Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Thursday, 14 February 2013

Jalan Jalan ke Sabah - Day 4

2 Februari 2013

Seawal pagi dah kuar pergi ke pasar filipina. Adei la hai...blom bukak lagi..kekeke..kul 7 dah terang benderang. Tu yang rasa mcm dah lama siang....Ari ni pun tak banyak info yang leh kongsi ngan orang..hahaha.......Pergi pasar filipina, sepanjang panjang jalan tu memang berderet kedai. Kedai krafttangan, kedai menjual ikan kering, pasar menjual barangan basah, kedai makanan...boleh di lihat sepanjang panjang jalan. So, pilih ler kedai mana yang uols nak. Rege...sama jer..tak byk beza. Mcm akak, sbb pegi pepagi hari, kekonon depa kata, depa bagi rege murah. First kastemer. Ontahler..ye ke idak..hahhaa.

Akak beli ler tshirt I Love Sabah untuk kami 7 beranak. Ikan bilis, ikan kering. kuih tradisioanal sabah..yg bentuk mcm cincin tu..ntah apa namnyer......rumpai laut, sabun collagen. Gelang perhiasan, dan sedikit cenderahati..

Pagi hari mmg tak bawak kamera, so takdak gambar...kakakkakakka. Parking mmg payah...lambat tak dapat parking. Parking tepi tepi jalan.  Mujur berjalan berdua laki bini jer..anak2 semua tinggal kat apartment.

Selesai memborong apa yg patut, balik ke apartment. Siap siap untuk check out. Sementara nak menunggu flight jam 6.30 petang, kami pusing pusing bandar Kota Kinabalu lagi. Sementelah terjumpa Muzium Sabah, kami pun masuk. Sendu jer muzium ni....Nak ke sini, cari jer signboard muzium sabah atau pun Hospital Queen Elizabeth. Sure jumpa punya lah..







Dah abis pi muzium...jalan lagi..jumpa ngan Masjid Negeri Sabah. Tp tak masuk pun. Amik gambar dari luar jer...




Dan akhir sekali, kami menuju ke Monsopiad Cultural Village. Nak masuk sini, utk dewasa RM55.00 entrance fee. Kanak kanak..akak lupa..hahhahaa........



Masa ini, semua dah malas bergambar...adoi..leceh tul jalan ngan anak anak yg dah beso ni..semua serba takmo. Rela mengadap hp jer dari jalan jalan...

Jam 4.00 kami bertolak ke Terminal 2, KKIA. Sampai di KKIA, rehat rehatkan badan, makan makan. Jam 5.00 boarding. Jam 6.30...bye bye Kota Kinabalu.

In Shaa Allah, ada rezeki, kami datang lagi.



Jalan Jalan ke Sabah - Day 2

31 Januari 2013

Di Kiram Village, Mesilau, Kundasang. 6.30 pagi dah cerah.....sekejap jer. Pastu hujan menderu.. huhuhu....takde apa yg dapek di buat. Anak anak memang malas nak jalan jalan bila hari hujan.
Pemandangan pagi di Kiram Village di pagi 31 Jan 2013

Dah agak reda sikit, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring dan Sabah Tea. Hujan still renyai renyai. Kabus tebal. Amat berhati hati bila memandu.



Notakaki: Nak ke Sabah Tea Plantation amik masa lebih kurang 40 minit dari Kundasang. 




Sabah Tea Plantation

Kami menuju ke Sabah Tea Plantation dulu. Jalan nak naik atas...walaweyyy..sama hazabnyer macam nak pegi Mesilau Dairy Farm. Terhegeh hegeh Avanza daki bukit. Cafe kat sini mcm tak well maintain. Kain menutup kerusi pun dah buruk. Makanan tak byk pilihan dan mahal. So, kami memilih minum tea sahaja. Walaupun pada mulanya nak breakfast kat sini. Tea nye sedap..walaupun tea kosong. Akak tak tau org lain..tp pada akak, best..sejuk sejuk minum teh panas....

Dah selesai, kami menuju ke Poring Hot Spring. Semasa sampai di Poring Hot Spring, masih hujan. Tiada sekeping gambar pun di ambil..hahaa...Sejuk dan basah. Semua jadi malas....Pusing pusing saja kat situ. Mulanya ingat nak beli baju ujan. Sehelai 10 hengget. 7 orang = 70 hengget. Asbend kata, tak payah ler..makan lagi bagus..hahaha..

