Showing posts with label Albany. Show all posts
Showing posts with label Albany. Show all posts

Friday, 22 May 2015

Amazing Perth & Western Australia - Day 4 Part I

11 May  2015 - Monday

Hari ke 4 di Western Australia. Awal pagi baru saya perasan, betapa kotornya kereta berwarna putih. Kak Zu kata, semasa dalam perjalanan semalam, ada  road construction sedikit. Mungkin masa tu agaknyer segala kotoran naik ke kereta hingga ke side mirror. Saya ni jenis, risau dengan barang barang yang disewa atau di pinjam. Dek kerana tak mahu kekotoran terus melekat, saya cuci sikit sikit dengan air. Jadi lah...ilang gak itam itam pada kereta. Rajin sungguhlah pepagi hari mencuci kereta..


Jom..ready to go..

Check dulu apa yang patut

Gambo giler semua...hahhaa

Selepas breakfast, kami terus kami menuju ke Lake Sepping dulu. Saya x menjangkakan langsung bahawa Lake Sepping ni berada berhadapan dengan kawasan perumahan. Masa sampai di sini, ada sorang acik minah saleh ni, dok pandang pandang kami amik gambar ngan itik itik tu semua...hahahha. Pastu nampak macam dia panggil panggil seseorang dari dalam rumah. Kami dah mula cuak..hahhaa. Takut kena sergah. Memang ada tulis disitu, di larang memberi makanan kepada itik itik. Biarkan itik2 tu makan secara semula jadi. Bukan kami bagi makanan pun...ambik gambar jer....Copot copot amik gambar. Mengong tul laaa....

On d way ke Lake Seppings - seorang manusia pun tak nampak lagi..

Lake Seppings

Mcmler xde itik kat Malaysia..hahhaa

Itik je pun...hahahha

Amik gambo ngan itik pun jadik....kekkekke

Itiks itiks..

Besar agaknyer Lake Sepping ni. Tp kami cuma jumpa bahagian ni saja. Kecik jer bahagian yang kami jumpa. Ada tasik, ada itik itik, ada pokok pokok....utk photoshot memang cantik. Selesai amik gambar di Lake Sepping, kemudian kami pergi ke pantai. Saya tak pasti apa nama tempat ni. Ni lah Middleton Beach kut...Disini pun kami tak lama. Sekadar ambil ambil gambar dan menikmati pemandangan dan keindahan alam di Albany.

Pokok belakang ter cantas

Benarnyer nak amik gambar pokok dua batang kat blakang tu. Tp minah saleh yang kami mintak tolong tu tak tau kut yg kami nak pokok dua batang tu...hahahha..Nampak jer pokok separuh. Sbb in real, pokok tu amatlah cantik...

Lupa pantai apa

Aksi photographer tak pro...hahhahha..

Kemudian kami set GPS untuk menuju ke Torndirrup National Park. On the way ke National Park, kami melalui satu kawasan mendaki bukit sikit...makin lama, makin tinggi...makin banyak yang dapat kami pandang. ..dari sini memang nampak pemandangan indah laut dan pekan Albany. Semasa berada di Albany, cuaca agak mendung, dan hujan renyai sedikit. Tp sekejap jer..

Kat pantai - pantai apa ntah...hahhaha....
Ada satu lookout kat atas ni if nak tengok keseluruhan Albany

Antara pemandangan dari lookout

Semasa berada disini, kami didatangi oleh seorang mat saleh middle age. Tanya nak kemana. Then dia sajes untuk naik satu mountain...(lupaaa daaaaaa namanya...hahhaa. Lupa sebb mende tu mmg takde dlm itinerary...hehhehe). Saya gugel semula..dan akhirnya jumpa. Nama mountain tu Mount Clarence. Dia kata, dari situ, view memang cantik sangat. Memang kami melalui jalan tu, tp sebab terlepas kedepan, malas nak patah balik ke belakang...kekekkek. Kami meneruskan perjalanan ke Torndirrup National Park dan sekali lagi melalui pekan di Albany - Albany Historic Town. Memang unik binaan binaan disini. Saya ternampak Albany Backpackers. Ooo..disini rupanya. Saya anggapkan ini adalah pekan lama Albany.

Masa ni hujan renyai renyai

Cuaca memang mendung jer...


Albany Backpacker

Gloomy jer cuaca.

