Thursday, 19 October 2017

Road Trip to South Island, New Zealand - Day 7

21 September 2017 - Khamis

Laluan hari ini --> Omarama - Twizel -- Lake Pukaki -- Aoraki Mount Cook National Park -- Lake Tekapo

Pagi ni breakfast siap siap. Bekal tetap ada supaya tidak kebuluran di pejalanan. Kami check out, isi minyak dulu. Masa nak isi minyak ni, ntah kenapa pam tu slow la sangat. Tapi saya keep pressing nozel tu. Pastu saya nampak owner kedai tu dok terjenguk jenguk saya kat luar ni. Ingat kut la salah ke apa ke. Rupanya sebab pam slow. Mana la saya tau kenapa pam tu slow..hehehhe. Dia x marah pun. Cuma dia tolong isikan ler lepas tu...hehhehhe. 


Like i said previous entry..x ingat mana satu dinner, mana satu breakfast...teruk tul memori saya..hahahha

Omarama Holiday Park

Our cabin

Dah penuh isi tangki minyak, kami meneruskan perjalanan ke Aoraki Mount Cook National Park. Masa ni cuaca sedikit mendung. Matahari malu malu je nak kluar.  Kami singgah dulu di High Cuntry Salmon, Twizel. Best dapat merasa ikan salmon. Ada smoked salmon, shashimi...grill salmon. Saya lagi suka smoked salmon. Sedap dan fresh dan takde bau. Beria menerai yang free...hahaha. Tapi lepas tu, kami beli juga salmon yang di panggil 'scrap salmon'. Banyak juga..ada dalam 3 kg kut. Walaupun scrap, tp isi masih banyak lagi tau...cuma dalam plastik tu ada dpt sirip. ada dpt kepala...heehe. Masa kat sini, kami terserempak lagi dengan China dari Mainland...huhuhu.




Masa kat sini, ada sorang staff ni, orang Malaysia. Chinese Malaysia. Seronok dia dapat cakap melayu ngan kitaorang. Siap cakap rindu nak balik Malaysia. Agaknyer dah lama tak balik kut. Mak dia pun dah bising katanya.  Dah setel kat sini, kami teruskan perjalanan ke Mount Cook. Cuaca semakin tidak menyebelahi kitaorang. Hujan mula turun perlahan lahan. Renyai renyai.....dalam hati berdoa...sampai kat Mount Cook National Park, harap harap hujan berhenti. Tapi sayang seribu kali sayang....hujan makin bertambah kasar nampaknya. Kami redah juga dalam hujan. Sesampai je di National Park, cuaca memang gloomy abis...matahari pun x nampak.  Dan sangat sejuk. Kami masuk ke dalam Visitor Centre dulu sambil sambil nunggu hujan reda. Dah agak reda, kami cuba cari jalan nak masuk ke Hooker Valley. Tapi hujan kembali renyai renyai...hhuhuu. Macam kat Nugget Point. Pastu xde tanda tanda akan berhenti lak tu. If kami teruskan hiking kat HookerValley ni, mau basah gak kami dibuatnya walaupun hujan tak lebat. Baju hujan memang tak bawak, payung apatah lagi. Dah masuk separuh jalan, kami keluar balik..hahhaha.


Muka orang frust...masa ni hujan renyai renyai sebenarnya...x nampak mcm hujan dlm gambar

Gloomy jugalah hati ye. Apakan daya. Ini dinamakan tiada rezeki. Kekawan pun takmau teruskan...ye lah. Risau juga...mana tau tiba tiba hujan lebut..perghh lenjun kang. 

So kami berpatah balik ke Visitor Centre. Layan layan view sekejap...kami teruskan ke Lake Pukaki pula. Cahaya tak berapa nak ada...ambil gambar pun suram....kelabu dan kabus. Nak singgah pun...tak nampak sangat view menarik. Maka, kami drive je pelan pelan sepanjang Lake Pukaki tu menuju ke Lake Tekapo. Cuaca semakin sejuk je saya rasa. 

Sebelum sampai ke Lake Tekapo Holiday Park, kami nampak signboard Mount John Observatory. Klu ikutkan itinerary, tempat tu kami nak pergi esok. Since dah lalu kat situ, saya ajak terus depa singgah. Bagus travel mates saya. Menurut perintah jer. Takdelah yang kata tak mau.. tak minat, tak suka or tak payah. If saya kata singgah...depa singgah.. Jom ambil gambar...jomm. Tak kiralah walaupun singgah tepi jalan untuk ambil gambar...hehee.

Dari main road nak ke entrance Mount John Observatory ni boleh tahan gak jauhnya.  And kami dah nampak signboard entrance ke Mount John Observatori ni...tapi kenapakah ada pagar. Kami dah mula cuak. Dah tutup ke. Saya kata, taper..kita gi jer tanya. Boleh masuk dak. So kami pi tanya..dia kata boleh lagi masuk. Tutup jam 0400 petang...tapi kena bayar NZD8.00. Erkkk...baca dlm blog, takde sapa inform kata kena bayar..hahaha. Ker saya yang terlepas info. On d way naik jalan memang berbelok belok dan membukit. Dah namapun tempat tinggi..harus ler naik ke atas. Kena hati hati dengan kenderaan dari hadapan. View memang speechless la. Kalau cahaya bagus, memang sangat cantik ambil gambar. Cahaya suram, sesuram hati kami...hahhaha.

