Friday, 19 September 2025

Hatyai - Phatthalung Day 3 - Part 1

31 Ogos 2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 68. 

Awal pagi, kami sudah bersiap sedia. Kat Resort ni selesa je. Cuma takde wifi. Mujur van park dekat dengan bilik. Dapat lah wifi. Tu pun sekejap je...hahha. 

Subuh sepiie kami dah angkut bag masuk van. Jadi masalah lak, tiba tiba tak muat nak isi bag dalam van. Dah kenapa nya. Maybe sebab semalam, kita main masuk je tak kira van mana. So, yang kecil kecil boleh dimuatkan. Tapi hari ni, bag masuk ikut passenger van. Udoh le berlebihan. Yang kesian sis la...dok belakang....asik tersepit dengan luggage...😓😓

Agenda pertama hari ini  -  Menaiki sampan di Tasik Thale Noi. Tasik yang di penuhi dengan pokok bunga teratai. 


Bayaran yang di kenakan untuk menaiki sampan menjelajah tasik ini adalah sebanyak THB200. Mulanya tour guide tersilap. Dia kata THB20. Kita orang pun mcm...wowww....murahnya....haahha. Sekali dia kata eh bukan THB20. Tapi THB200....hahahha....

Kami sampai awal pagi, so memang sempat lah melihat sunrise. Sayup mata memandangan keluasan tasik ni. Gayat pun ada. Semasa menaiki sampai, kami diberi life jacket. Tempat duduk dlm sampan ni basah le pulak. Faham faham je lah bila duduk and jadi basah kan...tasik ni busuk gak benonya hahaha. Bau teratai layu dan mati...



Masa nak naik sampan


Di tengah tengah tasik







Cantik pemandangan sepanjang tasik ni. Tasik sangat luas. Kami di bawa ke satu bahagian daratan, di tengah tengah tasik. Pelik juga sebab ada taik kerbau kat atas ni...mula terpikir, camner kerbau sampai eh....hahhahah...

Selesai menjelajah tasik, kami kembali ke daratan untuk bersarapan pula.  Masing masing pun sudah kelaparan kan....dengan basah bontotnya...haaa. 

Ini lah sarapan kami di pagi hari ni. Alhamdulillah, makanan di sini sedap sedap belaka. Memang makan betul betul ni. Bukan sikit sikit punya makan. Selagi boleh hahhahaa. 

Cakoi kecik kecik...comel je..



Sedap bubur ni...

Kami breakfast disini.











No comments:

Post a Comment