Wednesday, 18 July 2012

Love You Thousand Times - The Last Two Episods


Dua Episod Terakhir Love You Thousand Times (Episod 54 & 55)

Ehsan google


Semalam adalah episod terakhir Love You Thousand Time atau Saranghae Cheonmanbon dalam bahasa Korea. Akak suka sangat cerita ni membuatkan akak tidak mahu ketinggalan episod mana-mana. Kedua-dua episod yang terakhir ni membuatkan akak menangis lagi..huhuhuhu. (sedeyyyy tau) Kang Ho mendapat tahu bahawa Eun Nim menghidap kanser. Beliau ingin menjaga dan menyelamatkan Eun Nim tetapi Go Eun Nim pula merasa kasihan terhadapnya. Eun Nim tidak mahu Kang Ho bersedih dan memperdulikannya, malahan ketika dia mencintai Kang Ho pun, dia cuba untuk menjauhkan diri daripadanya. Eun Nim melarikan diri dan meninggalkan nota buat Kang Ho supaya jangan mencarinya, dan cubalah memahaminya.


Ehsan google
Namun Kang Ho tidak pernah berputus asa demi cintanya terhadap Eun Nim. Kang Ho pergi ke rumah ibubapa Eun Nim untuk mencarinya, tetapi dia tidak berada disana. Jadi dia melutut kepada ibubapa Eun Nim dan memberitahu mereka untuk menyelamatkan Eun Nim. Mereka terkejut kerana mereka tidak tahu apa apa tentang kesihatan Eun Nim. Mereka meminta Eun Nim pulang ke rumah. Akhirnya Eun Nim pulang juga dan dia bertemu Kang Ho yang sedang menantikan beliau di luar. Ibubapa Eun Nim menyuruh Kang Ho pulang ke rumah kerana nenek beliau memintanya berbuat demikian. Nenek begitu marah dengan Kang Ho. (Ni semua hasutan Seon Yeong ler ni. Dia yang bagitau nenek pasal Kang Ho menjaga Eun Nim yang sedang sakit). Beliau berkata, Kang Ho tidak mempunyai hak lagi untuk berbuat demikian kerana mereka sudah bercerai. Kang Ho tidak pulang ke rumah sebaliknya beliau menunggu Eun Nim di dalam kereta.Kang Ho banyak menangis dalam drama ini kerana cintanya kepada Eun Nim. Tetapi dia tidak pernah putus asa.

Kang Ho tahu bahawa Eun Nim mahu terus hidup untuknya. Eun Nim pulang tetapi dia berasa amat sakit pada waktu malam. Beliau menelefon Kang Ho tetapi tidak mampu bersuara. Kang Ho segera menelefon ibubapa Eun Nim, kerana dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Eun Nim. Kedua ibubapa segera meluru ke bilik Eun Nim dan melihat Eun Nim didalam keadaan tidak sedarkan diri. Mereka segera membawanya ke hospital. Di hospital, setelah sedar, Eun Nim menangis apabila dia memberitahu kepada ibunya (Ae Rang) bahawa dia mahu hidup lebih lama untuk Kang Ho dan ayahnya. Beliau berkata, dia tidak boleh meninggalkan mereka. Sekiranya Eun Nim mati, ayahnya masih mempunyai ibunya. Tetapi Kang Ho tidak punyai sesiapa. Kang Ho yang mendengar di belakang pintu, menangis. (Bagus Ae Rang ni. Di saat begini, sedikit pun tidak pernah mengatakan bahawa Eun Nim adalah anak tirinya. Malah dia sentiasa menganggap Eun Nim adalah seperti anak kandungnya.) 


Mereka berkahwin untuk kali kedua. 
Sae Hoon sangat sangat memberikan sokongan kepada Kang Ho. Dia memberikan kunci rumah dan memberitahu Kang Ho supaya tinggal di sana bersama Eun Nim. Tempat itu sangat baik dan sesuai untuk kesihatan Eun Nim kerana berhampiran dengan laut. (Cantik tempat ni...) Kang Ho menjaga Eun Nim di sana dan satu hari apabila Eun Nim terjaga dari tidur, dia melihat sebuah kotak dia atas katil berserta nota dari Kang Ho. Di dalam kotak itu adalah pakaian yang cantik, dan Kang Ho meminta dia memakainya. Mereka keluar dan Kang Ho membawanya ke gereja. Mereka berkahwin semula disitu. Ia adalah sangat romantis dan penuh emosi. Mereka mengambil gambar selepas berkahwin. Apabila Eun Nim mahu mengambil gambar berseorangan, Kang Ho sedih, kerana dia tahu Eun Nim mengambil gambar itu untuk hari pengkebumiannya. Walaupun Kang Ho tidak bersetuju, tetapi dia menurut sahaja kehendak Eun Nim.


