Showing posts with label London Court. Show all posts
Showing posts with label London Court. Show all posts

Monday, 25 May 2015

Amazing Perth & Western Australia - Last Day

15 May 2015 (cantik punya date - Friday)

Dah sampai tahap malas betul nak update blog. Letak schedule 25/05/2015 lagi (terperam lama kat draft)......bulan Ogos baru ada masa nak update...hahhahah....


Hari terakhir di bumi Australia dengan 1001 macam kenangan dan peristiwa. Tetap indah di ingatan. Bayangkan yg indah indah dan manis manis ajer. Yg sour tu jadikan pengalaman dan pedoman di masa akan datang. 

Pagi ni kena antar kereta ke Bayswater di Adelaide Terrace. Jam 0730 kami dah bergerak ke Bayswater dan ngam ngam sampai jam 0800 am. Elok je sampai, pejabat Bayswater pun baru dibuka. Saya memulangkan kereta dengan senang hati kerana kereta telah dicuci, tiada sebarang kemalangan dan harap harap tiada sebarang saman. Saya menunjukkan resit pembayaran di hari pertama, kemudian staff situ deduct balik deposit AUD100.00 dari credit card saya. Selesai di Bayswater, kami mencari transperth untuk menuju ke Perth City. Nampak satu bustop transperth. Kami naik jer, sebab yakin bas itu akan menuju ke Busport Espalanade.

Gigih baca transperth map...hahaha...

Sesampai di Busport Esplande Perth, kami naik ke platform (teringat masa first day punya kejadian...hehhehe). Terserempak dengan bebudak sekolah kat atas platform. Sebelum ni saya ada sebut bahawa Busport Esplanade ni macam Puduraya gitu.


Bahagian atas



Rupa parasnye di bawah - Ehsan Google

Rupa paras di atas hehehe - Ehsan Google


Di St George Terrace

Kami hanya berjalan jalan menuju ke St George Terrrace. Berpandukan peta yang saya dah siap print dari internet, kami mencari Hay Street untuk pergi ke London Court. On day way mencari cari, nampak patung kanggaroo di Stirling Garden (rujuk map di bawah). Masa kat Stirling Garden ni kami nampak ada sorang homeless lelaki berambut punyalah panjang, tp elok jer dia dandan kan.

Klik sini untuk melihat Map dengan lebih jelas

Nampak dak map yg saya tepek kat atas ni. Saya cuma berpandukan map ni semasa jalan jalan di Perth City. Dari The Esplanade, kami menuju kat Barrack Street. Pusing ke St Georges Terrace dimana terdapat binaan kanggaro di Stirling Garden. Patah semula ke Barrack Street, menuju ke Hay Street Mall dimana disitulah terletaknyer London Court. Kena tengok betul betul ya untuk cari London Court tu. Sebab saya terlepas beberapa kali dan kena patah kebelakang semula.. Takde apa sangat yang saya beli di sini. Jalan jalan cuci mata jer. Kekawan yang memang membeli sakan.

Belakang tu Government House & Garden



London Court

Murray Street

Selesai di Hay Street, kami menuju ke Murray Street melalui William Street. Dari Murray Street, kami berjalan kaki melalui William Street juga  menuju ke Perth Central Railway Station untuk menuju ke Northbridge (x dapat nak tunjuk dah sbb xde dlm map..hehhee.). Kat William Street tu kan ada satu bentuk curve. Kami lalu disitu. Since memang dah melalui jalan ni banyak kali, so kami dah tau mana nak pergi.  Singgah di Corica Appla Strudel dan balik ke Malaysia Hall. Kat Corica, terjumpa sorang uncle (chinese malaysia). Waaa...you all also here. I had to take several buses to come here. Just because people are saying that apple strudel here is nice. Saya angguk kepala je. Then just cakap, kami stay nearby jer. So tak jauh nak ke Corica. Where you all staying. Kami jawap, Malaysia Hall.





Sampai di Malaysia Hall, pada mulanya kami minta tolong adik2 tu carikan taxi untuk ker airport. Kemudian warden Malaysia Hall tu kata....bebudak ni buat service antar ke airport. If nak, boleh mintak tolong mereka. Waah..apa lagi...pucuk dicita ulam mendatang. Kan lebih senang. Kami decide mintak adik2 tu antarkan. Dia charge per head AUD10.00. Tak kisah ler. Depa pun baik sangat. Tolong angkat bag bagai. Bag berat lak tu. 

