Friday, 13 October 2017

Road Trip to South Island, New Zealand - Day 1

15 September 2017 - Jumaat

Flight ke Sydney jam 1140 malam 14 September 2017. Saya sampai awal sangat ke KLIA. Kekonon sebab takut long queue. Then Zu sampai, Kak Zu dan Lina. Kami check in terus. Xde nak tunggu tunggu. Kat dalam baru cari makanan. Cukup masa, flight take off. Kami mintak makanan awal. Lepas makan, isi borang apa yang patut, kendian tidur....lena. Sedar-sedar captain announce dah nak sampai...tapi kami rasa macam tak sampai sampai...hhahahaa. Sambung tidur....bila dah betul betul nak landing, baru kami bangun. Tidur tidur ayam juga benonyer.

Jam 0950 pagi 15 September 2017 (waktu Sydney) kami landed safely kat Kingsford International Airport di Sydney. Masa dalam flight kami dah isi form segala bagai untuk declare segala barangan makanan dan ubatan yang kami bawa. Since kami in a group, maka masa sampai imigresen pun, dia panggil semua sekali. Mula mula tanya where are you staying in Australia. Kami kabo kami transit sahaja. Flight petang nanti ke Christchurch, New Zealand. And dia minta tengok flight ticket ke New Zealand. Everything smooth je. Takda banyak soal sangat. Luggage pun depa tak check or scan. Depa suruh masuk lorong yang ditetapkan, then kami kena berbaris beramai ramai. Lepas tu, depa bawak anjing hidu......hidu..hidu..hidu...... Alhamdulillah takde masalah.


Tunggu luggage

Keluar dari arrival hall, diskas punya diskas, depa kata takmau pegi Sydney Centre. Actually kalau ikut dalam itinerary plan nak ke Circular Quay. Pastu kami macam aci kedekut gitu kan...hahha. Nak simpan luggage, kena duit lagi. Nak amik train ke Circular Quay return AUD32.00. Duit lagi...kedekut tiba tiba. So kami decided nak stay kat airport je. Lepak for 6 hours...huhuhuhu. Teringat pengalaman lepak kat Gimpo airport masa nak ke Jeju Island tahun 2015. Tapi kat Sydney ni takde terasa sangat. Cuma badan jadi agak letih. Kami ronda ronda dalam airport je. Siap pergi cari tempat charging handphone. Memang sedap laaa lepak kat sini.........sbb wifi free...

Harga untuk simpan luggage....kedekut dak..hahhaa

Kami memola mengopi dulu kat Velocee Expresso...memang tertulis Halal. So kami yakin je. Betul betul kat arrival hall.. Masuk waktu zohor, kami gi solat kat prayer room kat tingkat 2. Jamak dan Qasar terus. Kecik jer bilik ni. Tapi okay la. Prayer room ni untuk kegunaan semua. Lelaki dan perempuan. Masa nak jamak maghrib dah isyak, yang lelaki berjemaah kat hadapan. Kami pompuan, idak ikut berjemaah pun..hehhe.

Nampak dak tanda Halal

Prayer room


Sahara Grill

Beli 2 pack kat Sahara Grill, kongsi ber4

Kat airport Sydney juga ada beberapa restoran halal. Antaranya Sahara Grill dan juga Taste of Thai restoren. Memang ada perkataan HALAL. Pukul 5, kami check in luggage. Lepas checked ini, kami dinner dulu kat Sahara Grill. Then kami masuk boarding gate. Masa nak keluar dari Aussie ni, memang ramai orang and imigresen strict sungguh. And depa juga check randomly. Masa taim saya, saya kena masuk bilik lutsinar, kena kangkang sikit kaki, angkat tangan ke atas. Dan macam orang apa dah. Macam pesalah dari mana kena buat gitu. Zu, Lina ngan Kak Zue memang ketawakan saya. Patut amik gambar depa kata. Dah lepas tu, depa ingat saya pakai boots. Actually memang boot, tp pendek. Are you wearing boots. Maka saya angkat sikit seluar saya tunjuk kasut. Mujur tak disuruh bukak. Kluar dari situ, kena search body plak....padahal dah scan seluruh badan dah masa dlm bilik lutsinar tu. Masa nak search badan ni, pegawai lelaki tu tak mau buat. Memang tak boleh pun kan...so kena panggil staff pompuan dan terpaksalah saya menunggu. Masa tu depa ber3 dah lepas dah. Bila saya dah lepas, kena panggil balik. Scan thru badan dan juga hand carry guna peralatan lain plak..huhuhu...haru sungguh. Saya jadi cuak, sebab teringat masa kat Incheon Airport. Hat tu lagi haru...kena bukak baju trus. Actually yang lain pun kena procedur yang sama. cuma mereka lebih cepat dari saya.


And nak ke gate pulak....jauh juga. Saya lupa gate braper. Boarding pass dah buang...hehhee.  Dah rasa macam kat KLIA2 pulak. So, nasihat saya, if masuk berlepas dari airport Sydney, better lah masuk awal. Boarding on time. Dan sekali lagi, kami tidur sahaja dalam flight. Badan agak letih juga sebenarnya. Ke NZ kami memang x amik food pun. Perjalanan dari Sydney, Australia ke Christchurch, New Zealand adalah 3.5 hours. Time difference Aussie dan New Zealand adalah 3 jam. Malaysia ngan New Zealand adalah 4 jam. So berlepas dari Sydney jam 7.40 malam waktu Australia ( 6.40 petang waktu Malaysia). And sampai Christchurch jam 12.50 malam waktu New Zealand (lebih kurang 03.50 pagi waktu Malaysia). Orang kat Malaysia sedap nyenyak tidor. Kami bersengkang mata kat epot.




No comments:

Post a Comment