Ehsan google
Setelah menjalani beberapa rawatan kemoterapi (Eun Nim pakai topi..tak lawa..hahhahaha), Eun Nim akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan. Sebelum pembedahan, Kang Ho bertanyakan Eun Nim sekiranya dia inginkan apa apa, sambil sambil mereka menengok gambar gambar lama. Bila sampai ke gambar Yoo Bin, Eun Nim hanya berdiam dan meminta diri untuk masuk tidur.

Ehsan google
Kang Ho memberitahu Baek tentang pembedahan Eun Nim. Sebelum pembedahan, Kang Ho mahu mendaftarkan perkahwinan mereka yang kedua. Baek tidak bersetuju, tetapi tidak tergamak untuk menghalang niat Kang Ho.

Kang Ho menelepon Sae Hoon, meminta jasa baiknya untuk membawa Yoo Bin bertemu Eun Nim. Tetapi Eun Nim menolak. Seon Yeong mendapat tahu yang Sae Hoon membawa Yoo Bin berjumpa dengan Kang Ho dan membuatkan dia amat marah. Kata Sae Hoon, 'Eun Nim tidak mahu berjumpa denga Yoo Bin. Awak puas hati?? Sudahlah, tidak perlu membangkitkan lagi isu ini'. Ini membuatkan Seon Yeong tersedar seketika, walaupun ego masih membelenggu dirinya. Malah di kala dia datang melawat Eun Nim, dia hanya memohon maaf di atas apa yang terjadi kepada bapa Eun Nim, tetapi tidak memohon maaf langsung diatas perkara perkara lain yang telah dilakukannya terhadap Eun Nim.

Di hari pembedahan, semua orang bimbang kerana pembedahan adalah bermakna diantara hidup atau mati. Sebelum pembedahan, seluruh ahli keluarga memberi galakan kepada Eun Nim. Seon Yeong akhirnya benar benar sedar, membuat keputusan untuk datang bersama Yoo Bin. Beliau memberitahu Yoo Bin untuk memberikan galakan kepada Eun Nim dan menciumnya. Semua orang yang mengetahui tentang kisah disebaliknya menangis. (Memang sedih waktu ini...Eun Nim pun sedih, tapi dia tahan airmata jgn mengalir. Pastu dengan lagu yang mendayu dayu lagi..)

Ehsan google - masa ni Yoo Bin beri galakan..
Selepas 2 tahun kemudian, Kang Ho pulang dari urusan perniagaan di luar negara. Sae Hoon dan Seon Yeong kini berjaya memperbaiki hubugan mereka. Hyang Sook masih lagi sakit. Beliau mendapat penyakit lupa (alzhemeir) dan berkelakuan seperti kanak kanak. Nan Jeong dan Cheol mendapat seorang anak perempuan. Ae Rang begitu gembira kerana akhirnya dia berpindah  ke sebuah apartment yang selama ini menjadi impiannya. So Wol (makcik Cheol) akhirnya berkahwin dan mengandung. Bong PD masih lagi menyintai Cheong Ja (emak Cheol). Geum Ja membuka perniagaan sendiri. Yeon Hee berjaya mendapat ijazah kejururawatan.


Happy Ending

Eun Nim sedang berehat di resthouse mereka sambil menunggu kepulangan Kang Ho. Dia terselamat, tetapi perlu menunggu selama lima tahun untuk pulih sepenuhnya. Mereka sedang makan dan salji turun dengan lebatnya di bulan Mac. (Cute jer depa masa makan ni. Kang Ho tak suka makan lobak merah, dia asing asingkan dan letak dalam mangkuk Eun Nim. Eun Nim marah marah manja). Sambil makan, Eun Nim mengajak Kang Ho pulang ke Seoul kerana tidak mahu menyusahkan Kang Ho yang asik berulang alik ke tempat kerja. Tetapi Kang Ho tidak kisah.

Masa makan 
Selepas makan, mereka berdua berjalan jalan di tepi pantai sambil menikmati keindahan salji yang turun. (teringat lak salji kat Mount Sorak masa pi korea ari tu..heheheh)







No comments:

Post a Comment