Thursday, 19 October 2017

Road Trip To South Island, New Zealand - Day 8

22 September 2017 - Jumaat

Lake Tekapo --> Christchurch

Hari ni hari Maal Hijrah. Kebetulan hari jumaat juga, kami berpakat untuk pakai baju kurung untuk hari ini. Awal pagi, kami mandi manda dulu. Rasanya kami paling awal masuk bilik air kut..hhehhe. Saya ni memang jenis, takmau lambat. Sebab saya sangat slow. If saya buat lambat, maka saya akan jadi orang terakhir. Saya tak suka orang tunggu saya. Biar saya tunggu orang takpe. Since tak ramai, mandi puas puas. Cumanya air panas hanya untuk 6 minit sahaja kalau tak silap saya. Risau tak puas mandi selama 6 minit tu..hahhaha. Mujur puas. Sempat cuci rambut lagi.

Depan tasik

Kami breakfast ala kadar je. Dan keluar pun agak lambat juga. Hari ini giliran kak zu yang drive. Zu yang startkan enjin kereta siap siap. Maka kami bergambar dulu depan cabin kami, and start the journey. Keluar dulu dari kawasan yang ada pass code tadi, untuk jalan jalan tepi tasik dulu. Sampai kat tepi tasik. dan park kereta and nak lock, tiba tiba semua tanya...Mana kunci kereta....hahaha. Haru lah weyy...kereta tu pakai starter. So kalau kunci ada dekat, kita start enjin berbunyi le. If dah takde kunci, bila matikan enjin, bukan leh start balik....kelakar tul. Memasing cuba ingatkan satu persatu. Then kami remember yang kami letak kunci atas beranda tepi tangga cabin. Saya ngan kak zu patah balik kat cabin pergi ambil kunci kereta. Mujur ada...hahhahha. If takde, memang haru. Caner gaya nak start enjin. Bukan ada kunci pendua lak tu...kekkek. Kelako tul. Ye lah..yang start enjin kereta orang lain, yang drive orang lain. Udah memasing tak ingat sapa pegang kunci.

Pemandangan depan cabin

Cabin cabin yang ada

Kami depan cabin

Kami singgah sekejap je tepi tasik ni. Masa tu matahari baru nak naik..jadi ambil gambar mengadap matahari. Cuaca sangat cerah. Cantik melihat tasik membiru. Aman damai sahaja kawasan ini. Dah puas bergambar, kami mencari Church of Good Sherperd dan The Collie Sheep. Masa sampai kat sini, ramai tourist. Ada juga dari Indonesia (dengar dari percakapan mereka) dan juga China. Haishh..jumpa orang yang sama.


Kat sini pun tak lama sangat. Ambil gambar mana yang patut. Sebab orang ramai...so jangan berangan ler nak ambik gambar tanpa tuna photo. Ada jer yang menyelit..hahaha. Since kami bukan pro ambil gambar..janji ada je lah. Yang penting, segala terpahat dalam memory. Dah sampai sini pun dah sangat baik.


Church of Good Sheperd

Church

Collie Sheep

Church

Kami meneruskan perjalanan ke Christchurch. Awal juga kami bergerak ke CHC. So memang santai abis, sebab takde plan nak ketempat lain. Saya mula meraban jap. Ajak ke Akaroa le, Rakaia River le...merepek repek. Tu semua takde dalam itinerary. Tapi just put dalam list if sempat kami pergi. Saya tak letak itinerary pack sangat. Ikutkan semua nak tengok...tp kita pilih mana yang mampu. Janji hot spot dapat pergi. Tempat rare tu, maybe lain kali. 

Since tak rush sangat, kami meraban amik jalan ikut ke Mount Somers. Kekonon kut lah dapat tengok tempat shooting Lord of the Rings. Nak terus ke Mount Hut and Castle Hill. Pastu kami tengok, scenery sekeliling biasa jer. And nak sampai pun agak jauh. Takut kebosanan dan kepenatan (yang benonyer memang dah penat...hahaha)..sampai kat Mayfield, saya kata, kita waze trus ke Asbhurton. Cari jalan singkat untuk ke Christchurch. If sempat kita ke Akaroa, kata saya. Travelmates menurut perintah...hahha. Kat Mayfield kami singgah sekejap tepi jalan. Mayfield ni pekan kecil je. Kami cari toilet dulu. Masuk satu kedai antik shop. Tapi rega...hmmmm...xplah..hahhaha. Menarik juga barang barang dalam antik shop ni. Then nampak ladang lembu...bergambar ngan lembu pun jadik. Orang kata, lembu suka warna merah. Tapi kenapa lembu nampak saya pakai baju merah, lembu lari. Bising memasing bau lembu busuk. Nak sangat gambar lembu kan..hahaha.