Ni info pasai Poring Hot Spring..PHS. Dan juga ini...PHS. Klu gugel, byk info pasai ni.

Notakaki: Dari Sabah Tea Plantation ke Hot Poring Spring lebih kurang 30 minit. 

Selesai semua, patah balik ke Kundasang. Lunch di Restoran Intan. Dapat sup tulang panas panas, nasi putih panas panas. Perut memang dah lapar. Kenyang sudaaaa........tp kami tak menerai pun chicken wing kat situ. Kata orang, sedap..ontah ler..lenkali datang lagi baru terai kut...actually kat Sabah ni, bleh dia katakan byk tempat menjual chicken wing.

gambar ehsan google
Notakaki: Restoran Intan ni terletak di atas bukit...boleh nampak dari roundabout Pekan Kundasang.


Sudah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Kota Kinabalu. Di pertengahan jalan, singgah sebentar di Jambatan Tamparuli.




Kendian singgah di Tuaran..hahaha..xde keroje. Takde cari apa pun.....kami nak cari Pantai Dalit, tapi tak jumpa...ni plak yang kami jumpa...






Perut dah lapar. Akak ada baca kat forum CARI tentang lokan bakar. Kami pusing pusing lagi....ternampak signboard Sepanggar. Akak memang dah print segala maklumat pasai KK/Sabah. Berpandukan apa yang di tulis dlm cari.com..kami jumpa juga tempat lokan bakar. Ternampak pula signboard ke Nexus Karambunai. Asbend kata, kita jalan jalan ke Nexus dulu, kendian kita makan lokan bakar...




Banyak biawak kat Nexus Karambunai ni.... Dah penat pusing Nexus, kami pun pegi ke tempat lokan bakar.........Ini kedai yang kami pegi. Berbaloi walaupun terjah saja. Sambal belacan dan sambal gorengnyer sedap cicah ngan lokan. Kedai ni jual lokan bakar dan puding kelapa semata mata. Takde makanan lain macam gerai gerai yang lain.









Notakaki:  Nak ke tempat lokan bakar ni, sila cari signboard arah ke Teluk Sepanggar, ataupun Nexus Karambunai ataupun cari ke Politeknik Kota Kinabalu. Kena melalui hadapan politeknik KK ni (politeknik mesti di sebelah kiri ya...) dan terus akan jumpa round about. Ambil ke kiri...dan jalan terus akan nampak kedai kedai lokan bakar di tepi tepi jalan. 

Dah kenyang, kami menuju ke pusat bandar. Check in di Promenande Aparment.

Notakaki:  Pada yang nak stay di Premonade Apartment ni betul betul berada di belakang Hotel Promenade dan juga Marina Court. Jalan memang berpusing pusing sedikit nak cari. Lobi Premonade Apartment bersebelahan dengan Hong Leong Bank. Nampak kecil sahaja. Pastikan chop tiket parking di lobi.. Kalau tidak, sia sia sahaja kena bayar parking, walhal parking free jer...



Jalan Jalan ke Sabah - Day 1


30 January 2013

Awal pagi dah berkampung kat KL Sentral. Walhal bukan jauh nau dari umah..hahaha. Tp tak biasa naik bas nak ke LCCT. Flight ke Kota Kinabalu jam 7.55 pagi. So akak and family just takmo kelam kabut. Kul 5 dah ada kat LCCT. Memang awal amat. Dah check in. Bagasi xde..so tunggu ajer lah kat LCCT tu, sambil jalan jalan. Tp anak anak semua tido..haha..gasak..

Kami naik bas Aerobus ke LCCT. Tambang dewasa RM8.00 sehala. Kanak2 RM4.00 sehala. Bawah 6 tahun FOC. Tapi xde seat lah ya. Klu dua hala RM14.00 untuk dewasa. Kanak2, tak ingat. Tak sangka, ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ni. Awal pagi pun, bas penuh. Nak tau pasal tambang dan jadual perkhidmatan bas, boleh masuk SINI




gambar ehsan google
Notakaki:  Perjalanan dari KL Sentral - KLCC mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja dengan aerobus ni. 

