)

Penginapan seterusnya adalah di Lake Tekapo Motels & Holiday Park. Disini juga saya menempah 4 bed cabin with shared facilities. Berangan juga nak meng upgrade bilik, tapi malangnya tiada kekosongan. Cabin ni ada 1 bed queen size dan 1 bunkbed. Terdapat sebuah sofa, sebuah meja yang memuatkan peralatan memasak, pinggan mangkuk dan utensil. Juga sebuah heater dan satu plug sahaja....huhuhuhu. Heater tak terasa kepanasanya. Bilik sangat kecil. Bilik air dan dapur berkongsi. Dah kata shared facilities kan....Dapur agak kecil walaupun mempunya beberapa stove, microwave dan sinki.

**takde amik gambar, sbb bila masuk sini memasing macam...krikk...krikk...tempat ni cantik. Bilik pun okay....cuma kami je...hahaha..

Standard cabin with shared facilities
Untuk memasuki dapur dan juga memasuki kawasan ini, satu password diberikan. Yang menjadi masalah kitaorang, untuk ke bilik air...hahaha. Bilik air dan tandas pula atas unisex. Berjemaahlah lelaki dan perempuan menggunakan kemudahan didalam ni.

Shared kitchen and unisex bathroom

Kawasan besar, tapi tak banyak lampu jalan. Maka meraba rabalah kami dalam kegelapan sekiranya mahu ke bilik air dan  kami bergantung kepada cahaya dari motor home dan campervan yang berada di camp site disitu. Mujur juga ada handphone yang bertorchlight. Pada backpackers tegar dan kental, tiada masalah rasanya. Cuma pada orang seperti saya....jadi satu masalah. Berlainan dengan keadaan berkongsi di Kiwis Backpackers kerana segalanya di bawah satu bumbung.

Wifi pula, hanya 100MB per pax. Tak sempat malam berlabuh, internet data dah habis...hahaha. Yang best, parking hanya di sebelah cabin. Memang untuk kita yang menghuni di cabin tu. Tidak perlu berjalan jauh. 

**Nota:  Gambar google 

219 John Motels And Holiday Park (Day 8)

Penginapan terakhir di New Zealand adalah di 219 John Motels & Holiday Park, Christchurch. Penginapan di sini juga sangat memuaskan hati kami. Kami menempah 2 bedroom Chalet. Chalet ni boleh memuatkan 7 orang sebab ada 1 queen, dua bunkbed. I bunkbed tu bahagian bawah boleh tidor dua orang. Complete semua ada. Bagaimanapun, kami masih boleh menggunakan shared facilities dan password diberikan. 
  

Parking kereta sebelah chalet je. Tak perlu berebut rebut parking. Di masa masa sejuk begini, heater yang baik amat diperlukan. Dan heaternya adalah superb. 

Katil diruang depan

Dalam bilik


Diantara kesemua penginapan penginapan di atas, saya amat menyukai 219 Johns Motel & Holiday Park, Christchurch dan juga Omarama Top 10 Holiday, Omarama. Sangat sangat puas hati dengan bilik yang kami tempah di kedua dua tempat ini. 

Gambar gambar juga bleh tengok kat website 219 Johns


Big Hostel (Day 8 - 10)

Untuk penginapan di Sydney pula, saya memilih Big Hostel setelah membuat banyak comparison. Ikutkan takde banyak bezanya pun. Memola memilih Pod Sydney, Bounce Sydney, Macleay Hotel yang mana akhirnya saya memilih Big Hoste. Bilik yang di pilih, 4 bed dormitory with private bathroom. Ada dua bunkbed, 4 locker dan bilik air. Shower room agak kecil untuk orang yang berbadan besar. Saya beberapa kali berlaga dinding...hahhaha. Best disini kerana semasa booked, saya memilih room with breakfast. Meriah breakfast. Macam macam ada. Roti, susu, jem, cereal pelbagai jenis. So makan lah sepuasnya. Ketika disini, setiap orang akan mendapat satu card. Deposit AUD20.00 if tak silap. Klu ilang, deposit pun hilang. 

Bilik kami di tingkat 3. And kena naik beberapa anak tangga. Jenuh gak ngangkut trolley bagi. Wifi cuma ada di bahagian bawah sahaja diantar kitchen dan ruang rehat. Kat bilik, maka mengangalah  kami tanpa internet ye...kekekke. 

Gambar gambar leh tengok kat Big Hostel Website




No comments:

Post a Comment