Kami terus jalan lagi mengikut arahan GPS....kami nampak signboard ke The Wind Farm. Jom singgah....walaupun tak letak dlm itinerary...hehhehe.. Di Australia ni, jalannyer memang lurus dan elok saja. Tp serasakan betapa lamanya dan betapa panjangnyer jalan untuk sampai ke satu satu tempat. Sepanjang jalan, memang terasa sunyi saja. Akhirnya sampai juga ke The Wind Farm. Cuma kereta kami sahaja. Kami park kereta, ambil ambil gambar cepat cepat, jom blah. Penakut juga kitaorang ni hehehhe.

Parking Wind Farm
Hanya kami

Sunyi dakk....huhuhuhu...

Signboard ke Wind Farm


Kami ber4 jer ada kat sini...

..

Keluar dari The Wind Farm, nampak signboard Albany Regional Prison. Tp cantiknyer la prison. Kawasan sungguh tenang dan damai. Takleh masuk, tengok dari luar jer..hehhee.

Albany Regional Prison

Jom cari Torndirrup National Park....kami terus ikut kata GPS. Melalui Frenchman Bay Rd, ntah kemana mana GPS bawak. Tiba tiba in the middle of road of nowhere....you have reached your destination. Biar betik wehhh. Tengah jalan tu. Kami patah balik kebelakang. Nampak signboard TNP. 30km/s unsurface road. Jalan tanah merah. Masuk gak. Kiri kanan pokok pokok aje. Takde seekor unggas dan seorang manusia pun. Halfway masuk, dah x berani ler pulok. Patah balik. Pergi cari petrol station. Pi tanya org tu kata, betul la jalan yang kami masuk tu. Pegi masuk lagi sekali. Terasa bagai lamanaya nak sampai. Bilalah jalan tanah merah ni nak berakhir. Berselisih dengan hanya sebuah kereta je. Dalam hati mula pikir bukan bukan..if tiba tiba kluar apa apa dari hutan kiri kanan, mana mau lari daaa....dasat punya imigination. Akhirnya sampai ke hujung jalan.....jalan tu berpusing mcm uturn. Meaning itulah jalan mati. If pusing, patah balik ke luar.

Ginilah jalan tanah merah nyer...

Kekawan ai lagi sekali menakut2 kan ai tauuu....hahhahaha. Sabor ja le. Depa xmo jadi orang Moari. Kang kena rampok ka, apa ka. Last last kami decided, jom ler kluar dari kawasan ni. Sebab seingat ingat saya, bila baca kat blog, xde lah orang dok citer kawasan tu sunyi sepi. Kena lalu jalan tanah merah bagai. Adakah saya tersilap jalan. Tidak ketemu jalan yang betui.  Akhirnya terkuburlah harapan untuk melihat The Gap, The Natural Bridge, Blow Holes....etc.


Maka kami pun meneruskan perjalanan ke Augusta. Tapi sebenarnya saya masih tidak berpuas hati. Kenapa saya tidak menemui jalan ke The Gap & The Natural Bridge. Saya rasa saya dah study abis dah pasai Albany. Waktu ni memang saya terdiam seketika, mood pun dah kelaut sikit lah. Terkilan....sambil sambil berpikir, pk dan pk dan pk lagi, kendian baru trigger dalam kepala otak...naper tak google map aje. Naper bergantung pada GPS semata. Sambil ketuk ketuk kepala..sengal.. sengal...bengal.. Nak bertanya orang tu mmg terpk dah dlm kepala, tp x jumpa orang. Bagi saya apalah maknanya turun ke Albany tetapi tidak dapat melihat Natural Bridge dan juga The Gap. Nyumpah nyumpah diri sendiri. Saya terkilan amat amat sangat..tapi pujuk pujuk diri sendiri. Saya tak pasti about kekawan yang lain. Saya tak tahu apa  yang orang lain pikir. Cuma saya  ler, bagai nak pecah kepala pk naper x jumpa...kenapa.. kenapa..why..aduhai...sia sia study bagai nak rak, endup tak jumpa apa yang kita nak.....




