Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Friday, 3 October 2025

Hatyai - Phatthalung Day 4

1 September 2025 - Isnin

Last day tiada apa sangat. Breakfast di Chabura Dimsum dan berangkat balik ke Malaysia melalui Danok. Hari ni kami bertukar menaiki bas semula. Bas ni bercampur dengan geng tour lain. Kami turun awal, sebab nak book seat tepi tingkap. Tapi ada satu couple ni, laki bini, nak duduk togeder geder, tapi turun lambat. Pastu nak suruh orang tukar sbb dia nak duduk ngan laki dia kan...haishhh....I nak duduk sebelah asben I...hishh.....ada lah sore sore sumbang kat belakang yang tak berkenan kan. Dah tau nak duduk sekali, turun la awal. Tapi this couple bukan dari group kami. Lastly, saya yang pindah tempat haaha. Baik hati sangat. Takpe lah...kang lagi lama, bas tak gerak pulak. 

Kami singgah breakfast di Chabura Dimsum. Depa dah siap siap letak pakej makanan atas meja. Kalau nak tambah yang lain, kena bayar lain ya....We just enjoyed our food. Then bergerak menuju ke Danok. 






Kami dpt satu set nasi dan 3 dimsum + air


Dah lain entrance Chabura Dimsum ni

Bas parked jauh. Kena naik tuk tuk ke tempat bas


Sebelum sampai Danok, sempat singgah di Amazon Cafe. Di sini ada satu kedai kek halal namanya Ko Kai. Saya memborong juga kek dan pastri di sini. Takde gambar. Ada video je and tak reti lak nak upload dalam ni...hahhaa...

Di Danok, kami turun untuk menghabis sisa sisa THB yang ada. Tapi di sini, mereka menerima RM juga. Masa kat Hatyai, taknak makan pulut durian. Tiba di sini teringin lak. Kami pun order....sekali dpt durian yang dah hampir boleh di jadikan tempoyak....hahhaa...Sabar je la. 




Di Danok saya sempat beli 5kg beras. Jadilah. Bukan apa sangat.....sekadar nak perabis kan duit. Tu pun masih berbaki THB300.00

Perjalanan menuju ke Kuala Lumpur terasa jauh. Singgah di R&R Tapah untuk makan dan solat. Akhirnya tiba di Brickfields lebih kurang jam 11 malam. Zana tumpang saya sampai ke rumah sebab kereta dia park kat rumah saya. 

End of trip Hatyai -Phatthalung. Kesimpulannya...bagus juga ikut trip Caravan Serai Holidays ni. Saya enjoy. Dan Tour Guide sangat bagus. Baik tour guide dari Malaysia dan juga yang di Thailand. Ini kali kedua saya ikut Joined Trip. Most of the trip saya DIY. Kali pertama dulu ikut ke South Korea. Okay je...tp as usual, ikut travel agent ni kena la ikut tempat tempat tertentu walaupun maybe kita taknak gi situ. Klu trip DIY, ikut suka hati kita la nak gi mana....hehe...

Next ke Turkey. Pun ikut agent. Nanti lah kita story. 




Tuesday, 30 September 2025

Hatyai - Phatthalung Day 3 - Part 2

31 Ogos 2025 - Ahad

Selesai breakfast di Phatthalung, kami bergerak menuju ke kedai menjual barangan yang di hasilkan dari rotan. Jangan tanya apa nama kedai...hahaa. Mmg idak le ingat. 


Lepas tu ke Jambatan Ekachai. Kereta lalu lalang pun paham beno. Tourist nak amik gambo...haha. Ada yang kena tunggu....almaklum ramai beno nak ambik gambo nya kan.




Dari jambatan Ekachai, kami meneruskan perjalanan ke Hatyai dan singgah di satu Restoran untuk lunch (nama tak ingat juga hahahha). Restoran stimboat and grilled. Dulu pernah makan kat Khlong Hae Restaurant. Tapi ni yang lain. Masya Allah....meriah sungguh makanan di sini.  Terlalu banyak sampai tak tau nak pilih mana satu. 







Sebahagian daripada makanan yang ada. Pilih lah, dan makan lah sepuas hati. Pada saya mmg berbaloi. Sebab bayar tak mahal mana pun. Kena add on utk  lunch & breakfast ni. Dalam THB900.00 kalau tak silap saya. Selesai makan dan solat di sini kami menuju ke Samila Beach pula. Untuk ke Samila Beach, kami naik feri ni....excited masing masing...hahhaha



Trip ni benarnya, saya lebih nak ke Phatthalung je. So, bila sampai Samila Beach, Songkhla, biasa biasa je. Takde apa yang menarik sangat pada saya. So just enjoy the moment dengan kengkawan baru. 