Excited nampak lembu


Kami melalui Ashburton -- Rakaia -- Rolleston. Since waktu check in belum lagi, saya ajak singgah sebentar di Park n Save cari sayur-sayuran. Dah settle, kami menuju ke 219 Johns & Motel. Hujan renyai renyai masa ni. Tak jadi lah ke Akaroa nampaknyer.  Masa nak cari motel ni pun, gps kata dah sampai, tapi jalan yang kami nak lalu tu takleh nak cross ke sebelah kanan. Mujur driver terrer..hahhaa. Jalan tu jalan sibuk lak..haiya...kami drive sampai ke depan and uturn. Nak uturn pun satu hal juga, kena tunggu jalan clear. Sabar je lah. Busy juga jalanraya kat Christchurch ni. 

Sampai motel, owner takde. Kena ding dong ding dong dulu and tunggu sekejap. Dia sampai, bagi kunci, bagi pass code untuk masuk ke shared bathroom. Actually tak bagi pun takpe. Tapi dia kata, just incase. Actually cabin yang kami booked tu memang complete. Private bathroom, kitchennette, utensil pinggan mangkuk semua ada. Mana tau kut ada  yang nak terkucil dua orang pada masa yang sama. Laundry tutup jam 0900 malam katanya. Kami letak barang, solat dulu and buat apa yang patut...semua dah malas. So takyah lah ke Akaroa. Tadik pun dah memang xde nak pergi pun.

Dalam kawasan

Reception

Pemandangan dari cabin. Tu kereta biru betul2 sebelah cabin

Dalam cabin

Katil double

Katil twin 

Tengah dok lepak lepak, sekali Lina kata, mana nak cari lamb halal. Sebabnya dia teringat masa jumpa satu group chinese Malaysia kat Queenstown, depa ni dok tanya dah try lamb NZ ke belum. Uols should try. Lamb sangat sedap, katanya. Tu yang Lina dok teringat ingat...hehehe. Laju je masing masing menggugel. Zu jumpa satu kedai kat Christchurch. Maihan Supermarket & Halal Meat @ 303, Colombo Street, Sydenham, Christchurch. Masa tu dah dekat kul 5.00 petang. Maihan tutup jam 0530 petang. Pastu kami google maps braper minit nak sampai. Dalam 15 minit. Okay..jom siap. Dah petang petang ni, traffic boleh tahan gak. ETA kat GPS kejap kejap 15 minit,  pastu bertukar 17 minit..pastu tukar lagi..tukar lagi. Kami dalam kereta rasa macam nak tekan pedal...hahhaha. Alhamdulillah sampai just before 0530 petang. Masa ni ada orang lagi. Kami masuk and cepat cepat pilih lamb. Dah pilih, kami dok nengok nengok yang lain. Sebab banyak lagi barangan halal dalam tu. Orang tu kata dah nak tutup..huhuhuuhu. Masa tu ada kami ber 4 dan ada lagi satu group. Kami pun pilih cepat2 apa yang nak. Drive balik ke motel. Sampai motel, basuh lamb, Lina terus perap ngan cili paste dan kiub ayam yang kami bawa. Malam tu kami bakar lamb. Perggh...memang sedap. Berbaloi baloi berkejaran tadik.


Kami sempat singgah ke Masji An Nur di Christchurch ni. Masjid ni dalam kawasan perumahan sebenarnya. And saya rasa, satu lot rumah yang dibina masjid kemudiannya. Senang je nak cari sebab tepi jalan. Makan kami pun park kereta tepi jalan je lah.

Masjid An Nur Christchurch

Lamb sedang di bakar

Siap untuk di makan

Esok last day kat New Zealand. Kena pulangkan kereta juga. Flight kami jam 0530 petang. So ada separuh hari untuk jalan jalan kat Christchurch. Sementara kami sediakan makan malam, kak zu ngan zu pergi basuh kain baju. Alhamdulillah, kain baju kering...heater amat penting dan sangat berguna. Malam ni juga, kami kemaskan barang siap siap.

Ntah kenapa, sepanjang di New Zealand, sistem pembuangan saya cepat sangat. Bila nak membuang, macam takleh di tahan tahan. Mostly everyday. And mujur every morning...hahhaa. If not, haruuu. Malam tido lena. Actually bilik tu boleh memuatkan seramai 7 orang. Ada satu queen bed, 2 bunkbed. Satu bunkbed tu, double bed. Saya sebilik dengan Zu manakala Lina dan Kak Zu tidor sekatil. Tukar tukar ler pulok ya. Masa kat Omarama, saya sekatil ngan Zu. Lina dan Kak Zu dalam bilik berdua.

Tidur berselimut tebal juga. Lena dan nyenyak. Maybe badan pun dah penat. Otak pun dah penat...hmmm...travel lama lama...untuk orang dah berumur macam kami ni...mmg cepat penat kut...hehhehe. Travel sendiri selagi terdaya. Kut x daya sok sok..but still nak jalan jalan gak, kami cari ler travel agent. Travel sendiri ni boleh make your own time. Tak perlu nak rush kalau takmau. Lek lek je....




No comments:

Post a Comment