Sampai atas, masing masing tak mampu nak kluar dari kereta. Sejuk sangat dan angin pun kuat. Cari tempat agak tersorok sikit nak buka bekalan pada mulanya. Dek kerana cuaca sejuk dan angin kuat, takut pulak nanti makanan terbang, kami decided makan dalam kereta sahaja. Lepas makan, saya cuba naik ke atas dekat area Astro Cafe. Huhuhu...sejuk gedik. Berlari lari je kat atas tu, snap gambar sekejap....turun semula ke parking. Dah agak lega sikit, kami terus ke Lake Tekapo Holiday Park.

Pemandangan dari Mount John Observatory


Sampai di Lake Tekapo, saya turun untuk ambil kunci cabin. Disini saya booked cabin with shared facilities. Sama macam kat Omarama sebenarnya. Cuma di Omarama, kami upgrade ke Motel. And saya tengok kat notice board, no vacancy for any rooms. Cuma saya tak bertanya ler pulok kan. Saya tengok takde, and takde le tanya. Maka redha je ambik cabin with shared facilities. Dia explain kat kata mana kitchen, kat mana bilik air. And bagi passcode untuk masuk ke kawasan cabin. Pascode yang sama juga boleh digunakan untuk masuk kitchen. 

Dah dapat kunci dan passcode, kami pun menuju ke kabin kami. Parking mudah, betul betul sebelah cabin. Tapi bilik kecik..hahhaha. Ada satu queen bed, satu bunk bed dan satu sofa. Memang cramp kat dalam tu. Plug ada satu and meja satu bersama beberapa utensil seperti periuk, pinggan mangkuk sudu garpu senduk pisau bagai.  Masuk masuk je dalam cabin...memasing...aaaaalaaa....hahhahah. Hadoii..nak jimat sangat kan.....so kena redha. Sebab sebelum tu stay kat Omarama Holiday Park punya lah bestnya. Sekali kat sini...hehhehe. Yang benonyer saya pun tak braper selesa. Heater tak  macam heater kat Omarama. Heater Omarama...pergh....kering garing kain baju kitaorang. Okay je cabin ni. Cuma maybe kami ni bukan backpackers kental. Kami traveller with trolley bag....hehe. Adakala kami suka stay secara semi luxury

Dah setel dalam bilik, kami semua ke kitchen untuk masak salmon yang kami beli tadik. Kitchen pun tak besar. Ada 6 sinki kut...4 dapur, 2 microwave if tak silap.  Salmon tadik Lina gorengkan dan separuh lagi kami masak tomyam. Masa nak masak tomyam ni, saya tengok mcm banyak je salmon...saya risau saya tak mampu telan. Salmon goreng okay...salmon masak berair ni, saya fail. Sebab pernah termakan salmon masak asam pedas kat Malaysia. Macam nak terkeluar balik. Maka saya asingkan lagi salmon untuk digoreng. Untuk masak tomyam tinggal sikit jer..hehhee. Sayur masih banyak beli kat mana eh...hahhaha. Beli kat Omarama kut. Malam tu meriah makan. Salmon goreng perah lemon, salmon tomyam  salad....buah buahan. Nasi putih pun ada. Kenyang....sedap sangat. Alhamdulillah...tekak saya dapat menerima salmon tomyam....hingga habis le saya smakan.


Our dinner

Malam ni semua pakat tak mau mandi. Sebab dah malam  and gelap nak ke bilik air. Kalau ler nak terkucil tengah malam...haruuu....x jauh pun tandasnya. Dalam 30 - 50 meter kut..tp still....gelap meraba raba. Depan cabin kami lak, banyak nau motorhome parking. Biasa saya kena cuci rambut. Sampai sini, cuci apa yang patut je. Lagipun dah mandi beria masa kat Omarama...so takde ler rasa berlengas sangat. Tambahan pula, cuaca cejuk je. Memang tak berlengas pun. 

Lepas makan, basuh pinggan mangkuk, kemas kemas, kami tidor. TV pun xde dalam cabin ni. What do you expect. Booked cabin with shared facilities nak ada TV...hahaha.Ada heater pun dah cukup baik. Internet pun kami cuma dapt 500MB shared with 4 pax. Sekejap jer abisnyer..hehhehe. 

Malam tido memang berbungkus. Jarang saya berbungkus. Mujur selimut tebal...hehhehe. Bila pikir pikir balik...memang santai jer perjalanan kami ni. Takde rushing sangat. Dah malam, takde nak merayapan. Terpikir juga nak stafgazing kat Lake Tekapo ni...tp dah malas. Tido lagi sedap. Tapi tak ralat pun. So far enjoy jer journey ni. Maybe expectation pun takde high sangat. Tempat tempat yang nak pegi, memang dapat pergi. Kecuali tak jumpa Lone Wanaka Tree. Itu sebab takde nak cari sangat. Macam Hooker Valley tu, sebab keadaan tak mengizinkan. Issokay...maybe some other time...huhuhu..bila tu...ahaks....




No comments:

Post a Comment