Dari Samila kami ke Chang Puak Camp. Tempat ni first time saya sampai. Tapi saya tak interested pun nak naik gajah or tengok any other activities. Maka kami layan minum air je la. Panas weh...kering tekak manjang. 



Selesai disini, kami menuju ke Floating Market. Jalan jalan saja, takde beli apa pun. Saya sempat beli kain batik sehelai. And pusing pusing je kat Floating Market. 



Masa turun, van turunkan kat tempat lain. Nak balik van tunggu tempat lain...haru sungguh. Jenuh lak mencari cari. Ikut timing, sampai masa, kami gerak ke Central Hatyai. Badan pun dah letih. Melekit, melengas, semua ada lah...tak sabar nak masuk bilik, mandi manda segarkan diri.  Kami dapat bilik ber3. Okay je bilik ni. Tapi takdak wifi. Hotel Thong Manee ni jauh juga dari Lee Garden. Tapi dekat dengan Asian Market. 



Malamnya kami naik tuk tuk pergi ke Lee Garden area. Masa ni Zad ikut sekali. Tiba di Lee Garden, kami berpisah. Kami ber3 and ada seorang ibu dan anaknya pun ikut kami. Tak kisah le maybe dia pun tatau nak jalan mana. Gi makan, kendian gi massage kaki. Buat pedi menicure (saya le). Pada asalnya nak body massage. Tapi aci malas lak....tu yang massage kaki je. Saya sempat pi tambah accessories kat passport cover.  And balik le kami ber5 ke hotel naik tuk tuk. Esok last day, breakfast di Chabura Dimsum. 








Friday, 19 September 2025

Hatyai - Phatthalung Day 3 - Part 1

31 Ogos 2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 68. 

Awal pagi, kami sudah bersiap sedia. Kat Resort ni selesa je. Cuma takde wifi. Mujur van park dekat dengan bilik. Dapat lah wifi. Tu pun sekejap je...hahha. 

Subuh sepiie kami dah angkut bag masuk van. Jadi masalah lak, tiba tiba tak muat nak isi bag dalam van. Dah kenapa nya. Maybe sebab semalam, kita main masuk je tak kira van mana. So, yang kecil kecil boleh dimuatkan. Tapi hari ni, bag masuk ikut passenger van. Udoh le berlebihan. Yang kesian sis la...dok belakang....asik tersepit dengan luggage...😓😓

Agenda pertama hari ini  -  Menaiki sampan di Tasik Thale Noi. Tasik yang di penuhi dengan pokok bunga teratai. 


Bayaran yang di kenakan untuk menaiki sampan menjelajah tasik ini adalah sebanyak THB200. Mulanya tour guide tersilap. Dia kata THB20. Kita orang pun mcm...wowww....murahnya....haahha. Sekali dia kata eh bukan THB20. Tapi THB200....hahahha....

Kami sampai awal pagi, so memang sempat lah melihat sunrise. Sayup mata memandangan keluasan tasik ni. Gayat pun ada. Semasa menaiki sampai, kami diberi life jacket. Tempat duduk dlm sampan ni basah le pulak. Faham faham je lah bila duduk and jadi basah kan...tasik ni busuk gak benonya hahaha. Bau teratai layu dan mati...



Masa nak naik sampan


Di tengah tengah tasik







Cantik pemandangan sepanjang tasik ni. Tasik sangat luas. Kami di bawa ke satu bahagian daratan, di tengah tengah tasik. Pelik juga sebab ada taik kerbau kat atas ni...mula terpikir, camner kerbau sampai eh....hahhahah...

Selesai menjelajah tasik, kami kembali ke daratan untuk bersarapan pula.  Masing masing pun sudah kelaparan kan....dengan basah bontotnya...haaa. 

Ini lah sarapan kami di pagi hari ni. Alhamdulillah, makanan di sini sedap sedap belaka. Memang makan betul betul ni. Bukan sikit sikit punya makan. Selagi boleh hahhahaa. 

Cakoi kecik kecik...comel je..



Sedap bubur ni...

Kami breakfast disini.