Flight pun punctual. 7.55 pagi boarding LCCT  10.30 pagi landing Terminal 2 KKIA.

Boring memasing tunggu nak masuk flight....
dlm flight pun boring gak sorang ni..hahahha


Sampai kat Terminal 2, KKIA, En Don dari Aura Biru Services dah siap sedia menunggu dengan kereta avanza. Ambil kereta, isi minyak, jalan terus ke Kundasang.


Syarikat sewa keter yg kami pilih..


Notakaki;  Keter ni agak baru dan bersih. Terimakasih to En. Don. Senang berurusan dengannyer. 

Kereta avanza 1.5 auto


On the way ke Kundasang, singgah sebentar di Rumah Terbalik. Anak anak akak tak minat sangat nak tengok..hahhaha...sabor jer lah. So kami jalan jalan kat luar sahaja. Lagipun masuk dalam takleh amik gambar...xde apa menarik sangat. Ni link pasai RUMAH TERBALIK. Bayaran masuk RM10.00 for adults, Children RM5.00. 3 years below, free kut..tak ingat..hahhaa..




gambar ehsan google

gambar ehsan google

Notakaki:  Rumah Terbalik ni di pertengahan jalan ke Tamparuli. Lebih kurang 30 minit kut dari Pusat Bandar. Betul betul tepi jalan. Kiranya terlepas, jangan risau, di hadapan ada U Turn. Silalah u turn

Sepanjang jalan ke Kundasang, kami menikmati pemandangan yang indah dan menarik. Melintasi Pekan Nabalu. Singgah sebentar di Kinabalu Park. Sampai disini, cuaca mula suram dan mendung... huhuhu.. Untuk masuk ke Kinabalu Park ni, kena beli tiket. For Adults - RM3.00. Children - RM1.00 Tp org kat kaunter tu baik hati...RM10.00 sahaja utk 4 adults and 3 children..kekekke..







Masa ni dah hujan rintik rintik....laju2 amik gambar...

Pusing pusing dalam Kinabalu Park. Selesai saja disitu, kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang. Singgah makan tengahari dulu di Pekan Kundasang. Selesai sudah, kami pun menuju ke Mesilau Dairy Farm. Sampai di sana, cuaca makin sejuk. Langit makin mendung....Nak sampai ke Desa Cattle ni, mak aihh hazabnyer..hahaah. Sampai atas, kabus tebal. Nak amik gambar, kena tunggu kabus ilang. Kalau tidak, tak cantik pemandangan. Entrance fee:  Adult - RM3.00. Below 18 years - RM1.00

Notakaki:  Utk ke Kundasang, mengambil masa lebih kurang 2 jam. Di Pekan Kundasang ada round about. Untuk ke Mesilau Dairy Farm ni, leh nampak satu signboard , kalau terlepas, jgn risau. Ambil sahaja ke kiri...jalan terus mendaki bukit...akan nampak satu lagi signboard 

ehsan google. 






Pemadangan dari pekan kundasang




Pemadangan dari Mesilau Dairy Farm....sebelum kabus tebal.

Selesai di desa cattle, kami terus ke Kiram Village. Hujan mula turun...huhuhu...pemandangan jadi kelabu. Apa pun tak cantikk...hahaha. Kemudian kami jalan jalan ke Pekan Kundasang. Ternampak Kundasang War Memorial...tp di sebabkan hujan, rasa malas untuk keluar berjalan. Setakat pusing pusing di Pekan Kundasang sambil mencari apa yang sedap untuk di makan. Nak tau info pasai Kiram Village, sila lah masuk SINI.

Akak memilih Celery Cabin. Selesa lah untuk kami 7 beranak. Ada dua bilik...tp tak puas mandi, sbb air perlahan..hahhaha...Ni rupa Celery Cabin. Yang sebelah kanan tu ya. Yang sebelah kiri di panggil Tomato Cabin. Tp sama jer....

Gambar ehsan Kiram Village


Notakaki:  Those yg stay kat Kiram Village. Kalau turun dari desa cattle ni, belok ke kiri. Jalan terus sampai jumpa pekan kecil, belok ke kanan. Ada signboard Kiram Village di situ. So, dun wori. Takkan sesat punya..