18 September 2017 - Isnin
Awal pagi kami dah check out. Subuh subuh sepiee tu. Masa ni hujan masih lagi renyai renyai. Sebelum kluar, kami sempat prepared food untuk bekalan. Some of the food tu kami prepared masa kat Dunedin still elok, tak basi pun. Nasi pun masih elok…so bawak je. Lagipun ada serunding daging dan juga sambal gila Zu. Sambal memang giler betui. Pedas ya amat.
Di Te Anau kami memang tak dapat nak menikmati keindahan sekeliling. Sebab semalam sampai pun dah gelap. Keluar pun dah gelap. Kami just drop motel key kat box yang disediakan dan teruskan perjalanan ke Milford Sound. Kami punya cruise jam 09.40 pagi. Masa kluar tu memang gelap lagi, so just follow je GPS. Ada beberapa kali GPS bagi direction belok kanan, yang mana kami rasa mcm scary je nak ikut jalan tu. Masa tu pun saya tak perati sangat GPS lalu jalan mana. Estimated time arrival tulih kat GPS jam 0820 pagi. Tiba satu tempat, tiba tiba ETA kat GPS berubah jadi 1000++ pagi. Saya aci panic jap..ehhh..dah kenapa. And kami stop kat tepi, try guna pocket wifi untuk cari arah. Pocket wifi takdak line pulak…cesssss. Kami decided untuk patah balik. Bila patah balik, terasa jauh nauuu le pulak. GPS bagi direction, kami ikut jer. Pastu still kat GPS tulis ETA jam 1000++ (tak ingat exactly kul braper). Memasing cuak, sbb Milford Sound Cruise dah beli woo..kang naya. Bila patah balik terasa jauh, check balik route. Masa ni dpt line…tengok kat google maps, macam berpusing pusing jer arah. Pastu baru saya perasan, nak ke Milford Sound ni kena ikut State Highway 94. Jalan yang kami lalu tadik dah betul dah. Tatau kenapa GPS tiba tiba berubah ETA. Mongok tul rasanya….driver dah bengang je masa ni….…hahhaa. Allloooo...masa ke Kaka Point aritu sesat gak. Ai dan yang lain okay je walaupun masa tu dah sesat kemana mana. Takde nak salahkan sapa sapa pun….
Maka kami teruskan perjalanan melalui State Highway 94. Sepanjang perjalanan, view sangat cantic walaupun cuaca gloomy. Kadang sampai satu tempat, ada sedikit matahari, sampai satu tempat yang lain hujan renyai renyai. Adakalah nampak gunung ganang dan sungai. Adakala nampak hutan, pokok kiri kanan. Ada kala tanah lapang dikelilingi gunung ganang dan hutan. Semasa melalui Avalanche Area, subhanallah….lawa sangat pada saya. Gunung diseliputi salji kiri dan kanan. Tapi kami tak singgah….sbb mengejar masa. Driver pun dah drive ala ala F1 jer kami rasa…hahha. Takut ter miss Milford Sound Cruise. Semasa sampai d Homer Tunnel, perasan lampu hijau, so kami terus jer masuk. Keluar dari Homer Tunnel…masya allah….udahlah jalannya curam berliku liku….hujan renyai renyai lak tu. Rasa macam nak berhenti, tapi tak boleh…hhhahahha.
 |
| Macam icing sugar |
 |
| Homer tunnel dari jauh |
 |
| Homer tunnel |
 |
| Dalam homer tunnel |
 |
| Sebaik kluar dari tunnel |
Lebih kurang jam 0800++ kami sampai di Terminal Milford Sound. Masa ni tatau…kami terus je ke terminal. Rupanya kena park kereta di tempat yang disediakan. Parking yang ada di Terminal hanya untuk tour bus sahaja. So depa dropkan saya kat Terminal, yang lain patah ke belakang untuk park kereta. Saya nak masuk…laaa..rupanya lom bukak…hahaha. Bila pintu di buka je, saya terus ke kaunter Juicy Cruise untuk redeem ticket. Dia bagitau nanti pergi ke wharft no 5. Dah dapat ticket, tatau nak buat apa, sbb cruise start jam 0940 pagi. Saya ingat nak berpatah balik ke tempat parking kereta. Atleast boleh breakfast dulu. Tapi bertemu depa di pertengahan…hehe. Kami melepak je lah kat terminal ni. Sambil bawak bekal buah buahan seperti pisang dan epal. Juga air kopi dalam termos. Tengah lepak, tiba tiba kecoh…hahaha. Hmm… no komen la. Orang orang mainland…sabar jer lah. Kami dok berckp ckp…janganlah satu cruise. Tapi hampa….satu cruise gak rupanya..huhhuhuh.