Tuesday, 19 May 2015

Amazing Perth & Western Australia - Day 3

10 May 2015 - Ahad

Hari ke 3 di Perth City. Jam 6 pagi, sama mcm kat Malaysia. Belum cerah lagi. Jam 7.30 pagi kami dah siap breakfast semua bagai. Kebetulan masa kami sampai, MH ada masalah dengan air panas. Maka kami dibekalkan dengan satu kettle. Jadi nak masak apa apa senang. Walaupun MH ada kitchen, tp tidak dibenarkan memasak, kecuali memasak air sahaja. Sebelum tu, saya dah tanya pada adik2 kat MH tu, boleh tak tinggalkan luggage kami sbb beg kami besar sangat kalau nak hangkut turun ke selatan dan naik ke utara. Bonet kereta pun x muat. Depa kata boleh jer. Kami pun packed barang barang yang perlu sahaja, yang selebihnyer kami tinggalkan. Adik2 tu dah bagitau awal awal kat mana kami patut letakkan barang, (almaklum kami nak kluar awal pagi, ntah2 depa pun tak bangun lagi..hehehe..). Kata depa, dah simpan barang, nnt tarik saja pintu bilik tu, sbb otomatik locked. Hari ke 6 nnt, kami akan datang semula ke MH.

Memandangkan kami masing masing membawa satu backpack, satu beg makanan dan satu handbag, kami memutuskan untuk menaiki taxi sahaja untuk ke Adelaide Terrace. Kami menyewa kereta dengan Bayswater Rental Car. Sebelum jam 8.00 pagi dah terpacak depan Bayswater. Di depan Bayswater, disitulah terletaknya Aries Car Rental (ownernyer Chinese Malaysia - tak ingat, or Chinese Singapore). Smooth saja urusan di Bayswater. Amik kunci, amik GPS, bayaran semua dengan credit card. Bayaran untuk 4 hari AUD248.00. Tambah lagi dua driver, total AUD288.00 plus deposit AUD100.00. So total AUD388.00.

**Notakaki:  Bayswater ni banyak cawangan. Kat epot pun ada. Kami pilih dekat Perth City. Senang nak amik keter. Deposit akan di refund semula bila pulangkan kereta.

Pepagi hari dah terpacak depan Bayswater Car Rental

Price per day

Ni kereta kitaorang. Comei jerk. Corolla Hatch - Auto, unlimited km

Kami memilih unlimited km sebab nak travel jauh melebihi 500km radius. If sesaper yang nak sewa kereta jalan jalan sekitar area sahaja, boleh lah pilih for city use. Murah sedikit berbanding unlimited km.

**Notakaki: Satu lagi yang saya perasan, if nak booking kereta ni, booking lah awal awal. Makin dekat hari kita nak menggunakan kereta, harga makin bertambah mahal.

Aries ni betul betul berhadapan dengan Bayswater

Memula mmg terkial kial nak handle GPS hahaaha (sbb akak biasa pakai waze je tauu..). Mujur kak zu jenis ringan mulut. Kak Zu rajin bertanya. Pantang nampak orang lalu lalang. Mesti jadi mangsa pertanyaan. (Sbb tak penah guna GPS kekdahnyer kann). Kami memulakan perjalanan ke Caversham Wildlife Park. Ikut GPS pun sosat...hahaha..not really sesat actually. Cuma kami terlepas signboard masuk ke Caversham. Signboard tu sebelah kanan. Maka terpaksa patah balik ke belakang. Bila masuk kedalam, mula cuak, sebab nampak pokok pokok jer kiri kanan jalan. Akak akak kat sebelah dan kat belakang suka wat ai saspen tau. Tiap kali mesti tanya..betui ka ni Inazz...betui kaa jalan kita ni Inazz....x nampak apapun Inazz...nampak pokok pokok jer Inazz. Mana jalan masuknyer Inazz.......aiyaaak....bikin ai keliru ajer tauu. Ai ikut GPS tau. GPS kata betul...betul ler...kekkekekek. Bila nampak je signboard dan orang ramai, memasing pun kata...haaa...betul..betul....ceh...bikin mak stress aje taw...

Nak ke Caversham, melalui Tonkin Hwy

Sepanjang jalan masuk ke Caversham Wildlife Park, ni jer yang kami  nampak

Lengang jer jalan....ntah baper km masuk dalam, tak ingat..

Bila nampak signboard ni..baru lah semua....haaa....betul..betul..betull.......cehhh...

Kami park keter di parking yang disediakan.  Masa sampai disini baru jam 0900 pagi. Maka sempat lagi kami menjamu selera. Maggi cup, biskut dan air neslo. Farm show bermula jam 10.00 pagi. Kami xdelah tergesa gesa sangat, jalan lenggang kangkung mak limah sambil snap snap snap pica.

Kat Parking. Kosong lagi...hahhaha....kat bahagian sini jer yang kosong...
Signboards


Caversham Wildlife Park
We - depan pintu masuk

Tiket masuk ke Caversham Wildlife untuk 4 orang dewasa AUD104.00. (Kami memang dah collect duit siap siap siap AUD500.00 tiap sorang.) So, akak jadi tourist guide aka accountant tak bertauliah ye..kekkekkeke. Tak kisah ler. Jumpa juga beberapa Malaysian kat dalam ni. Ada yang ramah tamah menegur, tp ada juga yang buat tak tau aje. No hal le. Very small matter.

