Persedian awal ke South Island:-
Travel Partner
Travel secara road trip, saya menetapkan bahawa kesemuanya mempunyai lesen memandu. Selain daripada itu mereka juga mestilah kental, boleh bekerjasama tanpa perlu di suruh dan di arah juga tidak bergantung semuanya kepada saya (penting pada saya). Saya mengajak 2 orang travel partner yang pernah bersama sama ke Perth dahulu (Kak Zue & Lina) dan kemudiannya seorang kawan yang pernah mengikut saya ke Korea (Zu). Alhamdulillah mereka mahu mengikut saya, memandangkan harga tiket agak mahal juga pada masa itu. Pada saya, walaupun saya pernah travel bersama sama dengan yang lain, bukan bermakna saya akan memilih orang yang sama. Saya memilih atau mengajak seseorang mengikut kesesuaian tempat. Ini adalah untuk mengelakkan perkara perkara yang saya tidak gemari dan boleh menimbulkan konflik bila bermusafir (berdasarkan pengalaman travel sebelum2 ni bersama kawan kawan). Terutamanya apabila perancangan itu banyak datang dari saya. Banyak dugaan bermusafir dengan kawan-kawan rapat ni. Kadang-kadang di Malaysia relationship sangat bagus. Tiba di tempat orang, lain jadinya. Dan bila balik dari travel, lain pula juga jadiknya. True colors keluar semua. Saya tak kata orang lah...sayapun mungkin sama juga. Ntah ntah siapa yang pernah travel bersama pun rimas ngan saya. Sebab tu ada yang di ajak takmau ikut hahahha. Tapi, itu tak jadi hal lah pada saya. Kadangkala, bermusafir dengan orang yang tidak dikenali atau tidak rapat, lebih mudah. Jadi, untuk road trip, saya perlu mengajak yang betul betul saya rasakan sesuai dengan tempat yang saya mahu pergi. Sebab itu saya tidak mempunyai travel partner yang spesifik. Saya akan bawa/ajak siapa yang saya rasakan sesuai mengikut tempat yang saya hendak pergi. Bukan hanya sekadar boleh masuk dengan kepala saya dan jiwa saya, banyak juga faktor lain yang saya ambil kira. (Itu kalau perancangannyer datang daripada saya lah). Tambahan pula, hanya berempat sahaja. Hari hari nak hadap muka 4 orang ni kan...kekkekke. If travel ramai ramai, mungkin lain keadaannya. Lagipun travel solo is not an option for me. Memang konpem saya takkan dapat pelepasan. Kerana itu saya perlu mempunyai teman untuk travel.
Dari Kuala Lumpur kami beli tiket KUL - SYD - KUL (Air Asia)
Dari Sydney pula SYD - CHC - SYD (Jetstar).
Visa
Since kami memasuki Australia, maka visa adalah satu kemestian. Macam biasa, kami beli melalui travel agent syarikat tempat saya bekerja iaitu Mayflower Corporate Travel Services Sdn Bhd dengan harga RM23.00. Saya minta Lina untuk uruskan visa.
Insurance
Kami memilih insurance AIG Malaysia Insurance Berhad. Insurance ini kami beli melalui travel agent Sedunia Travel. Lina juga saya minta untuk uruskan tentang insurance.
MakananSaya menetapkan bahawa makanan juga akan dibeli bersama sama. Dan jumlah perbelanjaan untuk makanan di bahagi sama rata. Antara makanan yang kami bawa: Beras, Nasi Impit, Serunding Daging, Sambal Ikan Bilis, Biskut, Mayonis, Maggi, Mushroom Soup, Kiub Tomyam, Kiub Ayam, Spageti, Instant Fried Noodles, Sardin, Tuna. Tugasan: Kak Zue dan Lina
Pakaian
Memandangkan kami berkunjung ke South Island, New Zealand ni pada hujung musim sejuk juga awal musim bunga, tentulah suhu masih lagi sejuk. Sesetengah tempat seperti di pertengahan jalan ke Milford Sound, masih terdapat salji yang belum mencair. Jadi jacket tebal adalah diperlukan selain dari keperluan keperluan yang lain. Kami membawa juga sarung tangan dan muffler juga untuk persediaan ketika kesejukan.