Menurut voucher di ticket, check in 20 minutes prior to departure. Saya tertidur masa ni. Sedar sedar jam 0920 pagi…huhuhu. Cepat cepat kluar ke wharf no 5. Masa ni dah ramai le orang orang mainland tu dok kecoh kecoh. Siap nak bukak gate nak masuk. Sekali staff situ cakap..a bit delay. Please wait…haahaha. Saya tak kuasa nak berebut..sungguh. And saya pikir, akan ada je tempat duduk dalam tu..so why worry. Bagi je la mereka mereka tu semua naik dulu. Dekat dekat jam 0940 pagi baru bukak gate untuk masuk. Kami pilih bahagian luar. Sejuk giler….tp gigih xmau masuk dalam konon…hahhaha. So the journey started, maka memasing semua snap snap snap…..sambil tour guide dok membebel menceritakan tentang cruise ni. Sepatah haram kami tak dengar. Udahler riuh rendah ngan kaum kerabat tadik….
 |
| Collect ticket kat sini |
 |
| Tunggu kat dock ini |
 |
| Group hat tadik yang bising bising tu..hehehhe |
Layan gambar je lah ye. Cruise sampai ke hujung hampir-hampir ke Tasman Sea. Tapi patah balik ke belakang. Cruise mengambil masa lebih kurang 1.5 jam. Sebelum sampai terminal, cruise singgah kat Starling Waterfall and lalu dekat dekat situ. Merecik recik u...hahha. Those yang ready to get wet, sila lah ya. Saya idak. Masuk ke dalam. Tak kuasa nak bersejuk sejuk di luar. Then kami dapatler tengok sea lion dok melepak atas sea rock. Itu je lah kut. Pusing pusing kat tasik and patah balik ke terminal.
Sampai je di terminal, kami terus ke parking kereta. Masa ni pun dah tengahari. Kami decided bukak bekalan dulu. Cari tempat untuk lepak, and bukak bekal. Angin kuat hampir terbang makanan kami. Dapat makan..perghhh…..kenyang. |
| Melalui jalan ni ke parking |
 |
| Bukak bekal |
Dah kenyang, kami teruskan perjalanan untuk ke Queenstown. On day way tu, kami singgah lah kat Avalanche area tu. And singgah merata la yang tatau nama apa sepanjang State Highway 94 tu hehhe..hinggalah ke Te Anau.  |
| Mencari toilet |
 |
| Yang bumbung merah tu |
Dalam jam 0400 petang kut, kami meneruskan perjalanan Queenstown Mossburn - Mid Dome - Athol - The Devils Staircase. Tapi tak stop pun. Sebab apa eh...hahahha. Sbb cuaca tak berapa nak bagus. Kelabu je. Macam dah nak malam. Hujan renyai renyai on and off.
 |
| The Devil Staircase |
Kami sampai di Queenstown dah gelap. Berpandukan gps, terus ke Absoloot Value Accommodation. Betul betul dalam town. Dan belakangnya adalah Lake Wakatipu. Sampai disini kami dapat bilik di tingkat 3. 4 bedded room with private bathroom. Ada peti ais dan locker juga tempat menggantung pakaian. Lift kecik, muat muat je 4 orang dengan luggage. Kitchen kat 2nd Floor. Kami park kereta kat depan hostel ni dan keluarkan barang barang semua. Pastu tanya orang kat kaunter tu kat mana nak park kereta sebab ruang depan tu memang ada dua parking je. Dia tunjuk area mana nak parking. Ada yang berbayar, ada yang pree. So kami opt for pree le..heehe. Dah antar barang naik atas, saya ngan Zu pergi carik parking. Jauh gak nak park tempat pree. Parking pree ni tepi tepi jalan je, tapi jangan park kat tempat yang bertanda biru dan kuning. Boleh park kat tempat garisan putih yang xde petak. Garisan putih tu memanjang jer. Pusing punya pusing..last last kami park kat atas bukit...45 degrees punya bukit hahahha. Jenuh mencanak naik. Masa nak turun macam mengelongsor lak. Dah park, kami jalan kaki about 5 minit kut nak ke hostel.
Dah settle punggah barang semua, saya ngan kak zu turun ke kitchen nak tengok apa yang boleh kami buat. Tapi punyalah ramai nya kat dlm kitchen tu. Jadi crowded dengan bau masakan masing masing..huhuhu. Pening jap. Tiba tiba ada orang sapa kitaorang. Cakap melayu plak tu..hahahha. Chinese Malaysia rupanya. Mereka 4 sekawan...dalam middle 40s - 50s kut. Geng geng pak cik kiah. Kami pompuan geng mak kiah...hahaha. Seronok sembang sembang, tp saya ngan kak zu tak lama dalam tu. Sebab pening bau macam macam masakan. Kami ambil air panas je. Masak maggi ngan sup je lah jawapnye. Pastu makan roti yang ada.
Best bilik ini, sebab kat katil masing masing ada plug untuk charge handphone dan segala bagai menda nak di charge. Masa kami tengah sembang sembang, sekali dengar bunyi orang ketuk bilik sebelah...hahaha. Kami cepat2 diam. Bilik tak kalis bunyi kut. Lepas tu dah semua bercakap berbisik bisik..hahaha. Risau juga...nanti orang komplen kan. Teringat masa di Western Australia, kami terjaga jam 0400 pagi. Pastu bersembang tak hengat. Kena tegur ngan orang bilik sebelah...haruuu.
Dah makan dah selesai apa patut, kami tidor je lah. Apa lagi nak buat. Tak ingat weder kami kluar ke idak malam tu. Rasa macam idak jer. Plan esok, nak explore Queenstown jer. Takde kemana-mana.

No comments:
Post a Comment