Showing posts with label Petite France. Show all posts
Showing posts with label Petite France. Show all posts

Wednesday, 20 November 2013

Korea - Autumn Day 2 - Petite France

Khamis 31 October 2013 - DAY 2 Part 1

Hari kedua di Seoul. Seawal pagi dah bangun. Sejuk sungguh di pagi hari. Breakfast dulu sebelum meneruskan perjalanan....nasi goreng cendawan Brahim. Saya juga sempat panaskan nasi goreng untuk anak saudara sebelum pergi ke Namsan 4 untuk membangunkan dia dari tidurnya...huhuhu...

Breakfast pertama di hari ke dua di Seoul
Selesai semua urusan, bermulalah edisi memenatkan kaki, memanjat tangga dan turun naik subway. Bila dah siang, banyak yang dapat saya pandang....dan sekali lagi memori tahun lepas datang bertandang.. heheh...Hari ni mahu menuju ke Petite France & Garden of Morning Calm. 

Namsan 2 Guesthouse 

Laluan utk 3 hari pertama...


Di depan Namsan 4 Guesthouse
Laluan yang kami ambil untuk ke Gapyeong melalui Seoul Subway. Myeondong (Line 4) --> Dongdaemun (Line 1) --> Cheongnyangni. Dari Cheongnyangni Subway Station kami turun menuju ke Cheongnyangni Train Station. Dekat jer...ada signboard ke Train Station ni..dun worry..Tapi menapak naik tangga menuju ke Train Station amat menguji stamina saya..

Pada mulanya bercadang nak ambil ITX...tp dek kerana tidak yakin dan x mahu menunggu lama walhal naik ITX lagi cepat..hehe. (lenkali datang, saya cuba naik ITX hehhee), saya amik keputusan naik train biasa. Bertanya kepada petugas yang berada di Train Station, kami perlu turun di Platform 3 untuk meneruskan pejalanan ke Sanbong --> Sampai di Sanbong transfer ke Chucheon line --> Gapyeong. Tidak perlu risau kerana ada jer signboard utk ke Gapyeong. Perjalanan menggunakan train biasa memerlukan T-Money. Tidak seperti ITX Train dimana kita harus membeli ticket yang lain, dan train schedule adalah 1 jam bagi setiap satu train.

Jadual ITX dari Gapyeong

Myeondong (Line 4) --> Dongdaemun (Line 1) --> Cheongnyangni transfer ke Cheongnyangni train station --> Sanbong --> transfer ke Chuncheon line utk ke Gapyeong

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1.5 - 2 jam ke Gapyeong...huhuhuhu..lotih makk sbb berdiri...berebut rebut kerusi ngan ahjumma dan ahjussi..kekkee. Walaupun hari ini adalah hari Khamis, tetapi kelihatan ramai warga korea melakukan aktiviti riadah. Dalam hati..(tak keje ke depa ni...hehhehhe)

Tempat letak basikal, depa duduk gakk..





Pada saya tidak susah menggunakan public transport di Seoul. Baca signboard, follow direction...in Sha Allah...selamat. Walaupun ini kali ke 2, dan dgn ilmu yang sedikit, saya berjaya juga sampai ke Gapyeong. Sampai sahaja di Gapyeong, kami menuju ke Tourist Information Counter yang berada di sebelah  kanan. Disitu kami mengambil Gapyeong Tour Bus dengan membayar harga tambang KRW5000.00. Kat Gapyeong di pagi hari ni amat lah sejuknyer.....rasa mcm musim winter lak...gigil gigil jari jemari...dengan kabus lagi...huhuhu..Disini ramai saya jumpa Malaysians yang menunggu Gapyeong Tour Bus untuk ke Nami Island. Tua muda, belia remaja...semua ada...Ada yang ramah bertegur sapa, ada juga yang buat tak tahu sahaja. 

Tempat tunggu Gapyeong Tour Bus

Sempat snap masa lalu dekat Nami Island

Ticket bas, beli dari bus driver je..
Notakaki:  Gapyeong Tour Bus ni, adalah circle tour bus. Kita boleh hop on hop off kat mana kita nak. Nak naik balik, tunggu jer kat mana kita turun....provided with the time table le...kena ikut jadual. So nak senang, baca jadual waktu dan pahamkan...hehhehe

Kerana sampai awal pagi, kami berjaya mendapatkan Gapyeong Tour Bus jam 9.10 pagi menuju ke Petite France. Stop yang pertama adalah Nami Island. Tp kami tak turun di situ. Sepanjang perjalanan adalah ahjumma dok bagi penerangan ntah apa tatau ler...udah dlm bahasa korea, mana mak nak faham..hahaa..dengor je lah...Lebih kurang 20 - 30 minit kami sampai di Petite France. Bayaran masuk ke Petite France adalah KRW8,000 for adults.  Saya dah print discount coupon utk entrance, so dpt lah masuk dengan bayaran KRW6,000

Info pasai PETITE FRANCE . Meh jamu mata ngan gambar gambar je ler ye....Petite France ni terletak di kawasan tanah tinggi...jadi suhu mmg amat sejuk...Semasa nak kesini pun asik lah turun naik bukit...















My nephew..mmg sejuk amat..pakai glove u..haha




Ni citer apa eh..lupa aa...hahahha
Artis yang saya kenal kat sni suma Park Yoochun jer...Rooftop Prince









Menarik juga tempat ni. Seadakan berada di negara Perancis pula ya. Gambar saya banyak giler...so tepek yg mana patut patut jer lah ye..kekkeke....kang muntah ijo org dok nengok gambo ahkak je..kekkee....Petite France ni kawasannya kecil sahaja. Sekejap sahaja boleh abiskan untuk menjelajah. Tidak perlu berlama lamaan di sini kerana kami mempunya agenada lain pula. Melihat kepada jadual bas yang bakal lalu di Petite France menuju ke Garden of Morning Calm adalah jam 11.40. Paling awal. So kami abiskan cepat cepat menjelajah Petite France....


.
Saya suka Korea....Bus punctual..hahhaa..tepat jam 11.40 bas sampai. Kami pun meneruskan perjalanan ke Garden of Morning Calm.