
Monday, 16 December 2024
Autumn in My Heart - Day 6
Tuesday, 10 December 2024
Autumn in My Heart - Day 5
5 November 2024 (Selasa)
Hari ke 5 di bumi Seoul. Harini plan untuk ke Bukchon Hanok Village. Kami bersarapan di Sechawan Cafe. Cafe yang kami jumpa semasa mencari guest house. Masing masing order makanan kegemaran. Nasik lemak ayam goreng, nasi lemak rendang daging, english breakfast,
English breakfast tu sebenarnya tersilap. Elise nak english breakfast for tea. Tp chef pi buat Set English Breakfast. Dek kesian sbb mende dah ada, kami accept je and makan beramai ramai walaupun dah order ala carte tuk masing masing.
Memang rezeki hari ni, bertemu dengan owner Sechawan Cafe. Dan mashie berjumpa dengan student yang pernah dia jaga masa dia kerja kat Kedutaan Seoul. Panjang le cerita depa...
Selesai makan, kami pun menuju ke Buckchon Hanok Village. Kami ambil Subway Line 3, Anguk Station, Exit 3. Agak jauh juga berjalan dari Exit 3 ke Bukchon Hanok Village ni. Tapi sebab cuaca sejuk, maka okay aje lah...berjumpa dengan petugas berbaju merah. Maka kami bertanya kepada mereka.....
Kami jumpa kedai sewa hanbok. Since tak byk pilihan, kami masuk je mana mana kedai. Agak mahal juga. Tp belasah je lah. Trip ni memamg takde berbajet bajet sangat. Redah je. Actually, dah penah pakai masa kat Gyeongbukgong dulu. Tika pun mulanya taknak pakai juga. Elise pujuk pujuk, sbb Elise sorang je yang belum pernah pakai hanbok, last last mengalah gak Tika...heheheh
Bukchon ni kawasan perumahan. Jadi nak masuk pun kena la senyap senyap. Takleh buat bising. Infact ada petugas kat dalam tu, yang jaga. Kami jumpa geng dari Jepun....4 gadis manis. Secara tak sengaja terbising le pulok...hahhha. Pastu kena tegur ngan penjaga kat situ...sabar je lah kan.
Tapi macam tak best pulak dah macam tu, Area tu cantik. Banyak rumah rumah traditional. Tapi tula...memang kena berhati hati hati. Kami pun tak lama. Pusing pusing dalam tu, ambil gambar dan pulang kan baju. One thing, kat kedai sewa hanbok ni, sewa unlimited. Maksudnya, tiada timing. Pakai le sampai petang. Kalau di Gyeongbukgong, rental pe hour. Sebab tu mahal kut.
Selesai di Bukchon pergi ke Yang Good BBQ Lamb. Akhirnya....setelah beberapa hari tak berjaya untuk ke sini. Semasa menaip ni pun masih terasa rasa kesedapan grilled meat di sini.
Ini kiranya macam hari terakhir juga lah kami di bumi Seoul. Kerana kami harus bergerak ke airport jam 2.00 pagi nanti. Jadi, kami pun menghabiskan sisa sisa Won yang ada. Selesai makan, kami balik ke Guest House dulu. Dan kemudian kami keluar semula untuk membeli apa apa juga barangan yang di perlukan. Saya membeli jajan di Myeondong. Kemudian membeli Coffee Ediya di Daiso. Ramai orang di Daiso. Nak tunggu lift mmg lama. Saya naik tangga sahaja dengan bawak barang berat...adududu... kemudian turun pun menggunakan tangga.
Kami berpisah mencari haluan masing masing. Pandai pandai le cari jalan balik. Tapi saya memang risau bila jalan sorang sorang ni. Masa ni dah tak larat. Risau sungguhlah saya. Sebab jalan sorang sorang. Dalam kepala, mula fikir bukan bukan. Sbb barang berat....nak sampai ke Guest House tu pun terasa lama...Selepas beli coffee di Daiso, saya masuk Myeongdong Underground, beli bahulu pula utk di bawa pulang ke Malaysia. Mula beli satu kotak, tapi sebab nak habiskan KRW, saya beli lagi satu kotak....
Kemudian saya kembali ke Namsan Forest Guest House. Saya ingat saya paling lambat. Rupanya Tika pun belum balik...hahaaha. Banyak betul memborong. Sesampai di GH, kami berkemas barang barang semua. Sempat juga tido sekejap. Airport transfer dah booked awal awal.

Friday, 6 December 2024
Autumn in My Heart - Day 4

Monday, 25 November 2024
Autumn in My Heart - Day 3

Friday, 22 November 2024
Autumn in My Heart - Day 2

Autumn in My Heart - Day 1

