Showing posts with label Kundasang. Show all posts
Showing posts with label Kundasang. Show all posts

Wednesday, 30 December 2015

Short Trip To Kota Kinabalu - Kundasang Day 3

6 Disember 2015 - Ahad

Hari ni hari terakhir saya di Sabah. Flight saya ke KLIA malam ni jam 0900 malam. Manakala Anna, Zaa, Jah dan Maz akan balik ke KL esok. Sbb saya sudah tidak punya cuti. Mampuih....berjalan ke Korea jer dah 10 hari....3 hari balik dari Korea saya ke Kuching pula. Dah lepas tu Kota Kinabalu...ada hati mau amik cuti lagi....huhuhu....kang ada yang dpt vss lak kang...kkkekke

Ni gambar selepas mandi....hehhehe


Gunung Kinabalu di pagi hari....dari Blok S

Bangun pagi, sedang elok nak mandi, air habis...huarggghhhh. Apakehey nyer air habis. Kami komplen, pastu reception suh kami gi mandi kat Block R. Boleh dikatakan ramainya yang menuju ke Block R, maka kena lah menunggu ya. Rupanya dari Block R pun boleh juga nampak jelas Gunung Kinabalu ni. Cuma bila nak ambil gambar di pagi hari, maybe kerana pancaran cahaya matahari, maka orang yang diambil kelihatan gelap walaubagaimana pun Gunung Kinabalu tetap tersergam indah di belakang...hehhee..

Gambar jadik mcm ni..dari Blok R


Zaa ngan Maz sanggup pergi panjat bukit kat belakang block S semata mata nak tengok pemandangan. Kami ber3 lebih rela melepak dalam bilik sambil baring baring..hahahaa...Tempat pertama kami tuju hari ni adalah Desa Cattle Dairy Farm. Masa nak kesini, risau juga dengan Saga kami tu...tp mujur alhamdulillah, selamat. Cumanya jalanraya nak ke Desa Cattle ni memang tidak di jaga dengan sempurna. Pada masa kami sampai, ada juga construction sedang di jalankan untuk bina jalan. Tp memang merisaukan ler. Saya rasa masa saya drive, ntah baper banyak bonggol yang terlanggar. Nasib lah ko Saga, ahkak dah drive dengan berhati hati sebaik mungkin tu.... 

Mungkin kerana hari ni hari Ahad, memang ramailah umat. Nak cari parking pun susah. So, ada saja kawasan kosong, saya masuk. Asalkan tak mengganggu lalu lintas untuk kereta kluar masuk.





Memang ramai sungguh la kat sini. Nak beli aiskrim, yogurt dan juga susu kena berbaris panjang. Seperti biasa, ai lemas bila ramai ramai...hahahha. Tak ada apa pun yg kami buat, selain dari amik2 gambar jer. Selesai di Desa Cattle, kami terus menuju ke Karambunai. Saja jalan jalan.




My friend tanya, kat sini ada orang jual makanan tak....aiyorkk..wa pu cer tau. Ni kawasan Nexus Karambunai. If lapar, kena cari kat restoren ler kut gamaknyer. Bukan macam kat PD. Byk gerai gerai berjualan.  Since lapar semua, jom makan lokan bakar. Tukar driver dah masa ni. Ai always mengantuk bila drive lelama...aaahaha...faktor usia la kut ya. Saya plak ingat ingat lupa jer direction ke sini......tp redah. Anna cuma menurut perintah. Saya kata kiri, dia belok kiri. Saya kata kanan, dia belok kanan....kkkekkekekke..

Masa kat gerai gerai lokan ni, elektrik takdak. Huuh...berpanas, berlengas semuanya. Tp gigih gak makan lokan bakar, nasi goreng kampung dan air kelapa.



