Thursday, 9 August 2012

Kesan sampingan memakai Implanon


Macam macam cara orang lakukan untuk mencegah kehamilan. Zaman sekarang, takut nak beranak banyak banyak. Byk sebab. Komitment, financial dan macam macam lagi. Akak pun amik pencegahan kehamilan. Cukuplah 5. Kalau keluar lagi seorang, boy jugak, aduhai. Sekarang pun akak ni a single rose amongst the torns...hahahha. Sebenarnya dahulukala, kalau ikut perancangan akak, memang nak 4 orang anak sahaja. Dua lelaki dua perempuan. Tp itu cuma perancangan sahaja. Yang menentukan, Allah SWT. Yang ke 5 tu, gara gara tidak melakukan pencegahan kehamilan secara terraaaa...hahhaa. Namun akak bersyukur punyai 4 putera yang kini meningkat dewasa dan si bongsu yg ke 5 menjadi penglipur lara.

Mula mula dulu, akak menggunakan pil perancang. You name it..noriday, nordette, yasmin..Bertahun tahun lamanya akak makan pil perancangan. Tp di sebabkan secara tak sengaja ter jadi yg no. 5, akak tak berani lagi nak makan pil.OOoh..cukup lah cukup sudaaa...hahha.  IUD akak tak suka sbb masa nak pasang tu, akak kena mengadap doctor dah membuka kaki dlm keadaan sedar diri tu, buat akak jadi malu. Dalam keadaan bersalin tu lain (itu pada akak ya...orang lain mungkin tak kisah). Injection pun akak tak suka sbb kena pergi every 3 months. Menghitung hari pun akak tak suka dan tak pandai. Ada juga kaedah lain, yang tidak begitu selesa pada akak. Jadi, akak memilih IMPLANON kerana percentage keberkesanan yang paling tinggi, berbanding yang lain.(99% berkesan, 1% boleh hamil). Lagi satu, hassle free, once dah pakai implanon, tak payah nak pikir apa apa dah. Redahhh ajer..hahahhaha.

Semasa memasang implanon ni, cost yang di kenakan adalah RM500++. (almost RM600.00 for 3 years). Maybe bergantung kepada klinik yang kita pergi tu kut..wallahualam..sbb akak pergi ke klinik swasta.

Cara implanon di pasang / tempat implanon di pasang




**Notakaki:  Gambar gambar diatas adalah cilok dari pak google.

Ini adalah kesan kesan yang akak alami berdasarkan pengalaman sendiri.
  1. Weight gain - weight akak mmg bertambah sahaja sepanjang tahun..hahaha. Selera makan, memang berselera. Tp yg ini susah juga nak kata. Sbb akak dari dulu dulu lagi, memang berselera makan. So, category ni, tak tau lah boleh di ambil kira sangat atau tidak..kekkek
  2. Menstrual - memang kacau bilau. Akak tak datang period berbulan bulan lamanya. Juga ada yg memakan tahun. Selepas memakai implanon dibulan December 2009, cuma sekali sahaja akak datang period yang heavy. Kemudian, ada datang, tp sedikit sedikit di antara tahun 2009 - 2010. (Akak tak ingat exactly, sbb tak keep track masa tu). Tahun 2011, period akak datang di bulan puasa. Setahun kemudian, 2012, dibulan puasa juga, period akak dtg. Iaitu di hari ni, di tarikh akak menulis di blog ni..aduhai. 
  3. Lain lain - tiada
Pengalaman mungkin tidak sama di antara satu sama lain. Tp ini adalah pengalaman akak. Sekadar panduan untuk semua..

Ini lah rupa kad implanon akak yang di simpan di dalam purse. Di bawa kemana juga. Dah hampir 3 tahun akak memakai implanon ni. Bulan December nanti, kena buka. Si kecik Amirul Hafiy pun will be 3 years next week (17 Ogos)

Sekiranya ingin membaca perihal implanon, bolehlah masuk ke SINI. Akak berharap, period akak tidak berlarutan sehingga ke akhir bulan Ramadhan ni. Aduhai....jenuh nak mengganti..hehehhe......... Terpulang kepada masing masing bagaimana cara untuk mencegah kehamilan. Pada akak, itulah cara paling berkesan.

Notakaki:-
DISINI pula adalah cerita dimana implanon saya sudah di keluarkan ya. 




3 comments:

  1. Teringin nak pakai tp takut.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..xde apa. Okay jer. Dun worry.

      Delete
  2. bab naik badan tu mmg takut nak hadap..dgr jd cmtu trs x jadi pakai..

    ReplyDelete