Luggage
Dengan AA, kami membeli 20 kg luggage termasuk makanan. Untuk Jetsar kami cuma membeli 20 kg luggage tanpa makanan. Yang mana sebenarnya, bagi pihak saya, 20kg tidak mencukupi..hahhaha. Maka untuk penerbangan AA dari Sydney - Kuala Lumpur, saya membeli another 5 kg untuk luggage. Tp kawan-kawan lain cukup je.
Pada mulanya tidak bercadang untuk menyewa pocket wifi. Tapi bimbang pula tidak kemudahan internet di NZ, maka kami bersetuju untuk menyewa pocket wifi. Saya mencadangkan POCWIFI. Urusan penyewaan secara online. Bayaran menerusi credit card. Tugasan: Zu
**Notakaki: Sebenarnya kemudahan internet mudah didapati terutama di tempat tempat penginapan di New Zealand. Ada yang unlimited, ada yang terhad dan ada juga yang berbayar. Dan pocket wifi juga adakala tidak dapat digunakan kerana ketiadaan servis perkhidmatan.
Penginapan
Saya lebih suka memilih booking.com sebagai medium pengantara untuk mencari tempat-tempat penginapan. Banyak pilihan lain, tetapi booking.com tetap pilihan saya. Sesuka hati nak pilih tempat, and sesuka hati juga lah kalau nak kensel and tukar yang lain...hehhehe.
Penginapan kami
Dunedin - Kiwis Nest Backpackers and Budget Accommodation (Dormitory Room - Shared Facilities) **but later change to Family Room
Omarama - Omarama Top 10 Holiday Park (Deluxe Standard Cabin - Shard Facilities)
**later change to Motel 1 Bedroom
**later change to Motel 1 Bedroom
Christchurch - 219 Johns Motels & Holiday Park (Two Bedroom Chalet)
Transportation
Saya memilih jalan senang, menyewa kereta dengan Shoestring Car Rental. Baca review, paling senang. Paperwork pun senang. Nak pulangkannya pun senang. Dekat ngan airport.
Itinerary
Untuk perkara perkara begini, biasanya saya yang uruskan kerana saya yang mengajak. Perancangan, tempat tinggal, hala tujuan saya yang tentukan. Travel mates ikut sahaja. But still, saya tanyakan if mereka ada tempat tempat lain yang mahu dilihat. Untuk road trip South Island ni, saya hanya menetapkan route yang kami harus lalui. Dan saya juga meletakkan tempat tempat yang menarik yang harus di lawati tatkala melalui laluan ini. Route yang saya pilih: Christchurch - Oamaru - Duntroon - Moeraki Boulders - Dunedin - Invercargill - Te Anau - Milford Sound - Queenstown - Glenorchy - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Omarama - Twizel - Mount Cook National Park - Lake Tekapo - Christchurh
Lain lain
Pesanan kepada kawan kawan yang bermusafir bersama sama....apa yang penting kerjasama ya. Tapi alhamdulillah mereka memahaminya semua. Ada yang jadik tukang masak, ada yang bersedia jadi driver, tukang cari jalan, tukang jadi tempat, tukang bagi idea nak masak apa. Tolong basuhkan baju pun ada...ehhehhe.. Thank you to all my travelmates.
Itinerary
Untuk perkara perkara begini, biasanya saya yang uruskan kerana saya yang mengajak. Perancangan, tempat tinggal, hala tujuan saya yang tentukan. Travel mates ikut sahaja. But still, saya tanyakan if mereka ada tempat tempat lain yang mahu dilihat. Untuk road trip South Island ni, saya hanya menetapkan route yang kami harus lalui. Dan saya juga meletakkan tempat tempat yang menarik yang harus di lawati tatkala melalui laluan ini. Route yang saya pilih: Christchurch - Oamaru - Duntroon - Moeraki Boulders - Dunedin - Invercargill - Te Anau - Milford Sound - Queenstown - Glenorchy - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Omarama - Twizel - Mount Cook National Park - Lake Tekapo - Christchurh
Lain lain
Pesanan kepada kawan kawan yang bermusafir bersama sama....apa yang penting kerjasama ya. Tapi alhamdulillah mereka memahaminya semua. Ada yang jadik tukang masak, ada yang bersedia jadi driver, tukang cari jalan, tukang jadi tempat, tukang bagi idea nak masak apa. Tolong basuhkan baju pun ada...ehhehhe.. Thank you to all my travelmates.
No comments:
Post a Comment