Dah kenyang, kami terus ke Bandar Kota Kinabalu. Masa ni Zaa dok ckp, dia x sempat nak confirmkan dengan hotel. Dan waktu check in pun dah terlepas. Saya kata, dun worry, since dia booked thru airasiago pada saya takda masalah if lambat check in pun. Bukan lambat sgt....terlepas beberapa jam.


Masa sampai kat hotel ni, perut saya dah mula meragam.  Tingat kes balik dari Bukit Tinggi...adoish...sama juga berlaku di sini. Perut meragam gile. Asik nak membuang jer dan berangin. Asik berkeriuk tak sudah sudah. Since flight saya malam ni, saya memang malas nak kemana mana. Rehat saja di bilik hotel. Masa ni perut dah sakit bebeno. Ingat nak mandi manda, baring baring jap sambil layan perut. Malas dah nak pandang keliling...kekkeke  Malam ni yang lain lain menginap di Le Hotel. Okay lah hotel ni. Takat nak tido satu malam jer. Tapi susah parking kat sini. Menurut kata kawan saya, the next day depa kena saman sbb tak bayar parking..hehe. Pihak hotel kata, parking free. Tp yg benonyer kena bayo. Gasak korang ler....ahkak dah balik KL masa tu...kekek

Dalam jam 6 petang gitu, kami siap siap untuk keluar dinner. Sekali lagi dinner di Anjung Senja.  Tak selera saya makan sbb sakit perut. Dah tu pulak, Zaa, Maz dan Jah bukan kaki makan macam ai except Anna...hhahaha. Tak meriah makan ngan depa ni. Selera mak asik bantut jer tau....kakkakaka.

Selepas dinner, mereka hantar saya ke airport. Jom balik KL....tp sekali lagi flight delay. Lotih mak nak. Udahler perut asik krok krek krok krek.....saya siap tido kat gate menunggu. Jemuuuu....









Short Trip To Kota Kinabalu - Kundasang Day 2

5 Disember 2015 (Sabtu)

Hari ni nak ke Kundasang. Anna driver paling cekap pada saya...hahhaha. If saya, baru drive sikit dah ngantuk. Tp Anna menten, drive sampai ke Kundasang. Ada satu incident jer tiba tiba dia tak brani drive...kekkekkeke...

Dari Kota Kinabalu, singgah breakfast di dulu. Order mee goreng, nasi goreng, meehon goreng. Bila sampai jer ke meja..kami berpandangan sesama sendiri...hahhaha...sbbnyer...portion nyer amatlah banyak. Sepinggan boleh makan utk dua orang. End up sepinggan tapau buat bekalan dalam kereta. 

Memula singgah di Rumah Terbalik. Entrance fee boleh tahan juga pada saya. Kat dalam rumah terbalik tu tak boleh amik gambar. Tp kat luar boleh. And takde lah apa yang spesel sangat. Cuma lain dari yang lain, sbb segalanyer terbalik. Nak masuk boleh..xnak pun xper. But if dah sampai ke Sabah, tak masuk, macam rugi pulak ya. Masa pestime datang KK dulu, saya x masuk pun. Masa nak masuk ke dalam, siap kena ketuk bagai, bagai salam..hahhaa....xper..ikutkan aje. 

Sedang menunggu. Takleh masuk ramai ramai. Kena ikut turn

Masa kat dalam, ada juga diberi penerangan bagaimana rumah terbalik ini di hasilkan. Dan juga diberitahu apa yang di gunakan untuk menterbalikkan semua mende mende yang ada dalam rumah tu...hehhee. Ada yang guna paku, gam, pahat dan kayu. Dan antara barang paling berat yang terbalikan di dalam rumah tu adalah peti ais dan juga mesin jahit. Mesin jahit pesen lama tu..


Snap snap pic di rumah terbalik, jom teruskan perjalanan. Singgah pula di Pekan Nabalu. Beli sedikit jajan dan ambil gambar....Merasa juga akhirnya melihat gunung kinabalu.