Jam 1230 kami menuju ke airport. Shahir yang tolong antarkan. Mujur muat satu kereta. Walaupun adik adik tu charge AUD10.00 per head, tp kami bagi lebih. Seronok sbb depa sgatlah baik hati menolong. Jadi apalah sangat. Lagipun student. Kita pun penah jadi student dulu dulu kann. Sesampai di airport, kami pergi ke pejabat kastam untuk claim GST. Pejabat kastam tu di hujung sekali, berdekatan dengan car rental. Dia akan mintak resit, kita tunjukkan barang dan dia chop. Lepas chop, baru check in luggage. Jangan check in luggage dulu sbb depa mmg nak tengok barangan. Melainkan kalau barangan tu kita handcarry. Untuk dapatkan refund, kena pergi satu kaunter lagi, di tingkat 1, semasa kita masuk ke boarding gate. Selepas pemeriksaan imigresen, ada satu kaunter Refund. So, beratur ler disitu, nnt dia akan minta passport dan no credit card untuk refund. Make sure apa yang nak di refund tu betul ya. Pastikan AUD300++ dan resit resit adalah dari kedai yang sama. Sebabnya bukan apa...if x cukup AUD300.00 orang keje kat kaunter tu pun bleh naik angin...sbb saya terkena, because of orang di depan yang nak claim tu resitnya memang lebih dari AUD300 tp bukan dari kedai yang sama. Resitnyer dari kedai yang berbeza beza. Jadi bila tiba giliran saya, garang betul dia. Agaknyer dah naik angin ler tu. How much do you have today? Sy jawap AUD300.00. She asked for the passport, and kasar jer dia amik passport dan resit. Sampai koyak  resit2 saya bagi. 

Masa check in luggage pula, renyah betul saya rasa. Adakah kami mendapat staff yang terlalu particular...or mmg depa strict begitu sekali. Since kami in a group. kami nak share jer luggage, if ada yang terlebih muatan. Kena weight satu persatu luggage untuk setiap empunya beg,. Beg yg overweight ditimbang kemudian baru boleh dia sharekan. Saya ada beli lighter as a souvenier. Rupanya lighter tak boleh isi dlm luggage. (Kenapa owner Megabes tu tak bagi tau ekkk).  Kena letak dlm poket baju or seluar. Dan tiap seorang cuma boleh carry satu lighter sahaja. Fuhhh...jenuh bukak luggage cari lighter. Mujur saya memang asingkan siap siap...my friend main campak jer dlm beg. Jenuh gak nak punggah..huhuhuhuh. Last sekali, dia tanya, mana hand luggage. Kami memasing tunjuk ler. You are carrying to many bags. Only two bags allowed. Aduhai....walhal beg plastik jer pun. Mcm saya, dua beg plastik satu isi patung kanggaro, satu isi apple strudel dan satu handbag. Kawan saya pun gitu....kena plak kami bahagi bahagikan untuk pastikan tiap sorang bawak dua bag jer. Lepas asing asing dan bahagi bahagikan, kena timbang lagi..........stress kejap. Kalau tengok pada bag yg kami bawak, amat amat lah ringan.  Bila masuk ke boarding gate, saya tengok ramai jer bawak cabin luggage. Backpack dan trolley bag lagi. Rasa rasa more than 7 kilos. Ada sorang budak pompuan tu bawak 3 bag. Backpack, handbag dan satu bag isi mende2 kecik mcm bantal, shawl. Takperlah...follow jer lah. Procedure dah memang gitu kut. Just be prepared je lah sapa sapa yang pegi Australia ni. 

Jam 0300 kami dah bersedia di dalam boarding area. Ramai juga Malaysian. Terserempak lagi dengan uncle yang beli apple strudel kat Northbridge tadik. Tepat jam 0405, kapal terbang berlepas dari Perth International Airport menuju ke Malaysia. Lebih kurang jam 0940 kapal terbang mendarat. Tp biasa lah, procedure byk sangat. Lebih kurang jam 1100 baru dpt kluar dari arrival. 

Alhamdulillah, selamat perjalanan pergi dan balik dengan jayanya. Alhamdulillah, tiada sebarang penyakit dan kesusahan ketika berada di Australia. Kami membawa pulang 1001 macam kenangan yang pasti sukar untuk dilupakan. Pahit manis, masam masin, semua ada. Hanya Allah SWT dan kami saja yang tau. 

Next trip.......kena pikir patplohpat kali kut...tak tau kemana hala tuju lagi....huhuhuhuh.