Showing posts with label Ikan Bakar Lenggong. Show all posts
Showing posts with label Ikan Bakar Lenggong. Show all posts

Monday, 31 March 2014

Restoran Tasik Raban, Lenggong

Dah hampir 21 tahun saya berkahwin dan sentiasa berulang alik dari Kuala Lumpur - Kuala Kangsar - Lenggong. Namun tidak pernah sekali pun saya singgah di mana mana restoran di Lenggong. Sebelum ni ramai juga orang memperkatakan tentang Restoran Tasik Raban...tp mmg tak penah ada hati nak singgah..hehhee..Paling paling pun, singgah mandi manda di Lata Kekabu . Muzium Arkeologi Lenggong pun tak pernah sampai..hahhaha..malu nak mengaku orang Perak...So, this is the first time saya singgah. Malang bagi saya...kesemua ikan bakar yang ada di sini adalah ikan sungai...huhuuhuh...maka pandang aje lah ya..

Notakaki: kebanyakan ikan sungai saya tak makan especially keli, talapia, haruan, sepat segar, patin. Tp saya makan ikan puyu kering, ikan sepat kering juga ikan pekasam - bergantung pd ikan sungai jenis apa juga, sbb some of the ikan memang tak boleh masuk tekak saya. Dah pernah cuba, tp x daya nak telan. Abang saya kata, mengada ngada..hahaha. Bukan saya seorang jer tau, my sisters pun x makan. Abang2 jer yg adventure lebih. Sbbnya jadi gini, semasa saya kecik kecik dulu,  emak tak makan ikan sungai, dah abah tak pernah beli ikan sungai, walaupun kami duduk di kampung.

Waktu Operasi:
Setiap hari jam 11.00 pagi - 04.30 petang



Nama jer Restoran Tasik Raban. Tp bukan dekat sebelah tasik pun. Maybe (maybe...sy pun tak pasti...maybe dulu dulu restoran ni di sebelah tasik kut. Sebab kalau ikut jalan lama sebelum ada hiway, mmg ada restoran di sebelah tepi tasik Raban)


restoran dari hadapan
antara ikan bakar yang ada