Dari Pekan Nabalu, kami singgah sebentar di Jambatan Gantung Tamparuli. To me yang dah pernah pegi, memang xde apa laaa saya rasa. Tp x elok gak kata xde pepe kat sini kan...hehhe. Since Maz dan Jah tak pernah sampai, kami singgah juga. Tp saya dengan Anna duduk dalam kereta jer. Saya malas...berpanas panas...kekkekek..dasar puteri lilin....kekkeke


Dah puas hati disini..jom kita ke Kinabalu Park pula...Entrance fee masuk ke sini  RM3.00 kut per person. Kami masuk ke sini sebb nak pergi ke Timpohon Gate. Masa nak ke Timpohon Gate, keter Proton Saga kami sewa macam xleh nak naik bukit jer..kekekke. Anna dah cuak dah...risau kereta mengundur ke belakang. Terhegeh hegeh saga mendaki bukit...jauh juga dari entrance Kinabalu Park ni. Kami saja saja je ke Timpohon Gate. Bukan nak panjat gunung pun. Saja jer nak merasa berada di kaki gunung...hehehe..


Disini sempat snap pic tupai ni..kemain lagi. Malang kami tak bawak makanan. Sbb tupai tupai ni datang dekat dekat....cari makanan kut. If ada, sure dpt amik gambar dengan tupai...so cute the tupai...hehehe



Kami meneruskan lagi perjalanan ke Poring Hot Spring. Cuaca memang panas betul. X adventure juga saya ni ya. Semua jadi malas...hahaha. Cadangnya nak naik jambatan gantung disini..daripada naik jambatan gantung baik saya rendam kaki sambil tido...haahaaha. Masa saya datang ke sini dua tahun yang lepas, hujan. Apa pun tak bleh....


Dari Poring Hot Spring, kami ke Tagal Sg Moroli, Kg Luanti, Baru Ranau. Masa nak ke sini, sepatutnya kluar dari Poring Hot Spring, kami terus jalan ke depan. Tp Anna tersilap jalan, kami berpusing arah ke pekan Ranau. Then kena patah balik..hehehheh...Terbuang sedikit masa disini. Takper lah kannn...kita jalan jalan, santai santai....no rush..

Sakit juga kena gigit gigit dek ikan ni. Kagum tul saya dengan ikan ikan ni semua...memang jinak sungguh....dan besar besar. Sekali tengok, rasa cam geli lak....haaha. Cuma musykil..ikan ikan ni bleh di makan dakk....kkekkke. Dah jenuh kaki kena gigit, jom kita pi Sabah Tea. Sabah Tea ni xde dlm plan pun....tp sajer..sbb Maz ngan Jah x penah sampai...eksyen tul. Yng 3 lagi dah penah sampai..kann...

Dah penat mengetea, kami berpatah balik semula ke Pekan Kundasang. Singgah sebentar di War Memorial Kundasang. Tp tak masuk pun, sbb hari pun dah mula beransur petang Pusing pekan kundasang sekejap sambil cari ciken wing dan mee segera.


Kemudian terus menuju ke Pine Resort, Kundasang.  Zaa yang buat booking. Siap mintak lagi...nak blok S..haahha. Masa kat sini memang kelakar giler. Tp dah lepas kejadian, cuak pulak. Apa idaknyer...masa nak ke blok S, keter saga takde power langsung. Takleh naik atas. Kami lak semua malas mendaki bukit. Tu yang bawak gak keter naik atas. Stuck tengah tengah jalan, 45 darjah. Nak turun dah tak boleh, sbb tersilap reverse dan sudah terlalu hampir dengan benteng. If reverse lagi, langgar benteng. Yg lain dah cuak belaka....Zaa siap pi carik orang mintak tolong...Anna dah surrender xmo drive. Pastu kami pakat pakat tolak keter. Mulanya semua cuak sbb takut kereta mengundur. Saya pun....tp saya ckp...saya akan tekan minyak dari dalam keter, the rest kena tolak keter...hahaha...jadi bionic women kami. Alhamdulillah...mujur kereta naik juga. Bila kenang, kelako ada, cuak pun ada. Mula pikir, what if...what if....mujur alhamdulilllah, selamat semua, xde pepe.