Wednesday, 17 September 2025

Hatyai - Phatthalung Day 2 - Part 2

30 Ogos 2025

Tempat pertama kami singgah adalah Erawade. Gambar ehsan google ya. Erawade ni adalah Herbal Shop. Kalau ikut agent, memang macam ni lah. Tapi no hal pada saya. Okay je. Takde nak serabut kepala. Macamanapun, abis gak THB920.00 saya kat sini. Beli 3 items je...hahhaha


Masa nak masuk sini, kami diberikan satu tag bernombor 37. Nanti mereka akan buat penerangan tentang ubat ubatan. Jadi masuk lah ke bilik yang ber nombor 37 ya.

Ahli rombongan. Tapi ini bercampur dengan group yang naik ETS tu sbb nampak ramai. 

Bertabah le mendengar celoteh dia ni. Tapi dia kelakar.....tak ingat nama

Sis terjebak jua...😂😂


Selesai di Erawade, kami menuju ke Kilang Kacang. Kacang...kacang...kacang...hahah. Tapi saya tak beli apa pun di Kilang Kacang ni. Tujuan utama nak ke Phatthalung. Since ini semua dah ada dalam itinerary, kita follow je. 


Di kilang kacang, saya tak beli apa pun. Cuma beli ice cream coconut di luar kedai. Sedap plak ice cream ni. 


Selepas kilang kacang, kami menuju ke Nora Plaza. Disini katanya ada bird nest yang agak murah di bandingkan tempat lain. Saya, Zana dan Sara hanya mencuba bird nest sahaja. 

Coconut dan longan

Harganya


Selesai di Nora Plaza, kami menuju ke Big Bee Garden pula. Sampai di Bee Farm, macam biasalah. Kami di bawa ke satu bilik, maka penenerangan tentang Honey pun disampaikan. Madu di sini takdelah murah mana. So, tak beli jua. Cuma beli aiskrim je. Tak sempat nak habiskan aiskrim kat bawah, saya pun bawak le naik bas. Elok je bawak naik bas, tup tup driver buat pengumuman. Sapa makan aiskirm, makan elok elok. Sisa sia buang dlm bakul sampah. Nanti semut. Kita nak guna bas ni utk beberapa hari lagi........eh eh....Saya tak kisah nak tegur tu. Tapi sebab particularly sebut ais krim tu, sis ngan Zana aci bengang jugaklah kan. Sebab, yang makan dalam bas tu, sikit punya ramai ke. Siap bawak makanan minuman naik. Klu nak bersemut, makanan lain pun semut datang gak. Nak tegur, generally le. Mmg kenyataan itu pahit, tapi tidak adil. Sebab bukan kami je bawak makanan naik atas bas.  

Dapat sticker ni



Aiskrim kontroversi hahahha



Selesai di Big Bee Garden, kami singgah lunch dulu. Saya tak ingat nama tempat ni...hahaha. Disini, kami bertukar menaiki van pula. Ini adalah kerana, itinerary kami bertukar akan bergerak ke Phatthalung sementara bas ni akan bergerak di sekitar Hatyai. Masa lunch ni pun agak lapar....tp tak semua menu Thailand ni masuk dalam tekak saya, especially menu ikan. 

Lunch

Kerabu kaki ayam tu nampak menarik...tp sis tak makan kaki ayam...

Tukar naik van ke Phatthalung

Selesai lunch, kami bergerak ke Masjid Songkhla. Solat Jamak di sini. Sudah banyak pembaharuan di kawasan masjid ni. Kebetulan harini macam ada festival pula. Banyak gerai gerai makanan di sekeliling. 

Sis yang tersepit di belakang...hahaha

19 ahli rombongan


Hari beransur petang. Kami bergerak ke Phatthalung. Sebelum tu sempat singgah di Cafe Amazon sbb ada yang nak terkucil bagai. 



Dah puas mengopi, kami terus bergerak ke Phatthalung. Konon nak kejar sunset. Haram dapat...hahaha....jauh juga nak ke Phatthalung ni. Tapi bila sampai, rasa lega sangat. Untuk dinner, kami dapat packed food je. Tapi takde hal. Sebab kedai jauh. 

The Rich Resort Phattalung 


Kalau lah boleh mandi malam malam ni...hehhhe



End of day 2. Penat juga dah rasanya masa ni. Tapi paling tak tahan, esok pagi kena bangun awal. Jam 5.30 semua dah kena ready, nak kejar sunrise pulak. Hari ni sunset pun tak dapat hahahha...