Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

Banana Boat di Port Dickson

9 Februari 2013

Baru jer balik dari Sabah...kakak - kakak ku sekelian mengajak ke Port Dickson ler pulok. Takper lah..berjumpa kaum keluarga..seronok juga dapat berjumpa adek badek ni.....

Hari Sabtu kami bertolak ke Port Dickson.  Since masa tu dah dekat ngan CNY, hiway takyah citer ler...tp seperti biasa, akak membuta aje dalam kereta..hahaha.....Sekejap jer nak sampai ke PD ni. Kami meneruskan perjalanan ke Cocobay Condo Resort. 

Sesampai di sini, mula tertanya tanya...betul ker ini..Sbb kawasan agak sunyi dan kondo yang ada, kelihatan seperti bangunan lama. Mujur dapat unit berdekatan dengan swimming pool dan juga tingkat paling bawah. Yang datang berkumpul seramai 5 family. Bilik yang kami dapat adalah 3 bilik. Okay la..walaupun keadaan luar agak mengerikan, mujur keadaan dalam bilik lebih elok..hehhe

Kemudahan disediakan di Cocobay Resort. Lain lain info boleh tengok  SINI

  • 2 kolam renang dewasa
  • 2 kolam renang kanak kanak
  • 2 gelanggang badminton
  • 1 gelanggang tenis
  • kawasan BBQ (Kebenaran dari management di perlukan)
  • taman permainan kanak kanak
  • tempat letak kereta yang mencukupi
  • 5 minit berjalan kaki ke Pantai Purnama
  • kawalan keselamatan 24 jam

Gelanggang badminton - Ehsan google

Kolam renang dewasa - Ehsan google

Gelanggan tenis - Ehsan google

Berkumpul adik beradik, banyak bersembang. Macam macam cerita. Petang petang kami jalan jalan ke Pantai Purnama. Jenuh gak weeii.......nak ke pantai kena turun tangga. Nak balik ke resort, kena naik tangga..hahhaa..rasa kurus sekejap..kekekkke..Tp sayang, gambo tak amik..kekkee...kamera bawak, tp semedang lupa nak amik gambo. So, kami dah book siap siap, esok kita ber banana boat. Pasir pantai tidaklah seputih dan sebersih pasir pantai Pulau Sapi atau Pulau Manukan ataupun Pulau Langkawi..hehehhe

Ehsan google - Pantai Purnama

Ehsan google

 Malam pula, kami ber BBQ sahaja. 

Nasi goreng, ikan bakar, coleslaw

Kambing, sosej, terung, bendi, ayam bakar



10 Februari 2013

Esok pagi kami bawa bekal ke tepi pantai. Kalau rasa x larat jalan kaki, boleh bawak kereta ya. Cuma kena pusing sikit lah.....kita ber banana boat pulak ya..

Seronok ekkk

Ni blom start lagi ni....

Suker hafiy dpt main air...

Tunggang langgang memasing nak naik balik atas
banana boat selepas di jatuhkan..hahhaha

Aksi spontan..hahhaha

Tarik...jangan tak tarik...

Bertungkus lumut semua.....kekkekke

Anak akak Hakim surrender...kena jatuhkan, terus mcm nak pitam...
terus tukar naik boat..terkejut tiba tiba jatuh dlm laut..fobia agaknyer..
ntah ntah dia teringat kisah dia jatuh dalam tasik
Dayang Bunting di Langkawi....wallahualam..tp mmg dia gigil..

Okay...ready semua dah basah...sekali lagi..

Kita dok kat tengah laut dulu...

Okay..posing memasing...

Relaks dulu, sbb baru lepas terkejut...

Masa nak naik Banana Boat ni, memasing excited. Sebenarnya operator banana boat dah bagi tau, bila saat untuk di jatuhkan, dia akan angkat tangan. Dek kerana excited, sorang pun tak perasan dia angkat tangan...sekali berdebussshhhrrrr.......semua terjunam dalam air. Kebetulan masa ni, air masih pasang, belum betul betul surut. Jadi, agak dalam sedikit. Mujur ada life jacket. Jatuh berdeburrr pun, masih terapung. Actually, untuk anak anak sedara akak yg tinggi tinggi belaka tu, depa cecah jer kat dasar..tak dalam mana pun..cuma akak jer pendek...tak cecah..terkapai kapai terapung..haahhahah..

Tp seronok. Cuma, kalau nak naik banana boat ni, bersiap sedialah mental dan fisikal. Walaupun nampak macam senang. Bersedia untuk dijatuhkan.....in shaa Allah, memang takde apa apa. Kami memang memilih untuk di jatuhkan sebanyak dua kali. Untuk menaiki boat ni, bayaran sebanyak RM20.00 seorang. Tu pun tokey tu baik hati. Yang naik boat 2 orang tu, dia tak kira..dia kira yang naik atas banana boat tu aje..

Dah penat main air laut, kita terjun kolam pula....lepas terjun kolam, makan tengahari, semua tido kepenatan....hahahaa.........Walaupun percutian belom berakhir, kami terpaksa pulang juga malam itu. Ini kerana kakak akak no 2, tiba tiba tekanan darahnya naik mendadak dan mengalami kejang di muka. Risaukan kesihatan dia, kami segera pulang, walaupun bilik di sewa untuk dua malam....selepas makan malam, lepas sorang sorang berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Tinggallah kakak yang sulung bersama suami dan anak anaknya..

Tu sbb kata orang tua tua...jangan terlalu ingka (org Perak selalu sebut yang membawa maksud, jalan terlalu berseronok....)....ingka sangat, dah lain jadinya. 

Tp alhamdulillah, kakak akak xde apa apa. 2 hari admitted di Hospital Putrajaya, dan kemudian menjalani fisioterapi untuk muka.