Dari Blok S, memang boleh pandang terus ke Gunung Kinabalu. Kami booked satu bilik jer and mintak satu extra bed untuk ber5..gigih dak....nak jimat punya pasal...hahhaa. 



Malam hari tengah dinner, tiba tiba blackout. Makan dibawah cahaya lilin ler kami. Dah gelap, gambo pun xde. Tp best, sbb nampak bintang bintang bergemerlapan di langit....dengan sejuk kejung, saja lepak lepak dalam gelap gelita tu...hehhehe. Sempat lak berkenalan ngan sorang guest kat situ. Siap bersoreh bagai....rupenyer anak kepada senior satu sekolah ngan kami dulu...hahaa. Memang kenal le sapa senior tu, sbb ada dlm group kat FB.






Short Trip To Kota Kinabalu - Kundasang Day 1

4 Disember 2015 - Jumaat 

A short trip to Kota Kinabalu - Kundasang bersama sama dengan kawan kawan se MGS ian dulu. Plan asal 4 Dec - 7 Dec 2015. Memandangkan saya yang sudah hampir kekurangan cuti, maka saya datang lebih lewat dari yang lain. Anna, Zaa, Maz dan Jah fly dulu di pagi jumaat. Manakala saya naik flight malam di hari yang sama.  

Flight delay lak...jenuh nunggu. Dekat jam 0900 malam baru flight dari KK sampai KLIA2 dan naik flight yang sama ke KK.  Lebih kurang jam 1130 sampai KKIA, Zaa and friends dah tunggu. Oh ya...effective 1 December 2015, semua flights AA dari KLIA ke Kota Kinabalu akan landed kat KKIA Terminal 1. Kalau dulu dulu kat Terminal 2.

Sampai....muka letih dan tak mandi....hahhahhaa

Gi makan dulu kat Anjung Senja. Masa makan di Anjung Senja ni, saya order mee goreng basah. Tak lama lepas tu, sampai ler mee ala ala mcm mee ladna. Kami ni siap ckp...kami tak order ni..nak mee goreng basah. Rupanya itulah mee goreng basah. Memang basah sungguh lah...melimpah ruah. Tapi sedap juga. Lepas makan trus balik hotel. Kami menginap di J&J Hotel. Betul2 berhadapan dengan pasar filipina....boleh la. Lagipun budget hotel kan.....

Reception

Inilah rupa bilik kami. Family room

Notakaki:  Gambar hotel semua saya pinjam dari pak google...

Okay la biliknyer. Boleh buat 5 orang. Ada satu katil queen dan satu bunkbed. Boleh bentang sebijik lagi tilam single kat bawah. A bit sempit...sbb dengan barang barang lagi. Nak solat, kena alih semua naik katil. Ni info pasal J&J Hotel

Malam tido lena....saya hanyut terus, sbb kepenatan. Penat menunggu flight, penat jalan sensorang..hahaaha..








Thursday, 14 February 2013

Jalan Jalan ke Sabah - Day 2

31 Januari 2013

Di Kiram Village, Mesilau, Kundasang. 6.30 pagi dah cerah.....sekejap jer. Pastu hujan menderu.. huhuhu....takde apa yg dapek di buat. Anak anak memang malas nak jalan jalan bila hari hujan.
Pemandangan pagi di Kiram Village di pagi 31 Jan 2013

Dah agak reda sikit, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring dan Sabah Tea. Hujan still renyai renyai. Kabus tebal. Amat berhati hati bila memandu.



Notakaki: Nak ke Sabah Tea Plantation amik masa lebih kurang 40 minit dari Kundasang. 




