Showing posts with label Mandurah Ocean Marina. Show all posts
Showing posts with label Mandurah Ocean Marina. Show all posts

Friday, 22 May 2015

Amazing Perth & Western Australia - Day 5 Part II

12/05/2015 - Selasa - Day 5 Part II 

Sesampai di Busselton, kami mengisi petrol dulu. Kami tak pernah menunggu petrol hingga separuh tank. Nampak kurang jer, mesti isi dulu. Harga petrol di Western Australia adalah berbeza di antara satu stesen minyak dengan stesen minyak yang lain. Maka kami tawakkal ajerlah mengisi minyak tanpa mengira mahal atau murah. Semasa memasuki bandar Busselton dapat dilihat dedaunan pepohonan sudah mula bertukar warna. Tak seperti di Augusta, kebanyakan pokok pokok masih hijau. 






Sebaik tiba di Busselton Jetty pula, kami ter miss train di Busselton Jetty. Kekonon berangan jugalah nak menaiki tren hingga ke hujung jetty. Dah nampak tren tu atas jetty...tp jalan terhegeh hegeh sangat kan....jalan seminit ambil gambar. Jalan dua minit lagi, snap snap lagi. Mana tak lambat...kan.....by the time sampai kat jetty, train pun berlalu...hahaa. Pun tiada apa apa xtvt sgt disini kerana missed the train. Nak tunggu, kang lagi lambat plak sampai ke Cervantes.  Jom layan gambo...









pacik gugel punya

pun ehsan pacik gugel

Selesai di Busselton Jetty, kami singgah sebentar di pasaraya Woolworth untuk membeli apa yang patut untuk dinner nanti. Bimbang juga nnt tiba di Cervantes tiada kedai atau pasaraya. Terkial kial kami menggunakan machine kira sendiri...hahaha. Jakun you. Paling tak bleh blah bila beli buah2an dan sayur2an kena timbang sendiri. Tatau mana mau klik klik... Tp orang Australia memang baik hati. Ada sahaja yang sudi membantu. Tp depa tunjuk jer tauu...camner cara caranya....xde maknanyer depa nak buatkan tuk kita...

Garang...mak tiri..dok bincang nak beli roti mana...hheeh

Ni terhegeh hegeh...scan sendiri, masuk duit sendiri

Selepas Busselton, sepatutnyer singgah di Lake Clifton Thrombolites. Entah kenapa, maybe terlalu banyak yang saya pikir, sampai saya terlupa tentang Lake Clifton ni. Tapi takdelah terkilan sangat seperti terkilan di Albany (masa ni ler kata idak terkilan, tp bila sampai kat Malaysia...mcm rasa aci terkilan ler jugak...naperlah tak singgah walhal sempat lagi rasanya.....hehehe).  Saya mengajak kekawan singgah di Mandurah Ocean Marina (tadak dlm itinerary benonyer). Singgah ajelah. Lihat lihat kawasan sekeliling sambil ambil ambil gambar. Waktu ni jam sudahpun menunjukkan ke angka 4. Saya mula terpikir pikir, dari Mandurah ke Cervantes kami kena drive another 3 hours...huhuhuhu.Saya memberi peringatan kepada kekawan untuk ambil gambar cepat cepat, dan perlu meneruskan perjalanan ke Cervantes. 











Sememangnyer perjalanan ke Cervantes adalah perjalanan yang amat panjang rasanya. Melalui Fremantle dan juga Perth City. Sewaktu sampai di Perth City, jalan agak jam. Merangkak ler slow slow polow keter kat depan. Ada brani nak cilok kaaa...hahahaha.  Ada juga yang berkata, kenapa tak stop overnight di Perth City sahaja. Saya kata, saya nak jimatkan masa...hahaha. Ikut suka apa aku kata jer yerkk... Korang folo jer...kekkekke..wahhh...kuasa veto gitu..


Kat Perth City

Pemandangan on d way to Cervantes

haha..gelap gelita u.....dua lorong jer

Hari sudah semakin gelap. Tanpa lampu jalan di kiri kanan. Hanya ditemani cahaya bintang bintang yang berkelipan di langit. Memasing cuba menghiburkan hati memasing untuk mengelakan kebosanan di dalam kereta, terutamanya driver. Kak Zu kelihatan letih memandu sepanjang hari bermula dari Margaret River. Berpandukan kepada GPS dan juga lampu kereta, alhamdulillah kami selamat sampai ke Cervantes Backpacker Lodge. Sebelum tu kami dah menelepon owner, mengatakan kami lewat sampai. Satu yang tak best nyer, sbb lupa nak ckp, nak bayar duit accommodation cash aje. Depa dah potong siap siap dari cc saya..huhuhu...exchange rate beza lak tu..haishh....sama ngan Ace Motor Inn hehhhe.

Sesampai di sini, kunci sudah ada terlekat di pintu reception berserta direction dan nombor bilik dan juga pesanan...jangan meninggalkan kunci didalam bilik kerana bilik auto lock. U kluar tak bawak kunci...naya...hahhaa. Kami bermalam di 4 bed dormitory. Bilik kecil sahaja, sesuai untuk backpackers. Tp saya tidak selesa dengan katilnya. Sebab tilamnyer agak tinggi dan tiada pengadang. Bagus lagi di Malaysia Hall. Dan kami harus mengenakan sarung tilam sendiri yg diletakkan diatas katil. Saya ni malas. Saya bentang jer..hahaha.

Gini ler rupernya...agak sempit..ehsan pacik gugel. Sebelah sana saya dan lina. Sebelah sini ila ngan kak zu.

Tengok...xde sarung tilam kann...sendiri pasang laaa....Kami membiarkan Kak Zu berehat kerana kepenatan memandu, Saya illa dan lina menyediakan makan malam. Salad, tuna, sandwiches, roti cicah kari dan sambal ikan bilis dan juga maggi. Cukup untuk malam ni. Bakinya kami simpan di dalam peti ais, untuk sarapan esok pagi.


Luas dapurnyer tp kekawan saya  tak berani gunakan peralatan yang ada. Saya  - bedal jer. Basuh ngan sabun taharah. Ehsan google

Ehsan google

Jom makan.....

Mandi manda, basuh apa yang patut, tunaikan apa yang wajib, kami yang kepenatan semua melelapkan mata. Jenuh tanya tanya ngan pacik gugel kut kut ada gambo shared bathroom kat Cervantes Lodge ni...tp xdak ler pulak. Yg ada semua gambo bathroom lawo lawo jer yg ada. Shower room nyer agak sempit...dan air tak cukup kuat. Tp okay le...bukan mandi beria. Bila gini, Ace Motor Inn gak yang best...hahahhaa...