Showing posts with label KDrama. Show all posts
Showing posts with label KDrama. Show all posts

Thursday, 8 December 2016

KDrama - Yang manakah melekat di hati

Demam drama Korea datang semula.  The first KDrama yang saya ikuti adalah Loving You Thousand Times. Walaupun itu adalah drama pertama yang saya tonton sehingga selesai, tetapi hero dan heroin nyer tidak juga memikat hati saya. Walaupun sebelum itu kecoh kecoh pasal Winter Sonata (2002), Boys Over Flower, City Hunter, etc, tapi satu pun tidak saya teringin untuk menontonnye. Saya mula menonton drama Winter Sonata selepas saya pulang dari Korea. Demi untuk memahami dan mengerti kenapalah orang suka sangat dengan kdrama. Juga cuba menghayati tempat tempat yang saya pergi semasa di Korea. Kemudian barulah saya perlahan lahan menonton lain lain drama. Tapi tak semuanya melekat di hati. Hingga setakat ini yang benar benar meresap di jiwa saya adalah:

Banyak juga drama drama lain yang saya tengok. Tak mampu nak tuliskan semua.  Dan diantara artis lelaki Korea yang melekat di hati saya adalah Kwon Sang Woo, Ji Sung, Song Seung Heun, Lee Min Ho dan yang terbaru Song Joong Ki. Manakala artis wanita belum ada yang benar benar melekat di hati saya (buat masa ini). 

Saya menonton drama drama Kwon Sang Woo hanya kerana KSW. Kebanyakan dramanya kurang melekat di hati saya walaupun saya meminatinya. Saya menyukai lakonan KSW. Pada saya KSW banyak terlibat dengan drama airmata dan sering menjadi insan teraniaya seperti dalam drama Queen of Ambition, Sad Love Song. Antara drama berbeza KSW yang penah saya tonton adalah Medical Top Team. Walaupun Stairway to Heaven menjadi sebutan ramai, saya tidak pernah mengulang menonton drama tersebut.

Lee Min Ho
Antara drama Lee Min Ho yang terkesan di hati saya adalah Faith dan The Heirs. Saya paling tidak suka drama Boys Over Flower. Bukan tidak sukakan LMH, tetapi tidak suka watak Ku Jun Pyo hahah. Pada saya KJP is a spoilt brat who doesn't know how to make his own decision.  Watak heroin dalam drama itu juga terlalu clumsy. Begitu juga heroin Personal Taste. Bagaimanapun LMH terus melekat di hati saya

Saya tidak penah tahu tentang SJK sehinggalah munculnyer drama Descendants of the Sun. Pabila saya menonton episode pertama DoTS, SJK terus melekat di hati. Saya betul betul terkesan dengan watak Yoo Shi Jin. SJK membawa watak itu dengan baik. Dek kerana SJK telah melekat di hati, saya mula menggugel drama drama SJK. Innocent Man/Nice Guy juga menambat hati saya. Ekspresi muka SJK dalam drama dramanya begitu menyentuh jiwa. Sebagai Kang Ma Roo insan yang teraniaya demi cinta didalam Innocent Man, juga sebagai Captain Yoo Shi Jin di dalam Descendant of the Sun. Wataknyer agak cheeky dalam Sungkyunkwan Scandal. Di dalam drama Tree With Deep Roots pula, peranan yang dimainkan hanya beberapa episode. 

Drama SSH yang paling saya suka adalah East of Eden. Airmata mengalir setiap episode. Walaupun 50 episode, tetap saya gigih menonton hingga selesai. Saya juga sukakan drama When a Man Loves. Walaupun drama ini mendapat kritikan hebat dah rating menurun di pertengahan drama, saya tetapkan sukakan nyer kerana SSH. 

Ji Sung

Drama pertama Ji Sung yang mula saya tonton adalah Swallow The Sun. Pertama kali menonton lakonan Ji Sung, saya terus menyukainyer. Tetapi agak sukar untuk saya menonton lain lain drama lakonan Ji Sung kecuali Secret Love. Mungkin kerana storyline ataupun pasangannyer. Beberapa kali cuba juga, namun kebanyakannyer hanya separuh jalan. Jadi hanya dua drama sahaja yang terkesan di hati saya iaitu Swallow The Sun dan juga Secret Love.

Saya sekadar menyukai Bae Yong Joon didalam Winter Sonata. Tidak pernah menonton lain lain drama lakonan BYJ. Begitu juga dengan Park Shin Hye. Dia menambat hati saya didalam The Heirs. Tetapi  agak sukar untuk menonton lain lain drama lakonan PSH, walaupun saya telah cuba beberapa kali.

Choi Ji Woo mendapat tempat di hati saya kerana lakonannyer dalam drama Winter Sonata. Kemudian saya menonton Stairway to Heaven. Saya juga sukakan lakonannyer di dalam The Suspicisous Housekeeper.

Itu adalah saya. Lain orang lain citarasa..