Kat sini juga ada disediakan makanan halal. Siap ada notice dalam Bahasa Malaysia lagi. Toilet nyer pun ada paip. Senang nak ber istinjak.
Okay ler, walau ayat macam tak berapa betul hehhehe...

Jenis jenis shows yang ada
Signboards dalam farm
😂😂

Kami terus menuju ke tempat Farm Show untuk tengok cara cara perah susu, cara cara anjing kejar biri biri masuk kandang (memang anjing nyer cukup terlatih. Pandai je kejo biri biri soh masuk kandang) dan juga tengok cara cara potong bulu biri biri...tengok bebudak bagi biri biri minum susu pun ada. Abis bersepai sepai susu kena baju....sian depa........

Cara cara mengambil bulu biri biri

Macam ni lagi mudah katanya

Nampak dak tempat orang tu bergayut macam buai. Dia kata, bila bergayut mcm tu memudahkan untuk memotong bulu biri biri. Senang nak ejas badan ke kiri ke kanan dan takde rasa letih sangat bila membongkok sedemikian.

Menyusukan anak biri biri

Cara cara menggunakan cemeti menghalau biri biri

Jom perah susu..

Selepas farm show, jom kita gi tengok Wombat and Friends lak. Korang tau Wombat ni apa..hahaha...macam ba alif ba ya. Busuk wehh..pastu muka kelako ler wombat ni...and kesian orang yang pegang wombat ni lelama untuk amik gambar. Lenguh tangan kut.  Berderet deret orang beratur nak amik gambar ngan wombat ni.

We and the wombat
Ini lupa apa eh....
Specis cicak

Kelawar rasanya....

Banyak lagi binatang lain sebenarnyer. Malas amik gambar. Lepas amik gambar ngan wombat and friends, jom  kita gi jumpa kanggaro lak.  Jinak sungguh kanggaro ni. Tp tak sukala.... sbb banyak sangat taik kanggaro hahahah. Ai terpaksa bukak kain, sbb takut kena taik....hehhehe.(Sapa suruh pakai kain..pakai seluar kan senang....)

Kanggaros

We and kanggaros...😂😂

Acah acah berani tapi takut😂😂

😅😅

Ni pun sama...acah acah berani...kanggaroo tak gigit le

Lepas tengok kanggaro, pi jumpa Koala lak. Most koala kat sini tido jer. Menurut kata orang kat situ, koala memang kuat tidor diwaktu siang...ehhhehe....and bukan boleh amik gambar ngan semua koala yang ada tu pun. Cuma sekor koala tu jer. Nak gosok gosok koala pun ada cara, menggunakan belakang tapak tangan. Gosok pelan pelan ye. Kang koala terjaga. Koala yang lain lain tu, cuma boleh tengok

Tido je dia
..
We dengan koala

Dah...jom balik. Banyak lagi tempat nak pegi. Last one, gedik bergambo before kluar dari Caversham Wildlife Park...hehhe..

Sebelum balik

Lebih kurang jam 1.00 set GPS ke  The Margaret River Chocolate Company. Ingat nak skip, tp alang alang dah lalu dekat situ, singgah jer la. Pada saya xde apa yang menarik sangat la kat sini. Takat tengok pelbagai jenis rupa chocolate. Dan if nak lepak lepak minum coffee, cocoa and santai santai makan kek or whatsoever, okay ler. And as tourist spot. Nak beli chocolatenyer....mahai bedooh. Kami bedal makan chocolate free je..hahhahaa..

Chocolate free....hehehe...ada 3 jenis, White choc, dark choc and yg biasa punya. 

Australian map
Pelbagai jenis coklat

Apoooo.....

Snap snap pica lebih kurang, kami blah. Meneruskan perjalanan ke Albany. Perjalanan yang panjang lebih 400++ dan mengambil masa lebih kurang 5 jam....huhuhuhu. Separuh perjalanan kak zu take turn untuk drive plak. Lina jadi co driver, ai tidur dulu ya...haha.