Sabah Tea Plantation

Kami menuju ke Sabah Tea Plantation dulu. Jalan nak naik atas...walaweyyy..sama hazabnyer macam nak pegi Mesilau Dairy Farm. Terhegeh hegeh Avanza daki bukit. Cafe kat sini mcm tak well maintain. Kain menutup kerusi pun dah buruk. Makanan tak byk pilihan dan mahal. So, kami memilih minum tea sahaja. Walaupun pada mulanya nak breakfast kat sini. Tea nye sedap..walaupun tea kosong. Akak tak tau org lain..tp pada akak, best..sejuk sejuk minum teh panas....

Dah selesai, kami menuju ke Poring Hot Spring. Semasa sampai di Poring Hot Spring, masih hujan. Tiada sekeping gambar pun di ambil..hahaa...Sejuk dan basah. Semua jadi malas....Pusing pusing saja kat situ. Mulanya ingat nak beli baju ujan. Sehelai 10 hengget. 7 orang = 70 hengget. Asbend kata, tak payah ler..makan lagi bagus..hahaha..

Ni info pasai Poring Hot Spring..PHS. Dan juga ini...PHS. Klu gugel, byk info pasai ni.

Notakaki: Dari Sabah Tea Plantation ke Hot Poring Spring lebih kurang 30 minit. 

Selesai semua, patah balik ke Kundasang. Lunch di Restoran Intan. Dapat sup tulang panas panas, nasi putih panas panas. Perut memang dah lapar. Kenyang sudaaaa........tp kami tak menerai pun chicken wing kat situ. Kata orang, sedap..ontah ler..lenkali datang lagi baru terai kut...actually kat Sabah ni, bleh dia katakan byk tempat menjual chicken wing.

gambar ehsan google
Notakaki: Restoran Intan ni terletak di atas bukit...boleh nampak dari roundabout Pekan Kundasang.


Sudah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Kota Kinabalu. Di pertengahan jalan, singgah sebentar di Jambatan Tamparuli.




Kendian singgah di Tuaran..hahaha..xde keroje. Takde cari apa pun.....kami nak cari Pantai Dalit, tapi tak jumpa...ni plak yang kami jumpa...






Perut dah lapar. Akak ada baca kat forum CARI tentang lokan bakar. Kami pusing pusing lagi....ternampak signboard Sepanggar. Akak memang dah print segala maklumat pasai KK/Sabah. Berpandukan apa yang di tulis dlm cari.com..kami jumpa juga tempat lokan bakar. Ternampak pula signboard ke Nexus Karambunai. Asbend kata, kita jalan jalan ke Nexus dulu, kendian kita makan lokan bakar...




Banyak biawak kat Nexus Karambunai ni.... Dah penat pusing Nexus, kami pun pegi ke tempat lokan bakar.........Ini kedai yang kami pegi. Berbaloi walaupun terjah saja. Sambal belacan dan sambal gorengnyer sedap cicah ngan lokan. Kedai ni jual lokan bakar dan puding kelapa semata mata. Takde makanan lain macam gerai gerai yang lain.









Notakaki:  Nak ke tempat lokan bakar ni, sila cari signboard arah ke Teluk Sepanggar, ataupun Nexus Karambunai ataupun cari ke Politeknik Kota Kinabalu. Kena melalui hadapan politeknik KK ni (politeknik mesti di sebelah kiri ya...) dan terus akan jumpa round about. Ambil ke kiri...dan jalan terus akan nampak kedai kedai lokan bakar di tepi tepi jalan. 

Dah kenyang, kami menuju ke pusat bandar. Check in di Promenande Aparment.

Notakaki:  Pada yang nak stay di Premonade Apartment ni betul betul berada di belakang Hotel Promenade dan juga Marina Court. Jalan memang berpusing pusing sedikit nak cari. Lobi Premonade Apartment bersebelahan dengan Hong Leong Bank. Nampak kecil sahaja. Pastikan chop tiket parking di lobi.. Kalau tidak, sia sia sahaja kena bayar parking, walhal parking free jer...