Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, 21 March 2017

Konvoi Berbasikal Wanita 2017

11 March 2017 (Sabtu)

Last sabtu pergi Gopeng. Sabtu ni  kita pergi berkonvoi pula. Sempena Hari Wanita. Ni pun last minit punya kerja gak. Lagi 3 hari sebelum event, saya registered to join Konvoi Berbasikal Wanita 2017 ni. Event ni berlangsung di Dataran Putrajaya. Sanggup pergi beli basikal baru tu, semata mata nak joined this event. Sbb last minit, nak sewa, basikal pun dah tak ada. Semua juga atas dorongan kawan kawan #KMC.
Medal

My unlucky number..hahaha. Tak menang lucky draw pun

Before the cycling started
Cer teka...


Saya minta kakak antarkan ke Dataran Putrajaya. And dia bawak balik kereta ke Precint 9. So, saya takdelah hassle mencari parking untuk letak kereta. Dan dah janji2 ngan #KMC friends untuk jumpa setempat and gerak sekali.

Ambik stamina dulu
My #KMC Friends. Eryn dan anak anak, Reeny, Reen, Chi, Intan and doter, Elise (Eh Chi ngan Elise tiada dalam gambar...heehee)

Kita rehat dulu yaaa
Ada yang bawak anak anak sekali. Seronok ramai ramai ni. Saya dengan Reen memang kayuh pelan pelan. Dah lama tak bawak basikal, memang bergoyang basikal bila saya berkayuh. Dan saya tak prektis pun. Berpuluh tahun tak bawak basikal, and hari ni adalah kali pertama setelah sekian lama meninggalkannya.

#KMC friends. Tamat sudah 10km mengayuh basikal
#initlahkuasawanita #konvoiberbasikalwanita2017 #dataranputrajaya


Enjoy je walaupun tak menang apa apa. Tahniah pada yang menang lucky draw. Selepas event, masing masing membawa haluan....dan saya kena mengayuh basikal dari Dataran Putrajaya ke Precint 9. Matilanakmak.....hahaha. Dengan panasnya, dengan terhegeh hegeh kayuh basikal, dengan dah takde stamina nya. Sampai umah kakak, bukak baju...tukar baju lain, kebabom trus. Letihhhhh..




Monday, 13 March 2017

Water Rafting & Abseiling, Gopeng

04 March 2017 (Sabtu)

Salah satu activiti yang sempat saya buat atas ajakan kawan #KMC iaitu Water Rafting dan Abseiling. Tak pernah saya buat pun. And tak pernah pergi Team Building walaupun kompeni dah buat banyak kali. Asik saya reject je. 

Dah tebiat, tua tua ni minat plak nak buat mende mende adventure ni. Bahana berkawan ngan bebudak muda...mendapat ler. Mula mula rasa malas juga nak join. Mengenangkan masa ni saya tgh datang bulan. Leceh bila berair air nanti. Bila pikir pikir balik...bila lagi. Prinsip saya senang jer. Cuba saja kalau nak. At least kalau ada orang bercerita pasal ni, saya tahu apakah itu. And lepas ni kena bawak anak anak plak terai. Kasi depa adventure sket..kannn..

Saya ikut Jun and friends TNB nyer. Kalau nama saya nak cari sendiri this kind of activity, idakler mak nak. Orang ajak, saya follow. Lepas subuh, kami drive ke Gopeng. Di Gopeng few of Jun's friends dah tunggu. Untuk menuju ke Sungai Kampar, kami menaiki lori. Udah rasa macam pendatang ler pulok. Jalan sempit, bila berselisih...gayat wehh..

Bukan pendatang tanpa izin ya...hhehehe. Ni berselisih ngan another group
Jauh juga nak masuk kedalam. Melintasi beberapa perkampungan (kampung orang asli kut), akhirnya sampai ke air terjun untuk waterfall abseiling. Kebetulan pula disini ada geng dari Perodua sedang buat team building. So, kenalah sabar menanti giliran ye. 


Taklimat keselamatan dulu sebelum abseiling

Dah dengar taklimat, jom mulakan. Yang tak larat tu bila nak daki bukit naik keatas tu la. Mak stamina tak berapa nak ada...hahaha. Pastu kena tunggu lak orang orang Perodua ni abiskan abseiling mereka. Lotih mak nak...

Sempat buat pis yo lagi.....


Menarik juga waterfall abseiling ni. Kena katup mulut..kang jenuh air masuk dalam perut...hahhaa. Alhamdullillah, tanpa latihan, saya berjaya turun dengan baiknyer. Macam orang panjat pokok kelapa; kata guide tu...hahhaa.  Actually as in package, setiap orang boleh mencuba selama 2x. Tp mak malas nak. Sebab kena daki bukit ke atas tu. Cukup lah merasa sekali. Jun tried dua kali. 

Selesai waterfall abseiling, guide bawak kami gi lunch dulu. Nasi putih, ayam masak lemak cili padi, sayur kobis goreng, ikan goreng, telur dadar, sambal belacan, buah tembikai dan air sirap. Berkelah di tepi sungai...perghhh. Nyaman. Puas hati makan. Rugi tak amik gambar. 

Selesai makan, kami menuju ke tempat untuk water rafting. Kena dengar taklimat keselamatan dulu. If guide kata: 
Bom Bom - kena masuk duduk dalam raft and pegang tali 
Hi Five - Angkat paddle ke atas, 1 2 3 tepuk air
Forward - kayuh ke depan
Back - kayuh ke belakang
Lagi apa eh....hahahha. Ada beberapa cue lagi yg saya tak berapa nak ingat. Tapi saya enjoyed sesangat buat water rafting ni. Sebenarnya saya fobia air dalam. Saya takut tenggelam. Tp alhamdullillah, rakit selamat tanpa terbalik. Masa hari ni, memang ramai yang buat water rafting. Ada 4 rakit terbalik, and kami managed to save dua orang yang hanyut tu.

Disaat bermula, cuaca dah beransur mendung. Memang kompem hujan. Halfway, kami stop kat satu tempat, sebab hujan semakin lebat. Air pula mula naik. Demi keselamatan, para guides mengarahkan semuanya stop dulu. Lama juga kami berada didalam hujan. Kesejukan...lecak, pacat..huaargg..mak geli pacat...

Bila hujan beransur reda, kami meneruskan perjalanan. Di sepanjang perjalanan, kami melalui 11 - 13 rapids. Memang enjoy betul, tp kena ingat akan keselamatan. 

Our rakit


Gambar banyak, tp most of the gambars kelabu belaka, sbb hujan and guide cuma menggunakan camera hp untuk mengambil gambar. Maka terpaksa lah berpuas hati dengan gambar yang begini. (Taking pictures is included in the package). 

Selepas melalui rintangan di atas air, maka kami selamat sampai ke penghujungnya. If I were to have another chance, I will do this again. 







Tuesday, 3 March 2015

Happy Chinese New Year

03 March 2015

Actually, this celebration memang buat tiap tiap tahun. Dan jadi satu tradisi di company kitaorang ni kut. Seawal jam 4 petang, mulalah berirama music Lion Dance. Kemudian diikuti dengan jamuan makan kepada para pekerja dan juga jemputan. Jemputan biasanya terdiri dari anak anak yatim dari badan badan kebajikan. Dan biasanya adalah para volunteer untuk melayan anak anak yatim ni. Akak idak ler...x lalu weii. Bila tengok anak2 yatim, kang ayaq mata mula bergenang genang kat ujung ujung mata. Takyah ler....hehehe..