Tuesday, 9 October 2012

Happy Birthday to Hakim

Sedar tak sedar, dah bertambah usia sorang lagi anak akak. Luqman Hakim, anak yg no. 4 dilahirkan pada 8hb Oktober 2002. Manja sket dia ni..almaklum, dpt adik lambat. Ingatkan mmg takde adik lagi dah..dia lah adik. Tp tu lah...rezeki..dpt sorang lagi...hehehe

Bila birthday, akak ikutkan ajer kerenah anak anak. Nak makan mana. Mula mula Hakim nak pergi Burger King. Pastu dia tukar fikiran..McDonald aje lah ibu. Iya lah..mcdonald pun mcdonald la..Tp tak best sgt celebret besday kat McDonald Bangsar ni..hahaa..Ye lah, akak bukan buat party. Just beli kek, makan anak beranak. Tp kat sini ramai orang. Nak pasang api kat lilin pun segan..ahhahaha. Klu di beri pilihan, Nandos, Bangsar  pilihan akak..kekeke. Cosy, tak ramai orang. Pastu staff pun sporting. Tapi takpe....ibu redha jer..kekekke


Birthday boy

Happy birthday, cake with candles without fire..takpe lah ya...

Sedeyny muka ibu..kekkeke

Hafiy pun teringin sekali eh...besday Hafiy dah lepas, tunggu tahun depan..



Selamat Hari Lahir My Dear Hakim....semoga Hakim terus menjadi anak yg soleh dan sentiasa menyenangkan hati ibu dan ayah. Ibu always love you and love all my sons.........




Monday, 8 October 2012

Musim Peperiksaan

Sekarang ni musim peperiksaan. Anak akak yang no. 3, Haikal, baru sahaja selesai menduduki Peperiksaan UPKK di sekolah agama. Mudahan mudah anak ibu berjaya dengan cemerlang.

Esok, anak akak yang no. 2, Haziq, bakal menduduki peperiksaan PMR. Aduhai...anak yang nak periksa, ibu pulak yang berdebar debar. Ibu mendoakan kejayaan buat kalian. Buat yang terbaik. Segala usaha penat lelah selama ini, semoga berbaloi.

emmmm..apa nak kata lagi. Anggaplah ini cuma luahan perasaan seorang ibu...hehehe.  Semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik buat anak anak. Tp akak lebih suka memendam di dalam hati. Jarang sekali akak luahkan apa yang akak rasa. Dalam diam, akak doakan.

Pada anak akak yang no. 1, 3 & 4, Harith, Haikal & Hakim, peperiksaan akhir tahun akan tiba. Juga ibu doakan moga kalian dapat buat yang terbaik. Ini bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri korang jua.

All the best, my dear sons....



Monday, 1 October 2012

Sepagi di Awana Kijal Resort, Kemaman

Gambar pemandangan di waktu pagi, ketika berada di tepi pantai, di Awana Kijal Resort, Kemaman, Trengganu.

Indahnya ciptaan Tuhan. Gambar ni tatkala mentari terbit. Indah sungguh pemandangan di waktu itu. Dan lebih indah bila mendengar desiran ombak memecah pantai. Pakkal camera akak cikai jer..hahahaa...Ini jer lah yang termampu untuk di rakamkan.














Friday, 21 September 2012

Legoland Part II


Mari tengok gambar...hehehhe............



Pandangan dari luar, sebelum masuk Legoland. Sampai awal, keter pun tak byk lagi..

Sebelum masuk Legoland, boleh ler soping kat Mall of Medini ni..kekkek






Mini KLIA


Mini KL Tower 




Cute jer..bila pegang, nnt pigeon tu berbunyi..hehehhe

Jenuh tahan napas......hahahhaha....







Wednesday, 19 September 2012

Legoland - Part I

15 September 2012

Jam 9.30 pagi, turun dari Bangsar, KL, drove all the way ke Johor Bahru, dan menginap di KSL Resort. Sampai di KSL Resort, lepas check in, apa lagi...swimming time.


Mandi sampai lebam....

Notakaki:  KSL Resort ni hotel baru rasanya. Akak dapat connecting room. 1 bilik King Size Bed dan satu lagi Twin Sharing. Okaylah utk kami 7 beranak. Tak sempat nak amik gambar, anak anak dan lenjan dulu atas katil...hehee..Ni info pasal KSL. Tp agak jauh sedikit nak ke Legoland. Cuma tak susah sangat nak cari. Ni info pasal  KSL Resort

Pemandangan dari Tingkat 14, KSL Resort

Ready..1, 2, 3 Oppa gangnam style..hahahhaa

ahahahaa..apa nak jadi..

angah haziq, ready for oppa gangnam style..haaha

ibu and the eldest, along harith sebelum gi dinner




16 September 2012

Seawal pagi, lepas solat subuh, packed barang sekalian. Check out, antar barang kat kereta, terus pi breakfast. Jam 8, terus pegi ke Legoland, Kota Iskandar, Nusa Jaya. Awal sampai, walhal Legoland tu bukan jam 10.00 pagi..hahhaa. Walaupun sampai awal, umat manusia dah ramai menunggu pintu gate di buka. Alhamdulillah, sbb sampai awal, dapatlah parking dekat sikit. Kalau idak, jenuh nak menapak. Besar kawasan Legoland ni. So, mari ler kita menjamu mata dengan gambar yang ada. Malas nak edit gambar gambar ni semua.





Entrance

Admission ticket

Pusing pusing Legoland dengan keretapi


Hafiy dlm keretapi

Satu keluarga (without the eldest)

Satu keluarga (without the 2nd one..hehhe)

Poyooo..hahhahaha

Excited dah dpt naik kapal terbang...
Rescue Academy


Penat tunggu pintu gate bukak........

My Five Young Heroes






Boleh ler mencuba kepakaran kat dlm ni..

Ni pun tak ingat nama apa...kekekke

Surau mesti ada miniature lego org bersongkok & perempuan bertudung


Lupa nama games ni..hahhaha

1/2 roasted chicken (without sup & drink)

Fish & Chips RM18.50 (without sup & drink)

Spageti meatballs RM16.50 (without sup & drink)


Byk lagi gambar..tak larat nak tepek........hehehehhehe