Tuesday, 17 October 2017

Road Trip to South Island, New Zealand - Day 6

20 September 2017 (Rabu)

Queenstown - Glenorchy - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Lindis Pass - Omarama

Prepare breakfast dan bekalan dulu

Check out. Hari ini cuaca nampak sangat cerah. Saya dan Kak Zue pergi ambil kereta, suruh Lina dan Zu siap siap kat hostel. Kami park agak jauh, sbb nak pree kan. Jenuh gak nak mendaki bukit hahaha. Mencungap cungap dibuatnya. 

Zu dan Lina dan siap tunggu, kami masukkan barang and start our journey go Glenorchy. Stop kejap tepi tasik wakatipu untuk ambil gambar. Sepanjang ke Glenochy ni, kami melalui tepi tasik. Dan mcm biasa, pemandangan adalah gunung ganang, bukit bukau tasik dan biri biri. Sapa drive ye arini..hahhaa. Short term memory lost. Saya kut.



Jernihnya air. Batu dan kerikil pun leh nampak




Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Sampai kat Glenorchy ni tercari cari gak kat mana rumah berwarna merah bata tu.  Takde clue langsung. Mujur Zu ternampak kat bahagian sebelah kiri. Kami cari kawasan untuk park kereta....dan start ambil gambar. Tak lama sangat kat sini pun. Sbb perjalanan masih jauh lagi.






Dari Glenorchy kami berpatah semula ke Queenstown dan meneruskan perjalanan ke Arrowtown. Konon konon nak melihat historic town kat Arrowtown. Tapi tak singgah pun. Lalu je sekejap. pusing pusing dan terus ke Cromwell.  On the way ke Cromwell, kami nampak Kawarau Gorge Suspension Bridge. Tak plan pun. Tapi since dah nampak, kami singgah lah kejap. Tengok orang buat bungy jump. Tengok je...hahahaha.

Kawarau River

And di Cromwell, kami cuma singgah di Jone's Fruit Stall. Murah murah...gila menengok macam macam jenis buah yang ada. Masa ni ramai tourist dari China Mainland....huhuhuh Dah beli buah, makan icecream. Takde nak explore apa pun.....





Dan teruskan lagi ke Wanaka. Singgah sekejap kat Wanaka Puzzling World. Tapi tak masuk pun. And kami nampak signboard ke Lavender Farm. Masuk juga...tp lavender belum berbunga...hahaha. And akhirnya sampai juga ke Wanaka. Masa ni dah lapar....and Kak Zu plak nak solat. So kami just stop depan tasik wanaka tu. Terkial kial cari parking, sebab not sure whether le parking ke idak. Nampak sigboard biru dengan no 30, 60, 180. End up kami park je sbb jenuh juga cari parking machine, tak nampak nampak. So kami makan dulu sambil menikmati keindahan tasik. Saya ingat nak cari juga Lone Tree tu...tp hari macam nak mula nak redup. Risau sampai Omarama lambat. So kami decided, takyah lah cari. Kami teruskan ke Omarama.





Ntah merata rata je kami singgah sepanjang laluan. Nak ke Omarama, kena patah balik ke belakang, and singgah kat Tarras. Sebab....banyak biri biri dan lembu je. Excited tengok putih kecik kecik dan hitam hitam multicolor atas ladang.......hahahah. Mengong. Ke New Zealand ni, enjoy je view. Pakkal hakak tak pandai ambil gambar jer. So hasil-hasil tak berapa menarik. Kena gi sendiri, lihat lah betapa cantiknya.





Untuk sampai ke Omarama, kami melalui Lindis Valley. Subhanallah...cantik walaupun gunung ganang sahaja. Memang kita drive dicelah celah gunung. Depan belakang, gunung sesaja. Bila tengok depan, macam nak masuk gunung. Ke depan lagi gunung. Kami singgah juga kat few places...scenic area reserve untuk bergambar. Tak reti nak ucapkan. Tengok lah sendiri. Since kami tak pandai ambil gambar, so nampak tak cantik. Tapi kalau tengok sendiri. lebih cantik dari dalam gambar.



Dah agak petang, kami sampai di Omarama.Top 10 Holiday Park. Masa sampai kat sini, orang tu cakap. kami booked cabin for 4, Dua katil is ready. Dua lagi belum and kena tambah another NZD untuk linen. Sebenarnya masa booked aritu, memang ada mention kena pay extra untuk linen. Tapi masa tu kami macam tak kisah....xpalah. Bila sampai situ, dah mcm penat kan....pastu dia dok promote, ada satu bilik, lengkap semua. Ada dapur, private bathroom, untensil bagi. Tapi kena tambah antoher NZD65.00. Pikir punya pikir, saya kata okay lah. Sbb cabin yang memola saya booked tu, shared facilities. 

Cabin kami

Bila masuk bilik...masya allah..lawa ko....huhuhu. Rasa macam dok hotel 4 bintang. Pergh...memang complete. Actually bilik tu boleh muat 6 orang. Sebab ada dua queen bed dan satu bunkbed.  Seronok sangat, sbb dah penat drive jauh jauh kan.....

Tu tempat nak masak simple simple


Katil bahagian dalam


Malam ni kami masak nasik. Sebelum tu Lina dan Zu kluar pi cari roti kat mart. Roti dengan butter sekali.  Kami tak kemana mana pun. Rehat saja dalam bilik. Masa ni saya tengah pening memikir..duit collection tak cukup. Rasanya semua perbelanjaan dan tulis...mana plak saya selitkan duit...hahaha.  Sampai sudah.....pastu baru tingat...hahaha. Duit accommodation kat Queenstown saya tak tolak lagi...patut lah x cukup. Hadoii...haru sungguh accountant tak bertauliah ni. Dah dapat, baru lega. Leh tido ngan lena...hehehhee....

Dah lupa apa dinner kami. Weder hat ini..hat yang bawah tu...

Ini apa yang kami makan masa kat Omarama




No comments:

Post a Comment