Gambar sekitar dari lensa dlm kereta
Di sepanjang perjalanan
Highway in Australia

Sepanjang perjalanan ke Albany kami disajikan dengan pemandangan yang indah walaupun hanya pokok pokok, biri biri , ladang ladang, winery dan lembu. Kagum sungguh. Jalan lurus, kelajuan 110km/j. Lebih dari 110km jer GPS siap menjerit jerit. Susah nak jumpa jalan berlubang lubang. Juga susahnyer nak berjumpa orang. Bawak kereta pun terasa smooth aje. Those yang suka relaks dan santai, mmg sesuai ler. Tp yg suka drive laju2, bosan kut ek...

Ini adalah antara pemandangan pemandangan yang dapat kami lihat sepanjang perjalanan ke Albany. Saya teringat kami ada singgah di satu stesen minyak untuk isi petrol. Tp saya lupa nama tempat tu...huhuhuh

**Notakaki:  Untuk ke Albany, pastikan tank petrol sentiasa penuh. Isi sahaja bila agak2 petrol sudah berkurangan. Tak perlu nak tunggu tinggai sikit baru nak isi, sebab petrol pam di town kecil cepat tutup

Awesome view
Sunyi - tak banyak kenderaan

Adalah sebiji keter kat depan...hehheh

Nak nampak kereta pun susah, apatah lagi orang...

Tanah lapang......

Green scenery

Antara pekan pekan kecil yang kami tempuhi sepanjang perjalanan ke Albany (yg saya ingat ler) adalah Kojonup, Cranbrook dan Mountbaker. Ada yang lain lain, tp tak ingat...hehehhe. Sesungguhnya perjalanan dari Perth ke Albany idakler menyeramkan sangat berbanding perjalanan dari Albany ke Augusta (Hari ke 4 nnt saya cerita).

Hari makin beransur gelap. Gelap segelap nyer tanpa lampu lampu jalan. Hanya bergantung kepada lampu kereta yang tak berapa nak banyak. Separuh perjalanan lagi, Lina pula mengganti kak Zu. Akhirnya lebih kurang jam 7.00 malam kami pun sampai ke Albany. Mengikut sahaja perintah GPS, terus menuju ke Ace Motor Inn.

Hari makin gelap

Mudah sahaja mencari Ace Motor Inn dengan pertolongan GPS. Sesampai di Ace Motor Inn, 1001 macam kelegaan. Lega dah sampai di motel selepas perjalanan yang panjang. Lega melihatkan motelnyer amatlah kemas dan menarik. Pasti tidor kami juga lena.

Ace Motor Inn

**Notakaki:  Ace Motor Inn ni ala ala motel jer. Tp klas ko....mcm hotel.

Our room. Cantik, selesa tp hanya for one night only

Bilik di Ace Motor Inn ni besar. Ada satu queen bed, dan satu single bed. Setakat kami 4 orang, actualy muat. Takat nak tido bersempit sempit, takdak hal.  Tp saya tersilap masa booking. Saya tak perasan akan kebesaran bilik ni, Jadi saya booked dua bilik...huishhh....rugi...hahhaha.

Memadangkan hari masih awal (baru 7 lebih tuuuu), kami decided utk jalan jalan sekitar Albany. Kami menujuk ke York Street. Sudah pasti banyak kedai kedai yang sudah tutup, walaupun malam masih muda. Kami terjumpa dengan Dog Rock. Kami juga cuba pergi ke Middleton Beach, tp disebabkan gelap, beach pun kami tak nampak...hehehhe. Yang nampak cuma kawasan kawasan perumahan dengan lampu yang ala ala romatika de amour. Risau juga jalan memalam hari, kang tak pasal pasal lak kereta polis ekori kami. Seorang manusia pun kami tak nampak. Mat rempit apatah lagi....Kami kembali semula ke Ace Motor Inn.

Sebijik mcm bentuk kepala dog - waktu malam

Waktu siang - ehsan pacik gugel

York Street waktu malam

Waktu siang - ehsan pacik gugel

Sampai di Ace Motor Inn, kami dinner dulu. Maggi sahaja lah yang menjadi pilihan yang paling mudah. Selesai dinner, masing masing membersihkan diri. Puas hati berada di Ace Motor Inn. Mandi juga puas....nak basuh tut tut pun puas..haha. Sbb saya tengah period..puas hati dapat air..hahhaha... Selesai semua urusan, kami tidor lena beralaskan tilam dan bantal yang empuk sambil memikirkan apa yang bakal berlaku esok.


**Notakaki:  Di Albany ni banyak sangat backpackers hostel, motel, hotel guest house, inn yang tidak di warwarkan di dalam agoda, tripadvisor or booking.com. If terlajak kesini tanpa booking pun, I think, there is nothing to worry.